Chapter 12

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.12 Sorry

Olyn POV

"Korang ni kan.. Kejam betul" Kata Nabihah. Dia dan Iffa berpelukan sambil pura-pura menangis. Aku hanya mampu menggaru kepalaku yang tidak gatal manakala Put pula tersengih kambing.

"Kita orang dah set masa kan? Korang yang lambat" Jawab Put. Inder memberi death glarenya.

"Eleh , lambat seminit je pun" Dia menjelingkan matanya.

"Yeke seminit je Miss Kaur?" Put terkikih. Dalam ramai-ramai kawan aku yang ikut percutian ni , Inder sorang je bukan Muslim. Dia singh. Inderpreet Kaur diberi nama.

"Heh ," Inder mencebik. Dia memandang luar.

"Sorry lah Inder. Kita orang tak sengaja. Korang pun , lain kali dah sampai tu call lah. Kalau tak boleh kita orang patah balik ambil korang." Kataku. Aku memandang tiga orang gadis ini dengan pandangan rasa bersalah. Mereka memandangku dengan blank.

"Kita orang dah call kau banyak kali. Kau jawab pun time kau cakap kau dah sampai." Kata Iffa. Inder dan Nabihah mengangguk. Aku mengerutkan dahiku.

Dorang call aku banyak kali?

"Really? Tapi kenapa phone aku tak bunyi pun?" Tanyaku. Pelik..

"Line tak ada kot dekat highway." Jawab Put.

Aku mengangguk perlahan. "Mungkin.." Mungkin apa yang dikata Put itu betul. Aku cuba berfikiran positif.

**

Kami tiba di hotel 15 minit kemudian. Untunglah perjalanan dari sini ke airport dan airport ke sini tidak jauh. Aku sudah letih. Leper je rasa punggungku ini (Ufufu).

Disebabkan hari sudah malam , aku menyuruh tiga orang gadis malang ni terus check in dan pergi tidur. Mereka pun nampak seperti kepenatan.

"Goodnight Olyn , Goodnight Put" Inder , Nabihah dan Iffa melambaikan tangan mereka.

"Night korang" Aku dan Put membalas lambaian mereka. Kami melihat kelibat mereka menghilang.

"Coffee?" Ajak Put. Aku melihat jamku. Baru pukul 8 malam. Aku langsung terima ajakan Put itu.

Kami lepak di cafe hotel. Put memesan Cappuccino Hazelnut manakala aku memesan Mocha Latte. Sementara menunggu pesanan kami , aku minta diri untuk ke tandas dahulu. Untuk apa? Nak pergi ambil angin sekejap (note me sarcasm).

*

Normal POV

Put merasakan ada sesuatu yang perhatikannya dari tadi. Dia membetulkan posisi duduknya.

Lambatnya Olyn ni.. Batin Put.

Dia mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya. Keadaan di cafe itu agak sunyi. Pelanggan yang ada di situ pun boleh dikira dengan jari sahaja.

Olyn kembali beberapa ketika kemudian.

"Sorry late ," Dia duduk di hadapan Put.

"It's okay" Put tersenyum. Dia meniup Cappuccino Hazelnutnya lalu menghirup cafein itu tanpa bunyi.

"Sejuknya malam ni" Put mengangkat keningnya apabila mendengar gumaman Olyn.

"I know right.." Kata Put. Dia memandang Olyn yang sedang mengacau Mocha Lattenya.

"Aku dengar.. Ameer declair love dekat kau" Kata Olyn tiba-tiba. Put tersedak.

"Lidah aku!" Put mengipas-ngipas lidahnya yang kepanasan. Olyn tak tertawa mahupun tersenyum. Put menelan ludahnya. Dia pelik melihat attitude Olyn yang dingin itu.

"Ehem.." Put berdehem perlahan. "Yeah , Ameer declair love pada aku.." Put mengangguk.

"Then.. Aku ada dengar yang dia ajak kau pergi bercuti dengan family dia cuti ni." Kata Olyn.

Put mengerutkan keningnya. "Aha.. dia ada ajak aku. Tapi aku tolak sebab aku nak pergi sini dengan korang." Nyata Put.

"Kenapa kau tolak ajakan dia demi percutian ni? Kenapa kau tak pergi je dengan Ameer? Percutian ni bukannya penting pun." Put semakin pelik dengan apa yang dikata Olyn.

"Percutian ni penting untuk aku. bukannya selalu Olala dapat bercuti macam ni. Olyn? Aku rasa kau terlampau penat ni. Tu pasal kau mengarut tiba-tiba. Jom lah kita balik bilik. Nanti roommate kita risau pulak" Ajak Put. dia bangun dari kerusinya.

Tanpa banyak soal , Olyn mengikut Put.

"Bilik kau nombor berapa?" Tanya Put. Mereka berdua berjalan menuju ke lif.

"163B." Olyn memandang Put.

"Hm , Aku 160B. jarak bilik kita tak jauh. Selorong je rasanya.." Olyn mengangguk perlahan.

Put sedar akan perubahan Olyn. Walaupun Olyn masih menjawab pertanyaannya , namun Olyn ini bukanlah Olyn yang biasa. Olyn yang ini agak kaku dan.. strange. Dia bertanya kepada Put tentang Ameer padahal dia tidak kenal pun siapa Ameer itu.

Olyn sebelum ini tidak pernah ambil tahu siapa pun boyfriend rakannya dan dia tidak kesah asalkan rakannya itu tidak abaikannya.

Put dan Olyn berpisah ke bilik masing-masing. Put lihat Yasmin dan Aleeya telah pun berada di alam mimpi mereka. Put memilih untuk tidak mandi kerana cuaca malam itu agak sejuk. Dia hanya menukar baju , basuh muka , gosok gigi dan cuci kaki.

Setelah itu dia memanjat naik ke atas katil yang berada di tepi dinding. Pada awalnya dia ingin tidur di katil yang berada berdekatan dengan jendela , namun katil itu telah pun diambil Aleeya.

Malam itu Put tidur dengan bermacam-macam persoalan di kepalanya. Dia harap esok Olyn kembali menjadi Olyn yang asal.

*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience