Sepuluh

Other Completed 44764

Cinta memeluk Abangnya. Ketakutan mengusai dirinya.

"Kalau Cinta tahu, Cinta takkan tolong dia. Biarlah dia mati disana." Kata Cinta.

"Sabarlah. Abang Thariq akan cari jalan untuk membatalkan pernikahan itu."Kata Thariq.

Baru dia tahu siapa HyQarl yang selama ni menjadi sahabatnya. Ingatkan Gila-gila Zaril yang suka permainkan wanita, rupanya gila lagi HyQarl yang sanggup buat benda yang diluar jangkaan.

"Cinta takut apa akan jadi pada Abang sekiranya Abang mengagalkan pernikahan ni." Kata Cinta.

"Habis tu Cinta setuju." Kata Thariq.

"Biarlah takdir yang menentukan." Kata Cinta akhirnya.

Thariq terduduk mendengarkan jawapan terakhir dari adiknya.

"Maafkan Abang masih tak mampu membahagiakan Cinta." Kata Thariq.

"Cinta bahagia bila Abang Thariq bahagia. Cinta tak sanggup lihat apa akan terjadi pada Abang." Kata Cinta.

Benar Jawatan HyQarl lebih tinggi berbanding jawatan Thariq. Walaupun mereka sama sahaja pemandu Jet pejuang.

"Abang doakan Cinta bahagia." Kata Cinta.

"Abang sentiasa ada dengan Love. Walaupun apa yang jadi, Abang akan pertahankan Cinta abang." Kata Thariq.

Disisi lain, Mariana, Kakak HyQarl sangat tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat adiknya. Mariana tidak pernah setuju sama sekali dengan pilihan HyQarl.

Adiknya jua tak bersetuju dengan pilihan HyQarl.

HyQarl yang baru sampai dirumah peninggalan Papanya diserbu dengan pertanyaan oleh Mariana dan adiknya Marlina.

"Abang tahu kan, Papa hanya nak abang kahwin dengan Akak Syuhadah." Kata Marlina.

"Tapi abang takde hati dengannya." Qarl berterus terang.

"Tapi kenapa Qarl bagi harapan pada Syuhadah bila Qarl tiada hati dengannya." Kata Mariana.

"Kalau korang berdua masih nak aku balik rumah ni, Aku sarankan terima siapa yang bakal aku nikahi." Kata HyQarl.

Kakak dan adiknya diam tak terkata hanya mampu menerima apa keputusan dari HyQarl.

Dalam hati memaki gadis yang ingin dinikahi oleh HyQarl.

"Saya akan nikah jumaat ni. Dan aku tak perlukan kamu berdua untuk datang di hari pernikahan aku." Kata HyQarl.

"Kami pun tak hingin nak datang." Kata Marlina.

Hati HyQarl mulai membara apabila mendengar adiknya berkata begitu.

"Assalammualaikum." Sapa Syuhadah dimula pintu dengan membawa gulai lemak kesukaan HyQarl.

HyQarl yang mendengar suara itu berlalu naik kebiliknya lalu menguncinya.

"Waalaikumsalam. Syu. Masuklah." Panggil Mariana.

"Syu dengar tadi Qarl nak menikah. Betulke?" Tanya Syuhadah yang disangkanya gadis yang akan dinikahi HyQarl adalah dirinya.

"Haah tapi dengan perempuan mana entah." Sampul Marlina.

"Oo yeke." Wajah Syuhadah berubah muram dan ada air jernih mula bertakung dikelopak matanya.

"Syu. Walaupun Qarl kahwin dengan perempuan tu, Tapi tetap tanpa restu Kak Mar dan Marlina." Kata Mariana yang cuba menenangkan Syuhadah.

"Betul tu. Marlina akan buat perempuan tu sedar langit tinggi ke rendah." Kata Marlina.

Syuhadah melihat disisinya dan tersenyum menang kerana dia akan mendapatkan HyQarl.

"Syu tak kisah. Walaupun Syu jadi yang kedua. Syu taknak mungkir janji dengan Baba. " Kata Syu yang mulai teresak.

"Akak akan pastikan perkahwinan mereka takkan lama. Syu percaya pada akak." Kata Mariana.

Dia nekad andai HyQarl berkahwin, Dia akan mencelakai perempuan tersebut kalau boleh hingga dia merasa puas.

"Kalau macam tu biar Syu balik dulu." Syu bersalaman dengan Mariana dan Marlina lalu keluar dari rumah itu dengan senyum kemenangan.

"Aku akan pastikan kau jatuh dalam genggaman aku." Kata Syuhadah lalu menghubungi seseorang.

"Jumpa Baby dekat tempat biasa." Kata Syuhadah.

"Bye By.." Lalu memutuskan panggilan.

Masuk saja kedalam kereta, Syuhadah membuka Tudung dikepalanya berserta jubah yang tersarung di tubuhnya.

"Panas siak." Katanya pada dirinya.

Dia berlalu meninggalkan rumah keluarga HyQarl. Menuju ke tempat yang dijanjikannya untuk bertemu dengan sibuah hati.

-Ruang Tamu Villa Dinda-

Thariq menyandarkan tubuhnya pada sofa. Menanti kedatangan Panglima Ghaffar.

"Ariq." Panggil Ghaffar.

"Bang." Thariq membetulkan kedudukannya yang kini sedang berdepan dengan bakal Abang Iparnya.

"Nak ajak Dinda?" Tanya Ghaffar.

"Bukan. Tapi Ariq nak jumpa Abang." Kata Thariq.

"Kenapa?" Tanya Ghaffar.

"Maaf terlebih dahulu andai kedatangan Ariq malam niendadak. Cuma Ariq tak tahu nak harapkan siapa." Kata Thariq.

"Cakaplah kalau Abang boleh bantu Abang akan bantu." Kata Ghaffar.

Thariq mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam poket jaket yang dipakainya.

"Apa ni?" Tanya Ghaffar lalu membukanya dan melihat sebentuk cincin belah rotan terletak indah didalamnya.

"Saya ingin melamar Dinda menjadi suri hati saya hingga ke Syurga InsyaAllah." Kata Thariq.

"Abang juga tak boleh nak buat keputusan. Kita mesti tanyakan empunya badan. Andai dia bersedia, Abang akan terima dan rela melepaskan Dinda pada Thariq." Kata Ghaffar.

"Sayang.. Oo sayang.." Panggil Ghaffar pada isterinya yang sedang menyusukan anaknya yang berusia 7 bulan.

"Kenapa Abang?" Tanyanya.

"Panggil Dinda Abang nak jumpa." Kata Ghaffar lagi.

Selang beberapa minit, Dinda keluar dengan mengenakan telekung dikepalanya.

"Ye Bang?" Tanya Dinda.

"Abang nak tanya. Jawab jujur taknak sembunyi atau apa." Kata Ghaffar.

Dinda duduk disisi abangnya menekur melihat lantai.

"Abang nak tanya." Kata Ghaffar lalu menyerahkan kotak yang ada ditangannya pada Dinda.

Dinda membukanya perlahan.

"Thariq melamar Dinda untuk menjadi suri hatinya. Dinda setuju atau tak.?" Tanya Ghaffar.

Dinda hanya diam. Malu untuk menyatakan.

"Bagi Isyarat Angguk atau geleng." Kata Qayra isteri Ghaffar.

Dinda menganggukkan kepalanya sekali.

"Alhamdulillah." Serentak Ghaffar dan isterinya mengucapkan Syukur.

"Cuma Dinda nak letak syarat." Kata Dinda.

"Apa dia?" Ghaffar bertanya.

"Dinda hanya nak buat mana yang patut saja. Tak nak bersanding hanya Majlis pernikahan dan bacaan doa selamat saja." Kata Dinda.

"Abang tak kisah yang penting kita buat mana yang wajib. Dan. Ariq, Abang taknak minta hantaran beribu, Cuma Abang mintak Ariq jagalah Dinda macam Ariq jaga adik-adik Ariq." Kata Ghaffar.

Sebut perkataan Adik oleh Ghaffar, Wajah Thariq berubah serta merta. Dan mereka perasan akan perubahan wajah Thariq.

"Awak ada masalah ke Ariq?" Tanya Ghaffar.

Thariq meraup wajahnya dan menarik kasar rambutnya kebelakang.

"Kongsi dengan Abang. Mana tahu Abang boleh tolong." Kata Ghaffar.

"HyQarl akan menikahi Cinta jumaat ni." Ammar membuka cerita yang mula menghantui dirinya dan Cinta.

"Apa? Tapi kenapa cepat sangat." Tanya Ghaffar.

Thariq menceritakan dari awal hinggalah kejadian tadi diruang bilik Cinta dekat dalam Hospital.

"Susah Abang nak percaya. Walaupun Cinta dah bantu dia, Tak takde hal nak paksa Cinta ataupun ugut awak sampai macam ni." Kata Ghaffar.

"Habis adik awak terimalah?" Tanya Dinda.

"Cinta taknak tapi sebab dia takut pada ugutan HyQarl tanpa rela dia akan lakukan jua." Kata Thariq mulai sebak.

"Saya takut Cinta hanya akan derita dari bahagia." Kata Ghaffar.

Thariq mula binggung dengan keputusan yang dibuat Cinta Jasmin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience