BAB 5

Family Completed 1384

Sofa empuk yang berada di dalam kedai mesin jahit membuatkan Allyssa kembali tersenyum.

Walaupun sofa itu sudah koyak-rabak, dia masih boleh merehatkan diri di situ. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa. Dia membuat mimik muka bingung. Tangan kanannya mula mengurut-urut dahi.

Apakah yang terjadi sebenarnya? Mengapa abang meninggalkan Allyssa seorang diri? Dan mengapa tempat tinggal kita yang aman menjadi suram? Dia letih untuk berfikir lalu tertidur.

“Allyssa, jom makan!” Allyssa segera keluar dari bilik apabila namanya diseru. Tambahan pula, sudah waktu makan malam. Sudah tentu perutnya mahu diisi makanan. Dia berlari menuju ke dapur. Bersinar-sinar matanya melihat makanan yang telah terhidang di atas meja. Ada pelbagai makanan yang sedap-sedap. Malam ini juga ada makanan kegemarannya iaitu ayam goreng!

“Rajinnya ibu masak. Sedap-sedap pula tu.” Ucap Allyssa sambil memberikan senyuman lebar.

Banyak pula makanan yang ibunya masak hari ini. Padahal hanya ada ibu, bapa, dia dan abangnya sahaja yang tinggal di rumah.

Rasanya boleh membuat bekal makanan untuk esok hari jika makanan itu tidak habis dijamah.

“Sejak bila pula ibu malas masak?” Tanya ibunya sambil bercekak pinggang. Dalam masa yang sama, ibunya memuncungkan bibir. Acah-acah merajuk pula.

Allyssa tersengih. “Saja usik umi. Allyssa cuma pelik sebab ibu tidak pernah masak banyak begini. Ada orang yang akan datang ke rumah kita?

“Tidak. Mana tahu kamu lapar lagi nanti. Lagipun ayah dan abang masih sibuk di luar. Pasti mereka akan lapar apabila pulang.” Jelas ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience