BAB 7

Romance Completed 10273

Aku menghamburkan keluhan bosan. Perlahan-lahan aku menghampiri meja belajarku sebelum menghidupkan komputer riba. Laman fac dibuka. Tiada sebarang ‘notyfication’ ataupun ‘message’. Jika dahulu, Sahli akan memenuhkan ‘notyfication’ dan ‘message’ku tetapi kini tidak lagi. Aduh, pedihnya rasa hati! Ingin sahaja aku menangis saat ini. Sudah terlalu lama aku memendamkan perasaan hati. Semuanya aku pendam sendiri. Tiada siapa yang mengetahui tentang perkahwinan kami. untuk apa aku ceritakan jika kelak ia akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri.

“Bila kau nak kemas barang-barang kau ni Fina? Karang tak sempat barulah menyesal.” Hafizah membebel sakan. Teman sebilikku itu sedang sibuk mengemaskan segala barang-barangnya untuk di bawa pulang. Maklumlah, pengajian sudah tamat. Masing-masing tidak sabar untuk pulang.

“Nantilah aku kemas. Nak update blog kejap.” Aku menjawab malas. Mataku ralit meneliti skrin komputer riba. Aku membuka pula laman blogku. Setiap hari aku akan menaip, menceritakan segala kisah hati di dalam blog. Hanya di situlah aku mampu berkongsi segala keperitan dan perasaanku. Biarpun tiada balasan tetapi aku tetap lega jika dapat menulis. Beban dipundak bagaikan terlepas bebas. Aku melihat ‘entry’ lamaku. Suka benar aku membaca komen dari seorang pembaca setia blogku. ‘IYFA’, nama penanya. Kata-katanya seringkali membangkitkan semangat untuk aku belajar juga meneruskan kehidupan. Dia juga memberikan semangat kepadaku untuk terus setia kepada cinta kepada si suami.

Teman yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan, dan mustahil untuk dilupakan.

Kata-kata Iyfa meresapkan sesuatu di laman hati. Teman? Sahabat? Ya, aku telah kehilangan sahabat setiaku! Sahli! Walaupun kita menghampiri perpisahan, tidak bermakna persahabatan antara kita akan putus. Hubungan suami isteri mungki n boleh berakhir tetapi persahabatan sejati tidak akan menemui penghujungnya. Rindu pada sahabatku itu begitu menggebu. Tidak rindukah dia pada aku, sahabat paling rapatnya ini?

Love is temporary but friends is forever…

Betul! Aku tak sepatutnya mengakhiri persahabatan antara kami. Persetankan perkahwinan yang bakal menemui pengakhiran ini. Persahabatan itu lebih penting untuk dijaga!

If you love something, let it go,If it comes back to you, it’s yours,If it doesn’t, it never was.

Ah, ada sahaja kata-kata Iyfa yang meresap masuk ke dalam hati. Selalu menepati situasiku.

It’s easier to turn a friendship to love than to turn love into a friendship.

Aku tersentak apabila Hafizah menyentuh lembut bahuku. Aku segera berpaling padanya. Kami saling bertatapan sebelum Hafizah tiba-tiba memelukku sambil menangis. Aku hairan namun masih cuba untuk memujuknya.

“Sabar Fizah, janganlah menangis macam ni. Cuba cerita kat aku apa masalah kau. Mungkin aku boleh tolong.”

Hafizah menggeleng laju. Dakapannya semakin erat. Agak lama kami berada di dalam dakapan masing-masing sehingga tangsian Hafizah reda. Hafizah menggenggam jemariku. Anak matanya merenung jauh ke dalam mataku.

“Aku mintak maaf sebab terbaca blog kau.”

Sebaris ayat keluar dari mulut Hafizah, membuatkan aku terkaku. Mati terus senyuman yang menghiasi wajah.

“Aku pelik bila kau tak nak bagi aku tengok blog kau. Malah link blog pun kau tak nak bagi. Tadi masa kau keluar ke tandas, aku curi tengok link blog kau. Aku buka. Kenapa kau tak pernah nak share dengan aku Fina? Aku ni roommate kau kan?”

Keluhan kasar terhembus dari hidung. Bibir kuketap kuat. Mata dipejam seketika. “Aku tak tahu macam mana nak cerita. Benda ni melibatkan maruah aku. Aku takut orang lain akan fikir buruk pasal aku padahal aku ni bertudung litup. Orang tengok aku ni baik tapi kena tangkap khalwat. Aku tak mampu.” Di hadapan Hafizah, aku menangis bagai anak kecil. Hafizah cuba untuk menenangkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience