4 : Terkena Balik!

Drama Series 5510

LANGKAHNYA dipercepat mengikuti lelaki itu. Dia sudah mengagak jarak antara mereka. Dia sudah buat gaya seperti pelempar cakera terbaik dunia.

Kena time pula lelaki itu pusing badan ke belakang apabila merasa ada sesuatu yang datang padanya.

Pak!

"Adoii!"

Tak semenanya kamus seberat dosamu itu terbang cantik terkena dahi Aniq. Mengaduh sakit la apalagi. Dia angkat muka berkerut sambil menggosok dahi.

Bella senyum sinis. Menang. Yes menang! Heh!

"Introvert aku pun, jangan kau ingat aku tak berani kalau dah dicabar macam tu. Haa... jangan sampai kasut ni pula cium muka kau." ujar Bella dengan nada sedikit meninggi. Sengaja melakukan yang sama yang apa yang lelaki itu buat. Apa? Nak buli aku? Buli lah! Aku buli kau balik!

"Hah... balas balik ya?" getus Aniq sinis. Dia mula berdiri.

Bella telan air liur kesat. Jarak antara mereka hanya berapa inci saja. Gadis itu berundur setapak namun pemuda itu turut mendekat setapak. Membuat jantung Bella berdegup laju tak tentu arah.

Aduh apa hal pula mamat ni? Mata mereka bertentang. Mata pemuda itu membara api. Bella berpeluh dingin. Adumak! Mana ni semangat dan keberaniannya tadi. Mana ni? Datang la balik!

Lengan berurat Aniq mengunci pergerakkan Bella. Bella telan liur kesat sekali lagi. Belakangnya rapat ke dinding. Orang yang lalu lalang tak di endahkan Aniq. Mereka mula membisik dan memberi andai sendiri. Fikir mereka mungkin dua 'pasangan' itu sedang hangat beromantik tak kira tempat. Adui Hahaha!

Muka Aniq mendekat ke telinga gadis itu. Mukanya tegang saja.

"Kau cakap apa tadi? Boleh ulang balik tak? Sayang..." bisiknya perlahan tapi seksi. Aish! Pahal seksi pulak!

Mata Bella sudah tak tentu arah apabila Aniq makin mendekat. Senyum sinis lelaki itu pun dia sudah boleh agak. Dia Aniq sengaja! Sengaja nak malukan dia lagi. Argh lelaki tak guna ni!

"Kasut kau cium muka aku? atau kau yang nak kena cium ni?" entah kenapa lain macam menggoda bisikan Aniq kali ini. Lebih menggoda dari syaiton ni.

Dagu gadis itu diangkat ala romantik. Matanya masih tajam menikam sedang bibir kekal sinis! cis!

"Aku tanya ni. Asal tiba-tiba bisu pula. Suara hilang ke sayang?"

Bella tutup mata serapatnya. Haah, betullah tu lari kemana pula suaranya!

"Pffftt..."

Bella buka mata perlahan. Pasrah kali ini. Aniq sudah berguling sakan gelakkannya. Sampai tekan perut senak tu. Agaknya teringin nak merasa senak dengan aku tu. Mamat ni memang!

"Aku benci kau..." dengus Bella sakit hati. Gelegak darah ni usah ditanya lah. Ditambah pula Aniq tunjuk gambar dia pejam mata tadi. Maluu ya ampun...

"Weh nih cuba tengok muka kau ni! tengok ni haish!" Aniq berdiri mengikut langkah besar Bella yang tinggalkannya.

"Sumpah innocent gila kau buat gitu. Acer buat sekali lagi nak tengok." masih gelakkannya. Gelak la sampai puas.

Bella menjeling. Sebal! Sumpah ini first time dia ketemu makhluk paling menyebalkan seperti Aniq. Pembulinya dulu pun tak sesebal ini.

"Kau memang-" Bella pusing badan menghadap lelaki itu.

"Memang apa? Eh ke kau betul-betul tunggu aku cium kau?" Aniq meneka bersama sengihan.

Hah? terlopong Bella dibuatnya. Tangan dikepal. Dia tahu, makin dilayan, makin menjadi mamat sekor ni. Jadi...

"Hish! Suka hati kau lah. Penat aku melayan." biarlah dia kalah untuk kali sejuta ini. Ada hari lagi, manusia tak semestinya diatas.

Aniq memanggilnya di belakang tak dihiraukan. Menonong saja melepasi pagar yang memisahi blok lelaki dan perempuan. Paling ke belakang. Ha tau takut nak masuk.

*****

"Aaarghh!"

"Aish sumpah aku geram Fah! Ayu! Asal la kau boleh tahan dengan perangai bab* dia tu. Aku tak tahan, sumpah tak tahan." bebel Bella melepas geram dengan menumbuk bantalnya. Membayangkan bantal itu ada muka Aniq. Eii memang lunyai keluar kapas juga bantal ni!

Ifah dan Ayu terangguk-angguk faham. Lagi-lagi si Ifah la paling ngerti. Kerana memiliki nasib yang serupa. Ifah peluk bahu Bella dari sisi dan digosok-gosok. Bella diam saja sambil buat muka terpinga. Asal Mek Pah peluk aku ni? Nak mati dah ke?

Ayu pandangnya runsing. Prihatin yang ni sorang. Entah kenapa, semua sudah merasa dibuli Aniq. Seorang saja tak pernah walau sepatah kata makian Aniq. Iaitu Ayu. Ah ya, kalau perasan Ayu saja tak pernah dibuli Aniq. Jangankan buli, bercakap dengan lelaki itu saja belum terlihat. Tapi tak ada siapa hingin!

Ifah baring santai atas kantil single itu. Paha Bella ditepuk beberapa kali beri semangat.

"Dah la, kita ada di sekolah ni kan nak belajar. Bukan nak menghadap mamat kurang kasih sayang tu. Sabar-sabar, aku pun macam kau juga mula-mula tapi... tak ada la sampai ambil gambar aib aku pastu simpan." ujar Ifah tenang.

Haihh! Bella lepas keluh berat. Bangang tol mamat tu. Buat aku hilang semangat.

"Tapi jangan risau, selalunya dia padam balik. Selalunya la..." Ifah menyedapkan hati temannya. Bella hanya diam.

Ayu hanya berdiam diri.

Lagu dari telefon Ayu berdering membuatnya kalut nak angkat panggilan dari ibunya itu. Senyum automatik terukir. Telefon dipegang jauh sedikit dari mukanya. Menandakan mereka sedang video call.

"Ayong! indu Ayong. Bila nak balik?" lirih manja suara sang adik kecil di corong.

Ayu sekadar senyum. Rindu juga keluarga di kampung. Lama tak pulang. Apa khabar mereka.

Bella dan Ifah hanya menjadi pemerhati. Kadang tu buat main telefon supaya Ayu tak malu nak bercakap.

" Yaa, minggu depan Ayong cuti. Boleh la balik. Cap, mana ibu?"

"Ibu ada ni. Ibu ooo Ibu!"

"Ibu..." ujar Ayu.

Bella dan Ifah berpandangan seketika lalu tersenyum kecil. Suka juga kadang mereka melihat kemesraan Ayu bersama keluarga walau dalam telefon. Mereka yakin, Ayu mempunyai keluarga yang bahagia. Mereka turut tumpang happy.

"Aku nak tidur dah. Takut lewat pula esok. Kau pun tidur la, dah lewat ni." pesan Ifah mula baring hendak tidur.

Bella angguk sekali. Dia turut tarik selimut menutupi tubuh.

Aih, dengar kata pula dia kalau disuruh Ifah. Kalau dengan mamanya? Haih keras kepala nok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience