3

Romance Completed 10022

"SAYA sebenarnya kalaulah boleh bela si Emi ni... memang saya nak. Tak sanggup, Milah nak tengok nasib dia macam ni. Tengok ni, haa... lebam, lecur, parut sana, parut sini," bebel Milah isteri pertama Pak Tapa.

"Masalahnya tak boleh, sayang. Kita ni siapa saja bukannya ada hak. Memang si Arfah atau waris terdekat Emi ni je yang berhak jaganya. Abang pun tak sanggup nak tengok. Nak dengar jerit-pekik Emi ni, tiap kali abang lalu tepi rumah si Arfah tu... bila abang waktu balik naik motor."

Setelah bermain dengan Teddy bearnya, Emilia terteleng-teleng. Terkelip-kelip mata macam dia faham sangat akan perbualan dua orang dewasa itu.

"Itulah. Telinga Milah pun kadang tu, sakit juga hati... dia canang pada orang kampung anak dia yang Lela tu jelah yang rajin. Yang pandai. Yang... apa-apa jelah. Sedangkan bang, Milah ingat lagi masa tu... si Lela tu masih kat rumah tu lagi. Nak tanak nasi pun tak reti, terbalik pulak... budak cacat yang Arfah caci-maki nilah yang pandai masak nasi..."

"Nasi... emi... emi mak... mak... ajar... ajar... emi ingat ... emi ingat..." Laju Emilia tu menyampuk. Nasiblah yang sedang menyembang itu bukannya Datin Arfah. Memang Emilia waktu itu, teringatkan akan setiap tunjuk ajar yang arwah mamanya ajarkan.

Kalaulah Datin Arfah. Dan-dan itu, juga dia tuangkan air kopi atau apa saja air yang ada atas meja. Dia paling pantang kalau si lembam yang tak tahu apa-apa erti mencelah itu, menyampuk. Kalau si Lela anaknya tak mengapa. Boleh saja bila-bila dan nak mencelah orang tua-tua menyembang. Tak dimarahnya langsung. Malah makin puji melambung adalah!

"Mama ajar Emi masak apa lagi, sayang? Nanti, bolehlah masakkan untuk aunty Milah dan uncle Tapa..." Sahut Milah lagi. Rambut si gadis comel mirip Isya Riana itu, disikat semula untuk mengikat semula tocang tanduk kerbaunya itu. Kali ini dihiasi riben merah.

"Boleh. Boleh. Mama... mama... mama ajar masak ... masak ... masak kari ayam... ayam... emi suka ayam... anty ... anty ... nak tak? Nak tak? Emi masak ... emi nak ke dapur... dapur... mana... mana?" Jujur Emilia berkata walau lauk berkuah dia tidaklah berapa pandai. Tetapi bab menggoreng atau menumis memang dia 'Terror'.

Menyengih pasangan suami isteri itu melihat gelagat, Emilia kelam-kabut bangunnya dan memeluk teddy bear.

"Duduklah Emi. Nanti. Nanti, ya..." Sahut Milah menarik semula tangan Emilia supaya duduk untuk dia menyambung semula ikatan tocang.

"Ke... Emi lapar lagi ni?" Tiba-tiba Pak Tapa pula menyoal lalu bangun. Menapak ke meja. Plastik berisi goreng pisang dihulurkan. Laju Emilia mengambilnya.

"Papa... kata... kata... bila orang bagi... bagi barang... barang... ucap... ucap ..."

"Ahah... ucap apakah tu Emi?" Sengaja Pak Tapa ingin mengusik si gadis manis yang sudah bersih dari segala nodaan tanah kubur itu. Terkelip-kelip mata.

"Ucap... ucap... ucap terima... ma... ma... kasih. Kasih... kasih. Terima kasih ... terima kasih... "

Pin! Pin!

"Abang... tu... tu... singa berkebaya dah mari. Tu, nak bawa balik jugak lah tu si Emi ni," ujar Milah termuncung-muncung mulutnya ke arah pintu tatkala Datin Arfah sudah melenggang ke arah pintu setelah berdentuman dia menutup pintu keretanya.

"Apa nak buat? Anak dia, Milah..." Pak Tapa juga menyahut dengan lemah. Dengar saja salam diberi. Emilia sudah pun menyorok di belakang Milah.

Membuatkan Milah dan juga Pak Tapa makin sebak dan kasihan. Gadis itu berubah riak dalam sekelip mata saja. Tergeleng-geleng namun perlahan tidak mahu Datin Arfah bulatkan jegilan mata.

"Masuklah dulu. Minum dulu. Ni, hah ada goreng pisang," pelawa Milah sekadar berbasa-basi semata.

Datin Arfah juga kenalah berlakon. Jika tidak, nampak sangat pula dia dah tidak sabar-sabar lagi nak mengerjakan si budak lembam. Manja sangat di matanya itu dengan si Milah. Nasib bukan dengan Tapa!

Emilia tu dah besar. Silap hari bulan diingatkan Milah, Emilia yang didukungnya bawa ke bilik. Lelaki tua baya-baya Tapa lah yang bukan main lagi miangnya!

'Dari kau dukung si cacat tu. Baik aku ni, hah. Dua kali menjanda. Tapi solid lagi, kut.'

"Anak kamu ni tadi ke kubur arwah. Rindulah tu kut. Aku bawa balik sebab hujan lebat sangat. Tahu-tahu jelah... jalan nak ke rumah kamu tu, kalau lebat sangat. Ayor(air) naik..." Pak Tapa terpaksa menerangkan keadaan sebenar tidak mahu Datin Arfah lagi marah.

"Hmm... ye rindu. Tak mengapalah bang Tapa. Nasib abang ada. Kalau tidak, Fah pun ri... sau!" Datin Arfah bersuara menekan walau bermanis muka.

Milah dah jeling-jeling. Bukannya dia tak tahu, dahulu si Arfah ni pun tergilakan laki dia ni!

Nak-nak lagi bila telinganya rasa nak bernanah, tak pun nak terkeluar taik telinga, ber abang-abang dengan lakinya.

"Jemputlah Arfah makan dulu. Tunggu reda sikit lagi ..." Milah, nak tak nak terpaksa mencelah di tengah perbualan antara Tapa suaminya dengan Datin Arfah, janda anak satu kematian dua suami. Bapanya pada Lela dan arwah papanya, Emilia iaitu Dato' Ali.

Datin Arfah tersipu-sipu tidak jadi dia nak terkibas-kibas lehernya. Agar 'bukit' yang masih lagi 'tidak rata atau ditarah' itu, untuk membiarkan si Tapa tokey warung itu merenung tajam.

Bergerak-gerak jugak halkum orang tua itu namun bila isteri tuanya dah terbatuk-batuk, barulah dia tersengih-sengih pada Emilia.

Emilia makin resah. Hati sudah bersuara namun nak meluahkan tidak termampu. Jelingan manja tapi tajam bak pisau potong ayam pasar milik Datin Arfah, terarah tepat ke arahnya.

Milah perasan. Dia tidak mampu nak berbuat apa-apa. Hanya mampu berkomunikasi dengan cara renungan ke arah Emilia sahaja yang termampu.

'Anty Milah... Emi nak tidur sini. Emi takut nak balik. Emi pasti, mama pukul. Emi cakaplah apa pun... badan Emi ni dah penat, anty... dah penat. Mata ni dah tak larat nak menangis... anty... tolong Emi. Emi taknak duduk sana!'

Bergenangan mata Emilia saat dia dan Milah berkomunikasi melalui pandangan mata. Milah menunduk seketika. Dia terasa mata sudah bergenangan. Dia memahami keinginan anak istimewa itu yang inginkan bantuan dia. Tapi apa saja yang bisa dia lakukan?

"Er, Fah kalau Milah nak minta izin Fah benarkan Emi tidur sini dua hari, boleh tak?" Soal Milah dengan mata sekejap terarah pada Emilia yang melopong kemudian pada suaminya, Pak Tapa. Barulah wajah cemburut Datin Arfah dalam pandangan.

'Hmm... Milah ni macam tahu-tahu je aku nak lepuk si cacat tu dalam kereta? Dan-dan tu pulak nak minta bermalam. Dua hari pulak tu!'

"Boleh ke, Fah?"

"Aha, apa salahnya Arfah. Kamu tahu jelah Milah ni suka beno (benar) dengan gelagat comel si Emi ni."

'Aha... itu... lah bang Tapa. Cer kawin dengan Fah kan ke meriah rumah ni dengan anak-anak kita. Ni tak, mandul-mandul tu jugak abang Pa mahukan.'

Sempat lagi hati mengomel. Kemudian barulah perlahan-lahan dia mengangguk.

"Aha, boleh je bang Tapa. Untuk abang Tapa apa saja pun bo..." Datin Arfah tidak jadi nak menyambung boleh di hujung ayat, apabila Milah dah berubah rupa.

Sikit lagi je nak jadi rupa bini Shrek!

"Untuk Milah dengan abang Tapa, boleh-boleh. Tapi nanti siapa nak mengambil budak tu... er, Emi ni? Fah tahu-tahu jelah sibuk dengan kelab persatuan sana-sini. Lainlah kalau ada arwah ... ni Fah ni seorang... kesepian..." Ujar Datin Arfah sempat lagi menabur jarum rasa.

"Ehem! Ehem! Maaf... entah mengapa, tekak Milah ni rasa gatal pulak tiba-tiba bang. Kalaulah ada garfu ke gergaji ke sedap garu tekak ni!"

Emilia semakin dekat dengan Milah. Sungguh dia lebih berasa aman serta selamat dengan orang-orang ini yang bukan berkaitan dengan dirinya.

"Takpe. Abang boleh ambil. Kalau tak pun, nanti abang minta anak sedara Milah ni hantarkan... tak pun Rezky ke?"

'Hah? Bakal menantu aku tu?'

"Eh, Fah rasakan bang. Fah boleh ambil. Dua hari je kan. Nanti Fah pandai-pandailah kawtim. Eh, Fah pun nak minta diri dulu lah ya. Emi! Tak nak salam ke? Mama nak balik dahni..." Provok Datin Arfah tersua-sua tangan.

Datin Arfah bersuara dari celahan gigi bila tiba part 'Emilia oku' itu. Emilia menggeleng. Milah memujuk dengan mengatakan Emilia tidur sini dalam dua hari. Barulah laju Emilia bangun dan menapak dalam keadaan bergementar ke arah Datin Arfah yang tersenyum penuh makna itu.

"Ma... ma... salam... salam..." Pinta Emilia. Datin Arfah terus memegang dan kuku tajamnya sengaja dia tusukkan. Wajah berkerut dan nak menangis Emilia semakin cuba dipertahankan agar tidak terserlah sangat saat telinganya menerima bisikan" Kau jangan nak mengada-ada mengadu apa-apa ya. Kalau aku dapat tahu. Mati kau bila balik nanti. Seronoklah kau ya dua hari ni tak dapat jadi kuli aku. Tak dapat nak pecahkan barang a...ku..." Sindir Datin Arfah. Sengaja pulak dia memijak dan melenyek-lenyek ibu jari kaki Emilia. Nasiblah tubuh dia menghadap luar.

Setelah itu, barulah tubuh Emilia dia tolak. Tersengih-sengih sambil sengaja pula terkibas-kibas leher agar koleksi gelang emas mak lipan itu, Milah boleh perhatikan.

'Menunjuk gelang dia lah tu... abangnya,' desis Milah dan Pak Tapa saling berpandangan dan berbicara secara dari dalam hati. Lebih pada mengutuk keangkuhan Datin tua itu sebenarnya.

'Biasalah tu...' Sahut Pak Tapa juga dari dalam hati. Datin Arfah menapak ke arah luar. Milah, Emilia dan Pak Tapa juga bangun untuk menghantar kepergian wanita itu pulang.

"Dah... hari ni, Emi jangan takut-takut lagi dah. Esok, aunty dan uncle akan bawa Emi jalan kl nak?" Pak Tapa mencadangkan. Milah tersenyum sahaja. Eloklah tu, kata hatinya yang mengasihani nasib malang anak syurga itu.

"Nanti kita boleh beli kawan Beber, Emi tu ..." Sambung Milah pula berasa sedih melihat keadaan teddy bear milik Emilia yang daif itu. Mata tak ada. Lehernya pula dah terkeluar isi kapasnya.

"Kawan? Kawan? Aunty nak beli kawan... aunty nak beli kawan... yeay... yeay...yeay!" Meloncat keriangan Emilia sambil berulangan kata-kata yang sama bagi memperjelaskan rasa keterujaan dia.

"Seronok betul dia bang. Jika tidak masam je muka. Takut-takut je rupanya bang..." Terang Milah sambil tersenyum melihat gelagat menari-nari Emilia.

"Ya, betullah tu. Abang pun perasan juga... silap. Kalaulah dulu masa arwah tu tengah sakit-sakit kita cuba cadangkan pengambilan Emi tu sebagai anak kita tentu tak jadi macam sekarang. Arfah tak berhak pun nak bising-bising. Anak arwah dengan arwah Datin Zaleha pun. Tapi ... apa nak buatkan..."

Kata-kata dari Pak Tapa, Milah juga akui kebenarannya. Memang sudah terlambat.

"Aunty... aunty... Emi nak uuk... hmm... uuk... uuk ... Emi kenyang sangat ... kenyang pisang... pisang... pisang... mana... mana... tempat uuk uuk... tempat ..." Tidak sempat dia habisi percakapan berulangannya.

Kentut pun berbunyi meledakkan tawa semua sebelum Milah memimpin tangan Emilia ke tandas.

"Dah ke tandas. Emi main-main dahulu. Aunty nak masak makan malam. Abangnya nak makan apa malam ni?" Milah sempat menyoal dari arah bilik air.

"Masak jela apa yang ada dalam peti sejuk tu sayang!" Pak Tapa menyahut dengan mata membaca suratkhabar.

"Jangan lupa ulam pegaga abang tu, Milah. Elok tu untuk Emi. Memang langkah kanan budak tu..."

"Baiklah bang!" Sahut Milah lalu teringat keratan akhbar yang dia pernah terbaca beberapa bulan lepas mengenai kebaikan serta khasiat ulam pegaga.

"Pegaga... pegaga...." Sahut Emilia terkelip-kelip mata. Masa itu, Milah sedang mengenakan seluar keciknya kembali. Hanya dengan Milah sahaja lah dia dapat bermanja seperti itu.

"Iya. Ulam. Sayur. Ada banyak khasiat tau. Nanti aunty tunjukkan tau." Milah menerangkan dengan menjentik air ke muka Emilia. Emilia tersengih lalu dia mendakap erat tubuh itu.

"Aduh... aduh... sakit sini... sakit sini..." Keluh Emilia membuatkan Milah meleraikan dakapan.

"Kenapa sayang? Sakit? Sakit kat mana cer tunjuk pada aunty?" Milah juga menyoal tatkala dia lihat tangan si dara berbau kasturi syurga itu asyik memegang celahan kaki.

Dia cuba nak memberitahu tetapi keadaan dia itu pula tidak mengizinkan.

'Abang tu jahat. Dia usik Emi punya!' Luahan Emilia yang sehingga ke saat ini masih tidak mampu mulutnya zahirkan di luar.

"Sakit mana sayang? Cuba tunjuk pada aunty..." Milah mendesak lagi. Entah kenapa, hati terasa ada sesuatu yang tidak kena pada Emilia.

"Sini... sini... sini... sini... abang tu... abang tu ...."

"Abang mana? Apa abang tu dah buat?" Milah semakin menegaskan nada suaranya. Dia dudukkan Emilia lalu dalam rontaan Emilia, dia berjaya menarik turun kembali seluar kecik Emilia.

Sebagai perempuan yang sudah melalui perkara 'Itu' membuatkan mulutnya laju beristigfar. Laju dia mendakap Emilia. Sebak. Kesal.

"Siapa buat ni sayang? Allah, Emi... apa salah kamu nak? Sampai hati. Abang mana yang buat, Emi? Cakap sayang?" Lerai saja dakapan sekali lagi Milah menyoal. Bahu itu dipegang, kuat.

"Abang tu... abang tu..." Jenuh Emilia cuba menjelaskan. Milah pun sedang cuba memahami. Sama-sama berkedut dahi.

"Abang mana Emi? Emi cam tak mukanya? Takper. Takper, esok bawa Aunty Milah kita jumpa abang tu ya? Ya?" Cadang Milah sama-sama mengangguk bila wajah yang basah dengan airmata itu mengangguk dan terjebik-jebik.

Tanpa sedar, ada air yang mulai ingin bertakung dalam tubir mata Milah dan Tapa juga yang di ketika itu mahu menuju ke arah peti sejuk untuk mengambil air minum, tidak tahu apa-apa asbab kepada menangisnya sang isteri sambil mendakap Emilia turut mengalirkan airmata.

"Takpe! Takpe! Mana kau nak lari pun kan? Lusa rumah aku juga kau balik. Kalung aku kau curi untuk apa, hah? Nak bagi siapa? Takkan orang sengal macam kau dah pandai nak simpan jantan, kut!"

Hambur Datin Arfah benar-benar tak puas hati dari dalam kereta, dia membebel sehinggalah dah sampai rumah.

Hempas kunci atas meja. Menghenyakkan punggung sepuluh tan itu atas sofa buatan Itali. Terkibas-kibas leher.

"Emi! Emi! Buatkan aku air, cepat!"

Suasana sepi. Sekali lagi, suara bak Ziana Zain milik Datin Arfah memecah bak speaker home theatre rumah itu dengan bengkengnya.

"E...mi! Kau pekak ke hah? Aku kata, buatkan aku air!" Herdiknya lagi. Kaki bersilang bertukar arah namun air tak kunjung tiba.

"Bukan ke aku dari rumah bang Tapa tadi... Emi hmm... " Ujarnya dan termalu sendiri bila menyedari Emilia tidak ada ada dalam rumah itu untuk dua hari.

"Emi... Emi... dah pandai pula kau, ya nak tidur-tidur rumah orang? Macam aku takde bagi kau tempat tidur. Saja nak burukkan nama aku. Kan? Kan?" Omelnya lagi sangat-sangat tidak berpuas hati.

"REZKY tak kisah mama, papa dengan sesiapa pun. Lagipun umur Rezky pun agak lewat jugak ni... lagipun Rezky kenal dengan Emi tu... sungguhpun dia macam itu ma... pa... tapi hati dia jauh lebih tulus dari insan normal lain..."

"Itulah. Kami berdua pun memang sukakan si Emi tu dari Lela. Lembam-lembam Emi pun dia pandai berdikari. Dulu mungkin iya, berak nak kena cuak tapi semenjak dia tahu arwah papanya dah takde, dia usaha belajar seorang diri. Ulang-ulang pulak tu..." Sahut Puan Sri Rogayah teringat sewaktu dahulu.

"Tapi Gayah, Rez masalah sekarang ni si Arfah tu lah... nak minta tangguh pulak dah!" Sahut Tan Sri Osman pula.

"Tulah pasalnya, bang oi! Kalau tak, kan ke dah boleh bawak berunding tarikh kenduri."

"Takper mama. Biar Rezky yang jumpa pula dengan Aunty Arfah tu... mungkin selama ini dia dah salah faham pada kebaikan Rez kat Lela. Sedangkan kami berdua kawan saja, memang takde perasaan apa-apa pun..."

"Itu kamu, Rez tapi pada Lela? Pasti ke yang dia tu tak syok kat kamu?" Puan Sri Rogayah memprovok. Membuatkan Rezky terdiam semula.

"Entahlah mama. Setahu Rez, takdelah..." Itu saja yang termampu Rezky jawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience