Bab 2

Action Series 3232

Hanya bunyian penghawa dingin sahaja yang memecah kesunyian dalam pejabat tersebut. Masing-masing hanya menekur kebawah lantai dan tiada seorang pun menatap wajah sang ketua yang hampir nak melepaskan api kemarahannya. Manakala anak-anak buah ketuanya yang lain pula mengsibukkan diri membuat kerja masing-masing.

Dalam erti kata lain, orang kuat ketuanya semua mengelat.

Lihat wajah ketuanya dah dingin macam tu siapa nak main-main lagi kan? Hanya orang bawahan mereka sahaja lah yang hadap angin monsun barat daya Damien Louis sekarang ini.

"Dov'รจ Danielle Luke Kaysher Danzel Kaysher? Non sono riuscito a trovarlo da stamattina presto fino ad ora." (Mana Danielle Luke Kaysher Danzel Kaysher? Aku tak nampak langsung muka dia dari pagi tadi sampai sekarang.)

Masing-masing terhinjut bahu tatkala mendengar suara Damien Louis menyapa dihalwa pendengaran mereka. Tak tengking mahupun tinggi suara, tetapi terkejut dengan suara garau itu memecah kesunyian tersebut.

Damien Louis menatap pekerjanya dengan renungan yang cukup membunuh.

Perasaan marah terhadap Danielle Luke kian membara dalam badannya. Mentang-mentang syarikat ni mak bapak dia punya, suka hati dia je nak datang ke tidak. Tak sedar ke abang dia sekarang ni jadi pengarah dalam syarikat ni. Bila-bila masa sahaja dia boleh pecat adik dia tu.

"Non lo so signore. Anche noi non riusciamo a trovare anche lui." (Saya tak tahu tuan. Kami pun tak nampak dia dari tadi lagi.) Balas salah seorang dari pekerjanya itu. Nada suaranya jelas tergagap-gagap.

Tuan muda Danielle, kau memang menyusahkan semua orang. Salah kau, kami semua pula yang kena.

"Hish si anjing tu. Memang nak mampus awal agaknya." Gumam Damien Louis dengan mengetap rahangnya kuat. Sudah la kejap lagi mesyuarat mingguan akan bermula. Memang tak boleh sabar betul dia dengan si bangsat sorang tu.

"S-sorry signore?" Salah seorang dari mereka menyoal. Maklum lah, pekerja bawahan The Kaysher kesemuanya bukan orang Malaysia. Memang tak faham sungguh apa yang ketuanya gumam sebentar tadi.

Damien Louis hanya memicit kepalanya yang pening sambil menggeleng menandakan tiada apa-apa.

"Puoi chiamare Daniella Luna? Portala in questo ufficio. Inoltre, Kevin Harris e Henry Nichola. Grazie." (Boleh panggil Daniella Luna? Suruh dia masuk dalam pejabat ni. Juga Kevin Harris dan Henry Nichola. Thank you.) Arah Damien Louis dengan dingin lagikan beku. Dia perlukan penjelasan dari tiga manusia tersebut. Terutama sekali Kevin dan Henry.

"Si signore." (Baik tuan.) Terus semua pekerja bawahannya keluar dari pejabat tersebut tanpa berkata apa-apa. Duduk dibawah aircond masih lagi terasa bahangnya.

Tidak lama kemudian, muncul lah wajah Daniella Luna, Henry serta Kevin terpampang di muka pintu pejabatnya tersebut. Masing-masing membalas renungan mata helang sang ketuanya itu.

Gerun.

Pandangan itu seolah mahu menerkam mangsanya nanti.

"Yes abang. Why panggil kami bertiga?" Soal Daniella Luna dengan senyuman yang begitu kekok sekali. Kedua tangannya mengenggam jari jemari Kevin disebelah kirinya. Manakala sebelah kanannya dia menggenggam jari jemari Henry yang menggeletar dengan teruk.

"Mana abang kau yang tak berguna tu? Dah pandai ponteng kerja? Nak mati awal? Hah?" Sergah Damien Louis dengan nada dinginnya.

Henry dan Kevin makin mengeratkan genggaman Daniella Luna untuk menyalurkan semangat terhadap gadis itu.

Namun itu hanya sementara kerana...

"KEVIN! HENRY!" Jerkah Damien Louis dengan melengking sehinggakan terhinjut bahu tiga figura tersebut dek terkejut.

"Err.. Ermmm..." Boleh pula nak tergagap waktu macam ni. Desis Kevin dalam hatinya.

"Abang jangan la marah kat diorang. Abang Luke elok tengah tidur kat dalam bilik pejabat dia tau. Abang pergi la kejutkan dia." Alis mata Kevin dan Henry membulat dengan besar. Diikuti mulut mereka ternganga dengan luas sekali.

Habislah Luke. Makan sepak terajang la Louis la kau harini. Dapat adik pulak jenis kaki lurus tiada langsung masuk simpang.

"Aku memang suka kejutkan orang bebal macam dia tu." Sengihan menyeringai mulai meniti dibibir Damien Louis. Makin lama lihat, makin menakutkan.

"Ya Allah.. Kau lindungilah Danielle Luke dari sebarang musibah harini." Doa Kevin dengan nada bisiknya. Dia boleh bayangkan apa terjadi lepas ini. Henry hanya memejam mata dan berdoa dengan caranya sendiri oleh kerana dia bukan menganut agama islam.

"Aamin." Daniella Luna mengaminkan juga dengan nada bisiknya. Mudah mudahan panjang la umur abang keduanya.

Kalau pendek umur, terpaksalah abangnya lepak underground lah nanti.

.
. .
.

Selepas sahaja mereka semua selesai mesyuarat minggua syarikat, Damien Louis mengheret Daniella Luna serta ketujuh jejaka tersebut pergi kearah pejabat Danielle Luke.

Sampai sahaja di pejabat jejaka itu, langsung tiada kelihatan kelibatnya dalam pejabat tersebut. Mesti tidur dalam biliknya.

Dalam pejabat tiga beradik Kaysher mempunyai bilik yang serba lengkap seperti katil, almari meja alat solek dan banyak lagi. Ini kerana mereka selalu bermalam di syarikat untuk menyiapkan tugas untuk keesokkan harinya.

Tetapi, yang selalu menetap di syarikat itu hanyalah Damien Louis dan Daniella Luna.

Oleh kerana Damien Louis sudah berkahwin, Daniella Luna sahaja yang selalu menetap disyarikat untuk menyiapkan tugasnya.

Danielle Luke? Jangan harap. Dia menggunakan bilik itu seperti saat sekarang ini. Yang lain pula menumpang biliknya untuk menyiap tugas mereka dimalam hari

Dikala orang sibuk bermesyuarat untuk mengendalikan projek baru bersama orang kaya Dubai, dia boleh pula tidur didalam biliknya.

Itu pasal punca kesalahan dia, semua orang terkena tempias kemarahan oleh Damien Louis.

Sabar jela.

Damien Louis membuka tombol pintu bilik Danielle Luke dengan perlahan. Maka, pandangan mereka dihidangkan dengan sekujur tubuh yang masih lena dipeluk bantal goleknya.

Oleh kerana itu, makin membara hati Damien Louis melihatnya.

Dia menolak tubuh Daniella Luna dengan lembut. Menyuruh adik perempuannya gerak adik lelakinya itu bangun dari tidurnya.

Sengaja dia menyuruh Daniella Luna kejutkan dahulu, sebab kalau gadis itu kejutkan memang cukup lemah lembut. Makin dibuai mimpi.

Dengan rasa sebalnya, Daniella Luna menghampiri katil abang keduanya. Lalu bahu jejaka itu digoyangkan dengan lembut.

"Abang Luke.. Bangun la buat kerja pulak." Danielle Luke mendengus kuat. Semak pulak anak kucing sorang ni duk kacau dia tidur.

"Hishh kau ni sibuk la Luna. Kau pergi la cover aku." Alis kening Daniella Luna ternaik. Mulutnya ternganga sedikit. Lalu dia memandang wajah abang sulungnya dengan perasaan yang bercampur baur.

Namun, Damien Louis tetap menyuruhnya kejutkan Danielle Luke.

"Abang Louis nak report petang ni. Dia nak abang Luke buat jugak. Kan Luna dah cover abang masuk meeting tadi. Takkan semua kerja Luna kena buat."

"Alah buat jela, aku mengantuk ni."

"Bangun la Abang Luke, payah sangat ke nak dengar cakap Luna hm. Abang dah tak sayangkan Luna ke?"

Danielle Luke mencelik matanya sesaat, namun dia masih tidak memandang kearah adiknya. Dan terus dia memejam matanya kembali.

"Tak." Daniella Luna mencebir bibirnya lalu kaki sebelah kanannya dihentak. Sampai hati abang sendiri tak sayangkan dia.

"Abang ni babi lah." Danielle Luke kembali mencelik matanya dengan luas. Dia tak salah dengar kan.

Adiknya gelarkan dia babi.

Kurang ajar punya adik.

"Apa kau cakap?"

"Babi... Sei un maiale." (Awak babi)

Danielle Luke mengetap rahangnya dengan kuat. Ya, memang adiknya maki dia dengan sebutan babi. Dan hal ini memang kena ajar.

Terus dia bingkas bangun dari baringnya dan ura-ura menarik rambut Daniella Luna untuk membelasah gadis itu.

Namun..

"What the fuc...." Kata-katanya terhenti apabila dia disajikan permandangan yang begitu 'indah' sekali.

Klak

Picu glock dihala tepat kearah dahinya. Terpampang wajah dingin si abangnya yang betul-betul merah padam menahan amarah.

Manakala Daniella Luna sudah pun menyorok dibelakang tubuh abang sulungnya itu.

"Assalamualaikum. Lena tidur?"

Danielle Luke menelan liurnya kesat dan berpasir.

Aku bermimpi kah?

"W-waalaikumussalam.. Ea Abang.. Sejak bila abang masuk dalam bilik adikmu ini?" Lalu dia menoleh dibelakang abang dan adiknya. Keenam jejaka tersebut hanya menjengil mata mereka kearah Danielle Luke. Kevin dan Henry menayangkan double middle finger terhadap jejaka tu.

Sebab mereka berdua lah kena tanggung salah dia.

Sakit hati tau.

"Eh sahabat-sahabat pun ada disini? Masyaallah, rajinnya tuan hamba andaian semua datang dalam kamar ini untuk mengejut beta." Kevin dan Henry yang sudah naik angin sudah ura-ura maju kehadap mahu layangkan penumbuk terhadap Danielle Luke, namun dihalang oleh yang lain.

Biar adik beradik Kaysher je yang selesaikan. Mereka hanya menonton sahaja.

"Buat kerja atau kepala kau tertimbus dengan peluru aku nanti. Aku tak main-main ni Luke." Ujar Damien Louis dengan dingin. Mata hijau gelapnya merenung tepat kearah mata hijau kebiruan itu.

"Jangan serius sangat hehe. Abang sambung buat kerja abang, Abang Luke Luna settle kan." Sampuk Daniella Luna dengan senyuman lebarnya. Manakala tubuh Danielle Luke sudah menggeletar dengan teruk. Perempuan ni nampak sahaja ayu dan lemah lembut. Namun, hanya tuhan sahaja yang tahu bila gadis itu berubah perwatakkan nanti.

"Up too you Luna." Balas Damien Louis dan terus menyimpan glock miliknya lalu beredar dari bilik dan pejabat adiknya. Buang masa dia je duduk situ lama-lama. Dapat sakit hati ada lah.

Yang lain masih tercegat disitu untuk melihat apa yang berlaku selepas ini. Pasti bilik Danielle Luke bakal menjadi pentas WWE kejap lagi.

"Buat kerja!" Daniella Luna menarik telinga si abangnya dengan kuat sekali sehinggakan meninggalkan kesan merah menyala.

Balasan untuk orang yang suka menyusahkan orang ramai.

"Eah bodoh sakit la lahanat!" Danielle Luke mengaduh sakit yang teramat sangat. Hampir sahaja airmatanya mengalir namun ditahan dek ternampak anak-anak buahnya tersengih lebar memandangnya.

Tak guna gelakkan aku pula. Potong gaji karang baru tahu.

Dasar anak buah berperangai babi.

Daniella Luna merentap rambut abangnya sehingga terdongak kepalanya. Dia ternampak kelopak mata abangnya sudah berair. Bibirnya mengukir senyuman sinis namun dalam hatinya rasa bersalah yang teramat sangat.

Teruk sangat hukuman dia terhadap abangnya sampai berair mata bagai ni.

Huh kisah apa. Rasa bersalah hanya menyinggah buat sementara waktu sahaja. Daniella Luna senyum menyeringai. Lalu punggung Danielle Luke disepak dengan sekuat hatinya.

"LUNA!!!!"

Terlopong mulut keenam jejaka itu melihat aksi tersebut. Tak sanggup melihat aksi ngeri dihadapan mereka. Tetapi mahu lihat juga sampai habis. Bukan senang nak tengok Danielle Luke kena belasah dengan Daniella Luna secara live.

Rugi tak tengok.

Habis patah lah tulang punggung Danielle Luke dibantai oleh adik perempuannya.

.
. .
. .

18 Sept 2022

17:08

1595 words

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience