Part 31

Humor Series 90875

'There are many things you don't know about me, sweetheart.'

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telingaku. Banyak perkara yang masih menjadi misteri bagi aku tentang Emir. Antaranya Puan Mawardah. Sungguh aku tidak menyangka rupanya Emir anak tiri Puan Mawardah. Tetapi dari gaya Puan Mawardah sendiri aku merasakan wanita itu menyayangi Emir sebagai anak kandung. Adik beradir Emir yang lain tidak pernah berjumpa.

Semasa aku di rumah Dr. Awal, aku sempat melihat gambar keluarga Emir. Dalam gambar berkenaan ada Emir dengan muka cemberutnya, Puan Mawardah, Dr. Awal dan dua remaja lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan yang comel. Hairannya semasa aku ditangkap 'basah' bersama Emir tidak pulak mereka muncul. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka, mungkin boleh menyelamatkan aku daripada berkahwin dengan Emir.

Sudah suratan takdir, siapa aku hendak menolak. Sudah tertulis di Loh Mahfuz bahawa Emir adalah suamiku. Sekarang, yang penting sebagai seorang hamba Allah, aku kena belajar dan redha untuk menerima siapa Emir dalam hidupku. Step by step, case by case, who is Emir, I need to accept him as himself. Macam lagu Detective Conan dah.

Aku tutup mataku sambil berbaring di dalam bilik. Entah mana perginya Emir aku sendiri pun tak tahu. Dari tadi dia menghilang. Mungkin sedang belajar. Emir belajar? Aku senyum senget. Berubah ke lelaki tu?

Ketika aku mahu menoleh ke sebelah kanan, terjerit kecil aku. Aku pegang jantungku yang berdegup kencang. Hampir berhenti sesaat jantungku apabila melihat Emir sedang berbaring, mengiring ke kiri, memandangku sambil tersenyum.

"Fikirkan apa tu? Miss me already?"

Pandangannya menusuk mataku sambil tangan tangan kirinya menongkat kepalanya. Aku pejam mata celik mata beberapa kali. Semenjak akhir ini, atau mungkin yang baru perangainya lain macam sikit. Naga jantannya seperti sudah dijinakkan. Masalahnya yang muncul adalah naga miang yang gatal. Gatal tak bertempat sampaikan aku bibir aku menjadi mangsanya sekali.

Apabila teringat peristiwa berkenaan, automatik pipiku menghangat. Sentuhan pertama daripada seorang suami bernama Emir Hafiz. Aduhh, kenapalah aku boleh bertukar kepada side werewolf yang gatal merenyam jika Emir muncul di hadapanku?

"Are you blushing?"

Aku tarik bantal tutup muka. "Mana ada!"

"Yeke? Meh tengok muka sekejap."

Emir terus tarik bantal yang menutup mukaku. aku tergamam. Emir senyum senget. Lebih kepada senyum kemenangan apabila dia berjaya menarik bantal dari mukaku.

"See, your blushing. Merah macam udang bakar dah muka tu. eh, tak , macam tomato dah."

Aku terus angkat punggung. Tidak betah diusik Emir. Lagi bahaya kalau dibiarkan lama sebab Emir bukanlah orang boleh dijangka tindakannya. Sekejap sahaja boleh berubah.

"Hey, nak ke mana tu?" Belum sempat aku melangkah, Emir terus tarik tanganku.

Aku ketap bibir. Tidak sanggup untuk menunjukkan muka merah ini kepadanya. Kaw-kaw kena bahan dengan Emir nanti.

"Haus."

"hmmm... haus ye." Serentak itu aku ditarik dalam pelukannya. Terus kejung semua urat sarafku. Hampir terjojol mataku apabila Emir selamba sahaja memelukku dari arah belakang. Malah, tangannya kejap di perutku. Erat dan kukuh. Air liur bagaikan malu malu kucing untuk ditelan.

Apa kena dengan Emir ni?

"Haus dengan kasih sayang aku ke?" Desahan nafas Emir terasa dekat di telingaku apabila dia menyangkutkan dagunya di atas bahuku.

Babak apakah ini?

Kalaulah keadaan sekarang aku boleh digambarkan dengan anime, rasanya seperti mataku sudah tergolek keluar dari soket mata manakala mulutku sudah putus rahangnya kerana terjatuh di atas lantai. Aku pulak terkaku umpama roh nak keluar dari badan dan sound effect thunder pun akan berbunyi.

Aku gigit bibir. Sejak bila pulak dia belajar pick up line ni? Emir yang aku kenal mana pernah keluar ayat pick up line dari mulutnya. Kalau tidak jerkahan pasti semburan naga jantan yang aku terima.

"Awak ni tak betul ke?"

Aku cuba melepaskan diri daripada pelukan Emir. Bulu romaku sudah berdiri 90 darjah. Malangnya Emir semakin mengetatkan pelukan. Kejap.

Ya Allah, Emir versi singa aku boleh hadap tetapi Emir versi baru ini aku tak boleh nak kawal. Nak hadap pun dah boleh menyebabkan aku ketar lutut. Macam nak tertanggal skru kepala lutut aku ini. Emir ni dah dirasuk jembalang mana sehingga berubah sepenuh kelakuannya?

"Kenapa saya pulak yang tak betul? Hmmm? Sweetheart?"

Sumpah jantung aku macam terlebih berdegup sekarang ini. Nada Emir yang mendesah dan romantic ini membuatkan aku terfikir Emir ini ada split personality ke atau dia jenis tsundere? Kuudere? Dandere? Yandere? Entah mana satu yang aku perlu klasifikasikan Emir sekarang ini.

"Dah, lepaskan saya Emir. Ada kerja saya nak settle."

Emir mendengus sekejap. "Kerja apa lagi nak settle dekat nak hujung tahun ni?"

Aku buat rolled eye. Dia fikir dekat nak hujung tahun tak banyak kerja? Dekat hujung tahun inilah semua guru akan sibuk nak kemas kini semua barang. Hantar laporanlah. Isi markah kokurikulum murid dalam sistem PJSK lah. Tak campur lagi dengan kerja ketua panitia. Lepas tu settle jadual waktu untuk tahun depan. Kemudian penentuan guru kelas pulak. Aku doakan supaya tahun depan tidaklah aku pegang mana-mana jawatan sebagai guru kelas ataupun terjumpa duplicate Emir lagi. Taubat aku nak masuk mana-mana balai polis lagi untuk tahun seterusnya. Eloknya baik aku apply jawatan pegawai polis terus. Resign jadi guru.

"Awak mana tahu."

"Jadi bagitahulah." Bersama itu kecupan di bahuku dilepaskan oleh bibir Emir.

Aku sudah terasa lain macam aura di bilik sekarang ini. Malah perasaanku semakin lain. Emir pulak lain macam perangainya. Sungguh, aku tak sanggup untuk berhadapan dengan situasi ini sekarang. Andaikan jika Emir meminta haknya yang satu itu, aku tidak tahu apa yang harus aku jawap. Sebab, aku tak bersedia lagi. Menjadi isteri dalam kata sebenar dan sebenarnya keyakinan aku terhadap Emir masih lagi paras merah bateri telefon. Masih perlu 'dicharging' dengan sebaik mungkin untuk memastikan aku benar-benar yakin dengan Emir dan supaya aku tidak menyesal di kemudian hari.

Sesal dahulu pendapatan kemudian.

"Em.. em... Emir!" gagap nama Emir disebutku dan mindaku pulak semakin tidak betul apabila Emir semakin mengetatkan pelukan dan beberapa kecupan dilepaskan Emir semakin berjalan ke arah leherku.

Nafaskan mula tidak teratur. Malah aku dapat mendengar jantung Emir bertukar rentak. Nahas aku macam ni! Air mataku mula mengalir.

"Emir.. please! Please stop." Aku ketap bibir. Menahan esakan yang hampir keluar dari keluar dari mulut.

"Why?" kecupannya berhenti.

"Please... tolong saya tak bersedia dulu."

Air mataku sudah mengalir. Menahan gelojak rasa yang bertandang di dalam hatiku. Mindaku sudah tidak berada dalam keadaan yang stabil sekarang ini. Dengan keadaan yang aku masih lagi belajar untuk menerima Emir, keadaan seperti ini membuatkan aku dalam dilemma.

Emir tarik nafas dalam. Berat. Pelukannya mula longgar. Aku mengambil kesempatan untuk meloloskan diri. Namun belumpun sempat aku mengorak langkah suara Emir yang separuh merayu membuatkan segala urat saraf dan ototku tidak memberikan kerjasama dengan aku.

"Please, let me hold you for a few second."

Dan aku hanya membiarkan sahaja.

Sehari selepas peristiwa tersebut aku menjauhkan diri daripada Emir. Kesibukan kerja hujung tahun membuatkan aku lupa dengan Emir kadang kala. Tambahan lagi dengan Emir yang menetap hampir seminggu di rumahku membuatkan aku risau jika ada jiran yang bernasib baik terserempak dengan Emir yang keluar masuk dari rumah ini.

Aku nak jawab apa nanti? Kesian pula dengan Amira yang terpaksa bertudung ketika kehadiran Emir di rumah sewa dan lelaki itu bagaikan tiada keinginan untuk balik ke rumah ibu bapanya. Aku tidak pasti untuk hujung minggu ini. Cuti penggal akhir tahun bakal tiba dan tarikh peperiksaan STPM pula semakin menghampiri. Risaunya aku dengan SPTM tidak payah digambarkan lagi. Lebih – lebih dengan pelajar kelas Tingkatan Enam Pluto. Kalau keputusan STPM mereka lagi teruk resultnya daripada tahun yang lepas, mahunya aku menangis 7 hari 7 malam. Terasa di sudut hati kegagalan sebagai guru untuk mengajar.

"Thea."

Aku angkat kepala daripada laptop. Sesaat aku tergamam.

"Tengah sibuk ke?" soalan Cikgu Ilham menyebabkan aku terasa ingin menjawab dengan jawapan luar silibus.

Tak. Tengah buat bungee jump ni. Ready nak dijatuhkan sekarang.

"Ada apa Cikgu Ilham ye?"

Aku senyum nipis. Sekadar berbasa basi.

"Nak bagi ni." Beberapa helai kertas diserahkan kepada aku.

Borang markah kokurikulum murid di bawah kelab yang diuruskan oleh Cikgu Ilham.

Aku ambil borang di tangannya. Dia berlalu ke tempat duduknya di division lain tanpa berkata apa-apa. Aku diam sahaja.

Tidak sempat aku mahu menyambung kembali aku seperti terdengar cicak-cicak mula berbunyi. Aku menoleh kea rah belakang. Kelihatan Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah yang sedang bermain siku menyiku. Rasanya aku faham akan tingkah laku mereka dua.

Biarkan sahaja.

"Al, Al dengan Ilham gaduh ke?"

Boleh tak aku buat muka Conan yang annoying kat sini?

Bukan setakat gaduh, dah kena maki hamun sekali dengan Emir. Nasib baik tak sampai kaki dan tangan ke Ilham lagi. Kalau tidak, memang sah bertapa di balai polis dengan jayanya dan aku mungkin akan ikut sekaki dengan Emir.

Waoh, tak pernah dibuat orang guru teman anak murid tidur dalam lokap.

"Gaduh kenapa kak?"

"Yelah, dulu rajin je Ilham melepak ke division kita ni. Sekarang? Jarang je nampak." Jelas Cikgu Jasmin. Cikgu Aisyah pun turut mengangguk, mengiakan kata-kata Cikgu Jasmin.

Aku jongket bahu.

"Sibuk kot." Mudah sahaja jawapan yang kelaur dari mulutku. Biasalah. Hujung tahun sentiasa sibuk untuk semua orang.

Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah saling berpandangan. Reaksi mereka berdua seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh aku.

"Takkan kot. Mesti ada sesuatu yang berlaku antara Al dengan Ilham." Mulut Cikgu Jasmin sudah mula membawang.

Kepala Cikgu Ismadi pula sudah terjengul di sebalik cubiclenya. Telinganya bagaikan menangkap sesuatu yang menarik sedang berlaku. Sahlah cikgu lelaki ini. Boleh tahan skill pakcik bawangnya.

"Betul tu. Kalau dulu, rajin aje dia datang melepak kat sini. Kalau Al takde, dia akan duduk kat tempat Al."

Aku angkat kening.

Rupanya.

Patutlah.

Patutlah tempat duduk sentiasa panas ketika aku sampai duduk di tempatku. Rupanya Cikgu Ilhamlah penyangak yang memang dicari oleh aku selama ini. Bila aku tanya siapa yang duduk kat tempat aku memasing tak mahu menjawab. Malah siap pura – pura sibuk atau tidak mendengar soalan aku. Masalahnya kalau sekali tidak apa, tapi kalau dah berkali-kali ada juga aku bertukar jadi Edogawa Conan nanti. Kalau tak aku panggil Lupin III.

Nah, sekarang kebenaran sudah terbongkar. Suka benar dia duduk di sini. Perkara apa yang melibatkan Cikgu Ilham rajin benar menapak ke Division Kemanusiaan ini sedangkan dia dari Division Sains dan Matematik. Dua bidang yang aku rasakan agak jauh persamaannya, kecualilah jika dia menuntut skill membawang daripada Cikgu Ismadi di tepiku ini. Dan kedudukan division pula agak jauh kerana perlu melepasi Division Teknikal dan Vokasional dan Division English.

Nampak tak jauh dekat situ ditambah pula dengan bilangan guru untuk setiap Divison ditambah pula dengan jumlah cubicle yang ada. 20 orang bersamaan dengan lima cubicle kena lalu.

"oh, rupanya Cikgu Ilham yang selalu duduk sini."

Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah tersengih-sengih. Terlepas cakap.

"Maaflah, Al. Selama ni Ilham tak suruh bagitahu kamu takut Al marah orang duduk tempt Al."

Aku jongket kening sebelah umpama Ziana Zain. Tapi itu cuma dalam mindaku sahaja. Yang pasti mukaku hanya beriak biasa. Tidak menunjukkan reaksi.

"Al, terus teranglah. Al gaduh dengan Ilham ke?"

Aku tarik nafas. Fokus dikembalikan ke arah skrin laptop.

"Sebab apa saya nak gaduh dengan Ilham kak?"

Aku mengambil mug yang berada di tepi meja. Terasa haus apabila soalan makcik bawang mula menyinggah di telingaku. Perchobaan mengorek rahsia. Apabila air mula mula masuk dalam mulut terasa nikmatnya.

"Mungkin sebab Emir."

Purr...

Dan air aku pun selamat terkeluar dari mulutku tepat mengenai kertas yang dihulurkan oleh Cikgu Ilham sebentar tadi.

Epik.

Dan mujurlah cuma air sejuk sahaja. Kalaulah air kopi atau milo, memang bercorak abstrak kertas bila dibuat dokumentasi nanti.

Aku terbatuk-batuk. Tidak menyangka serkap jarang Cikgu Aisyah mengena apabila nama Emir dipetik dalam acara membawang Cikgu Jasmin dan CIkgu Aisyah. Membulat namaku Emir keluar muncul. Dan haraplah tuan empunya badan tidak muncul pulak. Kalau tidak memang panjang umur sungguh Emir.

Speaks of the devil.

Emir muncul di bilik guru. Melopong sekejap aku sebelum berpaling ke arah Cikgu Jasmin. Kelihatan dia sedang sibuk membawang serai halia bersama Cikgu Aisyah.

"Kenapa Al? Betul kan apa akak cakap?"

"Betul apa kak?" Segera aku berpaling ke arah Cikgu Jasmin.

"Betul kan sangkaan akak. Emir yang jadi sebab kamu dengan Ilham gaduh kan? Dia nak apa?"

"Maksud akak?" Aku kerut dahi.

"Haritu akak nampak dia kejar kamu Al. Lepas tu tak lama kemudian akak nampak kamu bertiga depan bilik Pengetua. Apa yang berlaku? Then, lepas tu Ilham pulak amik MC. Mesti ada kena mengena dengan Emir."

Aku kejung semua urat saraf. Lidahku kelu. Aku tergamam. Tidak aku menyangka ada saksi yang melihat di sebalik peristiwa yang telah berlaku itu. Darahku bagaikan segan ingin mengalir ke dalam dalam badanku. Jantungku pula bagaikan enggan untuk mengepam darah. Serasa darah putih mula dominan menggantikan darah putih yang menyebabkan mukaku pucat lesi.

Kalau ditorek berdarah sekalipun, tidak ada darah merah yang bakal mengalir. Kemungkinan darah berwarna biru akan keluar.

"Akak salah nampak kot." Aku cuba cari alasan lain.

Aku ketap bibir. Mindaku kosong sekarang ini. Lidahku kelu untuk memberikan jawapan lebih-lebih lagi melibatkan Emir dan aku yang dikaitkan bersama. Ohhh, jangan cakap selepas ini dia ternampak aku dan Emir keluar dari rumah sewaku. Berdua pulak tu. Itu namanya menempah bahaya. Apa alasan yang hendak aku karang dan gubah untuk memuaskan hati cikgu bawang ini?

Mungkin ayat-ayat cinta?

"Tak, akak tak salah nampak. Haa, kebetulan sungguh. Ilham, sini kejap."

Aku telan air liur yang berbatu. Habislah nasib aku. Mampus! Naya! Selepas ini dengan sahnya berita tentang aku berkahwin dengan Emir akan tersebar. Secara tidak langsung ini boleh menjejaskan maruahku dan mencemar kerjayaku sebagai guru. Nak-nak lagi kerjaya sebagai guru ini dipandang hormat oleh oleh masyarakat.

Tanpa guru siapalah anda semua.

"Ye kak?" Suara Cikgu Ilham menyapa gegendang telinga.

Aku telan air liur berkali-kali. Mindaku mula memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku selepas kebenaran keluar dari mulut Cikgu Ilham selepas ini.

"Akak nak tanya kamu ni dengan Al gaduh ke? Jarang dah mai kat division kami ni."

Aku lihat wajah cikgu Ilham berubah namun sempat dikawal. Dia melemparkan pandangan sebentar ke arahku yang sudah pucat sepenuhnya. Bagaikan memahami isyarat mataku, Cikgu Ilham mengangguk sekejap sebelum berpelaing semula ke arah Cikgu Jasmin.

Soalan Cikgu Jasmin takde kona-kona, terus direct attack. Nasib baik soalan tak tembak terus tepat ke jantung. Mahu taknya ada yang kena panggil ambulans selepas ini.

"Mana ada gaduh kak. Ada ada ajelah akak ni."

"Habis tu?"

CIkgu Ilham tergamam. Aku terkedu. Soalan maut level 3.

"Habis tu apa kak?" Ilham pura-pura tidak faham.

"Yang kamu selalu melepak kat sini memang sebab Al kan?"

Aku kemam bibir. Cikgu Ilham terkejut. Tidak menyangka soalan kali yang sama berulang kembali.

"Saya melepak dengan Abang Is aje kak. Dah kebetulan meja Abang Is sebelah dengan Thea saya tumpang duduklah."

"Ohh..."

Muka Cikgu Aisyah dan Cikgu dan Jasmin bagaikan tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Cikgu Ilham.

"Mengaku ajelah, Ilham kamu memang sukakan Thea kan? Thea pulak still single kan?" Cikgu Aisyah pandang tepat muka aku.

Allahu. Aku terasa mahu menghilangkan diri sekarang. mahu menyembunyikan diri kerana tidak tahu memberikan jawapan yang sesuai dengan terhadap jawapan sakaratul maut Cikgu Aisyah. CIkgu Ilham pulak? Mukanya seperti tercekik tulang kerbau. Nak terbatuk pun ada. Merah jangan cakap. Pucat lesi pun ada. Kelabu biru pun ada sekali.

"Akak, hal jodoh ni saya serah pada Allah. Mungkin Thea sebenarnya dah ada pilihan lain yang kita tak tahu."

Jawapan bernas CIkgu Ilham menyebabkan aku menjegilkan mata ke arahnya. Silap silap haribulan boleh bertukar status single aku hari ini kepada married.

Married with Emir Hafiz.

Sah bergelar Puan dan bukannya Cik lagi. Bukan aku tidak mahu menyembunyikan status sebenar tapi aku seboleh-bolehnya tidak mahu tersebar selagi Emir tidak menamatkan persekolahannya pada tahun ini. Perkara ini lebih baik tidak diberitahu kerana takut menganggu pembelajaran Emir lebih-lebih lagi sekarang menjelang STPM. Aku tidak mahu Emir repeat STPM untuk kali ketiga. Dan aku tidak mahu Emir kembali dengan title suami yang repeat paper. Mahu sahaja aku pelangkung kepala Emir nanti.

"Haipp Thea. Dah ada calon ke?"

Aku sengih. Calon apa kak? Sah bergelar suami dah.

"Ada."

Dan sah muka CIkgu AIsyah dan Cikgu Jasmin bersinar bagai disinar cahaya bulan.

"Wahhhh. Al, diam – diam dah ado calon ye."

Aku sengih. Sengih untuk menutup rasa resah yang bersarang di dalam hati. Gusarnya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Siapa orangnya?"

Bagai déjà vu, aku dan CIkgu Ilham saling berpandangan. Cikgu Aisyah dan Cikgu Jasmin menahan senyum.

"Aik? Ilham ke calonnya?"

Aku menggelengkan kepala. "Bukanlah. InshaaAllah sampai masanya saya bagitahu. Jangan terkejut pulak masa tu."

Dan aku boleh membayangkan reaksi dan wajah para guru STKH jika Emir Hafiz yang diumumkan sebagai suamiku nanti. Rasanya momen-momen itu aku boleh abadikan sebagai hari yang tidak akan dilupakan sebagai mana aku tidak akan melupakan momen aku diijabkabulkan dengan lelaki bernama Emir Hafiz bin Awalludin Ashraf.

"Berahsia sangat ni Al. Iye, kami tunggu nanti. Tapi taklah kalau terkejut sangat kalau Ilham yang jadi suami kamu nanti."

Aku hanya mampu senyum tidak mampu menjawab. Yang pastinya memang sah bukan Ilham dah apabila Emir Hafiz yang melafazkan akad nikah.

Cikgu Ilham pulak bagaikan mengukirkan senyuman paksa. Dia tahu bukan nama dia yang tertulis sebagai jodohku.

"Tandas kejap kak."

Aku bangun dari tempat duduk sebagai tanda ingin menamatkan drama sebabak ini. Tidak mahu memanjangkan topik ini lagi. Takut ada hati yang bakal terluka lebih besar.

Ketika aku membelok ke arah tandas, kelibat Cikgu Ilham sudah menanti di tepi blok tersebut. Aku kerut dahi. Kejapnya dia lari daripada genggaman Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah.

"Ikut saya sekejap."

Aku mengangguk.

*********************************************************************************************

Sorry lambat updates guys. baru balik daripada kampung. Ingatkan line kt kg okey... rupanya cuti beraya jugak. hahah. Sorry sangat..

Btw, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience