Bab 32

Romance Completed 78329

Puan Aminah melangkah keluar dari rumah bila ternampak seorang perempuan yang sedang berdiri di luar pagar rumahnya. Pada pengamatan mata tuanya, dia tak kenal gerangan yang berada di luar pagar tersebut. Siapa pulak yang datang sekarang ni? Puan Aminah menyarungkan selipar dan segera menuju ke pintu pagar.

Tapi, bila dia berhadapan dengan perempuan muda tersebut, sedikit-sebanyak dia dapat mengecam wajah tersebut. Bukan ke ini Gia Vatanika? Pintu pagar dibuka.

“Mak cik apa khabar?” tanya Gia. Dia tak tahu sama ada Puan Aminah mengenalinya ataupun tidak.

“Mak cik sihat. Kejap…kalau tak salah mak cik kamu ni Gia Vatanika kan?” Gia pantas mengangguk tanda betul. Tak sangka pula Gia yang Puan Aminah dapat cam mukanya.

“Gia buat apa datang sini? Gia jangan salah faham dengan pertanyaan mak cik ya? Mak cik tanya ni sebab mak cik risau takut Luqman datang sini tak pasal-pasal Luqman dengan Gia bertekak pulak nanti,” tak pernah terlintas di dalam hatinya untuk membenci Gia Vatanika kerana dia yakin kejadian yang berlaku adalah kejadian tak sengaja.

“Mak cik jangan risau. Gia dah masak dengan perangai Luqman. Cuma, kedatangan Gia ke sini hari ni ada satu hajat.”

“Hajat apa? Tapi sebelum tu jemputlah masuk dulu. Dekat luar ni panas,” Gia akur dan melangkah masuk ke dalam rumah Puan Aminah. “Jadi, Gia nak cakap apa?”

“Pertama sekali Gia nak mintak maaf pada mak cik atas apa yang dah berlaku kepada Dariya. Gia betul-betul mintak maaf. Gia tahu kematian Dariya masih lagi tak terbela tapi Gia merayu pada mak cik…mak cik maafkan Gia…” Gia berlutut di hadapan Puan Aminah sambil tangannya diangkat gaya merayu. Air matanya mula mengalir keluar membasahi pipinya.

“Gia…” Puan Aminah menarik Gia untuk kembali berdiri.
“Mak cik dah maafkan Gia. Gia tak perlu nak rasa bersalah macam ni. Lagipun, mak cik yakin yang kejadian tu tak sengaja ataupun memang sudah tiba masanya untuk Dariya pergi. Mak cik tak salahkan Gia. Dah…berhenti menangis,” Puan Aminah memujuk Gia sambil jarinya mengusap pergi air mata Gia di pipi.

“Mak cik…kalau Gia ajak mak cik duduk dengan Gia, mak cik sudi?”

“Mak cik duduk dengan Gia? Maksud Gia? Duduk dekat Filipina?”

Gia menggeleng. “Gia beli rumah dekat sini. Jadi, untuk tebus rasa bersalah Gia pada mak cik atas kematian Dariya, Gia nak ajak mak cik duduk sekali dengan Gia? Dalam masa yang sama bolehlah Gia jaga mak cik. Boleh ya? Anggap jelah apa yang Gia buat ni semuanya untuk Dariya.”

“Gia…bukan mak cik tak sudi tapi rumah ni simpan banyak kenangan antara Dariya dan suami mak cik sendiri. Rumah nilah jadi pengubatnya bila mak cik rindukan mereka berdua. Gia jangan risau. Mak cik boleh jaga diri sendiri dan Luqman pun selalu datang jenguk mak cik di sini.” Pada pandangan mata Puan Aminah, Gia nampak ikhlas dalam setiap perbuatannya.

“Tapi mak cik…”

Tangan Puan Aminah naik memegang kedua-dua pipi Gia lembut. “Boleh mak cik minta sesuatu dari Gia?”

Pantas Gia mengangguk. “Mak cik minta jelah apa yang mak cik nak. Gia janji Gia akan turutkan semua selagi Gia boleh.”

“Boleh mak cik anggap Gia sebagai anak mak cik sendiri dan Gia pun boleh anggap mak cik sebagai mak Gia sendiri. Boleh? Itu saja permintaan mak cik dan anggaplah apa yang Gia buat ni untuk Dariya jugak. Mak cik dah tak ada siapa-siapa selain Luqman dan mak cik tahu Gia baik orangnya dan mak cik boleh percayakan Gia. Gia sudi untuk jadi anak mak cik?”

Sungguh Gia tak sangka dengan permintaan dari Puan Aminah yang ingin menganggap dirinya sebagai anaknya sendiri dan buat pertama kalinya dia rasa ada satu rasa persaan yang menyelusup masuk ke dalam hatinya yang dia tak pernah rasa dari mummy.

“Tapi mak cik…Gia…”

“Kalau tak sudi tak apa. Mak cik faham.”

Terus tubuh Puan Aminah dipeluknya. Satu perasaan indah menusuk ke dalam jiwanya. Selama dia dengan mummy, sekalipun dia tak pernah berpelukan dengan mummy melainkan tiap-tiap hari dia hanya dimarahi atas kesalahan yang dia tak buat. Air mata yang ditahan dari menitis akhirnya menitis juga. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan yang dia rasa sekarang ni.

“Mulai sekarang, mak cik akan anggap Gia sebagai anak mak cik sendiri dan lepas ni panggil mak cik dengan panggilan ibu. Boleh?” Gia mengangguk kecil di dalam pelukan Puan Aminah.

Kalaulah dia dapat rasa nikmatnya pelukan kasih seorang ibu dengan mummy, mesti dia orang yang paling happy sekali. Mungkin pelukan terakhir yang dia dapat dari mummy waktu dia masih kecil. Ingin sekali dia bercerita dengan Puan Aminah tentang kehidupan yang dilaluinya tapi dia batalkan niatnya. Rasanya tak sesuai nak bercerita bab tu buat masa sekarang.

Puan Aminah memandang wajah suram Gia. Dia tahu di sebalik wajah yang selalu tersenyum di kaca tv ataupun majalah, mesti ada benda yang dipendamkan.
Tambah-tambah lagi sekarang bila wajah Gia terang-terang memang muram, dapat dia agak ada banyak beban yang ditanggung oleh Gia.

“Kenapa muka sedih je ni Gia? Ada masalah ke? Kalau tak keberatan, Gia boleh share dengan ibu.”

Pantas dia menggeleng perlahan. “Tak ada apa ibu. Cuma, bila peluk ibu teringat pulak mummy dekat Filipina. Lama rasanya tak peluk mummy.”

Puan Aminah mengangguk. Alasan Gia boleh diterima dek akalnya. Lagipun, dia bukannya kenal pun siapa keluarga Gia cuma apa yang dia tahu keluarga Gia memang dikenali di Filipina. Itu saja.

“Apa kata Gia makan tengahari dekat sini?”

“Tak apa ke ibu? Kalau Luq datang nanti macam mana? Gia tak nak timbul masalah pulak nanti.”

Serius aku cakap kalau Luqman betul-betul datang rumah ibu hari ni, sakit! Aku tak larat nak bertengkar dengan dia. Even aku dah mengalah tapi Luqman masih ada point untuk naikkan balik kemarahan aku.

“Gia jangan risau. Luqman selalunya datang jenguk ibu bila dah habis kerja. Petanglah jawabnya dia datang. Gia jangan risau ok?”

“Ok…emmm boleh Gia tolong ibu masak? Seganlah kalau tak tolong.”

“Tak apa. Ibu boleh buat. Gia masuklah duduk dalam bilik tu dulu,” lurus jarinya ditunjuk kepada bilik arwah Dariya. “Bilik Dariya.”

“Boleh ke Gia tumpang duduk?”

“Ibu tak kisah pun. Masuklah…ibu pergi dapur masak.”

Gia akur. Dia membuka langkah menuju ke bilik Dariya. Pintu bilik itu ditolak dari luar. Setiap sudut bilik Dariya diperhatinya. Gambar-gambar Dariya masih lagi tergantung kemas pada dinding. Ada gambar dengan keluarga, dengan ibu dan dengan Luqman.

Gambar Dariya dengan Luqman menjadi perhatiannya. Dia mengambil gambar tersebut dan menilik wajah mulus Dariya yang mengenakan baju berwarna dusty pink sambil memegang sejambak bunga lily palsu. Dia yakin mesti ni majlis pertunangan Dariya dengan Luqman memandangkan Luqman mengenakan baju rona yang sama dengan Dariya.

“Kau buat apa dekat sini?!”

Teguran dari belakang membuatkan Gia hampir terlepas gambar yang dipegangnya. Hatinya yang tadi berentak biasa mula berubah menjadi kencang. Luqman! Ibu cakap Luqman datang lepas kerja. Tapi, sekarang baru masuk waktu lunch. Gia memejam matanya mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Luqman.

Luqman kini berhadapan dengan Gia. Muka dia tak payah cakaplah memang nampak marah, garang habis! Apatah lagi bila Gia memegang gambar pertunangan mereka. Pantas gambar tersebut dirampas Luqman.

“Aku tanya! Kau buat apa dekat sini?!” Gambar tunang dia dengan Dariya diletakkan kembali ke tempat asalnya lalu dia menarik Gia keluar dari bilik Dariya menuju ke ruang tamu.

Suara nyaring Luqman menarik perhatian Puan Aminah yang sedang menyiapkan bahan untuk memasak. Pisau yang digunakan untuk potong sayur diletakkan kembali dan segera menuju ke ruang tamu. Jujur dia sendiri turut terkejut dengan kehadiran Luqman yang tiba-tiba sebab selalunya Luqman akan datang menjenguknya pada waktu petang selepas dia pulang dari kerja.

“Luq!”

“Ibu! Kenapa ibu benarkan dia ni masuk rumah dan kenapa ibu benarkan dia masuk dalam bilik Dariya?”

“Luq…ibu suruh dia tunggu dalam bilik Dariya sementara ibu masak makan tengahari. Salah ke Luq?”

“Salahlah ibu! Ibu tahukan dia pembunuh?!” Tajam
matanya menikam wajah Gia.

“Awak jangan tuduh saya sembarangan Luqman!”

“Apa?! Tak betul ke apa yang aku cakap hah?! Kau nak tipu apa lagi?! Dah memang sah-sah kau pembunuh!”

“Mana bukti yang mengatakan saya ni pembunuh?!” Aku pun dah mula naik angin bila dituduh bertalu-talu.

“Luq!” Terjerit kecil Puan Aminah dibuatnya bila Luqman tiba-tiba saja menerkam Gia dengan mencengkam leher Gia. Gia tercungap-cungap mengambil nafas.

“Luq! Sudah! Lepaskan Gia!” Puan Aminah cuba merungkai cengkaman pada leher Gia. Akhirnya, terungkai jugak. Nyawa-nyawa ikan Gia dibuatnya.

“Luq! Apa yang Luq buat ni hah? Luq sedar tak apa yang Luq dah buat?” Ya Allah! Sepanjang dia mengenali Luqman, inilah pertama kali dia melihat Luqman bertindak sedemikian rupa. Selama ni Luqman yang dia kenal seorang yang tenang dan tidak buat keputusan terburu-buru mengikut perasaan.

“Luq nak dia mati ibu! Luq tahulah ibu dia rancang semuanya! Pengecut!!!” Jerit Luqman betul-betul di hadapan muka Gia. Mata Gia dah mula berair. “Dia ni pengecut! Bila Dariya mati cepat-cepat je dia uruskan semua! Upah orang untuk hapuskan bukti sedia ada! Kau fikir kau banyak duit kau boleh buat sesuka hati kau je ke hah?!” Dahi Gia pula ditunjal-tunjalnya.

“Awak nak saya buat apa Luqman? Awak nak saya sujud pada kaki awak baru awak puas hati yang saya tak ada kena mengena dalam kes hapuskan semua bukti. Awak nak saya sujud pada kaki awak sekarang? Boleh! Saya boleh buat!” Gia mula merendahkan badannya. Belum sempat dia sujud pada kaki Luqman, Puan Aminah terlebih dahulu menghalang.

“Gia…jangan buat macam ni.”

“Kau tak payah nak acah-acah baiklah! Aku takkan percayakan kau sampai bila-bila! Kau ingat tu!”

Kepalanya dianggukkan sedikit sebelum berdiri kembali. “Saya akan ingat apa yang awak cakap tu Luqman. Mak cik…saya pergi dulu,” Gia melangkah keluar dari rumah Puan Aminah. Panggilan ibu ditukarkan dengan mak cik. Silap-silap kalau aku gelarkan Puan Aminah sebagai ibu di hadapan Luqman, lagi mengamuk sakan Luqman dibuatnya.

“Luq…ibu nak tanya satu perkara dengan Luq. Dalam dunia ni Luq memang dah tak ada isitilah memaafkan kesalah orang lain ke Luq?” Luqman diam.

“Jawab apa yang ibu tanya ni Luq. Memang tak ada ke istilah memaafkan kesalahaan orang Luq? Dah tak diguna pakai ke dalam dunia sekarang ni? Memang kita ni kena terus menghukum tanpa usul periksa dulu ke?” Luqman diam lagi.

“Ke mana sifat Luqman yang ibu kenal dulu? Seorang yang tenang dan tidak terburu-buru dalam sesuatu keputusan? Mana pergi Luqman tu?”

“Luqman yang ibu kenal dulu dah mati sejak Dariya pergi. Selagi kematian Dariya tak dibela, Luqman takkan berhenti bencikan dia ibu. Titik!” Tanpa menunggu balasan dari Puan Aminah, terus dia melangkah keluar menuju ke keretanya dan memandu pulang ke rumah. Tak ada mood dia nak pergi kerja.

Puan Aminah hanya mampu menggeleng. Cuma apa yang dia mampu buat adalah berdoa agar hati Luqman kembali lembut seperti dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience