Bab 13

Romance Series 80702

SYILING di atas itu bagai hendak retak di tenung sebegitu oleh Nurjihan. Mata dan fikirannya tidak selari. Mengenangkan sikap Tuan Syed Iqwal seperti yang di ceritakan oleh Benjamin siang tadi sangat berlainan dengan cara layanan Tuan Syed padanya.

"Jangan di sangka-sangka Cik Nurjihan. Tuan Syed tu boleh jadi sebaik-baik manusia dan juga boleh jadi sejahat-jahat manusia. Terpulang kepada cara Cik Nurjihan layan dia."

Zap ! tergeleng-geleng kepala Nurjihan cuba untuk mengahalau kata-kata Benjamin yang terngiang-giang di telinganya kini.

Dia yakin bahawa Benjamin bukanlah jenis yang suka-suka reka cerita untuk menakut-nakutkannya.

Apa yang Tuan Syed Iqwal mahukan?

Fikir Nurjihan....fikir !

Perhatian darinya. Ya, kini Nurjihan sedar. Dalam keadaan Tuan Syed Iqwal yang seperti itu lumpuh dan tiada keluarga di sisi boleh menyebabkan depresi jika tiada perhatian. Sebab itulah Tuan Syed Iqwal akan mengamuk. tapi kenapa dia tak pernah nampak Tuan Syed Iqwal marah sekalipun?

Mungkin baru lagi?

Bingkas bangun Nurjihan mencari buku diari yang di tulis tentang tugasannya sepanjang berada di bawah jagaan Tuan Syed Iqwal.

Setelah berkira-kira...Panjang juga perjalanan dia dan Tuan Syed Iqwal ini. Kau mesti berusaha untuk bantu Tuan Syed Iqwal sembuh dengan cepat !

Dia menghormati seadanya Tuan Syed Iqwal sebagai Tuan yang memiliki jasadnya. Moga perjalanannya dalam melayari hikayat hidup Tuan Syed Iqwal selamat. Berharap juga tiada perasaan yang akan terlibat di antara mereka.

KARLISA masuk sebentar ke dalam pejabat khas itu dan melihat frame gambar yang terletak elok di atas meja itu. Inilah meja kerja Tuan Syed Iqwal semasa dia bertugas di Syediq Group.

Frame gambar itu menunjukkan cerianya wajah Tuan Syed Iqwal bersama seorang lelaki tua di sisi. Kacaknya !

"Yang itu adalah ayah kepada Tuan Syed. Arwah Tuan Syed Ibrahim." Tegur Benjamin melihatkan Nurjihan yang ralit menatap frame gambar itu.

"Boleh saya tahu ayah Tuan Syed meninggal sebab apa?." Tanya Nurjihan.

Mendengarkan pertanyaan itu mata Benjamin teralih semula ke frame gambar Tuan Syed Iqwal bersama ayahnya.

7 TAHUN YANG LALU ...

Tuan Syed Ibrahim mengetap bibirnya bila terbongkar yang selama ini Megat Rusydi rakan baiknya mengkhianatinya. Habis semua saham di jual kepada pelaburan syarikat asing. Dan kuasa pentadbiran dalam East Gate Holding milik Tuan Syed Ibrahim telah bertukar tangan kepada Megat Rusydi dalam paksaan ketika dia dalam keadaan sakit.

Ketawa besar Megat Rusydi sambil memegang kontrak pertukaran hak milik East Gate Holding itu telah secara rasmi menjadi miliknya.

"Kau terlalu naif kawan, terima kasih sebab bagi kepercayaan kau pada aku untuk dapatkan hak sepenuhnya dalam memiliki East Gate Holding. Hahah".

"Tak guna kau.. rupanya kau la musuh aku dalam selimut. Aku percayakan kau Rusydi. Kenapa kau buat aku macam ni?". Marah Tuan Syed Ibrahim sambil memegang dadanya yang mula terasa nyeri.

"Kenapa? kenapa kau tanya aku? sebab kau selalu dapat lebih. Semua benda kau nak tunjuk kau tu hebat!." Balas Megat Rusydi angkuh.

Sememangnya Tuan Syed Ibrahim memiliki kelebihan dalam bakatnya membuat urusan perniagaan. Setiap projek yang dia uruskan kembang dan berjaya. Sentiasa sahaja menarik minat banyak pelabur-pelabur dari negara luar. Namun di sebalik kejayaan itu.. ada yang iri hati.

"Itu semua atas usaha masing-masing. Kenapa kau nak busuk hati?." Tanya Tuan Syed Ibrahim.

"Ahh ! kau tak payah nak tunjuk lagak hebat bercakap kau dekat sini. Aku penat nak dengar. Selamat berehat ya dengan kejatuhan kau. Hahah". Kata Megat Rusydi seraya berjalan menuju ke pintu keluar.

Tiba di muka pintu, Megat Rusydi berpaling semula.

"Ouh ya, aku lupa nak bagitahu yang anak kesayangan kau dah mati. Aku turut berduka cita." Senyuman sinis terukir di wajahnya tanda kemenangan.

"Kau buat apa dengan anak aku?! Jahanam kau Rusydi !! Arghhhh !!!!."

Tejelopok jatuh Tuan Syed Ibrahim menahan sakit jantung yang menyerang. Sakit hatinya di perlakukan sebegitu. Anaknya mati di kerjakan oleh Megat Rusydi.

Flashback end.

"Mati? Siapa? Tuan Syed ke?". Tanya Nurjihan kepada Benjamin..

"Ye. anak yang di maksudkan oleh Megat Rusydi adalah Tuan Syed Iqwal. Mereka merancang untuk membunuh Tuan Syed semasa dalam perjalanan Tuan Syed ingin pulang ke Malaysia setelah tamat belajar di German. Untuk memastikan rancangan itu berjaya Megat Rusydi mengupah sesorang untuk mensabotaj kenderaan milik Tuan Syed dengan memotong wayar brek kereta agar tidak berfungsi dan menyebabkan kemalangan. Tuan Syed bernasib baik bila ada penduduk orang asli yang datang selamatkan dia."

Nurjihan sangat tidak menyangka wujud manusia sejahat Megat Rusydi itu.

"Kesian Tuan Syed.. lepas itu apa jadi?."

"Selepas 2 bulan dia di rawat baik dan pulih. Tuan Syed berhijrah ke Indonesia di mana rumah kedua yang di beli secara rahsia oleh Tuan Syed Ibrahim sebagai hadiah kepada bekas isterinya dan yang sememangnya tempat membesar Tuan Syed. Dengan kebangkitan Tuan Syed semula maka wujudlah Syediq Group. Misi Tuan Syed dalam Syediq Group adalah salah satu alat untuk mendapatkan semula hak milik East Gate Holding dari cengkaman Megat Rusydi sekaligus menuntut pembelaan bagi Tuan Syed Ibrahim."

Nurjihan terdiam mendengarkan cerita tragik dalam hidup majikannya itu.

"Jadi Cik Nurjihan faham kan kenapa Karlisa ni begitu penting dalam peranan Syediq Group ni? dan penting untuk melakukan penyamaran ini bersungguh-sungguh. Jangan kecewakan Tuan Syed. Dia sudah beri kepercayaan penuh kepada Cik Nurjihan."

"Tapi Megat Rusydi takkan tak tahu yang anak Tuan Syed Ibrahim tu masih hidup?."

"Tidak. Tuan Syed meninggalkan bukti bahawa kematiannya wujud. Tuan Syed hanya menukarkan nama ayahnya di hujung namanya. Bukan berbinkan Syed Ibrahim, tetapi di tukar kepada Syed Mustaza.

Patutlah Karlisa ni harus menjadi watak yang sangat kontra dengan dirinya. Ada misi di sebalik semua ini. Hebat lelaki Yang bernama Tuan Syed Iqwal yang berjuang meneruskan kehidupan seorang diri tanpa gentar.

NURJIHAN kini berada semula di bilik yang di tempatkan khas untuknya. Sedang sibuk meneliti laporan kewangan, Nurjihan rasakan ada sesuatu yang tidak selesa pada pandangannya. Hanya beberapa kali sesi pembelajaran dari Benjamin tentang ilmu perkaunan, Nurjihan mampu untuk meneliti apa yang kurang dengan laporan yang di beri padanya kini.

Interkom di tekan,

"Ben panggil Suraya masuk bilik saya."

Benjamin terus menekan semula interkom pada telefon itu dan seraya memandang ke arah cermin tingkap bilik Karlisa yang tidak di tutup itu.

"Baik, Cik Karlisa."

Tuk..tuk..

Pintu bilik Karlisa di ketuk oleh Suraya.

Jelas riak wajahnya tidak suka dengan terpanggilnya dia kemari.

"Have a seat." Ujar Karlisa kepada Suraya.

Suraya akur dan menarik kerusi di hadapan bos barunya itu.

"Awak dah berapa lama kerja di sini?." Tanya Nurjihan.

"Lama, 2 tahun." Balas Suraya sambil bermain-main kukunya yang baru di warnakan.

Karlisa ketawa sinis.

"Well lama juga untuk menjadi pekerja tetap di sini, tetapi ....tak begitu lama bila tengok report you yang cacamarba ni !."

Laporan kewangan itu di hempas oleh Karlisa di atas meja dan hampir mengenai muka Suraya.

Terkejut Suraya dengan bunyi hempasan laporan di atas meja itu. Matanya di cerlungkan menatap Karlisa.

"What? apa yang tak kena? saya dah prepare apa yang Cik Karlisa nak."

Tersandar Karlisa pada kerusinya dan berpeluk tubuh menatap tajam ke arah Suraya.

"Prepare apanya kalau segala format dalam ni berterabur, graph and money calculation statement tak synchronize langsung. What the bullshit report that you trying to submit to me?".
Persoalan dari Karlisa itu kedengaran tenang tetapi sangat keras pada pemahaman Suraya.

Suraya kematian kata. Sejak Tuan Syed Iqwal tak ada, dia sudah culas dalam melakukan perkerjaannya.

"Do you think Tuan Syed akan simpan you bekerja kalau prestasi kerja you cincai macam ni?
You better ubah attitude dan cara kerja you selepas ini. You tu bertanggungjawab dalam meyediakan report paling penting dalam company ni."
Nasihat Karlisa berikan pada Suraya yang masih kelihatan sombong riak wajahnya.

"Get out and buat semula." Arah Karlisa tegas.

Suraya lantas mencapai laporan itu dan dia bangun untuk keluar dari bilik itu.

langkah Suraya mati bila terdengar Karlisa batuk kecil.

Apa lagi perempuan ni nak ?

"Kalau nak bekerja tu..buat cara nak bekerja. Tak payah nak sibuk bergosip." Perli Karlisa.

Suraya yang membelakangi Karlisa itu hanya menjeling sebelum berlalu pergi.

SETENGAH JAM YANG LALU ...

" Aku tak suka Cik Karlisa tu. Bajet bagus je padahal baru masuk nak jadi mem besar konon."
Kata Suraya di pagi hari sudah membancuh kopi di pantry bersama Cika.

Cika memandang senget Suraya di sebelah.

"Well dia memang bos kan sekarang ni? Kenapa pulak kau cakap macam tu?.

"Huh, aku rasa Cik Karlisa tu yang berangan nak jadi isteri Tuan Syed." Tuduhan Suraya berserkap jarang.

Cika selesai membancuh kopinya dan ingin keluar dari pantry.

"Erm...aku tak nak cakap lebih-lebih sebab walau macam mana pun dia.... tetap bos kita sama macam Tuan Syed."

Cika pun malas nak layan Suraya. Bukan semua orang tak tahu dia la yang paling menggedik hari-hari cuba untuk menggoda Tuan Syed dahulu.

Flashback end.

Benjamin tersenyum sumbing bila Suraya lalu melepasi meja kerjanya. Serve you right !

Namun di kesempatan mendengarkan apa yang di telagahkan mereka tadi... Benjamin kagum dengan cara Nurjihan menjadi Karlisa. Nampaknya Nurjihan semakin ada keyakinan terhadap Karlisa.

Laporan kewangan tadi di hempas pula di atas meja kerja Suraya.

"That bitch so annoying !!." Turun naik dadanya menahan amarah terhadap Karlisa.

Pintu bilik pejabat Karlisa di ketuk oleh Yana yang juga staf di bahagia receptionist.

Hilang lamunannya tentang Suraya pagi tadi dengan kedatangan Yana.

"Err, sorry ganggu Cik Karlisa. Saya buatkan Kopi ni."

Tegur Yana perlahan, gerun dia melihat riak wajah Karlisa yang tegang berbalah bersama Suraya sebentar tadi. Apa boleh buat ? dia yang terlebih awal bancuh kopi jika nak di biarkan takut sejuk pula.

"I don't drink coffee." Balas Karlisa ringkas.
Tersentap Yana.

"Sorry Cik Karlisa. Saya tukar air eh? saya buatkan teh ye?." Ujar Yana.
Tugasnya menjadi tea lady sekalian.

Mendengarkan respond dari Karlisa itu Yana mengganguk dan ingin bergerak pergi.

"But..." Karlisa bersuara.

Yana tidak jadi melangkah.

"Since you dah terbuat. I akan minum. letak je sini." Arah Karlisa.

Yana terkejut namun cuba di sembunyikan rasa lega di hatinya dan mula meletakkan secawan kopi buatannya itu perlahan-lahan ke atas meja. Karlisa. Jelas dia gugup bila berhadapan dengan Karlisa.

Sesampainya dia di tingkat bawah, Yana tersenyum. Teringatkan Karlisa bahawa ia tidak la seburuk yang di perkatakan oleh yang lain.

PIA dan Nurjihan bergegas ke pasar sayur yang terletak di sebelah kawasan perumahan mereka itu.

"Kau pasti ke yang tu mak aku Pia?." Tanya Nurjihan.

Pia mengganguk laju.

Sesampainya di kawasan pasar itu, Mereka mendengarkan suara Mak Eton yang menjerit.
Bagai tidak percaya.

"Kangkung....kangkung satu ikat 3 ringgit.. Mari...mari..mari !!!". Laung Mak Eton.

Kini mereka berhadapan dengan gerai sayur yang Mak Eton sedang berada.

"Mak, mak buat apa kat sini?."

Terkejut Mak Eton menerima kedatangan pelanggan istimewa itu.

Sengihan lebar di berikan.

"Ala aku bosan la duduk kat rumah tu tak buat apa. Baik aku duduk berniaga kat sini. Seronok tau. Sayur pun dapat free nanti aku bawak balik masak." Balas Mak Eton.

Pia menepuk dahi. Kalau dia boleh bercakap macam biasa, sudah dia bebelkan Mak Eton ni. Orang suruh duduk rumah diam-diam rehat. Merayap pula !

"Oii mana cili ha? Aduii".
Tegur seorang apek cina tua ingin mencari cili.

Pasar sayur itu agak besar. Jadi para pembeli harus mencari dan memilih sendiri sayur yang mereka mahu. Pekerja cuma akan mengira, menimbang dan menerima bayaran.

Mak Eton sedang sibuk keadaan sekarang ini kerana terlalu ramai dan bising di pasar sayur itu.

"Ouhh di sini okay-okay wa sudah jumpa." Kata apek cina itu sekali lagi.

Sambil sibuk Mak Eton menimbang barang..

"Eii orang tua ini .. nak kena pukui kot. Mata tu sepet sangat". Bebel Mak Eton.

Ketawa mereka yang ada di situ.

"Apek tu semua benda dia cari tak jumpa. haih." Tegur Mak cik Salbiah yang juga pekerja di situ.

Nurjihan tergaru-garu kepalanya.

"Mak serius ke ni nak kerja dekat pasar ni ?". Tanya Nurjihan untuk kepastian.

"Iyelah, kau dengan Pia pun sibuk pagi pergi belajar, petang korang kerja. Bagi la aku chance nak buat-buat sibuk jugak hehe."

Aduhai Mak Eton ni.

Nurjihan memandang Pia.

Pia memberi isyarat tangan kanannya di gerakkan 'Biar la'.

"Hmm ikut suka hati awak la Mak Eton..Orang balik dulu tau mak. Cari duit banyak-banyak." Balas Nurjihan bergurau lalu mereka beredar dari pasar borong itu.

Hari sudah lewat petang, maka mereka bersiap-siap mengemaskan barang untuk penutupan pasar.

"Biah, aku balik dulu la ye. Besok kita jumpa lagi." Kata Mak Eton.

Mak cik Salbiah yang di tegur itu juga telah siap menyelesaikan kerjanya. Segala kotak sayur-sayuran di simpan rapi.

"Yelah Kak Ton, hati-hati jalan tu."

Dalam perjalanan menuju ke penthouse, Mak Eton berasa tidak sedap hati. Sesekali dia menoleh ke arah belakang.

Tiada siapa pun di belakangnya.

Hanya dia seorang yang berjalan kaki dan cuma kebanyakkan kereta yang lalu lalang di jalan itu.

Tapi... kenapa dia rasa seperti sedang di ekori?

Mecanak naik bulu roma di tangan. Langkah kakinya di segerakan untuk pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience