BAB 1

Humor Completed 1389

Senyumannya melebar tatkala mendengarkan cerita mamanya.Dia dan cucur itam memang tak boleh dipisahkan.

Tetapi sejak diperkenalkan kepada cucur putih, Syaira macam tak boleh nak berpisah dengan cucur putih lagi.Pagi petang siang malam dia cuma nakkan cucur putih.

Dia bukannya sengaja nak beralih kasih, tapi apa nak buat.Sedangkan pantai lagikan berubah..inikan pula manusia biasa!

Mama dan papanya naik rimas dengan perangai baru Syaira itu.Bimbang dengan perangai anak perempuan tunggal mereka yang serba tak kena pada pandangan mata mereka.

Mana tidaknya..tiba-tiba sahaja angau dengan cucur putih.Tak pernah jemu dengan cucur putih.Sedangkan mama yang melihat pun rasa muak dan nak termuntah inikan pula papa!

“Syaira !”

Syaira menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil.Dia cukup kenal dengan susuk tubuh itu. Kelopak matanya membesar.Bagus, lelaki itu menepati janjinya!

“Kau bawa tak apa yang aku nak?”

“Kau ni tak menyabar-nyabarlah Syaira !

“Cepatlah.Kau ni terhegeh-hegehlah.macam perempuan!”

“Habis kau tu, gelojoh macam jantan!”

“Kurang-kurangnya kalau aku jadi perempuan pun beruntung..pandai masak berbanding kau tu jadi jantan..apa yang kau pandai? melalak?”

“Kau ni kannn!!!” Syaira menampar-nampar susuk tubuh di depannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience