BAB. 01.

Drama Series 39333

PAGI itu Dato' Razman bersama isteri nya tercinta, Datin Fazura. mula melakukan aktiviti yang pertama Iaitu mengemas-ngemas rumah pada hujung minggu ini. Sekaligus mempersiapkan sambutan kelahiran puteri pertama mereka yang akan lahir hanya dalam hitungan hari saja lagi.

Mereka berbagi kerja, seperti menyampu lantai tugas Datin Fazura, manakala mengemop lantai tugas Dato' Razman.

Bukan bererti, mereka orang yang berada dan berpangkat tinggi tidak boleh melalukan pekerjaan rumah. Malah Dato' dan Datin suka melakukan pekerjaan begini hampir setiap harinya.

"Abang .. saya tak sabar lah nak sambut kelahiran anak kita." Ucap Datin Fazura, sambil tangannya membersihkan habuk yang melekat pada frame gambar perkahwinan mereka.

"Sama lah, abang pun tak sabar. Excited sangat, sampai tak tidur malam." Ucap Dato' mula berseloroh.

"Iya ke tak tidur? Saya tengok abang lena je tidur. Sampakan nyamuk hinggap kat pipi pun abang tak sedar." Usik Datin pula.

Tergelak besar Dato' Razman ketika mendengar ucapan isterinya. Wanita yang dahulunya adalah kawan rapat sejak dibangku sekolah, kini telah pun menjadi pasangan hidupnya, yang akan bersama dengannya. menemani setiap perjalanannya sehingga akhir hayat.

"Itu yang awak nampak je sayang, sebenarnya saya rasa susah untuk tidur. Ada banyak benda yang saya fikirkan pasal masa depan anak kita nanti."

Datin Fazura tersenyum.

"Saya faham abang, semua ibu bapa pun merasakan hal yang sama, seperti mana yang abang rasakan sekarang ni."

Dato' Razman meletakkan batang kain mop pada sudut dinding, kemudian dia meluru ke arah Datin Fazura yang sedang duduk diatas sofa.

"Abang fikir kan, bila anak kita lelaki. Abang nak dia belajar tinggi-tinggi, dan capai semua cita-cita dia, bila perempuan pula. Abang hanya nak didik dia, dan hantar dia ke madrasah. Biar dia memperdalami ilmu agama."

Datin Fazura tersenyum seraya mengusap lembut punggung tangan suaminya.

"InsyaAllah, mulia niat abang. Semoga Allah permudahkan semuanya, Aamiin." Ucap Datin Fazura.

Dato' Razman mentadahkan tangannya, kemudian mengusap wajahnya dengan dua belah tangan.

"Tapi kan abang, masa saya buat check up haritu. Doktor kata anak kita ni baby girl, tapi kalau yang keluar nanti baby boy macam mana? Semua barang-barang dah saya belikan warna pink." Ucap Datin Fazura. Seraya mengusap-usap perutnya, terasa ada pergerakkan dari dalam.

"Tak apa sayang, mana-mana pun boleh. Janji sihat, baju tu boleh bagi pada orang yang memerlukan."

"Okey abang, saya nak masuk dulu lah. Pinggang sakit pula tiba-tiba." Wanita itu bangkit dari duduknya kemudian melangkahkan kakinya ke arah bilik tidur.

Baru saja menapak beberapa langkah, darah segar mengalir dari rahim Datin Fazura. Pantas wanita itu menjerit histeris saat melihat lantai dibawahnya telah penuh dengan cairan merah.

"Abang ... ada darah, sakit abang ..!" Jerit Datin Fazura seraya berpegang tangannya pada dinding.

Jeritan itu membuatkan suaminya terperanjat hebat, batang kain pel itu dia lemparkan ke sebarang arah. Tanpa basa-basi, Dato' Razman terus mendukung tubuh isterinya untuk dikejarkan ke hospital.

Isterinya sudah tidak sedarkan diri sejak tadi, hal itu membuatkan Dato' semakin cemas dengan keadaan isteri dan bakal anaknya.

Selepas menunggu dengan perasaan yang cemas berdebar, hampir satu jam lamanya. Akhrinya seorang bayi berjentina perempuan telah selamat dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

Gadis kecil yang begitu cantik, terlahir dengan sempurna tanpa ada nya kekurangan, kulitnya begitu cerah bagaikan sebuah kapas. Akhirnya selepas penantian sepuluh tahun lama nya, Dato' dan Datin kini telah selamat menimang cahaya mata mereka.

Sepasang suami isteri itu dikenali sebagai sosok yang begitu baik hati, dan peramah pada siapa sahaja. Mereka saling setia, dari dulu hingga kini. Walaupun dugaan yang mereka lalui berliku-liku.

Sebelum lahirnya anak ini, Datin sempat mengandung, tetapi malangnya bayi dikandungan tidak bertahan lama, hanya bertahan sekitar empat atau lima bulan sahaja. Hal itu membuatkan Datin putus asa, dan sering kali meminta kepada suaminya untuk menikah lain. Agar dia memiliki keturunan.

"Saya turut bergembira atas kelahiran puteri pertama dari Dato' Razman dan Datin Fazura. Semoga tumbuh menjadi anak yang baik untuk agama dan negara." Ucap seorang doktor wanita yang baru sahaja selesai menjalani tugasnya didalam ruangan bersalin itu.

"Terima kasih banyak doktor .." ucap Dato' Razman mengukir satu senyuman bahagia.

Lelaki itu menitiskan air mata saat melihat wajah anaknya, sungguh cantik. Wajah yang begitu serupa dengan Datin Fazura.

Dato' Razman mendukung anaknya, seraya mengecup kening isterinya yang masih berbaring.

"Terima kasih sayang, sebab dah bertaruh nyawa untuk lahirkan seorang zuriat ke dunia ini." Ucap Dato' Razman tak mampu membendungi rasa sedih yang teramat.

"Saya pun nak ucapkan terima kasih pada abang, dulu hingga kini. Abang masih setia bersama saya." Ucap Datin Fazura seraya mengusap lengan suaminya.

Mereka berdua tersenyum bahagia.

"Sayang dah ada nama ke untuk anak kita?" Soal Dato' Razman.

"Dah .. saya nak letak nama 'Alicia Almaira' yang bermakna Puteri raja yang mulia." Ucap Datin, nama itu sudah di siapkan sejak sepuluh tahun yang lepas.

"Cantiknya nama, sama seperti orangnya." Ucap Dato' mencium pipi Alicia kemudian mendekap bayi itu ke dalam pelukkannya.

Makhluk kecil itu memiliki rambut hitam yang tegak terpacak, keningnya tebal dan berhidung mancung.

* * *

Dengan lahirnya Alicia Almaira, kini lengkap sudah kehidupan sepasang suami isteri yang dulunya hidup hanya bertemankan sepi.

Bahkan Datin Fazura masih tidak menyangka, dari rahim nya telah lahir seorang anak yang cantik. Kini dia telah pun bergelar seorang ibu.

Semenjak kedatangan Alicia didalam keluarga itu, bisnes Dato' Razman semakin berkembang luas. Kini dia boleh membuka beberapa cawangan lagi di semenanjung Malaysia dan beberapa negara jiran.

Saat Alicia berusia lima tahun, Dato' Razman telah membelikan rumah dengan fasilitas yang mewah beratas namakan Alicia Almaira. Tak hanya itu, Dato' Razman juga membelikan nya beberapa kenderaan mewah.

Alicia tumbuh membesar dengan baik dibawah penjagaan Ibu dan Ayahnya itu. Disebuah rumah banglo tiga lantai, Datin Fazura mengasuh Alicia sepenuh masa tanpa bantuan dari maid mahupun babysitter.

Manakala Dato' Razman pula, seorang CEO pemilik syarikat Mitrajaya Holding's yang terletak di Kuala Lumpur. dan isterinya adalah seorang doktor mata disebuah hospital swasta.
Segala kesenangan dan kemewahan mereka curahkan sepenuhnya pada Alicia, gadis yang kini telah berusia sembilan tahun.

~

Gadis kecil itu telah menduduki bangku sekolah rendah. Dia tumbuh menjadi sosok yang baik hati, lemah lembut dan penuh kasih sayang pada siapa sahaja.
Hampir sama dengan ibunya, Datin Fazura. Hanya berbicara jika ada hal-hal penting saja. Selebih itu dia akan banyak diam, membaca buku mahupun Al-Qur'an saja.

"Hai Alicia, awak tengah buat apa tu?" Sapa salah seorang rakan kelasnya.

"Alicia tengah baca buku dogeng ni, buku cinderella. Cerita dia best sangat, sampai-sampai Alicia pun rasa nak jadi puteri Cinderella juga." Jawab gadis itu seraya menunjukkan muka surat bukunya.

"Wahh ya ke? Bella pun nak jadi Cinderella juga." Ucap Bella, rakan baik Alicia.

"Jom ... jom." Usik Alicia seraya tersenyum-senyum.

"Alicia .. Alicia, awak nak tahu tak. Ibu Bella sekarang tengah mengandung, Bella rssa tak sabar nak dapat adik, Alicia ada adik ke tidak?" Bella kembali menyoal Alicia.

Gadis itu menutup buku nya, kemudian dia menyimpannya didalam beg sekolah.

"Adik? Kat mana Bella dapatkan adik? Alicia pun nak." Ucap gadis kecil itu.

"Ermm entahlah, Bella pun tak tahu. Ibu just cakap, dalam perut ada adik baby."

"Wahhh bestnya, kalau macam tu Alicia nak suruh ibu Alicia mengandung juga lah." Ucap Alicia membuatkan rakannya terkekeh kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience