bab 16

Romance Series 423079

Sampai sahaja di rumah ibu bapa mentuanya, dia memandang pelik. Mengapa banyak pula kereta?

“Apahal banyak sangat kereta ni? Fariz cakap mama ajak makan malam je. Ni macam ada kenduri pula. Aduh sempat kut aku patah balik.” Ayriz segera memakai tali pinggang namun kelakuannya terhenti apa mendengar ketukan daripada cermin kereta. Wajah Hanees tersenyum memandangnya. Segera Ayriz menurunkan cermin kereta.

“Akak. Kenapa akak tak turun ni… semua ada dekat dalam tau.”

“Hari ni ada apa apa ke adik. Banyak kereta?” soal Ayriz tanpa segan silu. Kalau dengan Hanees tidak perlu dia berasa serba salah. Mereka sudah menjadi satu kepala.

“Lah abang tak bagitahu ke? Hari ni family berkumpul nak bincang pasal family day.”

“Ouh… Fariz just bagitahu ada makan makan je. Tak tahu pula ada family meeting.”

“Eh dah la kak jom masuk. Kenapa akak dengan abang datang asing ni? Abang dah sampai dah.”

‘Sebab kitaorang berperang la Hanees.’

“Akak kerja. Tu suruh Fariz datang dulu. Ha jom jom.” ajak Ayriz membuka tali pinggangnya semula. Beg tangan dicapai lalu terus keluar daripada kereta.

Masuk sahaja di dalam rumah, dia mencari kelibat ibu mentuanya. Nampak sahaja tubuh wanita itu, lantas kakinya berjalan. Ayriz tersenyum dan bersalam dengan ibu saudara suaminya.

“Baru sampai Ayriz. Kenapa tak datang dengan Fariz je?”

“Ayriz ada kerja ma. Tu suruh Fariz datang dulu. Sorry Ayriz lambat. Jalan jem sikit tadi.”

“Alasanlah tu. Cakap jelah malas nak tolong masak.” celah aunty Ros. Mulah dia ingin bergaduh mulut dengan Melisa.

“Menantu akak cakap dia kerjakan. Yang Ros beria ni kenapa? Ayriz, Fariz ada dekat atas. Pergilah naik jumpa dia.”

“Ala tak apalah ma. Kejap lagi jumpa juga.” Ayriz tersenyum bersahaja. Hanees tahu mamanya tidak mahu aunty Ros nya bercakap benda menyakitkan hati Ayriz.

“Kak, jom adik kenalkan akak dengan yang lain. Hari tu tak sempat kenal kenal kan. Jom kak.” ajak Hanees menarik lengan akak iparnya. Melisa menghembus nafas lega apabila anaknya faham maksudnya. Aunty Ros hanya menjeling menyampah. Entah mengapa dia tidak sebulu dengan Ayriz.


“Hah macam mana? Kau jumpa dia?” tanyanya dihujung talian. Suaranya kedengaran keras sahaja.

“Dah bos. Dia ada dekat satu rumah ahli keluarga dia. Mereka tengah berkumpul. Bos nak saya redah ke?” soal pengikutnya atau mudah dipanggil Lim.

Isac tersenyum sinis. Dia suka permainan lelaki itu. Dia tahu Isac tidak suka munculkan diri dengan situasi begitu.

“Tak payah kau perhati je sampai diaorang semua balik.”

“Baik bos.” Isac terus mematikan talian sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek.

“Kau tahu siapa aku Haikal. Kau ingat dengan berkumpul rumah family kau, aku tak dapat tangkap kau. Kau silap. Silap orang kau ajak bermain.” sekali lagi lelaki itu tersenyum sinis sambil matanya memandang ke luar rumah.


“Hah kak, ni abang Azman anak aunty Ju. Yang ni pula abang Haikal anak aunty Rose.” Hanees memperkenalkan abang abang sepupunya kepada Ayriz. Ayriz tersenyum manis kepada mereka. Senyuman Ayriz tadi membuatkan Haikal dan Azman terpaku melihat kecantikan gadis itu.

“Hai Ayriz. Tak sempat kenal kenal kan hari tu. How are you?” sapa Azman terlebih dahulu.

“Fine. Macam ni lah. Busy dengan kerja.”

“Samalah kita. Ni pun lari lari daripada hospital. Kalau asyik tak ada bising pula mummy tu.”

“Ouh awak doktor?” Ayriz sedikit teruja dengan lelaki di hadapannya. Bukan mudah memegang jawapan sebegitu.

“Yes.. saya doktor.” Azman tersenyum sedikit malu melihat keterujaan Ayriz. Haikal hanya mendiamkan diri. Sudah menjadi kebiasaannya tidak banyak bercakap.

“Akak, akak tak nak jumpa abang ke? Daripada tadi Hanees tengok muka abang masam mencuka. Korang gaduh ke?” bisik Hanees menanyakan soalan itu. Ayriz tersenyum sebaris tanda memberi jawapan kepada adik iparnya.

“Eh ni Ayriz kan? Wife Fariz.” tiba tiba seorang gadis menegurnya. Kalau tengok paras rupa, dia kelihat lebih tua dengan Ayriz. Ayriz tersenyum dan mengangguk.

“Ye saya Ayriz. Akak?”

“Akak Tya. Anak aunty Ida. Hari tu akak tak sempat nak kenal dengan Ayriz sebab akak ada hal. Tengok dekat dekat cantiknya Ayriz ni. Lembut je muka.” puji Tya membuatkan Ayriz tersenyum malu.

“Mana ada kak Tya ni… Akak pun lawa tau. Flawless.” puji Ayriz pula membuatkan mereka tertawa sesama sendiri.

“Happy semacam borak apa?” Tegur seseorang. Tidak perlu pandang, Ayriz sudah tahu siapa. Berubah sedikit air muka Ayriz daripada ceria beriak biasa.

“Ada je menyampuklah dia ni. Ni hah I puji wife you lawa.”

“Mestilah lawa… my wife.” jawab Fariz bangga sambil tangannya memeluk pinggang isterinya. Ayriz kelihatan tidak selesa dengan perbuatan suaminya. Semakin Ayriz ingin cuba melepaskan diri semakin kemas tangan itu memeluk pinggang isterinya.

“Amboi kemain lagi. Ni jum makan. I lapar teruk ni. Haikal. Az jom.” Tya mengajak mereka ke meja makan. Semua mengangguk setuju.

Sebaik sahaja mereka beredar, Ayriz menolak Fariz supaya jauh dengannya. Jelingan juga diberikan kepada Fariz.

“Dah sampai tak tahu nak cari husband ea. Boleh pula dia berborak dekat sini.”

“Buat pe nak cari. Bukan nak jumpa dia pun.” jawab Ayriz perlahan namun masih dapat didengari oleh Fariz.

“Hah ingat tak dengarlah tu cakap apa.” Ayriz mengemam mulutnya.

“Tak reti salam husband.” Ayriz merungut kecil sebelum tanganya bersalam dengan Fariz.

“Salam bukan dekat dahi… dekat sini.” Fariz menyentuh bibir lembut isterinya. Ayriz sedikit tersentak dengan perbuatan selamba suaminya. Ayriz menjeling sebelum bibirnya menguncup tangan suaminya. Fariz tersenyum kemenangan.

Lantas itu Ayriz terus ingin beredar namun dihalang oleh Fariz. Fariz kini betul betul di hadapannya.

“Apa awak nak encik Fariz Mikael.” geram Ayriz melihat perangai suaminya yang sekarang. Bersahaja dan banyak menganggunya.

“Nak awak.” jawab Fariz bersahaja. Ayriz sedikit terkedu namun bijak menyembunyi air mukanya.

“Kenapa? Kena reject lagi dengan buah hati?” sinis kata kata Ayriz membuatkan Fariz berubah air muka. Ayriz tersenyum sinis apabila suaminya hanya diam. Betullah tu.

“Dia terima.” jawab Fariz membuatkan Ayriz terdiam. Jelas air mukanya tidak dapat sorok ketika itu. Terkejut yang lebihnya.

“Congrats.” ucap Ayriz walaupun sedikit payah. Terus Ayriz menganjak ketepi untuk berjalan namun sekali langkahnya terhenti apabila Fariz memeluknya daripada belakang.

‘Apa yang cuba awak buat sekarang Fariz. Kenapa seksa hati saya macam ni.’

“Lepas. Family awak adalah.” arah Ayriz sedikit keras.

“I miss you. Im really miss you.” bisik Fariz pelahan dengan nada menggoda. Kalini merona merah muka Ayriz. Jantungnya bagaikan dipam laju ketika itu.

Kali ini Fariz berjaya mengungkap kata itu. Fariz memejamkan mata sambil dia menguncup kepala isterinya. Ya dia rindukan bebelan isterinya.

“Thank you datang hari ni. I know awak tak akan biarkan mama marah saya.” Ayriz mengemam bibirnya menahan sebak. Tangan yang berada di pinggangnya dileraikan lalu dia terus meninggalkan suaminya tanpa menoleh ke belakang. Fariz hanya memandang kosong dan mengeluh perlahan. Tidak mudah mengambil hati isterinya.


“So pastikan semua ambil cuti ya minggu depan terutama awak doktor Azman. Kali ni awak kena ada.” memang saja aunty Ju menyebut anaknya. Setiap kali keluar pasti Azman tiada. Semua sudah tertawa apabila Azman membuat muka.

“Mummy, Az tak janji but Az cuba okay. Mummy ni malulah Az.” adu Az menunduk.

“Ha dah abis bincang kan. Alang alang tu semua tidur je la sini. Ni dah pukul berapa dah.” arah Melisa.

“Ala aunty Mel bukan tak nak. Mana ada bawak baju.” Tya bersuara mewakili yang lain.

“Haah la aunty. Esok pun kerja.” Haikal juga bersuara. Ayriz memandang Haikal. Baru itu dia mendengar suara lelaki itu. Fariz disebelahnya memandang pelik.

“Yela… dulu boleh je pinjam baju Fariz dengan Hanees… sekarang semua dah kerja tak adalah nak stay rumah aunty. Tak apalah if tak nak stay… but mama harap anak menantu mama pun tak baliklah.” Kali ini Fariz dan Ayriz dipetik. Terkejut juga Ayriz. Semua mata memandang ke arahnya. Ayriz hanya tersenyum kekok.

“Fariz okay je ma… tak tahu la menantu mama ni.” dengan mudah Fariz melepaskan diri.

‘Eh dia ni kang. Bukan nak backup aku.’

“Ay…Ayriz okay je ma.” jawab Ayriz sambil tersenyum.

“Awak ni Mel paksa diaorang tidur rumah kita. Kalau dah diaorang tak nak buat apa paksa.” celah suaminya pula.

“Mana ada Mel paksa diaorang. Mel cakap je.”

“Alalala ye la aunty. Tya tidur sini okay. Lagi pun Ayriz pun stay ada la benda nak borak kan Ayriz.” Tya tersenyum kepada isteri sepupunya. Ayriz juga tersenyum sambil mengangguk kepala.

“Ye lah Az dengan Haikal pun stay. Esok pagi pagi kitaorang balik.” Azman juga tidak mahu buat ibu saudaranyanya merajuk. Riak wajah Melisa bertukar ceria. Dia tahu anakbuahnya tidak sampai hati untuk menolak.

“Hah kalau macam tu kitaorang balik dululah. Ni pun dah pukul berapa.” suami Aunty Ju kini bersuara dan bangun bersalam salaman. Diikuti dengan keluarga yang lain.

Kini tinggallah mereka sahaja di rumah. Saja mereka yang muda muda masih duduk di ruang tamu. Ayriz sengaja duduk berjauhan dengan suaminya. Fariz juga menyedari hal itu.

“Mesti bestkan family day kali ni. Ish tak sabarnya.” Tya mula membuka cerita.

“Eleh you ni Tya. Sama je macam dulu….apa yang teruja sangat.”

“Mestliah teruja kali ni you ada kan Az.” perli Tya sambil menjelirkan lidah. Azman hanya tersengih tahu dirinya bersalah.

“Kak Ayriz biasa ke family day macam ni?” tanya Hanees sedikit teruja. Dia suka dengar cerita daripada kakak iparnya. Ayriz tersenyum apabila teringat percutiannya bersama keluarganya.

“Biasa. Family akak lain sikit. Lebihkan masa dengan family. If family day setahun kena 3 kali. Biasa sekali dalam negeri, luar negeri and luar negaralah.” bukan niat Ayriz ingin menunjuk namun memang keluarganya begitu. Semua di situ agak teruja untuk mengetahui tentang keluarga Ayriz. Fariz juga tidak tahu hal itu.

“Srslah Ayriz…. bestnya dapat spendtime dengan family. Family kitaorang nak jumpa pun payah tau.” jujur Tya sedikit teruja mendengar cerita Ayriz.

“Dulu pun family Ayriz susah sangat nak jumpa sebab masing masing sibuk. Tapi lepas arwah nenek meninggal barulah semua sepakat kena selalu la spendtime together. Sebulan kalau boleh 2 kali kena jumpa. Dulu memang betul betul semua akan jumpa dua kali. Tapi sekarang macam tiap minggu jumpa pon ada.” Ayriz tertawa kecil.

“Tahu tak apa. Cuti kitaorang Tya mana duduk rumah. Mesti akan pergi rumah pak mak sedara dia.” celah Fariz. Ayriz memandang Fariz geram.

“Ouh awak nak cakap awak bosanlah ikut pergi rumah mak sedara saya… lepas ni tak payah ikut.” rajuk Ayriz.
Fariz tersengih lalu terus bangun duduk di sebelah isterinya.

“Mana ada husband bosan. Husband cakap je.” Ayriz menjeling suaminya masih lagi tidak puas hati. Mereka berada di situ tersenyum suka melihat mereka.

“Tu lah lain kali jangan cakap ikut suka.” Hanees saja menambah garam.”

“Adik diamlah. Er yayang, husband haus la buatkan kopi.” Serentak mereka menepuk kepala. Ada ke patut orang tu tengah marah dia suruh buat air.

Ayriz terus bangun lalu sempat dia menarik telinga suaminya.

“Minum susu, husband. Kalau minum kopi nak tidur pukul berapa?” Ayriz mengambil peluang yang ada. Lama dia bersabar dengan suaminya.

“Aaa….adoi… sakitlah. Ya, minum susu. Buat untuk diaorang sekali.” Fariz masih lagi memegang tangan isterinya yang masih lagi ditelinganya. Ayriz melepaskan tangannya.

“Okay.” jawab Ayriz bersahaja sambil terus beredar. Dia baru menyedari keterlanjurannya di hadapan sepupu Fariz. Malu? Ya dia malu. Mahu sahaja dia pakai mask ketika itu.

Beredar sahaja Ayriz. mereka sudah tersembur tawa. Fariz masih lagi menggosok telinganya.

“Kau nama je CEO tapi boleh tahan bodoh. Kau dah tahu bini merajuk boleh pula kau suruh dia buat air.” Azman menggelengkan kepala dengan sikap kurang bijak sepupunya.

“Entah you ni… You ingat I tak tahu korang gaduh kan. You tak reti lagi ke pujuk?”

“Mana ada gaduh…”

“Tak payah tipulah bang…. kitaorang boleh nampak. Abang pun satu hal lambat sangat kenapa.”

“Eh korang push aku pula. Korang pun tak tahu cerita siapa betul siapa salah.”

“Tak payah!” jawab mereka serentak. Fariz tersengih sekali lagi. Mereka memang tahu perangainya bagaimana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience