tiga puluh tujuh

Romance Series 207093

Kelopak mata yang dirasakan seksa, berat yang amat.. diangkat juga akhirnya.

Cahaya daripada lampu di siling menyilaukan matanya yang sudah seharian tak sedarkan diri. Tangan yang punya wayar air naik mengurut dahi.

Perlahan-lahan dia bangun dari baringnya, memerhati sekeliling. Kosong..

'Hurm.. aku dekat hospital ke?' fikirnya. Dia mengelamun memikirkan peristiwa yang berlaku sebelum ini.

'Dia rogol aku.. ada orang rogol aku..' matanya mula memanas sebelum kedua tangan naik menekup wajah. Shira menangis teresak-esak bagaikan orang hilang pertimbangan.

Kesuciannya diragut orang yang bukan bergelar suaminya. Dia kotor.. jijik.

'Macam mana aku nak berhadapan dengan abang.. dia mesti dah bencikan aku..' rintihnya.

Dia tak sanggup ditinggalkan Khalish pada sesuatu yang bukan kesalahannya. Tapi bagaimana? Mahukah dia pada wanita yang sudah kehormatannya hilang pada seorang lelaki yang bukan suaminya sendiri?

Urghhh..

Tak lama selepas itu, pintu bilik ditolak dari luar. Shira kelam-kabut mencari sesuatu untuk menutup bahagian kepalanya yang tak tertutup tapi sekujur tubuh yang muncul di hadapannya menggamamkan Shira.

"Dah bangun?" tuturnya perlahan. Ditangan Khalish punya satu plastik.

Wajahnya tak memaparkan apa-apa riak. Kosong. Shira terdiam apabila bersemuka, tak tahu apa yang harus dia perkatakan pada Khalish, hanya air mata saja yang setia mengalir tanpa tanda akan berhenti.

"Macam mana sekarang? Feeling better?" plastik diletakkan di meja bersebelahan katil Shira tanpa memandangnya. Dia melabuhkan duduk di birai katil dengan tubuh menghadap Shira.

Keadaan dirasakan sunyi seketika, kedua-duanya mencari kata-kata yang sesuai untuk digunakan.

Akhirnya..

"Shira.. saya.." tak sempat Khalish mahu berkata, Shira terus mengambil tangannya dan dikucupnya lama.

"Ampun bang.. Shira minta maaf.. Shira tak berniat.. nak.. urm.. nak.." tak sempat dia ingin menjelaskan segalanya, Khalish terus menarik Shira ke dalam pelukannya, erat.

"Shh.. tak ape. Bukan salah awak. Salah saya sebab tak mampu lindungi awak.." Dengar saja kata maaf dari Khalish, dia menolak tubuh itu.

"Bukan salah abang.. Shira. Shira yang salah. Shira sepatutnya lebih berhati-hati dan.." dia mula teringat akan Qistina.

Ya. Wanita itulah dalang segalanya. Penyebab dirinya diperangkap seorang lelaki dan kehilangan kehormatan sebagai seorang wanita.

"Qis bang.. dia yang bawa Shira ke sana. Dia yang rancang semuanya.." lengan Khalish digoncang-goncangkannya beberapa kali. Bagaikan sasau..

"Shira.. calm down.. Shh.." Si suami cuba menenangkannya pula tapi tangan Khalish pula ditepisnya apabila Shira mula memberontak.

"Tak! Dia yang buat Shira macam ni! Dia penyebabnya! Perempuan tak guna tu penyebabnya!" rambutnya dikusut-kusutkan tanpa arah.

"Bertenang dulu Shira.. dia tak akan buat apa-apa pada awak.. percaya saya." kedua tangan Shira yang menggenggam rambutnya itu cuba dileraikan sambil memujuk lembut.

"Tak.. dia nak lelaki tu rogol Shira.. dia nak kan abang sebab tu dia rancang semua ni.. Please bang, jangan tinggalkan Shira.. Shira merayu.." dia menangis tanpa henti.

Pakaian di tubuh Khalish diramas-ramasnya tanpa sebab sambil menangis tanpa henti.

Khalish merapatkan lagi kedudukan mereka dan memeluk Shira erat lagi. Belakang tubuh itu diusapnya perlahan.

Khalish terfikir, mungkin ada hikmah mengapa perkara ini berlaku.. patutkah dia terima Shira sepenuh hatinya dan pulihkan trauma gadis itu? Atau lepaskan Shira pada lelaki yang lebih baik darinya?

Tapi.. dia tak mahu kehilangan gadis itu walaupun Khalish sendiri masih tak pasti dengan perasaannya. Dia hanya tahu, Shira penting dalam hidupnya.

'Inikah perasaan cinta yang sebenar Khalish? Mungkin.. ' monolognya

"Shira.. saya berjanji pada awak. Saya tak akan tinggalkan awak walauapapun. Saya janji.. sebab.." nafasnya ditarik dalam, 'Ya.. aku pasti dengan keputusan ini.'

".. saya dah jatuh sayang pada awak.." terhenti nyanyian sendu Shira perlahan-lahan, hanya sesekali bahunya masih terhenjut akibat menangis.

Tak lama selepas itu Shira mengangkat wajahnya dari leher Khalish, menatap si suami.

"But I'm broken.." air matanya masih mengalir di sembab wajah itu. Sayu.. penuh kesedihan.

"It's okay Shira.. I love broken pieces.. cuz at the end.. it will complete me.." dahi wanita itu dikucupnya sayang sebelum kedua tangan naik memegang rahang Shira. Pipi kemerahan yang basah dek air mata itu disekanya dengan kedua ibu jari.

"Perjanjian kita dah terbatal.. sebab awak menang Shira. You make me love you.. and now I know how important you are to me." lembut saja tuturnya walaupun wajah Khalish tak menyatakan apa-apa perasaan.

'Jujurkah dia? Ikhlaskah dia? Dalam mencintai aku..? Aku harap ya..'

"Terima kasih abang.. terima kasih.." batang tubuh sederhana itu dipeluknya erat, Khalish turut membalas pelukan seraya mengucup berkali-kali ubun-ubun si isteri.

"Okay sudah.. awak lapar tak? Saya ada belikan makanan.. kita makan ye? Mari." plastik tadi dicapainya.

Shira hanya memerhati raut wajah beku itu membuka bekas makanan dan mula mahu menyuapnya.

"Bang.." panggil Shira hampir tak terkeluar suara seraknya.

"Hmm?" jawabnya sekali. Dingin.

"Macam mana dengan Qis? Dan lelaki tu?" soalnya mendung. Jelas riak takut masih bersisa di raut wajah pucat itu.

"Saya dah uruskan segalanya.. lepas awak dah sihat, kita ke balai polis pula dan berikan keterangan sebab saya dah laporkan tentang Qis dan insiden tu semalam.." rambut Shira dikuaknya lembut ke belakang agar lebih kemas dan sesekali kepala itu diusapnya.

"Qis pun dah direman atas tuduhan memfitnah dan penganiayaan. Jadi jangan risau ye? Dah.. mari makan hmm?" bubur yang masih hangat itu ditiupnya beberapa kali sebelum dihalakan pada Shira.

Wanita itu masih kelihatan tak puas hati dengan kata-kata Khalish, tapi mulut dibuka juga menerima suapan si suami.

Wajah murung Shira di hadapannya ditatapnya sambil berfikir.

Sebenarnya dia ada sesuatu yang masih belum diberitahu Shira kerana dia rasakan masa itu belum tiba lagi.

'Tak apa.. satu hari nanti, kau akan tahu segalanya.. dan tika itu, tiada yang akan memisahkan kita..'

~~~~~~~~~~~~

"Cik tahukan semua ni tak akan berakhir selagi Cik tak berikan kerjasama dan berlaku jujur pada pihak kami. Sekali lagi saya bertanya, betulkah tak ada kena-mengena dalam pertuduhan ini?" tanya seorang pegawai wanita yang bertugas.

"Takk!.. berapa kali saya perlu cakap. Seseorang arahkan saya buat macam tu. Bu.. bukan saya yang rancang supaya Shira dirogol. Sumpah!"

Dia sudah terdesak apabila diasak bertubi-tubi begini. Apa saja yang dikatakannya dan bercanggah dengan segala maklumat yang ada, mesti akan dipersoalkan secara terliti.

"Kalau betullah cik diarahkan, siapa orangnya? Bagaimana dan dimana cik bertemu dia?" pegawai perempuan bernama Yusa itu masih bertanya tegas.

Kecut perut gadis kecil molek itu dibuatnya.

"Sa. saya tak tahu. Saya tak kenal dia." itu saja yang dapat Qistina berittahu.

"Jangan perbodohkan pihak polis! Cik mengikut arahan seseorang yang cik sendiri tak kenal? Apa semua tu? Apa motif cik yang sebenarnya?" tanyanya lagi.

"Sebenarnya.. saya buat semua tu sebab terdesak. Saya mahukan Khalish kembali pada saya.. sebab itu pertama kali saya dapat panggilan tu saya terus setuju." dia perlu beritahu segalanya..

Memang dia bersalah.. dia mengaku itu. Tapi bukan dia yang merancang semua itu.. ianya seseorang yang lain..

"Bagaimana cik berhubung dengan dia pula?"

"Saya tak pernah hubungi dia.. nombor dia sentiasa bertukar.. jika ada apa-apa, dialah yang akan menghubungi saya." jawabnya takut-takut.

"Lelaki tu? Kau kenal tak? nampak muka dia?"

Qistina sungguh malu dengan perlakuannya kini. Segala ketetangan soal siasat itu sedang dirakam dan akan dipertonton pula berulang kali..

Dan segala kebodohannya di situ.. menjadi si turut yang terdesak inginkan lelaki orang..

Kepala digelengkan menjawab soalan Yusa. Wanita bertubuh tinggi lampai dan agak tegap itu hanya menatapnya serius. Langsung tak punya keramahan.

"Saya tak tipu.. Saya betul-betul tak kenal mereka.." air matanya mengalir memohon simpati.

Share this novel

Asnia Nia
2020-08-03 00:37:07 

:) esok update tau

Mimie Harmiza
2020-07-31 00:54:27 

dh byk bckp dah khalish..hppy tgok dorg bdua

Mimie Harmiza
2020-07-31 00:53:26 

uit..lewatnya hensem boy update..pgi btol ni .hahaha..besttt..


NovelPlus Premium

The best ads free experience