DIA 39

Romance Completed 131781

Setengah jam lepas, Kasih dan Kamal selamat disatukan di pejabat agama. Kini mereka bergelar suami isteri yang sah tetapi, seperti yang Kasih kata, mereka akan bercerai sebaik sahaja Kasih berjaya merampas Hazzar.

"Haa... Dah halal pun kau, dan aku." Sengaja Kamal meleret senyuman sinis.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Ni, aku nak kau buat kerja sikit."

Kedengaran Kamal mengeluh panjang.

"Kerja apa? Kita baru je lepas nikah. Relaks la dulu." Ujar Kamal malas.

"Kita tak ada masa nak berehat bagai. Aku tak kira, aku nak kau buat kerja kau dalam masa yang terdekat ini. Faham!?" Arah Kasih.

"Yelah... Kau ni."

Kasih tersenyum puas.

---

Sudah pukul 1 pagi tapi Hazzar masih belum pulang ke rumah. Hanis sudah mula risau. Tidak senang duduk Hanis dibuatnya.

Pin pin!

Hanis menoleh apabila mendengar bunyi hon dari luar rumah. Hanis bangun kemudian menyelak sedikit langsir rumah. Kereta Hazzar.

Segera dia mencapai kunci kereta lalu membuka pintu rumah. Hanis melangkah mendekati kereta Hazzar. Dari luar kereta Hanis boleh nampak keadaan Hazzar yang semestinya, mabuk.

Pintu kereta dibuka kemudian Hanis membantu Hazzar untuk membuka tali pinggang keledarnya. Tangan Hazzar diletakkan dibelakang kepala untuk membantunya bangun.

Hazzar langsung tidak sedar. Mungkin sudah pengsan terlebih dahulu. Hazzar Hanis letakkan di sofa kemudian dia membuka kasut Hazzar. Sesekali dia memandang wajah Hazzar dan terfikir tentang perkara yang terjadi tadi.

"Hanis... Minta maaf sebab... Sebab Hanis semua ni jadi."

Dia mengeluh kemudian bangun dan tiba-tiba ada yang menarik tangannya sehinggalah dia menindih tubuh Hazzar. Membulat mata Hanis apabila Hazzar perlahan-lahan membuka matanya.

"Hanis minta maaf. Ta--Tak sengaja."

Hanis cuba bangun tetapi Hazzar menarik tangannya lagi. Terpaku Hanis memandang Hazzar. Hazzar memandang wajah Hanis tanpa riak dan tiada sebarang perkataan keluar dari mulutnya.

"Abang Hanis..."

Cup!

Hazzar mengucup bibirnya lama. Hanis berasa seperti rohnya sudah terbang ke tempat lain. Tiada sebarang respon yang dia tunjukkan. Hazzar melepaskan kucupannya.

"A- "

Hazzar mengucup bibirnya seketika lalu dilepaskan. Hanis terkaku lagi.

"Aku tak nak dengar kau keluarkan satu perkataan pun."

Mata mereka saling bertentangan.

"Aku tak tahu nak cakap apa dan... Aku tak tahu kenapa aku cium kau. Aku rasa macam, ada sesuatu yang paksa aku untuk cium kau Hanis."

Lain macam betul mabuk laki aku ni, desis hati Hanis.

"Hanis... Aku nak kau teman aku malam ni."

Hanis tunjuk reaksi tak faham. Teman apa? Teman makan ker?

"Teman?"

Hazzar meleret senyuman nakal penuh makna yang membuatkan Hanis gerun. Hazzar mendekatkan wajahnya dengan Hanis lalu diletakkannya rambut Hanis ke belakang telinga. Hazzar melanggar dahi Hanis lalu mencempung tubuh Hanis.

Hanis sudah tidak tahu hendak berkata apa. Dia masih tertanya-tanya, laki aku ni dah kenapa?

---

Hazzar membuka matanya lalu bangun. Dia melihat sekeliling.

"Bila masa aku masuk bilik... Bilik Hanis?" Soalnya dengan nada terkejut. Dia bangun dan sedar yang dia hanya menggunakan seluar pendek sahaja. Mana pergi baju seluar?

Segera dia pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Sambil itu, kepalanya masih memikirkan apa yang telah berlaku.

Sementara dibawah, Hanis masih ketakutan untuk berhadapan dengan Hazzar. Tangannya sedikit menggetar. Tidak lama kemudian muncul wajah serius Hazzar di hadapan pintu menuju dapur.

Dia sudah siap berbaju kemeja dan seluar jean hitam. Hamis cuba mengelak dari memandangnya. Hazzar merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Segera dia menarik kerusi lalu duduk sambil matanya memerhatikan si Hanis.

"Abang... Nak kopi?"

"Tak... Aku nak kau duduk sini."

Hanis teragak-agak untuk duduk.

"Duduk jelah. Aku nak tanya kau sikit ni."

Hanis mengangguk lalu duduk berhadapan dengan Hazzar.

"Na--Nak tanya apa ni?"

"Macama mana aku balik semalam?" Soal Hazzar.

"Naik kereta, mabuk."

"Lepas tu, kau buat apa?"

"Hanis letak abang dalam bilik abanglah. Lagipun, abang yang suruh." Tipunya.

"Habis tu kenapa aku boleh ada dalam bilik kau tadi?"

Glup! Hanis mati akal. Dia nak tipu apa pula.

"Arr... Entah. Pagi tadi Hanis bangun abang memang ada dekat sebelah Hanis. Macam mana abang ada dekat sebelah tu Hanis tak tahulah pula." Tipunya lagi.

Hazzar memandangnya curiga lalu bangun dan meninggalkan Hanis di dapur.

Hanis meletakkan wajahnya ke meja dan menjerit kecil. Dia angkat muka.

"Banyaklah dosa aku sebab tipu laki. Huhh..."

Tiba-tiba Hazzar muncul dengan satu beg kertas kecil ditangannya. Dia letak beg tersebut di hadapan Hanis lalu beredar. Hanis membuka beg tersebut untuk melihat isi kandungannya.

"Handphone?"

"Itu untuk ganti telefon kau yang aku buang dulu. Bersertakan dengan SIM kad dan memori kad!" Jerit Hazzar dari depan pintu.

Mulut Hanis membulat kecil kemudian menangguk perlahan-lahan.

---

Syaza berlari anak apabila mendengar bunyi bell rumah ditekan banyak kali. Tekan sekali je cukuplah. Pagar rumah dibuka.

Syaza mengerutkan dahi melihat seorang lelaki yang langsung tidak dikenali. Kawan Nazrul ke?

"Awak ni... Siapa?" Soal Syaza.

"Saya Akmal, kawan Nazrul." Ujarnya.

"Kawan? Saya tak tahu pulak Nazrul ada kawan nama Akmal. Oh, Nazrul takda dekat rumah. Malam baru dia balik." Terang Syaza.

"Oo ye ke. Saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh tak? Tentang Nazrul..."

Tentang Nazrul? Syaza mengangguk perlahan.

"Jemputlah masuk." Ajak Syaza kemudian melangkah ke dalam rumah.

Tiba-tiba ada pesanan masuk di dalam telefon Akmal atau, Kamal.

"Sejak bila aku nikah dengan jantan nama Akmal ni?" - Kasih.

"Kau nak aku guna nama sebenar? Gila ke apa?" - Kamal.

Kamal kembali menyimpan telefonnya ke dalam poketnya kemudian masuk ke dalam rumah Syaza. Tanpa dijemput, Kamal terus melabuhkan punggung di sofa. Dia melihat hampir setiap inci rumah tersebut. Syaza menghampirinya dengan membawa segelas air oren.

"Nak cakap apa?" Soal Syaza kemudian duduk beberapa inci dari Kamal.

"Susah sikit saya nak cakap."

"Cakap jelah. Apa yang susah sangat?"

"Okaylah... Saya ada seorang adik perempuan bernama Kasih. Nazrul, dah mengandungkan adik saya dan tiba-tiba, semalam dia baru dapat berita yang Nazrul dah kahwin. Dia cakap dengan saya, kalau Nazrul- "

"Stop!" Celah Syaza. Dia tidak mahu mendengarnya.

"Kalau Nazrul tak nak kahwin dengan dia, dia nak bunuh diri." Sengaja Kamal menyambung kata-katanya.

"Aku kata stop! Aku tak percaya dengan apa yang kau kata. Kalau betul, buktikan pada aku!"

Kamal mengangguk kemudian mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar pada Syaza. Syaza mengerutkan dahi.

"La--Lara? Ini bukan Kasih!" Soalnya hairan.

"Lara? Atau Lara Kasih?" Balas Kamal.

Syaza baru teringat semasa kali pertama Lara Kasih memperkenalkan dirinya pada Syaza.

"Tak mungkin. Saya percaya suami saya." Ujar Syaza.

Tergelak besar Kamal mendengarnya.

"Dengar sini, laki kau selalu balik lewat kan? Asyik bergaduh dengan kau? Kau percaya ke laki kau kerja sampai pagi?"

Syaza terpaku. Ada betulnya juga cakap si Kamal ni tapi... Nazrul memang buat macam tu ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience