5

Romance Completed 132664

Hazim dan Hana berpimpin tangan menuju ke arah supir yang setia menunggu setibanya mereka di airport. Destinasi pertama adalah untuk check in di Nusa Dua, Bali.

Hari pertama hanya diluangkan di villa yang serba indah. Masing-masing kepenatan namun aktiviti 'atas katil' giat berjalan. Lagaknya sudah seperti pasangan yang sedang berbulan madu.

Hari seterusnya pula Hana sudah mengheret Hazim untuk ke spa. Terasa lega apabila seluruh tubuh dimanjakan.

Lewat petang itu pula mereka berdua makan malam di Rock Bar, di persisiran pantai dan berhadapan dengan laut yang terbentang luas.

Hazim sedang tekun menekan-nekan skrin telefon bimbit, seiring dengan dahi yang berkerut. Hana mengesan ketegangan di wajah Hazim, lalu jarinya dibawa mengenggam tangan lelaki itu.

"You okay ke sayang?"

"Okay." wajah Hazim mengendur, lantas telefon bimbit disimpan. Memfokuskan pandangan kembali ke arah Hana.

"Look at that!" Hana menunjuk ke arah matahari yang sedang terbenam.

Sedikit sebanyak permandangan di situ dapat menenangkan hatinya yang sedang celaru. Masih giat memikirkan perkara yang bermain di benak sejak di Malaysia lagi. Perlu mencari waktu yang sesuai untuk dileraikan persoalannya.

-

Tubuh Hazim yang sedang terpacak di sliding door bilik mereka dirangkul dari belakang. Seraya itu Hana berjinjit dan mencium belakang bahu Hazim.

"Kenapa ni? Tiba-tiba je?" Hazim ketawa kecil.

"You buat apa tu? Busy eh?" pertanyaan Hazim tidak dijawab malah dia pula menyoal.

"Tengah text umi i.. you nak apa ni?" Hazim membawa Hana menghadapnya.

"Hazim... i ada benda sikit nak cakap." takut-takut Hana bersuara. Hana menarik Hazim perlahan masuk ke dalam.

Masih mencari perkataan sesuai untuk dituturkan. Sudah dia jangka apa yang terjadi kalau Hazim marah dengan pertanyaannya nanti. Paling kurang, Hazim akan bermasam muka dengannya.

"Tapi janji dengan i, you takkan marah i?" Hana mencapai jemari kasar Hazim, diusap perlahan untuk menenangkan dia.

"Ada apa ni sayang? hm? buat apa i nak marah?" Hazim menghenyakkan punggung ke atas katil.

Tangannya dibiarkan dalam genggaman Hana. Pasti ada sesuatu yang ingin diminta Hana. Sudah biasa dia dengan situasi begitu.

"Hazim" Hana mencari anak mata Hazim, merenung ke dalamnya. Menandakan bahawa dia sedang serius.

"Kita kahwin jom?" Hana meluahkan permintaan dalam satu nafas. Sedia menadah telinga.

"What?" reaksi Hazim berubah serta-merta. Dahinya berkerut, cuba untuk mencerna kata-kata Hana sebentar tadi.

"Kahwin dengan i. At least kita berhenti buat dosa macam ni." skrip yang sudah dirangka siap-siap dituturkan. Harap-harap Hazim mampu bertoleransi.

"Apa you merepek ni Hana" tangannya dilarikan tanda dia tidak puas hati.

"You tahu, Hazim. Apa yang kita buat selama ni salah. Bertahun kita hidup macam ni, tanpa ikatan. Everything is just wrong." ada getar di suara Hana. Sabar, Hana.

"Apa kena dengan you ni? Tiba-tiba melalut pasal kahwin?" nada Hazim meninggi sedikit.

"I takut.. I takut dosa Hazim.. hubungan kita ni tak halal." meremang bulu roma Hana memikirkannya. Ya, baru kini dia sedar.

"Sejak bila you jadi alim ni? dah pandai cakap pasal halal haram. Oh, selama ni you takde fikir pulak pasal dosa?" bantah Hazim.

"Hazim.. I sayang you. I sayang hubungan kita. I tak nak kita terus hidup bergelumang dengan dosa macam ni," mata Hana bergenang, dia tidak kuat bertelagah begini dengan Hazim. Dia tahu dia pasti akan kalah.

"The hell is wrong with you Hana?!" lengannya yang cuba disentuh Hana ditepis. Hazim lekas angkat punggung meninggalkan Hana.

Satu saat, dua saat.. akhirnya Hana menitiskan air mata. Sedihnya bukan kepalang apabila permintaannya ditolak mentah-mentah.

-

Lama Hazim berdiam diri, cuba mengelak dari bercakap dengan Hana. Dalam keadaan emosinya tidak begitu baik, ada bagusnya jika dia diam.

"Baby.." Hana mendekati Hazim yang baru sahaja selesai bercakap di telefon.

"Shut up." Hazim membalas dingin.

Desakan Hana seakan menambah kekeruhan. Jumpa Mona, bincang pasal kahwin. Dengan Hana, pun diasak dengan persoalan tentang kahwin. Tertekan sungguh dia.

Barusan pula uminya menelefon. Juga ingin berbicara tentang rancangan gila Mona. Serabut!

"Hazim. I minta maaf." Hana merayu.

"You fucking ruin my mood Hana. I tak nak cakap pasal ni. Now pack your things, kita balik."

Hazim menghilang di balik pintu, membiarkan Hana teresak sendirian. Hilang segala ketenangan yang baru singgah.

Baru beberapa hari dia merasa bahagia di samping lelaki itu. Sepatutnya mereka ke sini untuk berehat dan meluangkan masa bersama. Potong mood betul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience