Episode 15

Adventure Series 25852

Episode 15 - eyka_aqua

Malam, pukul 12, Dibilik Arsh.

Arsh sedang berbaring sambil memandang syiling kayu. Pemikiran Arsh mula melayang sehingga tidak menyedari dirinya sudah terlena.

Mimpi, di tepi tasik.

Seorang gadis bertubuh sedikit gempal tapi tetap mempunyai tubuh yang cantik dan rambutnya pendek serta disepit dengan penyepit rambut bunga angerik di tepi telinga kirinya. Dia leka memandang tasik yang cukup cantik dan bersih yang terbentang dihadapanya sambil memeluk kakinya.

"KAK SERENNNNNNNNN!!!!" Lamunannya terhenti dan lekas memaling ke kanan sebaik sahaja namanya diseru.

Kelihatan adik-adiknya sedang berlari kearahnya. Ya, itulah Arsh dan Serena. Serena kelihatan comel apabila dia diikat toncang tengah dan wajahnya comot dengan tanah manakala Arsh juga serupa dengan Serena, dia juga habis lumpur rambut hitam kilat miliknya.

"Pfft... Ni mesti jatuh masa nak datang ke sini." Seren ketawa kecil dengan telatah adiknya.

"Hati-hati nanti jatuh!" Kata Seren sambil melambai kearah adik-adiknya.

Sebaik sahaja dia berkata begitu Serena tersadung diakar pokok. Terkedu Seren ketika itu. Dia bangun dari duduknya dan bergerak kearah Serena yang sudah menangis.

Arsh sedang memujuk Serena sambil mengangkat badan Serena dari terus tersadung diakar pokok. Pergerakkan Seren terhenti dan matanya memerhati kelakuan Arsh yang sedang merawat Serena.

Arsh mengoyak sehelai kain seledang berwarna biru yang melilit lehernya lalu mengikatnya di kaki Serena untuk melindungi luka Serena dari dijangkiti kuman.

"Ok siap. Dahlah tu jangan menangis. Nanti luka tu hilanglah. Dah-dah." Pujuk Arsh sambil mengusap kepala Serena. Tangisan Serena kian reda hanya tinggal sedu-sedan.

"Pandai. Serena kena ingat sesuatu yang mengembirakan nanti sakit tu hilang sendiri." Pujuk Arsh lagi.

"Betul?" Serena memandang abangnya untuk meminta kepastian.

Arsh mengangguk.

"Betul apa Arsh katakan." Seren menyampuk perbualan mereka dan mengusap kepala mereka berdua.

"Kak Seren!" Mereka melemparkan senyuman kegembiraan kepada Seren.

"Kak Seren! Jom main bola ni!" Tunjuk Arsh dengan wajah yang ceria.

"Urmm! Jom kak Seren!" Pelawa Serena sambil menarik-narik lengan baju Seren.

Seren tersenyum dan bersetuju bermain dengan mereka.

Mereka bermain bola dengan pelbagai terlatah. Hanya kedengaran ketawa mereka yang tidak henti-henti. Tawa mereka dengan bunyi air tasik seiring sehingga tercipta melodi harmoni.

Hari semakin malam.

"Ok! Cukup-cukup! Mari balik dah dekat malam ni." Seren berkata.

Mereka berdua bersetuju. Mereka mencuci muka dan kaki di pinggir tasik.

"Nah air!." Seren memberi sebotol air mineral kepada adiknya.

Arsh duduk disebelah Seren. Mereka memerhati terlatah Seren yang kusyuk minum air mineral.

"Arsh." Seren memanggil Arsh tanpa memandangnya tapi ia tahu Arsh memandangnya.

"Arsh sayang Serena tak?"

"Urm!" Arsh menjawab sambil mengangguk.

"Sayang sangat!" Seren senyum kecil dengan jawapan Arsh.

"Akak minta tolong sesuatu dari Arsh boleh?"

"Apa dia?"

"Arsh sayang akak tak?"

"Sayang!"

"Kalau sayang apa-apa berlaku tolong lindungi Serena."

"Lindungi?"

"Ya. Lindungi."

Arsh berhenti bertutur.

"Boleh?"

"Urm!" Arsh mengangguk.

"Nanti Arsh akan hadapi bahaya.. Jadi tolong lindungi Serena dengan orang yang Arsh sayangi dengan sepenuh hati."

Arsh hanya memandang Seren dengan wajah penuh tanda tanya. Kak Seren nak ke mana?

"Sekarang akak yang akan lindungi korang berdua tapi andaikata apa-apa terjadi pada akak. Akak harap Arsh akan jadi lebih kuat dan tabah dan lindungi Serena dan orang yang Arsh sayang."

"Kak Seren~" mata Arsh mula berair dengan kata-kata Seren.

"Masa tu kebalkan hati, sembunyikan kesakitan dan tunjukkan keberanian" Sambung Serena sambil mengusap kepala Arsh.

"Arsh fahamkan?" Usap kepala Arsh.

Arsh memandang kebawah sebelum memandang semula Seren lalu mengangguk kepalanya.

"Janji?" menghulur jari kelingkingnya.

"Janji!" Arsh menyambut jari kelingking Seren.

Semasa dirumah.

"Mari makan semua!" Ibu mereka memanggil mereka sekeluarga untuk makan.

Arsh dan Serena yang sedang leka bermain permainan video 5D diruang tamu mereka segera keluar dari permainan video mereka dan berlari anak ke meja makan.

"Arsh! Serena! Kan akak pesan tutup permainan video ni kalau tak main! Nanti raksasa keluar dari permainan video!" Seren menasihati mereka berdua.

"Geram pulak aku rasa." Seren bermonolog apabila bebelannya diabaikan. Diaorang ingat aku main-main gamaknya!

Seren menekan butang berhenti seketika untuk memberhentikan pergerakkan sistem pemainan video 4D tersebut dan bergerak ke arah meja makan.

Pelbagai topik mereka bualkan dengan senyuman dimulut mereka tanpa henti.

Semasa mereka berbual tiba-tiba berlaku bunyi letupan bom dan telah mengegarkan rumah mereka.

Penggera kecemasan kampung mula kedengaran. Ini pertanda berlaku serangan dari luar yang cuba menghancurkan perisai kampung mereka. Suasana bertukar dari hening tadi kepada huru-hara. Bunyi jeritan dari jiran tertangga.

Mereka sekeluarga keluar dari rumah dan menyaksikan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mereka keluar dari rumah ternyata jiran-jiran mereka juga melakukan perkara yang sama.

Awan hitam mula menyelebungi kampung mereka. Kelihatan kilat menyambar cuba menghancurkan perisai automatik mereka pasangkan di kampung tersebut. Suasana bertambah cemas apabila berlaku rekahan pada perisai automatik mereka.

Ayah Arsh berlari sambil menjerit.

"Semua pasukan keselamatan bersiap sedia! Orang awam sila segera beredar ke terowong magis dan keluar dari sini! Kita semua diserang!"

"Mari ikut mama!" Bilang Ibu Arsh sambil menarik tangan Serena.

"Semua orang ikut saya cepat!!!" Jerit ibu Arsh. Semua bertempiaran lari mengikut arah yang ditetapkan oleh kampung mereka jika ada kecemasan.

Terowong yang diperkatakan berada didalam hutan gelap dimana mereka perlu keluar dari perisai automatik mengikut jalan bukit dan memasuki ke dalam hutan bukit sebelum menebusi ke hutan gelap. Hutan gelap dilindungi oleh perisai magis purba dan Terowong Magis dilindungi oleh kuasa magis purba yang sangat kuat.

Mereka beramai-ramai lari ke arah hutan bukit. Tiada siapa yang berani memandang belakang. Mereka hanya mendengar bunyi kilat sambar-menyambar, bunyi meriam, bunyi pistol dan bunyi magis yang diaktifkan.

Semasa mereka berebut-rebut berlari Arsh tersadung dan malangnya tiada siapa sedari. Arsh bangun dari situ dan cuba mengejar mereka akan tetapi tiba-tiba ada petir menyambar dari tepi dihadapannya.

Pergerakkan Arsh terhenti lalu Arsh melompat sembunyi disebalik belukar. Arsh menjengut kepala sedikit disebalik belukar dan memerhati dengan senyap apa yang berlaku. Apa yang disaksikan olehnya adalah banyak burung besar bertebangan, pihak keselamatan dan keselamatan magis sedang bertarung.

Arsh terlihat kelibat ayahnya yang sedang berlawan menggunakan pedang berunsurkan api dan membelah badan pihak lawan dengan pantas dan cekap. Apabila ayahnya berhenti menghunus pedang, ayahnya mengaktifkan pentagram dan muncul naga ais bergerak membunuh pihak lawan dan dalam sekelip mata. Semasa naga ais masih lagi aktif, ayahnya mengaktifkan sihir api dan ais dan menghasikan pusaran api dan ais yang besar dan menghancurkan pertahanan pihak lawan. Tindakkan ayahnya berjaya dimana berpuluh-puluh serangga mati dan haiwan pihak musuh hancur dan hangus dikerjakan.

Ramai orang mengunakan kecanggihan alatan perang dan hanya beberapa puluh sahaja menggunakan sihir untuk berlawan dengan beratus-ratus pihak musuh tetapi suasana seoleh-oleh memihak kepada mereka untuk menang.

'Disangkakan cerah hingga ke petang, rupa-rupa hujan ditengahari.' Rupa-rupa muncul lebih banyak raksasa dan musuh menyerang. Ramai dari pihak mereka terkorban dan kehausan tenaga tetapi tidak ayahnya yang tidak berpeluh setitis pun dari mula mereka berlawan sehingga 50 minit berlalu.

Arsh yang ketakutan hanya mampu memandang disebalik belukar yang adakalanya batu atau besi terbang kearahnya dengan laju. Apa yang dia mampu hanya mengelak dan bersembunyi sehingga reda.

Sihir api dan ais ayah Arsh aktifkan bergilir-gilir. Ayah Arsh bergilir sihir dengan hunusan pedang dan telah menyebabkan ramai pihak musuh terkorban dan kerosakan senjata di pihak lawan.

Sedang leka ayahnya berlawan sehingga tidak perasan ada awan kilat yang cuba menyambar dari belakang. Arsh bagaikan orang yang diberi keberanian lalu berlari ke arahnya dan menolak ayahnya sehingga ayahnya bergolek ketepi. Tolakkan Arsh telah menyelamatkan ayahnya dari disambar kilat tetapi ayah Arsh terkejut dengan kehadiran Arsh yang disangkakan sudah menyelamatkan diri.

Arsh tersedar bahawa mereka dikepung dengan pihak musuh. Dia sepatutnya duduk diam-diam disebalik berlukar. Badannya menggigil laju. Takut menguasainya. Takut dengan musuh dan takut dimarahi ayahnya.

Ayah Arsh tidak memarahinya tetapi disebaliknya di mana ayah Arsh mendukung Arsh sambil tangan kanannya masih memegang pedang. Ayah Arsh berlawan dengan tangkas dan cekap walaupun mendukung Arsh disisinya. Wajah ayah Arsh tenang menghadapi musuh amat menganggumkan pasukan kampung dan telah menaikkan semangat mereka untuk mempertahankan negara mereka.

“Kita tak boleh kalah! Mari lindungi keluarga kita!” Laung seorang askar apabila melihat perbuatan ayah Arsh.

“Ya!!!” Seluruh kampung menyahut. Mereka anak beranak tersenyum kecil.

Pihak lawan semakin sikit bilangannya akan tetapi pihak mereka hanya tinggal 30 orang dari 100 orang. Dari tinjauan Arsh, pihak musuh masih seramai 300 orang dan 5 makhluk jadian.

Ayah Arsh melompat dan mengelak setiap kali sejata lawan menghampirinya tetapi dia tidak sedar ada seseorang sedang mengaktifkan sihir telah menyebabkan pedang yang banyak tiba-tiba muncul dan menyerang Ayah Arsh.

Apabila senjata semakin menghampiri ayahnya. Arsh menjerit.

"Abah!!! Dekat belakang!!!" Jeritan dari Arsh menyedarkan ayahnya dan ayahnya melompat tinggi ke udara selepas terdengar jeritan Arsh ditelinganya dan berjaya mengelak.

Tiba-tiba muncul kehadiran binatang seperti musang bersayap dan berkuku tajam serta bertubuh besar di belakang mereka dan lalu melibas mereka dengan kuku gelap dan tajam mereka menyebabkan ayahnya luka besar dibahagian belakang dan jatuh ke tanah manakala Arsh tercampak disisi ayahnya.

Musang bersayap tersebut cuba menghampiri Arsh dan lalu cuba mencakar Arsh tetapi berjaya dihalang oleh ayah Arsh dengan pedang. Muka ayahnya berpeluh-peluh menahan sakit dan pedih.

"Abah..." Arsh yang masih ketakutan bertambah gerun apabila melihat luka besar dibelakang ayahnya yang sedang menahan kuku musang sayap dengan pedang dari terkena dirinya.

"Selagi aku hidup! Tiada siapa boleh sentuh anak-anak aku!" Laung ayah Arsh menolak kuku musang terbang tersebut dan segera mendukung Arsh dan melompat jauh dari situ.

Sebaik sahaja mendarat ayah Arsh meletak Arsh disebalik pokok dan melepaskan lelah yang sangat dalam serta menahan sakit.

"Tak guna!" Muka ayah Arsh semakin dibanjiri peluh kerana menahan sakit yang tidak terkata apabila dia mengalami luka yang dalam dan cukup besar dibelakangnya.

"Abah..." Arsh mula bertakungan air mata kerana terlalu kesian dengan situasi ayahnya.

Ayahnya tersenyum kecil lalu mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Arsh ambik ni sebagai hadiah dari abah." Ucap Arsh sambil memberhentikan usapannya ditengah-tengah dahi Arsh.

Ayah Arsh membaca sesuatu dan muncul lingkaran biru bercahaya dikepala Arsh.

"Apa ni?" Arsh menanya.

"Hadiah." Ayahnya tersenyum sambil menjawab soalan Arsh.

Sebaik sahaja ayahnya menjawab badan Arsh panas dan terasa sakit dibahagian dada yang sangat menyengat telah menyebabkan Arsh menekan kedua tangannya ke dadanya. Badannya mula lemah dan longlai ke tanah. Pandangan Arsh semakin kabur sebelum hilang pandangan sepenuhnya.

Apa yang dilihatnya untuk kali terakhir adalah ayahnya mengaktifkan sihir yang menghasilkan 5 ekor naga ais dan 5 ekor naga api. Berlaku pertempuran sengit dan berjaya menghancurkan seluruh pertahanan pihak lawan sebelum ayahnya jatuh ke tanah dan Arsh tidak sedarkan diri.

Kembali ke bilik Arsh,

Arsh terjaga dari lena kerana bunyi getaran dari jam komputernya. Badan Arsh berpeluh teruk dan muncul lingkaran biru dikepalanya tetapi hanya untuk seketika tanpa disedarinya.

"Apa yang dah berlaku?" Suhu badan Arsh mula menurun.

Arsh melihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Arsh mematikan getaran jam komputernya. Hari ini cuti sekolah, jadi Arsh hanya membiarkan tubuhnya terbaring di atas katil.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience