part 39

Romance Series 235507

ani balik dari jogging di pantai terus ke bilik yuri dan berbincang dengan yuri apa yang patut dia bagitahu ayu.setahu ani,ayu seorang yang penyabar mungkin dia boleh terima keadaan begini poligami.
yuri dan ani tak setuju dengan kelakuan ayu.

ayu diam membisu di dalam bilik dia nekad untuk minta cerai dengan fendi dia tak mahu bermadu,dia sekarang bila saja dengar nama zita pun dah cemburu apatah lagi nak hidup poligami bersama.ayu sanggup berundur dan jauhkan dari fendi.ayu masih muda mungkin ayu boleh cari pasangan lain untuk hidupnya.

ayu akan balik ke Malaysia untuk tuntut cerai dari fendi ayu tak mahu lagi bersama fendi.ayu sakit hati kerana dia hidup susah seorang diri dengan anak2.ayu nekad nak jumpa fendi di Malaysia nanti.

jam 10 malam zita mengajak fendi naik ke atas kerana dah penat berjalan.
"sayang naiklah hubby nak merokok sambil jalan di bawah ni." di sini meriah sampai pukul 3 pagi.
"sayang naiklah dulu. rehat!"

zita naik ke hotel di dalam lift dia terjumpa ayu.zita dah was-was betul ke ayu,sebab dulu ayu berbadan besar sikit sekarang dah macam model gayanya.
tapi tak mungkin ayu kerana sekarang dia ada di jepun.ayu yang sedang khayal tak perasan ke wujudan zita di sebelahnya.ayu yang sedang berkobar-kobar berapi nak marahkan fendi.kerana video dan gambar diberi oleh ani.

"hello!!
"abang ada kat mana ?"
"okey kita jumpa!!

itu saja yang zita dengar sebaik sahaja dia keluar lift. "ehhh dia cakap melayu tadi."

ayu meluru keluar mencari fendi yang berada di pantai.
"sayang sini!"
fendi menlambai tangan ke arah ayu.
ayu berjalan dan dia berjumpa fendi .fendi tersenyum bahagia bila berjumpa ayu.terasa macam baru bercinta dengan isterinya.
"sayang kenapa ni?"
"abanggg!" kita harus berpisah,ayu tak suka rebut hak orang lain.ayu rela merundur diri demi keluarga abang.ayu tak mahu bina kebahagiaan atas penderitaan wanita lain."

fendi kelu tak sangka ayu sanggup minta cerai dengannya .
"tapi ayu abang cintakan ayu sama abang cintakan zita tak ada bezanya.
"kalau betul abang cintakan ayu abang kena adil abang kena tonjolkan kedua 2 isteri abang boleh ke?"

"tapi ayu abang baru berjumpa dengan ayu belum pun sempat bincang dengan zita."
"abang tak akan ceraikan ayu.!" kalau macam itu kita jumpa dimahkamah nanti.

minggu depan ayu balik malaysia untuk tuntutan cerai dari saya.
" please ayu tolong fikirkan anak-anak kita sayang."

"jangan risau anak-anak kita dah biasa dia tiada daddy dia ." tak sama dengan anak awak yang selalu di manjai.

"ayu meninggalkan fendi yang masih lagi merayu agar tidak di tinggalkan .maafkan aku fendi.

"kalaulah ada zita dan aku tentu kamu pilih zita kan "kata ayu

fendi menangis sebak kerana 6 tahun tak jumpa akhirnya isterinya minta cerai darinya.

ayu balik dengan keadaan yang sungguh sedih .ani dan yuri cuba tenangkan ayu sebaik mungkin .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience