BAB 20 MBEKKKK…. MBOOOO…. Bunyi yang silih berganti itu buat Rian yang sedang berada di dapur menjengah ke tingkap yang terbuka luas kerana dia sedang membuat sarapan . Selalunya hari Ahad waktu untuk dia berehat di rumah apatah lagi mengharungi minggu yang memenatkan. Sejak membuat kenduri doa selamat dan kesyukuran hari Jumaat lepas, tiada lagi tidurnya diganggu. Dan yang penting, dia tidak berakhir di atas katil Rizal. Rizal memang pakar nombor satu mengambil kesempatan. Mungkin kerana tahu dia seorang yang kuat mengigau , jadi lelaki itu sengaja membuka luas pintu biliknya seperti tahu dia akan berakhir masuk tidur di situ. Bunyi itu sekali ...