Tiara, Hadirah dan Farhan berjalan masuk dan pergi ke satu tempat. Mereka bertiga berdiri di situ.
Hadi pula masih lagi melihat Tiara daripada jauh. Tiara tidak perasan dengan kehadiran Hadi di dalam dewan itu jadi dia hanya berbual dengan Hadirah dan Farhan.
Tiba-tiba Nia bersuara.
"Itu Tiara kan?" Nia menuding jari nya ke arah Tiara yang sedang bercakap dengan Farhan.
Pertanyaan Nia itu seolah-olah menyedarkan Hadi yang sedari tadi hanya melihat Tiara. Dia sekilas pandang wajah Nia yang di sebelah nya sebelum menjawab.
"Haah. Kenapa awak tanya?"
"No reason. Cuma saya tengok daripada jauh, dia macam match dengan lelaki yang dia tengah bercakap tu. Diaorang macam sesuai together. Apa nama lelaki tu?"
Hadi menoleh kepalanya ke arah Nia dengan perasaan yang tidak percaya dengan apa yang baru dikatanya.
"Farhan" jawab Hadi dalam nada dingin sambil memandang ke hadapan semula.
"Ouhh, Farhan. Diaorang ada apa-apa ke? Awak tak rasa macam tu ke? Diaorang sweet" Nia seperti mencurah minyak ke dalam api yang membara.
Semasa Nia sedang berkata-kata, mata Hadi menangkap kelibat Akmal dan Hafiz yang baru sahaja masuk ke dalam dewan melalui pintu yang lain.
"Oh really?" Tiba-tiba keluar slang Bahasa Inggeris daripada mulut Hadi.
"Saya pun rasa diaorang 'sesuai' sangat together" Sengaja Hadi menekankan perkataan 'sesuai'. Dia melihat Tiara dan Farhan masih lagi berbual dan bergelak ketawa bersama dengan Hadirah.
"Erm, Nia. Saya dah nampak dah Akmal dengan Hafiz. Saya nak pergi dekat diaorang. Awak pulak... Hah, itu Amelia dah sampai. Awak pergi lah dekat dia. Saya pergi dulu. Bye"
Hadi melangkah pergi meninggalkan Nia seorang di situ.
Semasa Hadi menuju ke arah Akmal dan Hafiz, Hadi sempat melihat Tiara. Dia ingin pergi menegur Tiara tetapi dia menahan dirinya.
"Korang pergi mana tadi? Punya lama aku tunggu tadi. Aku mesej tak baca" kata Hadi setelah dia sampai di tempat kawannya berdiri.
"Tadi Prof Yusuf suruh aku jumpa dengan dia. Kan aku pengacara majlis malam ni. Dia bagitahu aku pasal perjalanan majlis malam ni. Aku ajak sekali Hafiz dah aku datang sini dengan dia. Kau datang dengan Nia kan? Mana dia?"
"Dia dah pergi dekat kawan dia. Tak kuasa aku nak berdiri berdua je dengan dia"
"Why not? Dia hot kot" gurau Akmal.
"Banyak cantik la kau. Hah, kau dah kenapa Hafiz? Diam je. Baru jumpa jodoh ke apa?" Pandangan Hadi dialihkan ke arah Hafiz yang sedari tadi hanya senyap sahaja.
"Bukan aku yang baru jumpa jodoh. Tapi, macam kau je yang baru jumpa" kata Hafiz selamba. Matanya tidak memandang Hadi sebaliknya matanya memandang ke belakang Hadi.
"Hah?" tanya Hadi tidak faham.
Tanpa berkata apa-apa, Hafiz menunjukkan ke belakang Hadi dengan menggunakan kepalanya.
Tanpa banyak soal, Hadi pusing ke belakang dan dalam jarak 7 meter, Hadi nampak Tiara bersama dengan Hadirah dan Farhan.
Tapi, apa tujuan Hafiz berkata begitu?
"Asal?" Hadi bertanya selepas dia memandang muka Hafiz semula.
"Kau janji dengan Tiara ke nak pakai baju warna sama?" Hafiz tersenyum sinis memandang Hadi.
Selepas mendengar kata-kata Hafiz, Hadi menoleh ke belakang untuk melihat Tiara sekali lagi. Betullah kata Hafiz.
Dia dan Tiara berkongsi warna baju yang sama.
Dia tidak perasan pula semasa dia melihat Tiara masuk ke dalam dewan sebentar tadi. Mungkin kerana dia terlalu terpegun melihat Tiara.
"Dan dalam pemerhatian aku, dalam dewan ni korang berdua je yang pakai baju warna merah. Oh, so sweet both of you" Giliran Akmal pula mengusik Hadi.
Hadi merangkul kepala Akmal dan berkata.
"Tak payah nak sweet both of you sangat" Hadi melepaskan kepala Akmal.
"Aku mana tahu apa apa. Aku tak tanya dia apa-apa pun. Jadi, tak ada janji-janji nak pakai baju warna apa. Tiba-tiba je sama merah" Hadi membidas kenyataan mereka berdua.
"Okeyyy. Kitaorang percaya cakap kau" Hafiz sengaja meleretkan perkataan okey.
//
Semasa mereka bertiga sedang rancak berbual, Hadirah perasan sesuatu perkara. Kemudian, dia senyum seorang diri.
"Tiara, dalam pada kau tak nak pergi majlis malam nanti, sempat kau janji dengan Abang Hadi nak pakai baju warna sama ek?" Hadirah tersenyum nakal.
Terlopong mulut Tiara mendengar kata-kata Hadirah. Hadi?
Bila masa pulak dia buat janji dengan Hadi? Dia pun tidak nampak Hadi sejak mereka bertiga masuk ke dalam dewan itu.
Tiara menunjukkan riak wajah tidak faham dengan apa yang Hadirah kata. Tanpa menunggu Tiara berkata apa-apa, Hadirah menjawab.
"Cuba kau tengok depan tu. Abang Hadi dengan kawan kawan dia. Tengok la Abang Hadi pakai baju warna apa"
Laju mata Tiara memandang ke arah yang Hadirah tunjuk dan dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hadi memakai blazer berwarna merah dan dia juga memakai gaun berwarna merah.
Selepas melihat Hadi, Tiara memandang Hadirah semula.
"Bila masa pulak aku janji dengan dia"
"Patutlah kau pilih gaun warna merah sedangkan ada gaun lain warna ungu gelap, putih, merah jambu. Ada udang di sebalik batu" Semakin galak Hadirah mengusik Tiara.
Farhan pula hanya diam kerana tidak berminat untuk masuk campur dalam perbualan antara Tiara dan Hadirah itu.
"Kau ni kan! Mana ada lah. Jom lah kita duduk dekat meja. Orang dah makin ramai, nanti kita tak dapat tempat duduk pulak"
"Okey, faham. Orang tu malu. Jom Farhan" Hadirah berjalan ke arah meja dan diikuti dengan Farhan.
Semasa Tiara ingin berjalan mengikut mereka berdua, Tiara menoleh sekejap ke arah Hadi dan tanpa disangka Hadi juga menoleh ke arahnya.
Mereka bertentangan mata selama lima saat dalam jarak 7 meter sebelum Tiara melarikan pandangan nya ke arah lain. Kemudian, dia berjalan ke arah meja yang sudah diduduki oleh Hadirah dan Farhan.
Tiara merasakan ada debaran di hati nya selepas dia melihat Hadi.
Hadi pula menghela nafas sebelum dia menuju ke arah meja yang Hafiz sudah duduk. Akmal sudah berada di tepi pentas untuk bersiap sedia.
Majlis pada malam itu pun bermula. Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan terima kasih daripada Prof Yusuf kerana hadir pada malam itu dan juga ucapan ringkasnya.
Kemudian, ditayangkan video yang diedit oleh pelajar pelajar iaitu video yang memaparkan Prof Yusuf sepanjang dia menjadi pensyarah di universiti itu. Tidak lupa juga gambar-gambar pelajar bersama dengan Prof Yusuf.
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan persembahan daripada pelajar universiti itu juga.
Semasa persembahan itu sedang berjalan, mata Tiara tertumpu pada satu susuk tubuh yang amat dikenali nya. Diperhatinya orang itu dengan teliti.
Terbuntang mata Tiara apabila dia dapat mengecam orang itu. Susuk tubuh itu kepunyaan Rafiq Izuddin!
"Apa benda dia buat dekat sini? Siapa yang ajak dia? Dia ni kawan dengan siapa? Tak kan lah dia ni anak buah prof jugak. Ke anak prof? Tapi, tak kan lah anak prof. Ah! Lantak lah apa sebab sekalipun dia kat sini. Yang pasti! He is my past. Aku dah tak ada hati dengan dia lagi" Panjang lebar bebelan Tiara dalam hati.
Tiara mengalihkan pandangan nya ke pentas semula. Tidak kuasa dia mahu melihat Rafiq lama-lama.
Selepas selesai semua persembahan, sesi makan bermula. Disebabkan Tiara tidak makan sejak daripada tengahari tadi, dia makan dengan begitu selera.
Tambahan pula, makanan yang disajikan sungguh sedap. Makin bertambah selera Tiara jadinya.
//
Selesai makan, ramai orang mula bangun daripada tempat duduk dan pergi berjalan di luar dewan. Segelintir orang juga ingin menangkap gambar.
Tempat dewan yang ditempah oleh Prof Yusuf itu agak mewah. Jadi, kawasan luar dewan itu agak cantik.
Tiara yang juga sudah selesai makan ingin mengambil air yang disediakan di bahagian kiri dewan. Semasa dia sedang mengisi gelasnya dengan air, telinganya menangkap satu suara.
"Tiara Adriana binti Kamarul"
Tidak perlu menoleh ke belakang untuk melihat siapakah pemilik suara itu, Tiara sudah mengetahui nya.
Tiara pusing ke belakang dan berkata.
"Iya, Ikhwan Hadi bin Mohd Irwan. Ada apa?" Tiara menguntumkan senyuman manis di bibir nya.
Ia menambahkan lagi seri di wajah nya yang sudah sedia cantik itu.
Hadi hampir terpaku melihat Tiara. Jika tadi dia melihat Tiara daripada jauh, sekarang dia berada di hadapan Tiara.
Dia dapat melihat kecantikan Tiara dengan sangat jelas.
"Kau campak dekat mana Tiara yang aku kenal?" Hadi sengaja ingin bergurau.
"Habis? Depan kau ni Tiara mana pulak?" tanya Tiara sambil mencekak sebelah pinggang nya
"Tak ada lah sebab Tiara yang depan aku ni nampak macam lain"
"Aku tahu. I'm different tonight"
Hadi menunjukkan reaksi seperti meluat dengan tetapi hatinya berkata sebaliknya.
"Kau cantik sangat malam ni" bisik hati kecil Hadi.
"Hah, sebelum aku terlupa. Tadi sebelum aku keluar rumah, mak aku suruh kirim salam dekat kau. Dia risau dengan kau. Kau okey ke tak okey ke" kata Hadi
"Waalaikumussalam. Aww, baiknya mak kau. Cakap dekat dia aku sihat je, alhamdulillah. Tak payah risau lah" Tiara terharu dengan keprihatinan Puan Balqis padanya.
Walaupun hanya beberapa hari sahaja dia tinggal di rumah Hadi, Puan Balqis melayannya seperti anak sendiri.
"Okey, nanti aku cakap. By the way, kau datang sini dengan siapa?" Hadi ingin tahu sama ada Tiara datang ke situ dengan Hadirah ataupun Farhan kerana mereka bertiga masuk ke dalam dewan bersama-sama.
"Aku dengan Hadirah naik kereta Farhan. Mula-mula Hadirah nak drive sendiri datang sini. Aku tumpang dia lah. Tapi Farhan ajak naik kereta dia. Jadi, kitaorang pun ikut je lah" jujur Tiara tanpa berdolak-dalik.
Hadi sedikit lega apabila mengetahui yang Tiara tidak datang berdua dengan Farhan. Bila difikirkan balik, dia tetap berasa pelik mengapa Farhan mengajak Hadirah dan Tiara pergi bersamanya. Tetapi, dia mengendahkan sahaja perkara itu.
"Kau pulak? Kau datang sorang ke?" Tiara pula bertanya.
Lidah Hadi kelu. Dia berbelah-bagi sama ada ingin beritahu perkara sebenar ataupun menipu. Setelah berfikir, dia mengambil jalan selamat dengan jujur.
"Aku datang dengan Nia. Dia yang nak naik dengan aku"
"Oh..." Tiara mengetap bibirnya kerana tidak tahu ingin balas apa.
Dia mengawal diri nya agar tidak membuat ekspresi muka terlalu terkejut walhal itu yang dirasakannya.
Dia ingin bertanya dimanakah Nia tetapi Hadi yang bersuara dahulu.
"Kau dah tahu kan yang Nia tu anak buah prof? Jadi aku just, yeah... Ambik je dia sebab ini majlis pak cik dia. Tak lebih daripada tu" Hadi cuba untuk membuat Tiara tidak berfikir yang bukan-bukan.
"Betul tu" Tiara tidak tahu mengapa dia berasa sedikit kecewa saat dia mengetahui yang Nia datang bersama dengan Hadi.
Sedangkan, dia tidak perlu untuk rasa seperti itu kerana Hadi hanyalah kawannya sahaja.
Dalam pada Tiara tidak tahu untuk bercakap apa lagi, Hadirah datang ke arahnya. Tetapi Hadirah tidak perasan yang Hadi juga berada di situ.
"Tiara, jom kejap ikut aku..." Katanya terhenti apabila dia melihat Hadi di hadapan Tiara.
"Oh, Abang Hadi. Ah, tak apa lah Tiara. Aku... Pergi dulu"
Belum sempat Hadirah melangkah pergi, Tiara menarik tangan nya. Muka Hadirah pucat seketika kerana dia menyangka Hadi yang menarik tangan nya. Mujur itu tangan Tiara.
"Eh, tak apa Hadirah. Kitaorang pun tak ada benda dah nak cakap. Kan, Hadi?" Tiara memandang muka Hadi sekilas pandang kemudian memandang Hadirah.
"Eh, tak apa Tiara" Hadirah takut Hadi akan memarahinya kerana mengganggu perbualan mereka berdua.
"Hadirah, tak apa. Okey lah Hadi. Aku pergi dulu. Air tu kau ambik lah. Aku tak minum lagi, itu gelas baru. Bye" Tiara menunjukkan gelas yang terletak di atas meja sebelum dia menarik tangan Hadirah dan melangkah pergi.
Hadirah senyum ke arah Hadi dengan perasaan yang bersalah sebelum dia mengikut Tiara.
Hadi melihat mereka berdua pergi dengan pandangan yang kosong. Hadi menyibak rambut nya ke belakang.
Tiara terasa ke semasa dia beritahu yang dia datang bersama Nia?
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :(:(
Share this novel