BAB 26

Romance Series 27442

Nora sudahpun siap mengemas barangan yang perlu dibawa Jobi untuk pulang. Nora masih berdiri di sisi Jobi. Jobi masih memerhati setiap sudut meja. Takut-takut ada barangnya yang tertinggal lagi. Nora biarkan Jobi memerhati sudut meja itu dengan lama.

“Jobi?”.

Panggil Nora. Dia melihat jam dinding yang berada di bilik pejabat Jobi. Sudah menunjukkan pukul 1 petang. Jobi masih mengemas kertas-kertas yang tidak penting. Geram sedikit Nora. Disebabkan Jobi lengahkan masa yang ada.

Jobi menoleh selepas namanya dipanggil Nora.

“Ye Nora?”.

Jobi terlupa bahawa ia akan keluar bersama Nora petang ini. Jobi masih membongkar kertas yang ada di mejanya.

“Lama lagi ke?”.

Nora terasa lama duduk di pejabat Jobi. Jobi masih belum berhenti mengemas barang-barangnya di pejabat itu. Kaki Nora kegetaran. Terlalu lama dia berdiri di pejabat Jobi. Jobi masih belum berganjak dari meja itu.

“Kejap.”.

Kata Jobi. Dia teruskan selongkar semua kertas-kertas yang ada di meja itu. Yang sebenarnya Jobi mencari sampul surat yang kedua. Sampul surat itu bewarna merah. Sudah lama ia menyimpan sampul surat itu di dalam fail. Namun Jobi terlupa yang mana fail terletaknya sampul bewarna merah itu. Jobi tidak akan berganjak selagi tidak jumpa sampul itu dengan segera. Sampul itu sangat penting baginya.

“Apa yang awak cari?”.

Tanya Nora dengan segera selepas tidak senang melihat Jobi selongkar semua kertas yang berada di fail bewarna hitam itu. Hingga berpeluh Jobi. Membuatkan Nora tertanya-tanya apa yang dicari oleh Jobi.

“Saya tengah cari sampul surat warna merah.”.

Jawab Jobi sambil tangannya masih membelek setiap kertas yang ada di fail itu. Jobi langsung tidak memandang Nora. Malah meneruskan pencarian sampul surat bewarna itu.

“Huh?’.

Nora teringat sesuatu.

“Aku rasa sampul tu macam aku dah letak kat kotak tu.”.

Berkata Nora di dalam hati. Ketika itu Jobi tetap mencari sampul itu di meja.

“Jobi.”.

Panggil Nora. Sepertinya dia teringat sesuatu. Nora terlihat sampul surat yang dimaksudkan oleh Jobi itu pagi tadi. Dan dia ingat yang sampul surat itu ada di kotak yang berada di atas almari Jobi.

“Ye?”.

Toleh Jobi ke arah Nora yang memanggilnya.

“Tadi aku ada nampak sampul surat tu kat fail tu. Pas tu aku letak kat kotak yang ada kat atas almari tu. Aku ingat sampul tu dah tak guna.”.

Jelas Nora.

Pantas Jobi ke arah almari yang dikata oleh Nora. Jobi mengambil kerusi yang berada di sebelah meja pejabatnya. Selepas sampai di almari itu, bangku yang diambilnya diletakkan di hadapan almari. Jobi melangkah ke arah bangku itu. Perlahan-lahan kakinya dinaikkan. Peluh di mukanya semakin membanyak. Nora hanya berada di belakang Jobi. Kotak itu diletak terlalu tinggi.

“Hati-hati Jobi. Sebab kotak tu ada kat belakang.”.

Nora tidak lupa beri nasihat sedikit pada Jobi. Sememangnya hatinya risau. Melihat Jobi yang terlihat tergesa-gesa itu, membuatkan hati Nora tidak tenang.

“Ok Nora.”.

Balas Jobi dengan mengeluarkan sedikit senyuman pada Nora. Nora turut membalas senyum ke arah muka Jobi. Semakin mesra kelihatan Jobi dan Nora.

Satu kotak hampir terjunam ke arah Nora. Nora pula hanya melihat Jobi yang mahu mencapai kotak yang dimaksudkannya. Isi kotak itu beradanya sampul surat yang dimahukan Jobi.

Jobi goyangkan lagi kotak yang berada di sebelah kanan dengan kotak yang mahu terjatuh itu. Mata Jobi hanya tertumpu dengan kotak yang berada di belakang. Jobi tidak melihat yang kotak sebelah kiri itu hampir terjatuh ke bawah.

Kotak itu akhirnya terjatuh dari almari!!!

“Ahh…”.

Nora yang berada di bawah sedang menjerit kuat. Nora menutup kepala gunakan kedua-dua tangannya. Dia biarkan kotak yang sudah terjatuh itu mengenanya. Matanya ditutup dengan kuat. Nora pasrah apa yang dah berlaku.

Seminit kemudian..

“Nora?”.

Panggil Jobi.

Nora membuka kedua-dua tangannya yang berada di atas kepalanya tadi. Kotak yang sudah terjatuh itu tidak dirasainya. Rasa pelik mula timbul. Sangkanya kotak itu akan mengena ke kepalanya. Tapi tidak. Nora langsung tidak merasai yang kotak itu terjatuh ke atas kepalanya.

“Huh?”.

Nora memandang Jobi selepas namanya disahut Jobi. Jobi menyambut kotak yang terjatu tadi. Nora tidak percaya yang Jobi dapat mengangkat kotak itu. Setahunya kotak itu sangat berat. Nora sendiri melihat isi dalam kotak itu. Banyak helaian kertas yang tidak lagi digunakan. Bingung Nora, bagaimana Jobi mengangkat kotak itu.

“Thanks awak..”.

Ucap Nora.

“Nora saya minta-maaf sebab dah buat kotak ni jatuh. Sikit lagi kotak tu kena kepala awak. Saya minta maaf Nora.”.

Rasa bersalah Jobi selepas kotak yang berada di atas almari itu terjatuh ke arah Nora.

“Haha. Tak ye lah nak minta maaf Jobi. Bukan salah awak pun. Jangan rasa bersalah sangat. Sekarang ni awak pergi lah ambil kotak yang ada sampul surat tu.”.

Nora tergelak dengan reaksi yang dibuat Jobi. Belum pernah Nora melihat Jobi rasa bersalah seteruk itu. Selalunya Jobi akan ketawa. Tapi kali ini lain. Jobi dilihatnya semakin prihatin. Nora tidak percaya dengan kelakuan Jobi seperti ini. Apapun dia harus menunggu Jobi mengambil sampul surat yang bewarna merah itu dengan cepat.

“Baiklah. Awak tungu kat sini dulu eh.”.

Arah Jobi.

“Ok.”.

Jawab Nora dengan membaling senyuman comel ke arah Jobi. Tertawa Jobi dengan riak wajah Nora. Jobi sendiri belum pernah melihat Nora senyum seperti itu. Bergoncang hati Jobi melihat senyuman Nora. Jobi naik semula bangku itu. Mencapai kotak yang berada di belakang.

4 minit kemudian. Kotak yang mahu diambil akhirnya berjaya didapatkan Jobi. Jobi menurunkan kotak itu. Ia menuju ke arah mejanya. Jobi membawa kotak itu dengan perlahan. Terasa sedikit berat dirasainya kotak itu. Berat dari kotak yang dah jatuh tadi.

Kotak itu akhirnya berada di meja. Jobi bukakan penutup kotak itu. Nora hanya memerhati gerakan Jobi dari samping.

“Ni pun sampul tu. Huh.”.

Tidak jauh sampul itu berada. Selepas saja membuka kotak itu, Jobi terjumpa terus sampul merah itu. Begitu cepat dia menjumpainya. Jobi letakkan sampul itu ke dalam poket seluarnya. Sampul itu sangat penting. Sudah lama dia menyimpan sampul itu. Ia tidak biarkan sampul surat itu hilang.

Nora ternampak yang Jobi sudah menjumpai sampul surat yang dicari Jobi. Nora menatap mata ke arah jam dinding pejabat Jobi. Hampir jam menunjukkan 2 petang.

“Nora?”.

Panggi Jobi.

“Ye?”.

Jawab Nora. Nora berharap yang Jobi tidak lagi mencari barang-barang yang pelik baginya.

“Nora mau tak kalau awak jumpa mak bapa saya? Saya nak kenalkan awak dengan orang tua saya sebelum saya pergi dari Malaysi.”.

Nora tidak duga yang Jobi mahunya berjumpa dengan ibu bapanya. Tergetar mulut Nora mahu setuju dengan pendapat Jobi. Dua pilihan Nora rasakan. Sama ada mahu menjawab “ya” atau “tidak”.

“Betul ke ni?”.

Tanya Nora dengan ragu-ragu.

“Betul. Saya nak awak kenal dengan orng tua saya.”.

Nora menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kemahuan Jobi diraskannya aneh. Belum pernah Nora lalui situasi ini.

“Tapi kenapa awak nak saya jumpa dengan keluarga awak?”.

Tanya Nora sekali lagi. Hatinya masih tidak yakin dengan kemahuan Jobi.

“Supaya awak dapat tengok kehidupan sebenar saya.”.

Jawab Jobi dengan tenang.

“Baiklah saya akan ikut awak. Tapi janji dengan saya yang akan hantar saya balik rumah tau. Dan saya nak balik awal. Ayah saya akan gila kalau tahu saya lewat balik.”.

Nora setuju dengan kemahuan Jobi. Tersenyum Jobi selepas Nora mahu mengikutnya berjumpa dengan keluarganya.

“Baiklah,, Saya janji akan pulangkan awak awal. Jangan risau.”.

Ujar Jobi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience