Bab : 16

Action Completed 53513

Hari kedua pelayaran

Seperti tiada apa-apa yang berlaku, semua orang yang ada di kapal itu jalani hari seperti biasa. Berhibur, berjemur berjalan ke sana sini dan memenuhi setiap ruang yang ada di dalam kapal tersebut.

Awal paginya, Davina bangun untuk turun ke gim bersenam selama sejam sebelum naik ke tingkat atas untuk mandi dan salin pakaian yang selesa. Iaitu sepasang short pant putih pangkal peha dan tank top berenda bunga-bunga. Kaki dan tangan yang terdedah di sapu sunscreen awal-awal. Rambut panjangnya di toncang lalu kepalanya dipakaikan dengan sun cap warna putih. Kemudian dia nikmati sarapan di restoran. Semuanya dimulai dengan aman dan tenang. Tiada gangguan tiada penggangu.

Namun segalanya berubah. Yup!

Berubah 360 darjah sampai dia rasa macam nak terjun dari kapal cruise ini serta merta.

Davina sedang baring di atas kerusi pantai sambil membelek skrin ipadnya di tepi kolam renang tempat sama dia hampir lemas semalam. Masa dia datang tak ramai orang pun. Macam tahu-tahu dia ada dekat sini, masa ini la'mahkluk-mahluk' dari Armada Diraja Ketenteraan Declan serta lelaki itu sendiri, datang dengan megah dan susuk badan mengiurkan mereka tu menyemak di kolam yang sama.

"Hai..."sapa Declan sewaktu berdiri melangit di atas Davina sebelah bangku pantai itu..

Davina turunkan cermin matanya ke batang hidung lalu pandang dengan kening berkerut ke lelaki tidak berbaju tapi hanya berseluar di sisinya. "What?"soalnya dengan nada tak suka.

"Nak join kami?"muncul Dritan di sebelah satu lagi. Bertuala dekat sekeliling leher. Sedang membuat rengangan di badan.

Mata Davina kerling ke belakang badan Dritan yang berotot kekar itu sekejap. "Join apa?"tanya dia.

"Game bola.."aju Declan yang duduk di tepi Davina atas kerusi yang sama.

Menganjak ke tepi Davina di buatnya. Dah apahal nak dekat-dekat ni?Ih!Suka hati je. "Jangan nak berlagak macam kita ni rapat boleh tak?"komennya sambil lirik tak suka ke Declan. Mereka dah putuskan okay. Relay selama sebulan tu bukan apa-apa bagi dia.

Sengih Declan surut lepas tu. Dia pandang Davina. "Saya mintak maaf okay?Saya tak tahu yang awak dah putus tunang malam tu. Sebab itu saya marah.."jelasnya. "Kalau saya tahu dari awal yang awak tak bertunang...saya takkan tinggikan suara pada awak"

Davina berdengus tak percaya. Dia alihkan pandangan ke arah lain yang mana hanya buatkan dia Nampak akan Garvien yang bersinglet dan seluar pantai paras lutut sedang berjalan sama dengan Connall di sebelah mendekati kolam.

"Kenapa awak semua ada dekat sini lagi?Kan misi dah selesai?Balik la sana. Buat semak mata memandang je."cebik Davina yang mahu bangun dan pergi dari situ.

Declan cepat-cepat letak tangan di kedua-dua belah sisi kerusi memagari Davina. Buatkan Davina terbaring semula di kerusi pantai itu. "Not that fast princess."

Kening Davina mencerlung. Dia lirik akan kedua-dua belah tangan yang ada di sisinya sebelum ke muka yang ada di atasnya. "Better awak ketepi sebelum saya hantuk muka handsome awak ni dengan kepala batu saya."

Declan tak berganjak. Dia malah dekatkan lagi mukanya ke Davina sambil tersenyum handsome. "Saya tak boleh pergi sebab nak jaga keselamatan kapal ni...dah jugak orang yang ada di dalamnya... especially awak...Davina.."bisiknya dengan perlahan di depan muka tu.

"Kalau macam tu buat cara bertugas...yang sibuk mengendeng dekat saya ni kenapa"Davina pegang bahu Declan lalu cuba di tolak supaya lelaki itu menjauh darinya.

Declan keraskan badannya. Dia malah dorong badannya supaya lebih dekat pada Davina. "Saya tahu saya salah...dan awak kena tahu semua orang buat salah. Hari tu...awak salah dengar...saya dengan Juliet tak ada apa-apa.Semuanya dah lepas...tak boleh ke awak terima saya semula?"mintanya.

Apa?Terima semula?Well...dia akan terima semula kalau Declan cari dia lepas dia pergi hari tu. Bukan biarkan dia tergantung tak bertali macam tu! "Peluang awak lama terlepas sejak saya keluar dari situ.."

"Hei Declan nak main tak?!"teriak Garvien yang sudah berada di dalam air.

Mata Davina bergerak ke arah kolam sebelum pandang ke Declan semula."Dengar tu..;kawan awak dah panggil...sudah ke tepi!"tolak dia sambil tu.

"Beritahu saya...adakah awak akan beri peluang dekat saya semula untuk tebus kesalahan saya pada awak Davina?"tanya Declan.

"Saya tak tahu...tepi!"

"Wrong answer.."

Rimas dengan sikap Declan, Davina berhenti bergelut lalu pandangan mencerunnya terarah pada mata tu.

"Declan!Cepat la!"teriak Dritan pula.

Bila Declan tunggu dan Davina tak cakap apa-apa, dia lepaskan keluhan Panjang sebelum gerak mengucup dahi Davina sekilas. "Saya tunggu jawapan dari awak Davina.."katanya sebelum bangun dari situ dan jalan dekati kolam sebelum masuk ke situ menyertai rakan-rakan sepasukannya di situ.

Kesan kucupan itu di kesat dengan Davina. Yalah tu!lelaki kalau sekali dah buat perangai. Sampai ke sudah la jawabnya perangai tu dibawak!Dengan marah dia duduk tegak di kerusi pantai memerhati mereka di kolam itu terutama sekali Declan.

Habis!

Pengunjung wanita yang kebetulan berada di tempat itu ikut bertenggek di kawasan kolam tersebut untuk luangkan masa bersama dengan kumpulan lelaki di situ. Semuanya tayang body ramping berbikini masing-masing.

Tak Declan sendiri, ahli tentera dan pasukan Declan sendiri masing-masing enjoy waktu itu.

Riuh rendah la dengan suara teriakan dan sorakan mereka sewaktu main bola di dalam air kolam tersebut.

Lima minit. Masih boleh tahan lagi.

10 minit. Darah dah mula menyirap.

20 minit!Okay!Dia dah fed up! Davina bangun dari situ. Peluang konon!

Pergi blah dengan peluang tu!Ugh!

Share this novel

esther marcus
2020-12-16 13:02:06 

ckup la berharap davina oiiii...declan is declan...where is eden...


NovelPlus Premium

The best ads free experience