UNCLE DAVID

Horror & Thriller Completed 39857

Sam's baharuddin, atau nama di dalam kad pengenalannya Samad Che' Baharuddin baru sahaja ditugaskan di Neil's Publishing sebagai salah seorang wartawan majalah seram yang terkenal. Selama dua minggu dia bekerja disitu, satu pun hasil tulisannya tidak menepati editor. Maka bahagian yang sepatutnya menjadi hasil tulisan Sam's diganti dengan ruangan iklan. Deep. Sangat Deep. Ganda 23.

"Samad... If you not completely too publish your part, better pack your things and leave the letter." Kata Marina. Editor a.k.a bos si Sam's ni.

"I'll make the best Madam. please give me another 1 weeks." pinta Sam's. Marina mengangguk.

"Sam, kau ada ke bahan nak kupas?" tanya Qayra .

"Ada ke takda.. aku peduli apa? kalau takda aku kena blah dari sini kau tahu?" balas Sam's dengan suara yang meninggi. Normal. Stres.

"Aku boleh tolong kau, tapi aku tak sure kau boleh buat ke tak?" balas Qayra sambil menyusun fail-failnya ke dalam rak.

"Kau tau kan bangunan WD, yang baru je beroperasi tapi katanya berhantu sebab dulu ada security mati kat situ, then roh dia kacau orang." kata Qayra.

"Then aku nak buat footage ke hape?" balas Sam's.

"Kau pergilah sana, tengok-tengok, mana tahu ada orang boleh sumbang cerita, mana tahu roh tu nak kacau ke.. kau boleh buat cerita ni based on pengalaman kau beb" kata Qayra.

"Thanks.." balas Sam's

Kini, dia sudah mendapat idea, tak perlu lah nak berjaga sehari sunuk memikir. Malam tersebut Sam's mengambil keputusan untuk pulang lewat, untuk menyiapkan kameranya, sedikit nota kaki. Bangunan WD dengan tempat dia bekerja hanya selang 200 m sahaja. Sampai sahaja disitu dia mengambil dua tiga keping gambar dan mula memikir soalan apa yang mahu ditanya, jika dia terjumpa siapa-siapa sahaja security ataupun orang awam mungkin. Sudah hampir 3 jam dia duduk disitu, orang awam tiada. Security? Nepal. Faham apa bahasa melayu.

Kini sudah masukhari ketiga, dia menunggu. Kut-kut ada rujukan. Yes ada. Dilihat seorang pengawal keselamatan, berbangsa india duduk di kerusi, berdekatan dengan kawasan parkir.

"Hello, uncle.. apa khabar?" sapa Sam's.

"Ohh.. hello.. u apa bikin sini?" tanya security tersebut.

"Saya ada kerja sikit, ini pasal orang juga cakap ada itu hantu sini mari kacau orang.. ada betul ka uncle?" Soal Sam's dengan loghat yang ditukar 100% sebijik orang india bercakap.

"oohhh.. u reporter ka itu kerja?" tanyanya sambil menghulurkan kerusi untuk Sam's duduk. Tak lama kemudian kelihatan seorang pengawal keselamatan berbangsa india mendekati mereka.

"Adik sini apa bikin.. lewat sudah, kita sudah mahu tutup ini tempat" katanya sambil mengambil kon mentup laluan parkir di bangunan WD.

"Saya mahu borak sama ini uncle lah... sekejap lagi saya pergi." balas Sam's.

"Gila punya orang!!!" balas pengawal tersebut, sambil berlalu dari situ.

"Itu Muthu memang banyak kurang ajarlah, adik... u jangan risau..saya boleh cerita lah." balas security tersebut.

"Itu security ada betul ka uncle dia mati accident?" soal Sam's.

"banyak betul lah, dia jaga malam, waktu ini lah, tara tau ada satu kereta gila punya orang bawa laju, langgar sama itu security, dia mati itu jam juga." balas security tersebut.

"So, yang dia kacau orang ni uncle?" tanya Sam's.

"oh, dia bukan kacau semua lah... dia main-main saja" balas security terebut.

Hampir satu jam lebih, dia berborak dengan uncle tersebut. Sehinggalah pencarian dia mengenai kebenaran roh security yang selalu mengantui itu selesai, dia pun mula berkemas. "Uncle, kita selfie satu kali" kata Sam's sambil menghalakan telefonnya.

"Uncle sapa nama,saya mahu CC lah dalam cerita saya." tanya Sam's sambil menghidupkan motornya.

"Oh, saya David." balasnya. Elok sahaja Samad memakai helmetnya kelihatan Uncle David sudah tiada di hadapan matanya.

"Pehhh, lincah... hilang." getus hatinya.

"Weehhh.. aku dah siapkan!!!" jerit Sam's dengan bangga.

"Menarik cover kau," Kata Qayra sambil menyelak satu demi persatu isi yang disampaikan dalam tulisan Sam's.

"Sam..siapa yang bagi cerita ni kat kau?" soal Qayra.

"Uncle David." katanya sambil membetulkan sedikit tulisannya.

"Are you sure?" tanya Qayra "120% sure" balas Sam's.

"Nahh.. baca ni.. aku cover bahagian ni, masa insiden kat Bangunan WD tu." balas Qayra sambil menghulurkan keratan akhbar yang dikarangnya, sebulan selepas mengenai insiden yang melibatkan pengawal keselamatan india yang terkorban akibat langgar lari. Tertera nama pengawal yang terkorban tersebut adalah UNCLE DAVID. Rupanya pun sama dengan uncle David yang dijumpai malam tadi. Segera dia mengambil telefon bimbitnya. Ternyata gambar selfie nya hanya dia seorang!!

"Patut pun uncle Muthu kata aku gila."

-END-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience