Bab 15

Romance Series 16573

Tanpa disedari kini Ellya telah menjadi #CancerFighter selama 8bulan dan Irsyad sedikit pun tidak pernah jemu menjaganya..dalam pada menjaga, perang mereka masih sama masing masing dengan lantang berbicara namun Irsyad banyak mengalah..dia akui dia tidak mahu Isterinya bertambah stress, jadi mereka hanya menganggap perkara itu berlaku sebagai gurauan sahaja..

“Syad..esok kita pergi makan kat kedai yang haritu tu nak tak?”
“Kedai tu kan dah lama tutup dah 2bulan tutup.. kan kita dah pergi tanya dekat dia lupa ke”
“Eh yeke..ishhh rasa mcm baru semalam pergi situ..”
“Kita pergi situ 3bulan lepas tau.. makin teruk dah pelupa awak ni..nanti minggu depan appointment kita cakap kat doktor”
“Alaaa takpayah lah..saya dah nak sihat dah kan..nanti doktor tahan saya lagi..dahla boring duduk hospital tu” sambil mencebik Ellya teringat akan detik detik dimana dia berada di hospital dan Irsyad perlu ke kerja..hidupnya sungguh bosan ketika itu...
“Taknak..nanti silap haribulan awak boleh lupa saya tahu tak?”
“Mana boleh lupa suami tercinta saya ni..” Ellya mencuit hidung Irsyad..Irsyad terus memeluknya..terasa badan Ellya yang semakin kurus dan mukanya semakin cengkung, rambut juga sudah banyak gugur akibat dari terapi.. namun sedikit pun sayangnya tidak berubah pada isterinya..
“Okay lah jom kita siap..cari makanan mcm kat kedai tu nak? Awak suka dia punya carbonara kan..”
“Nakk..” Ellya masih sama, apabila menyebut pasal makan sahaja. Dia lah orang pertama yang teriak..

Setelah siap..Irsyad membawa Ellya ke kerusi roda dan dibawa ke kereta.. Ellya sudah tidak mampu berjalan sangat..jadinya perlu memakai kerusi roda untuk kemana mana..

“Awak..”
“Ye sayang..kenapa?”
“Awak rasa susah ke nak jaga saya? Kalau ditakdirkan saya pergi....”
Belum sempat Ellya menghabiskan ayatnya Irsyad sudah terlebih dahulu mendaratkan bibirnya ke bibir Ellya,
“No sayang.. jangan cakap mcm tu. Kita dah harungi benda ni bersama..saya tahu awak kuat doktor pun cakap awak makin sihat..”
“Tapi..Ajal kita bukan di tangan doktor..”
“Ye betul tu..tapi saya percaya pada takdir..awak isteri saya selamanya..Ellya Arisya..” Ellya sudah bertakung air matanya mendengar ayat Irsyad...
“Maafkan saya tak dapat jadi isteri yang terbaik untuk awak..dahla takdapat bagi anak..ditambah lagi dengan sakit saya..”
“Tengok tu..kan saya dah banyak kali cakap..awak tanggungjawab saya..sikit pun saya tak rasa susah..saya lagi suka jaga isteri manja saya ni..”

Irsyad memarkir keretanya betul betul berdekatan dengan kedai makan yang dibawanya.. supaya senang untuk menolak kerusi roda Ellya..

Mereka duduk dibahagian luar lebih selesa menghirup udara segar malam.. bersama isterinya.. dan mereka juga memesan makanan seraya pelayan itu datang.

“Cantik awak malam ni..” Irsyad mula memuji
“Malam ni je? Habis sebelum ni tak cantik ke?”
“Cantikk always cantik..tapi tulah..hidung kemek”
“Ehhh hidung kemek ni lah jadi pujaan hati orang tau”
“Tapi bukan pujaan saya”
“Kalau bukan pujaan awak saya takda kat sini duduk setable dengan awak, baik saya pergi ngorat pakcik handsome sana tu”
“Eh ehhh berani pulak dia nak ngorat ngorat orang, awak tu isteri saya mana boleh main ngorat”
“Biarlah..”
“Eeee mulut ni kann..ada yg dapat denda nanti”
“Uwekkkk”
Irsyad terus tergelak akan perlakuan Ellya seperti budak kecik, dan mereka juga tertawa bersama..

“Hi sayang..you buat apa kat sini..” Wanita itu membelai rambut Irsyad..
Ellya yang panas hati berpaling muka dari melihat adegan wanita itu sengaja ingin menyakitkan hatinya..
“You buat apa ni Tania! Don’t touch me! You ni tak faham bahasa eh i dah cakap jangan kacau i lagi kan..”
“Ala...isteri u tu pun berapa lama je boleh hidup..so before she die, i boleh layan u..boleh puaskan u..” Tania cuba memintal dada milik Irsyad..Ellya sudah menarik kerusi rodanya sendiri dan pergi ke tandas..
“STOP IT! Don’t i dare cakap mcm tu kat isteri i! You siapa nak cakap dia tak hidup lama?? You tuhan? Huh??”
“Hahahaha you knew it right.. takpayah berlakon..” Irsyad hanya meninggalkan Tania yang sedang mentertawakannya..
‘Apa lah masalah perempuan ni..!’
Alangkah terkejutnya Irsyad apabila melihat isterinya yang sudah jatuh di hadapan tandas restoran tersebut..

“Ellya!!” Irsyad terus mendapatkan Ellya dan membawa nya ke dalam kereta..
Irsyad sudah tidak keruan.. dia tidak tahu apa yang berlaku, ini semua salah dia membiarkan Ellya seorang diri.
‘Arghhhh’ Irsyad menjerit..membuatkan Ellya tersedar..

“Awak..takpayah pergi klinik”
“Sayang..macam mana boleh jatuh tadi..saya mintak maaf saya cuai..jangan lah buat saya risau lagi..”
“Takpa sikit je wak..kaki saya terseliuh..sebab wheelchair saya terlanggar kayu tepi tandas tu..”
“Ya Allah..takpa kita pergi klinik untuk kaki awak tu..nanti bengkak tu..”

Ellya akur..dia berasa dia akan pergi jauh tak lama lagi..dia perlu bagi kebahagiaan kepada suaminya dengan memberi peluang kepada suaminya untuk mencari penggantinya..

“Okay kaki puan ada keretakan sedikit akibat jatuh tadi..saya dah balut & puan boleh ambil ubat”
“Terima kasih doc”

“Haa tengok tu..kan betul..kaki awak tu nanti kalau biarkan tak berbalut nanti bengkak..”
“Yelah yelah..ee mcm mak nenek”
“Mak nenek..haa mana mak nenek..haaa” Irsyad menggeletek pinggang Ellya, nasib tiada orang lain di klinik tersebut..kalau tidak pasti mereka mendapat jelingan dari orang orang tersebut hehe..

Balik sahaja dari klinik Irsyad hanya memesan makanan untuk dibawa balik..perut mereka harus diisi..akibat kejadian tadi..makanan pun tidak sempat menjamah perut mereka.. ini semua angkara Tania..

“Eh Bibik tak tidur lagi ke?” Soal Irsyad yg terkejut melihat org gajinya berada di sofa menunggu mereka
“Iyaa bibik lagi risau puan sama tuan tidak pulang pulang udah jam berapa ni”
“Takpa bik..kamu pergi tidur..kami dh siap beli makanan ni..bibik dh makan?”
“Udahh bibik makan lauk siang tadi aja..bibik lagi ngantuk ni..bibik masuk dulu ya”

Irsyad menguruskan makanan yang dibelinya tadi masuk ke pinggan dia dan Ellya..dari balik hingga kini Ellya masih tidak bersuara..lapar sangat mungkin..tebak Irsyad..

“Jom makan.. saya suap eh?”
“Hmm” Itu sahaja yang keluar dari mulut Ellya, Irsyad faham akibat dari penyakitnya Ellya mungkin agak terganggu emosinya. Irsyad perlu lebih bersabar.. setelah beberapa suapan di suakan kepada Ellya..Ellya sudah berasa kenyang..
“Dah kenyang?”
“Dah..nak naik atas.. nak mandi..”
“Takpayah mandi lah..dah malam ni..kejap lagi saya lap lap”
Akibat dari penyakit Ellya dia tidak mampu menaiki tangga..jadi Irsyad juga sudah menukar bilik mereka bersebelahan ruang tamu.. mudah untuk Ellya..

Selesai mengemas makanan dan membuang sisanya telefon Irsyad berbunyi..tanda whatsapp masuk..

Nombor tidak dikenali..

“Meet me at Kasaria 3pm tomorrow or not this will happen”
Satu gambar di terima..Surat perjanjian..tidak pasti surat perjanjian apa..
“Who are you??!!”
“You’ll know soon..”

Irsyad masih berfikir siapa kah gerangan orang itu..mengapa dia memiliki perjanjian syarikat Irsyad..bagaimana dia boleh dapat..itu perjanjian sulit..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience