MALAYSIA, 2014
MAURYA MANSION
JIKA dilihat dengan mata kasar, betapa gah dan tenang suasana persekitaran rumah agam tersebut tetapi tiada sesiapa pun yang tahu rumah agam ini menyimpan seribu satu rahsia di sebalik mata kasar mereka yang begitu terpukau dengan struktur dan reka bentuk unik rumah agam tersebut.
Kedengaran jeritan demi jeritan saling sahut-bersahutan di dalam sebuah kamar rahsia yang terletak kedudukannya di bawah tanah rumah agam dan di situlah ruangan penyeksaan khas yang dibina oleh Tuan empunya pemilik rumah agam iaitu Tengku Hanz Maurice Iskandar a.k.a Ketua Mafia Da’Trigon!
Tengku Hanz Maurice Iskandar hanya duduk tenang di satu sudut bilik khas berkaca sambil merenung penuh tajam dan dingin ke arah dua orang manusia keparat yang masih lagi dibelasah dan disiksa tanpa henti oleh tiga orang kanan utama kepercayaan beliau.
“Speak you Bastard!” jerkah salah seorang orang kanan utama kepercayaan Tengku Hanz Maurice Iskandar, Fakhrul Razi.
Akan tetapi, dua orang manusia keparat itu masih lagi berdiam diri dan walaupun sudah dibelasah dengan begitu teruk sekali tetapi mereka masih lagi mampu tersenyum sinis ke arah Fakhrul Razi dan reaksi itu makin menaikkan amarah lelaki itu dan lantas beliau memberi satu hentakan padu ke mulut dua orang manusia keparat ini dengan sebatang kayu besi dan kedengaran suara erangan penuh tersiksa yang terkeluar daripada suara mereka berdua.
“Rasakan... sengih sinis lagi pada aku!” Berbisik halus suara Fakhrul Razi di dalam hati sambil membalas lima ganda senyum sinis.
Lanzo Sebastian melontar renungan ke arah pantulan cermin. Tengku Hanz Maurice Iskandar seakan memahami isyarat mata yang diberikan oleh lelaki itu mula bangkit daripada duduknya. Dengan riak wajah penuh tenang dingin beserta panahan mata yang begitu tajam memandang ke arah dua orang manusia keparat yang sudah bernyawa-nyawa ikan.
“Tsh... tsh... tsh... setia betul kau orang pada tuan kau orang ya sampai sudah separuh mampus kena belasah tapi masih lagi tak mahu bukak mulut... sono impressionato! (I am impressed!)”
“Last chance young man, tell me... who’s the fucking bastard tried to jeopardize my personal life until I dare to killed my beloved wife with my own hand because of that slander!” Naik turun tonasi suara Tengku Hanz Maurice Iskandar menahan segala perasaan marah, sedih dan kecewa, juga penuh dengan rasa bersalah dan sakit hati.
Tidak disangka-sangka dua orang manusia keparat itu mengigit lidah mereka sehingga putus!
Terkedu Fakhrul Razi, Lanzo Sebastian dan juga Derrick Heng melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu tetapi tidak pada Tengku Hanz Maurice Iskandar, seolah-olah tidak terkesan langsung!
“Rul... Rick... send them to hell and clean up the mess!” arah Tengku Hanz Maurice Iskandar dan sesaat arahan dikeluarkan dan sesaat itu juga terdengar bunyi tembakan dilepaskan tepat ke dahi.
“You know boss… we are now facing with unpredictable fella that very smart in manipulate and break your trust towards Signora (Madam) Arya...” ujar Lanzo Sebastian.
“Si (Yes)…” perlahan namun tegas kedengaran tonasi itu di halwa pendengaran Lanzo Sebastian.
Lanzo Sebastian, Fakhrul Razi dan Derrick Heng menunduk hormat apabila Tengku Hanz Maurice Iskandar berlalu daripada ruangan kamar penyeksaan tersebut.
*
TENGKU Hanz Maurice Iskandar terus tenang mengorak langkah ke arah lif rumah agam dan membuka access ke tingkat lima menggunakan thumb print code.
TING!
Tengku Hanz Maurice Iskandar terusan mengorak langkah ke arah pintu berwarna hitam keemasan dan membuka access menggunakan thumb print code juga.
Di situ beliau melutut lemah…
“Scusa amore mio (Sorry my love)... ya Allah… aku mohon satu keajaiban, Kau kembalikanlah isteriku ke dalam dakapanku...”
Share this novel