BAB 4

Family Completed 4130

KINI

"Kamarozzaman bin Daud. Awak dibebaskan pada hari ini. Segala apa yang diajar di sini amalkan ia seelok-eloknya untuk kehidupan seharian awak."

Maroz sudah banyak kali bersyukur dengan pembebasannya hari ini. Hari yang ditunggu-tunggunya sejak dia menjejakkan kaki ke sini lagi.

Menyesal? Ya dia memang menyesal seumur hidupnya. Pengajaran yang sering diadakan khas bagi banduan-banduan dipenjara memberinya hidayah untuk berjalan menuju ke jalan yang hakiki dan benar iaitu jalan kepada Allah subhanahu wataala. Sepanjang dia mengisi masanya dengan mendalami ajaran agama Islam yang sudah ditinggalkannya suatu masa dulu, hatinya juga beransur tenang. Tidak kosong seperti dulu. Maroz bertakafur seketika. Mengenang kembali apa yang dilakukannya dahulu. Kejadian yang menyebabkan dia dibuang ke dalam lokap.

Esha. Ya, itulah nama gadis terakhir yang menjadi santapannya dahulu. Gadis yang menjadi mangsanya. Nasib gadis itu baik kerana semasa dia hanya menoreh buah dada gadis itu dengan pisau lipatnya, pintu bilik sewanya diketuk dengan kuat.

Bila dia melihat nafas gadis itu sudah mula perlahan, Maroz berdengus kuat lalu berjalan menuju ke muka pintu. Dengan kasar, dia membuka pintu biliknya. Terpanar dia seketika melihat lelaki-lelaki sebaya atuknya di kampung dengan memakai pakaian pencegah maksiat. Rombongan itu juga terpana bila melihat Maroz sedang memegang pisau yang penuh berdarah. Rengekan Esha berjaya menarik perhatian mereka semua.

Maroz sudah tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia sudah ditangkap oleh beberapa orang muda.

"Astagafirullah al-azim. Telefon ambulan sekarang juga. Cepat telefon ambulan!"

Setiap kali kejadian itu bermain dimindanya, Maroz hanya mampu mengalirkan air matanya. Entah kenapa dia ada perasaan gila sebegitu suatu ketika dahulu. Entah apakah yang sudah merasuk dirinya sehingga sanggup membunuh seorang gadis yang tidak mempunyai apa-apa kesalahan kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience