Rate

BAB 20 - SHE MINE!

Romance Completed 455423

''ok kan.. best tak keluar sekali-sekala?'' tanya Inas.

''boleh la.. kalau orang tak ramai macam ni..'' balas Raif..

''manis.. manja nak ke bilik air.. lagipun tangan manja ni..tak selesa lah..'' kata Raif menunjukkan kepada tangannya yang terasa melekit .

''toilet? ok jom..manja masuk sendiri nanti boleh ke?'' tanya Inas.

''manja bukannya budak kecil umur tiga tahun.. '' laju Raif berjalan ke hadapan meninggalkan Inas..

'Allah .. mulut ni! kan dia dah sentap!' Inas menampar lembut bibirnya.

''manja..''

''manja....''

''sorry-sorry...bukan maksud manis macam tu..'' Inas berusaha mengejar langkah Raif.. menarik lengan Raif..

''manja.. jangan macam ni..manis minta maaf..okay..sorry..'' Inas menyusun sepuluh jari di hadapan Raif memohon maaf atas keterlanjurannya tadi..

''jom kita ke bilik air..tu disana..'' kata Inas menunjuk ke arah yang ada simbol bilik air diatasnya..

''hmmm'' balas Raif melihat kearah yang ditunjukkan oleh Inas.

''manja masuk sendiri..manis tunggu disini..'' arah Raif tegas.. kemudian berjalan pergi meninggalkan Inas sendirian di koridor yang sunyi..

Sementara menungggu Raif.. Inas mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan.. baru saja di nak membuka telefon bimbitnya.. terasa pingangnya dirangkul oleh seseorang.. membuatkan Inasa tersentak lalu mendongak melihat si pelaku yang kurang sopan dengannya..

''KAU!!'' jerit Inas.. menunding jarinya kemuka lelaki yang sedang tersenyum manis kepadanya..

''sayang! .. I miss you like crazy!! ... merata-rata abang cari sayang..sampai ke rumah ibu..tapi mereka asyik kata yang sayang tak ada..Alhamdulillah!! .. abang jumpa sayang disini..tuhan kabulkan pemintaan abang..akhirnya dapat jumpa dengan sayang! ..'' kata Raif menarik Inas kedalam pelukannya dan mencium pipi Inas.

PLAK!!

Satu tamparan melekat di pipi Arman.. sakit hati Inas bila, diperlakukan sebegitu oleh Arman. Seperti dirinya perempuan yang tak bermaruah, datang sesuka hati memeluk dan mencium pipinya.

''sayang!'' kata Arman dengan nada yang sedikit meninggi.. Tak percaya..Inas akan menamparnya.. Sangkanya Inas akan turut gembira bila melihatnya.

''sampai hati.. sayang, tampar abang..'' Arman mahu meraih tangan Inas... tapi ada tangan lain yang menempis tangan Arman dengan kasar.

''EH! kau siapa hah! Jangan nak masuk campur..'' Arman menolak dada Raif.. Begang bila tangannya dihalang oleh Raif.

''manja..'' bisik inas kepada Raif... Inas segera menarik lengan Raif, meminta agar Raif mengikutnya melangkah pergi.. Tapi, Raif masih tetap berdiri kukuh disitu..

''aku siapa? Kau siapa?'' tanya Raif.

''kau apehal..!''

''berambus! jangan nak masuk campur!'' dada Raif ditolak lagi.. Arman melintas di hadapan Raif menarik tangan Inas yang memegang tangan Raif.. Tangan Inas ditarik olehnya..

''ikut abang.. Ada benda yang abang nak bincang dengan sayang...'' Kata Arman..

Raif melihat tangan Arman yang berada betul-betul di hadapannya..

'sakit! Aku tak suka semua ni!'

Tangan Arman direntap oleh Raif..

''kau ni kenapa!'' marah Arman.

''kenapa?? kau tanya aku, kenapa??! Kau pegang tangan isteri aku..depan mata aku! Kau tanya aku kenapa?'' kata Raif dengan tegas..

Arman melihat ke belakang Raif mengintai Inas dari situ..

'apa dia kata Isteri... Tak mungkin!'

''sayang apa ni..? Jangan lah buat kelakar macam ni.. Lelaki ni cakap dia suami sayang.. Kalau nak balas dendam pun, jangan lah bergurau sekasar ni sayang..'' tangan Arman cuba mengapai Inas.

''siapa yang buat kelakar..? Ini memang hakikatnya..dia suami Inas..'' kata Inas.

''hahaha!'' Arman mula ketawa..

''mustahil!.. Tak mungkin.. We love each other..right!?''

''macam mana sayang boleh khawin dengan lelaki ni pulak..?!'' tengking Arman..geram..

''manja jom! Tinggal kan dia.. Kita balik..'' pujuk Inas..tangannya mengelus lembut di belakang Raif..

Raif berpaling ke belakang melihat kepada Inas.. Kemudian dia menganggukkan kepalanya.. Tangan yang memegang tangan Arman dilepaskan.. Berpaling mengikut Inas berjalan pergi.

''INAS MILIK AKU!! AKU AKAN PASTIKAN DIA AKAN JADI MILIK AKU!! SHE MINE!'' jerit Arman.

Mendidih saja telinga Raif mendengar apa yang baru dilaungkan oleh Arman itu..tangan yang sedang memegang tangan Inas di lepaskan..segera dia berpatah balik berjalan dengan cepat kepada Arman.

''manja!'' panggil Inas.

''kenapa kau nak tumbuk aku! Marilah..!'' Arman sudah bersedia untuk menghadapi Raif ..membuka tangannya lalu mengerakkan jarinya memanggil Raif..

Raif tak menunggu lama terus menarik tangan Arman.. Lalu menumbuk-numbuk muka Arman tanpa belas kasihan...sampai Arman tak berkesempatan untuk melawan semula.. Lebam lebam muka Arman..

''SHE MINE! remember that!not yours anymore!'' Raif berkata dekat dengan telinga Arman. Lalu, Raif melepaskan Arman.. Arman yang tak sempat berdiri dengan betul melorot jatuh kebawah.. Menyeka hujung bibirnya yang berdarah.

Raif melihat sebelah tangan Arman yang berada di lantai.. Raif, memijak tangan Arman yang memegang Inas sesuka hatinya tadi..

'tangan ni! Tangan yang dah kotorkan manis!'
Arman mengerang kesakitan bila tangannya diperlakukan begitu..

Raif berpaling melihat kepada Inas yang berdiri kaku dengan tangannya yang sedang menutup mulutnya...

''kita balik..'' kata Raif seraya menarik tangan Inas..

Inas diam tak terkata apa..mengikut saja langkah kaki Raif menuju ke tempat pakir kereta..sebaik sampai Inas terketar-ketar menekan alat kawalan jauh kereta.. Raif masuk kedalam kereta dan kembali menutup pintu kereta dengan kuat. Sampaikan Inas yang berdiri diluar tersentak.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah.. Raif hanya memandang kehadapan melihat jalan raya seperti tadi.. Melipat tangannya memeluk tubuhnya sendiri dan tak berkata sepatah apa pun kepada Inas.

Sebaik sampai dirumah.. Inas memakirkan kereta didalam garaj seperti biasa.. Raif membuka tali pingang keselamatannya.. Membuka pintu dan keluar dari perut kereta.

Inas yang berada didalam kereta melihat saja Raif yang berada di luar dengan perasaan yang gelisah ketakutan. Anak matanya melihat kepada raif yang sedang berjalan menuju ke pintu kereta disebelahnya.. Pintu keretanya dibuka dari luar.. Inas mendongak melihat kepada Raif yang sedang berdiri diluar .. Raif menunduk lalu menarik tangan Inas.

''kejap manja..'' inas segera mencapai beg tangannya..dan mencabut keluar kunci kereta..

Sekali lagi Inas di heret oleh Raif..sama seperti di pasaraya tadi..

Rohana yang sedang membuka pintu untuk mereka tergejut melihat wajah Raif yang nampak mendung. Manakala Inas sedang berusaha melangkah mengejar langkah Raif yang besar-besar itu.

''kenapa ni?'' tanya Rohana..

''tak ada apa-apa kak'' segera Inas menjawap dan mengelengkan kepalanya laju.. Tak mahu Rohana pula dimarahi oleh Raif..

Rohana mengangguk.. Melihat sahaja pasangan itu berjalan lalu memanjat naik anak tangga ke atas.

''manja-manja...'' Inas memanggil Raif.. Tapi Raif tetap juga melangkah..lalu masuk kedalam biliknya..

Inas melihat sebelah tangan Raif sedang mengunci pintu biliknya..

'manja..tolonglah jangan takutkan aku..apa kau nak buat! Nak pukul aku ke?' Inas menarik tangannya dari Raif.. Tapi tangan itu ditarik semula oleh Raif..

''nak buat apa ni manja..? '' tanya Inas gugup.

Raif menarik Inas masuk kedalam bilik air.. Tangannya bergerak cepat membuka butang-butang baju inas..

''manja-manja...tak boleh macam ni..'' Inas mencekam semula leher bajunya..walaupun semua butang baju itu telah tertanggal..

''mandi! Manja tak suka dia sentuh manis.. Dia pegang tangan manis kan.. '' Raif memegang tangan Inas.

''peluk manis kan?'' kemudian Raif memegang pingang Inas..

''apalagi..dia cium pipi manis kan?'' Raif menyentuh pipi Inas lalu mengosok-gosokkan pipi Inas.

'jadi dia nampak semuanya?? patutlah dia marah!'

''manjaaaa...'' Inas memegang pipi Raif.

''manja tak suka semua tu! Hati manja sakit!'' kata Raif tanpa berselindung.

Inas memeluk Raif.. Menepuk nepuk lembut belakang tubuh Raif .

''okay-okay..manis mandi.. Manis tahu manja tak suka..manis bersihkan semuanya..manis janji..'' kata Inas memujuk Raif supaya kembali tenang.

''manja yang akan bersihkan..biar manja yang mandikan manis..'' Raif meleraikan pelukan dari Inas.. Bahu Inas dipengangnya erat.. Lalu, dibawanya Inas ke bawah pancuran air..

Diluar bilik itu.. Rohana dan seorang pembantu menunggu disana..

''kak mereka tak bergaduh kan?'' tanya pembantu muda itu.

''entahlah! Tapi tak dengar apa-apapun.. Risau pulak akak ni'' kata Rohana.

''biarlah kak! Pengantin baru kan..''

''iya tak ya juga kan..kalau bergaduh mesti dengar suara marah-marah ..tapi di dalam tu senyap saja..ok lah kot tu kan.. Jom lah kita turun..'' kata Rohana.

Turunlah dua pembantu rumah..meninggalkan pasanga itu didalam bilik..mengharapkan tak ada perkara buruk yang berlaku diantara mereka berdua.

Sayang-sayang semua.. Esok waney tak update tau.. Minta cuti na.. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.. Sangat2.. MANJA akan muncul semula hari isnin macam biasa na..

Share this novel

cinta Qasih 86
2020-10-11 23:37:21 

Aduhai xsnggup ku menanti..

cik_suemanja
2020-10-11 19:16:10 

bru bace cptr kelmarin...hri ni ad x sis wany?

akabae
2020-10-11 17:48:25 

nak sambungan please!


NovelPlus Premium

The best ads free experience