BAB 2: Wedding?!

Drama Series 28608

Nairah sedang memilih baju–baju yang bergantungan itu.Semuanya cantik–cantik sehingga membuatkan dia pening. Sementara Fatin pula sudah hendak terlelap di situ. Sudah hendak setengah jam mereka di tempat yang sama.

"Weyh! Cepatlah! Lambatnya kau pilih baju..Pilih baju je pun! Macam tengah selesaikan masalah negara."rungut Fatin dengan mata yang sayu.

Nairah menjeling Fatin dengan jelingan yang tajam. Nairah pantang ditegur kalau bab memilih baju ni.

"Isy, kau ni! Sabarlah!"pekiknya sambil mengambil dua helai baju.

"Weyh, kau rasa mana satu yang lagi cantik.Ni ke..Ni?"kata Nairah sambil menunjuk-nunjukkan baju yang dipilihnya.

Fatin hanya acuh tak acuh saja dengan pertanyaan Nairah. Mamailah katakan..

"Apa susah..Kau pilih jelah dua–dua.."katanya sambil memandang ke tempat lain.

Sedang mata Fatin melilau ke sana-sini, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Terus membulat mata Fatin apabila ternampak kelibat lelaki tadi.

"Weyh! Betul-betullah! Aku bukan taknak pilih dua-dua tapi aku nak save bajet bulan ni..Cepatlah yang ma.."

"Weyh! Aku sakit perutlah. Aku pergi tandas kejap eh?"kata Fatin memancung kata-kata Nairah.

Nairah mengecilkan matanya. Dia memandang Fatin dari atas ke bawah. Pelik. Yalah, tadi Ok je tiba-tiba sakit perut pulak. Mesti ada sesuatu ni. Nairah berfikir sejenak sambil memandang tajam Fatin.

"Hmm. Pergilah kau."kata Nairah.

Selepas saja kata-kata hikmat itu dikeluarkan, Fatin terus memecut laju meninggalkan Nairah keseorangan. Apa yang dia mahu lakukan ketika itu adalah cuma mahu bertemu dengan DIA. Ya, jejaka yang telah berjaya menarik perhatiannya.

Mata Fatin melilau ke sana dan ke sini mencari di manakah si pencuri hatinya yang tadinya yang dilihat lalu di situ. Dia terus mencari.. Tiba-tiba..

GEDEBUK!!

Fatin dilanggar satu kelibat yang sangat besar dan tinggi. Bersweater hitam dan bertopi itulah gambaran kelibat yang melanggarnya.

"Adoi! "pekiknya di situ.

Fatin menjeling siapakah gerangan yang melanggarnya tadi. Fatin terkaku.
Rupa-rupanya dia dilanggar oleh seorang bidadara. Mukanya kacak seperti kacukan Korea dan dia sangat tinggi sehinggakan Fatin pun hanya paras-paras dadanya yang bidang itu saja. Pipi Fatin mula bertukar kepada rona merah. Malu. Dia mengalihkan pandangannya ke tepi.

'Aduh!! Aku terlanggar dia pulak!!"jerit hatinya bagai hendak meletus dibuatnya.

"Cik? Cik tak apa-apa? "tanya si bidadara.

Fatin menoleh semula. Dia memberikan sekuntum senyuman.

"Eh.. Takde apa-apa pun. Saya ok je."kata Fatin.

Lelaki itu tersengih sinis agaknya mendengarkan yang Fatin tak apa–apa membuatkan hatinya senang. Fikir Fatin tapi keadaan tidak semestinya berlaku seperti yang diramal.

"Lain kali berjalan tu tengoklah pakai mata bukan pakai kaki. Jangan sampai saya bawak awak pergi buat IC OKU pulak."katanya menyindir.

Lelaki itu kemudiannya berjalan pergi dengan selambanya. Fatin di situ masih tergamam mendengar jawapan lelaki itu. Perasaan benci mula timbul. Daripada suka terus reject.

"Isy!! Muka je handsome tapi bahasa macam tak pernah belajar adab betul! Indah khabar dari rupa! "kata–katanya diakhiri dengan peribahasa.

Jarang dia mengungkapkan peribahasa agaknya memang marah betul si Fatin ni.

Fatin terus melangkah pergi. Kakinya pantas berjalan ke arah Nairah yang berada di kaunter pembayaran.Mukanya memuncung bagai itik tak makan sehari. Nairah menoleh.

"Dah kenapa pulak dengan muka kau tu?"tanya Nairah.

Fatin menyilangkan tangannya. Mukanya masih ketat.

"Takde apa-apa lah. Dah jom balik."katanya.

Fatin menarik tangan Nairah dan dengan pantas berjalan ke kereta.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelihatan di ruang tamu Dato' Rohan sedang duduk berhadapan dengan Tailong yang menyamar menjadi seorang Dato'.Apa lagi agendanya sekarang?

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta di perkarangan garaj rumah. Fatin keluar dari kereta. Dia ketawa sendiri memikirkan tentang kejadian tadi. Fatin membuka pintu. Sejurus saja dia masuk,

"Fatin. We need to talk."kata bapanya keras.

Dato' Rohan berjalan ke arah Fatin. Fatin membuat muka pelik.

"Talk about?"tanyanya kepelikan.

Tiba-tiba Dato' Rohan menarik tangan Fatin masuk ke dalam biliknya.Fatin hanya mengikutnya. Apa yang bapanya mahu lakukan?

"Kenapa ni?"tanyanya sekali lagi.

Muka bapanya sangat serius. Yang pasti sekarang ni berita yang akan keluar dari mulutnya pasti berita yang mengejutkan.

"It's about your wedding."kata Dato' Rohan.

Fatin tersentak. Sebelum ini bapanya tidak pernah pulak seserius ini jika tiba bab perkahwinan ni. Hatinya mula merasa musykil.

"Pa, we have talk about this. Fatin belum bersedia lagi. Stop it."kata Fatin menegaskan kehendaknya.

"I dont care. Tarikh perkahwinan kamu dah ditetapkan pada bulan hadapan." kata Dato' Rohan tegas.

Fatin tersentak. Adakah apa yang dia dengar betul? atau bapanya yang tersalah cakap?

"What?! But, Pa!"katanya membantah.

"Enough! Noktah! Kali ni kamu ikut cakap Papa! Papa dah tetapkan jadual kamu untuk bulan ni. Kamu tinggal ikut je, Ok? Muktamad."

Dato' Rohan menutup pintu dan menguncinya.Fatin cuba mengejar namun telah terlambat. Pintu itu sudah dikunci. Fatin mengetuk-ngetuk pintu biliknya itu.

"Papa! Papa PLEASE! Tolonglah Fatin taknak! Papa!!!"jeritnya.

Namun sekuat manapun jeritannya, ia tetap diendahkan. Dato' Rohan terus pergi menahan diri daripada membuka pintu. Dia terpaksa buat semua ni. Peluh menitis dari dahinya.K kelihatan Tailong sedang menunggu di ruang tamu. Senyuman sinis daripada mukanya itu tidak pernah pudar. Jiwanya yang penuh kejahatan membara dalam diri.

"So how? Dia setuju?"

Saja buat-buat tanya.

"Yeah, O–Of course."kata Dato' Rohan sambil menunduk.

"Good job"kata syaitan yang bertopeng manusia itu sambil menepuk-nepuk mesra bahu Dato' Rohan.

Dato' Rohan hanya menunduk.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME (Alif Satar)
DIMAINKAN..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience