BAB 34

Romance Completed 43245

Anis Raihanna memegang perutnya yang sakit. Dahinya dikerutkan menahan kesakitan yang mencengkam. Titik peluh mula merenik didahi.

"Aduh, sakitnya perut ni! Semalam rasanya makan elok je. Tak ada pulak aku skip. Haiih" keluh Anis Raihanna sendirian.

Sedari tadi dia ulang alik ke tandas. Perutnya tidak henti memulas dari pagi.

"Eh, kau tercegat apa lagi? Jom cepat. Kang lambat aku yang susah." tegur Afiq Raihan yang lengkap berpakaian kerja.

"Ya kejap. Kau tunggu dulu dalam kereta. Aku tengah sakit perut ni" balas Anis Raihanna.

Dia segera bergegas ke tandas apabila perutnya kembali memulas. Afiq Raihan mengeleng kepala. Jam tangannya dikerling sekilas.

"Awal lagi ni." detik hatinya.

Dia memboloskan diri ke dalam kereta sementara menunggu isterinya. Radio dan penghawa dingin dipasang.

Lagu yang berkumandang di ruangan keretanya sekadar menghilangkan kebosanan diri. Sesekali dia menari mengikut rentak lagu.

"Lambat betul minah ni!" rungut Afiq Raihan yang bosan menunggu.

Tak tahu nak buat apa lagi. Kalau menyanyi kang mahu hujan terus. Dia sedar suara dia macam katak. Mata dijulingkan ke atas.

Allahamdulilah sedar diri.

Tidak lama kemudian, Anis Raihanna keluar dari rumah. Dia menghampiri kereta Afiq Raihan.

"La kenapa tak sampai tahun depan je pergi tandas. Biar mereput aku sini terus." perli Afiq Raihan.

Dia menyarungkan kaca mata hitam. Dijeling sekilas Anis Raihanna. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Oi, ingat aku tak nampak ke hah kau jeling aku! Aku dah kata kan sakit perut. Takkan tak faham" bidas Anis Raihanna ingin menang.

Dia sendiri tak tahu kenapa perutnya mula meragam. Selama ni elok je. Hatinya mula tak sedap.

"Yelah, kau okay tak ni nak pergi kerja? Kalau dekat office pun kau ulang alik ke tandas, baik kau duduk rumah rehat. Daripada duduk office tak ada gunanya." bebel Afiq Raihan.

"Alah okay je ni. Tak nak aku duduk rumah. Baik aku pergi office, at least ada la kerja yang aku boleh buat." balas Anis Raihanna.

Perutnya tidak memulas seperti tadi. Anis menghela nafas lega. Dia menyandarkan belakang badan.

"Tu makan ubat sakit perut dalam dashboard aku. Mana tahu sakit tu datang balik." arah Afiq Raihan sambil memandu kereta.

Anis Raihanna membuka dashboard tersebut. Beberapa plastik yang berbungkus ubat-ubatan dikeluarkan.

"Banyak gila stok ubat kau. Selalu sakit ke macam mana?" soal Anis Raihanna.

Jakun sangat jumpa stok ubat-ubatan didalam dashboard suaminya. Suami aku doktor ke CEO ni?

"Itu untuk emergency. Dekat rumah pun ada dalam bilik aku. Biasalah aku kan jenis sediakan payung sebelum hujan." balas Afiq Raihan.

Anis Raihanna terus menelan ubat sakit perut tersebut. Air mineral diteguk bagi menghilangkan rasa ubat di lidahnya.

"Dah makan ke belum?" soal Afiq Raihan. Dia menoleh ke arah Anis Raihanna.

"Dah. Tengok ni aaaa"

Anis Raihanna membuka mulutnya luas-luas menandakan dia telah menelan ubat tersebut. Afiq Raihan hanya menganguk kecil.

Sebaik saja kereta Afiq Raihan memasuki pekarangan pejabat, hati Anis Raihanna mula tak tenteram. Seperti sesuatu perkara buruk bakal berlaku.

"Ya Allah, kenapa aku tak sedap hati ni." detik hati Anis Raihanna.

"Jomlah, kau kenapa asyik termenung dari tadi? Sakit lagi ke?" soal Afiq Raihan yang hairan dengan tingkah laku isterinya.

"Perut aku tak sakit dah. Cuma...aku rasa tak sedap hati la Fiq. Kau tak rasa apa-apa ke?" jawab Anis Raihanna.

"Tak ada apa-apa kot. Perasaan kau je tu. Jom dah lambat ni. Istighfar banyak-banyak." kata Afiq Raihan yang cuba menenangkan isterinya.

Padahal dia juga gusar sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Sejak dia memandu tadi dia juga merasakan perkara yang sama.

Mereka berdua berjalan beriringan masuk ke dalam pejabat. Semua mata memandamg ke arah mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Anis Raihanna yang perasan keadaan tersebut mula tak keruan. Afiq Raihan pula seperti tidak sedar dengan perkara yang berlaku.

"Afiq, kenapa semua staf pandang kita? Kau tak rasa pelik ke?" kata Anis Raihanna separuh berbisik.

Dia merapatkan diri ke arah Afiq Raihan. Lengan suaminya dipegang secara tak sedar. Terlalu takut mungkin.

Afiq Raihan tersentak dengan tindakan Anis Raihanna. Namun dia sekadar membiarkan saja lengannya dipegang sebegitu.

"Dia orang pandang aku sebab aku hensem sangat kot hari ni." balas Afiq Raihan selamba.

Dia tersenyum sendirian kerana selorohnya sendiri. Anis Raihanna membuat riak muka tak puas hati.

Pakk!

Satu pukulan hinggap dilengan Afiq Raihan. Anis Raihanna tersenyum kepuasan. Ingat lawak ke gurau macam tu?

"Aduh, sakitlah! Kalau aku tahu kau pukul aku, takkan aku bagi kau pegang lengan aku ni tau! Dah la nak pegang tak minta izin!" marah Afiq Raihan.

Dia mengusap lengannya yang kesakitan. Berbisa betul pukulan isterinya ni.

"Aku terpegang eh. Kau tu yang buat lawak tak kena keadaan. Aku tengah serius kan tadi." balas Anis Raihanna tak puas hati.

"Bila masa pulak aku buat lawak? Betullah aku ni hensem sampai semua orang pandang aku." balas Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna menjeling tajam suaminya. Sakit hati betul kalau cakap dengan orang tak reti bahasa ni.

"Dahlah. Baik aku pergi buat kerja. Layan kau buat aku naik angin je kerjanya." kata Anis Raihanna yang berura-ura untuk ke tempat kerjanya.

"Eh, kejap. Tolong buatkan aku kopi. Hantar dekat bilik aku." arah Afiq Raihan.

Anis Raihanna menganguk kecil. Dia menghampiri suaminya.

Afiq Raihan yang faham dengan tindakan isterinya menghulurkan tangan. Seraya itu, Anis Raihanna mencium tangan suaminya.

Setelah itu, Afiq Raihan pula menghadiahkan ciuman di dahi isterinya. Muka Anis Raihanna memerah setiap kali diperlakukan sedemikian.

Afiq Raihan pula mengukir senyuman apabila perasan dengan perubahan riak muka isterinya. Perkara itu telah menjadi rutin seharian mereka.

Afiq Raihan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Meja kerja yang kemas tersusun menyejukkan mata yang memandang.

Dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan. Komputernya dihidupkan.

Perasaan tidak enak mula hadir didalam hatinya. Dia menghentikan kerjanya seketika.
Mahu menenangkan diri buat seketika.

Telefon pintar Afiq Raihan berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Lantas, dia menjawab panggilan tersebut sebaik melihat nama pemanggil.

"Hello, Adam. Kenapa kau call aku ni?" soal Afiq Raihan tertanya-tanya.

"Fiq, tengok dalam internet sekarang! Kau kena fitnah!" balas Adam Syahmi terburu-buru.

Afiq Raihan beristighfar panjang. Persoalan mengapa hatinya tidak enak sebentar tadi kini terjawab. Rambutnya diraup ke belakang.

"Nanti aku check. Terima kasih Adam bagitau aku. Patut aku rasa tak sedap hati tadi. Biar aku uruskan benda ni." balas Afiq Raihan.

Dia cuba kekal tenang. Jari jemarinya diketuk beberapa kali diatas meja silih berganti.

"Kalau kau perlukan apa-apa, bagitau aku. Aku tolong mana yang mampu." kata Adam Syahmi lagi.

"Aku tak nak susahkan kau Adam. Biar aku uruskan sendiri. Aku letak dulu. Assalamualaikum" kata Afiq Raihan sebelum menamatkan panggilan.

"Nah, kopi kau. Nak apa-apa lagi ke? Kalau tak aku nak sambung kerja aku ni." kata Anis Raihanna.

Dia mula risau apabila melihat riak wajah suaminya seperti sedang terganggu dengan sesuatu. Satu keluhan berat keluar dari mulut suaminya.

"Eh, kenapa ni? Kau tak suka ke kopi yang aku buat? Nak aku buat yang lain?" soal Anis Raihanna cemas.

"Tak. Cuba kau tengok ni" balas Afiq Raihan.

Skrin komputernya dipusingkan menghadap Anis Raihanna. Isterinya terkejut dengan artikel yang dipaparkan.

'CEO Z HOLDINGS SDN. BHD. DITANGKAP BASAH SEBULAN YANG LEPAS. DIPERCAYAI GADIS ITU IALAH ISTERINYA YANG BARU DIKAHWININYA SEBULAN YANG LALU'

"Apa kau nak buat sekarang ni, Afiq? Eh, kejap gambar ni bukan gambar yang dalang tu bagi dekat family kita ke?" soal Anis Raihanna yang masih terkejut.

"Betullah. Aku rasa orang yang sebarkan perkara ni orang yang sama perangkap kita sebulan lepas." kata Afiq Raihan yakin.

"Kalau family kita tahu macam mana? Syarikat ni mesti terkesan jugak. Apa rancangan kau?" soal Anis Raihanna yang mahukan jawapan.

"Aturkan mesyuarat khas dengan semua pelabur syarikat kita. Pastikan kau jemput sekali sidang media. Aku akan selesaikan perkara ni secepat mungkin." terang Afiq Raihan panjang lebar.

Dia sudah bersiap sedia untuk atasi perkara ni. Segala perancangan telah diatur dengan kemas. Riak mukanya tenang seperti tiada apa yang berlaku.

Anis Raihanna menulis segala arahan suaminya. Dia kagum dengan sikap Afiq Raihan yang tenang dalam menyelesaikan masalah. Langkah diatur keluar. Hari ini bakal menjadi sangat panjang buat mereka berdua.

???

"Bagus kerja kau. Macam nilah yang aku nak. Aku akan naikkan lagi gaji kau lepas ni. Asalkan rancangan aku berjaya." kata seorang lelaki tua dengan bangga.

"Terima kasih Tuan. Saya akan pastikan rancangan Tuan berjaya. Kalau perlu membunuh sekali pun saya sanggup! Demi Tuan!" kata gadis yang bernama Aria itu penuh bersemangat.

"Bagus! Aku suka dengan semangat kau ni. Penyamaran kau ni pun aku suka. Kreatif. Macam biasa jangan sampai tertangkap! Dah keluar!" arah lelaki tua itu tegas.

Satu senyuman sinis terukir dibibirnya. Gambar Afiq Raihan ditusukkan dengan pisau belati miliknya. Manakala, gambar Anis Raihanna dibelai lembut.

"Tak lama lagi, hidup kau akan hancur Afiq Raihan. Kau dengan isteri kau takkan aku benarkan bahagia!" kata lelaki itu dengan sinis.

Aria segera beredar dari situ. Hatinya melonjak kegembiraan apabila dipuji oleh majikannya. Semangatnya semakin berkobar-kobar.

???

"Tuan, apa pandangan tuan terhadap artikel yang telah dikeluarkan? Adakah kenyataan tersebut benar?" soal salah seorang wartawan yang dijemput hadir ke mesyuarat yang diadakan oleh Afiq Raihan sendiri.

"Pada pandangan saya, kenyataan tersebut tak benar sama sekali. Perkahwinan saya dengan isteri saya langsung tak berkaitan dengan peristiwa tangkap basah di salah sebuah hotel projek saya sendiri.

Kalau anda semua nak bukti, anda semua boleh rujuk kepada Jabatan Agama Islam sekiranya benar saya dan isteri pernah ditangkap basah.

Kepada syarikat yang mengeluarkan kenyataan palsu tersebut akan disaman oleh pihak saya. Yang pasti adalah pihak saya dan pihak polis akan mencari pihak yang bertanggungjawab." terang Afiq Raihan dengan tenang.

Anis Raihanna yang duduk disebelahnya mengengam tangannya dengan erat. Mahu menyalurkan kekuatan kepada dirinya.

"Tuan, macam mana pula dengan saham syarikat? Kalau jatuh secara merudum, habislah kami sebagai pelabur akan kerugian besar." kata salah seorang pelabur utama syarikat Afiq Raihan.

"Tentang tu jangan risau. Syarikat saya sendiri akan pastikan kerugian tersebut ditanggung sepenuhnya oleh saya. Itu sahaja untuk hari ni. Semua boleh bersurai" arah Afiq Raihan.

Semua yang hadir hanya menurut arahannya. Dia melangkah keluar bersama Anis Raihanna.

Tiba-tiba, perut Anis Raihanna kembali memulas. Terasa sakit tersebut mencengkam perut dan pangkal rahimnya. Dia tertunduk menahan kesakitan.

"Hana, kau okay tak ni? Sakit perut kau datang balik ke?" soal Afiq Raihan prihatin.

Risau dengan keadaan isterinya yang tiba-tiba mengerang kesakitan. Dia segera memapah isterinya.

"A..ku okay. Gastrik kot. Aku tak makan apa-apa lunch tadi." balas Anis Raihanna yang masih menahan kesakitan.

"Kenapa tak makan? Jom aku hantar kau balik rumah. Rehat." ajak Afiq Raihan.

"Tak apalah aku naik teksi balik rumah. Kau ada kerjakan? Selesaikanlah dulu. Aku okay je ni" balas Anis Raihanna.

Dia tak nak menyusahkan Afiq Raihan. Cukuplah hari ni mereka diuji dengan kenyataan fitnah tu.

Afiq Raihan berbelah bahagi. Terlalu banyak lagi perkara yang dia selesaikan. Akhirnya, dia telah membuat keputusan.

"Kalau macam tu, kau balik rumah dulu. Tunggu aku balik. Jangan buka pintu kalau ada orang datamg. Rehat je dekat rumah tak payah buat apa-apa. Jaga diri elok-elok, faham?" pesan Afiq Raihan.

"Ya, aku pergi dulu. Selesaikan kerja kau baru balik rumah. Aku okay jangan risau." balas Anis Raihanna sebelum meninggalkan suaminya.

Afiq Raihan menghadiahkan sebuah ciuman didahi isterinya. Dia menghantar pemergiam isterinya dari ekor mata.

Dia mendail nombor seseorang mahu memohon pertolongan.

"Fakhrul, tolong tengokkan isteri aku."

???

"Pak cik boleh tolong hantarkan saya ke alamat ni? Kalau boleh cepat ya." tanya Anis Raihanma kepada pemandu teksi tersebut.

Sehelai kertas yang mengandungi alamat rumahnya dihulurkan kepada lelaki tua itu. Pak cik itu hanya membalas dengan anggukan kecil.

Anis Raihanna pula memegang perutnya yang sedang memulas. Dia cuba menahan dari menangis. Sakit yang mencengkam sukar untuk digambarkan.

Akhirnya, dia tiba dipekarangan rumahnya. Beberapa keping not RM 10 dihulurkan kepada pemandu teksi tersebut. Anis bergegas masuk ke dalam rumah.

Dia membersihkan diri. Tubuhnya terasa lemah dan tidak bermaya.

"La aku datang bulan rupanya. Lupa pulak dah akhir bulan. Kena senggugut la kiranya ni." omel Anis Raihanna sendirian.

Sebaik selesai membersihkan diri, dia menyelongkar beg tangannya.

"Aduh, mana pulak ubat tahan sakit ni? Dah habis ke eh?" soal Anis Raihanna kepada diri sendiri.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Dia segera melangkah ke bilik Afiq Raihan.

"Mana bekalan ubat dia eh? Bukan dia kata ada dalam bilik dia ke?" kata Anis Raihanna.

Puas dia mencari bekalan ubat suaminya namun langsung tidak ditemui. Senggugutnya kembali menyerang semula.

"Aduh, mana dia letak ni? Sakit." rengek Anis Raihanna sendirian.

Dia merebahkan diri ke atas tilam Afiq Raihan. Tak larat nak berjalan semula ke bilik tidurnya. Badannya diringkukkan.

Air mata mula mengalir. Terlalu sakit untuk dia menahan.

Afiq, mana kau?

???

Afiq Raihan balik lewat sedikit daripada biasa. Lega hatinya apabila Fakhrul memaklumkan bahawa Anis Raihanna selamat sampai ke rumah.

Segala kekecohan yang berlaku pada hari ni telah diselesaikan. Kerjanya juga telah disiapkan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Tiada sesiapa di ruang tamu. Lalu, dia mengatur langkah ke bilik tidur Anis Raihanna pula. Namun hampa, kelibat isterinya masih tak ditemui.

"Hana, mana kau?" detik hati Afiq Raihan yang mula risau.

Dia melangkah ke bilik tidurnya pula. Dia menghela nafas lega apabila terlihat tubuh isterinya lena diatas katil.

"Dekat sini kau rupanya. Terkejut aku." omel Afiq Raihan.

Dia membersihkan diri dahulu. Mata Anis Raihanna yang sembap mengejutkan dirinya.

Usai membersihkan diri, Afiq Raihan menghampiri isterinya.

"Hana, kau okay tak ni? Kau sakit apa sebenarnya?" soal Afiq Raihan apabila menyedari isterinya telah bangkit dari tidur.

Keadaan isterinya mengingatkan dia kepada Fiqa, adik kandungnya. Adiknya selalu berkelakuan sedemikian apabila datang bulan.

Apabila ditanya sakit perempuan katanya. Apa orang panggil. Sesunggut? Entah dia sendiri tak pasti.

"Sakit perempuan. Tak payah sibuk" balas Anis Raihanna.

Afiq Raihan mempamerkan riak muka menyampah. Betullah tu kena sesunggut. Dia mengambil minyak angin di laci mejanya.

"Aku tahu kau kena sesunggut kan. Meh biar aku urut. Dulu,mama selalu urut Fiqa kalau dia kena sesungut" balas Afiq Raihan.

"Hahaha...senggugut lah bukan sesunggut. Tak payah urut. Bagi aku buat tahan sakit nanti elok lah." kata Anis Raihanna menahan tawa.

Gila ke nak Afiq urutkan? Malu woo. Baik dia makan ubat tahan sakit.

"Suka hatilah sesunggut ke senggugut. Biar aku urut. Tak elok makan ubat tahan sakit. Nanti ada kesan sampingan." balas Afiq Raihan selamba.

Tanpa sempat Anis Raihanna membalas, Afiq Raihan sudah menyelak baju isterinya. Dia menyapu minyak angin tersebut dibahagian perut isterinya.

Anis Raihanna menutup muka menahan malu. Kedua-dua belah tangannya digunakan. Afiq Raihan tersengih. Itupun nak malu?

Tidak lama kemudian, Anis Raihanna terlelap. Afiq Raihan menutup kembali baju isterinya.

Dia menyelimutkan isterinya hingga paras bahu. Tangan isterinya dialihkan dari muka gadis itu.

Afiq Raihan memandang isterinya yang lena diulit mimpi. Mata gadis itu yang sembap menyentuh hatinya.

"Sorry sebab aku tak jaga kau elok-elok."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience