BRQ 4: BLACK ROSE

Romance Completed 72144

Ting tong!

Mawar melangkah masuk ke dalam SE Mart. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di sini. Tiada harapan yang lebih tinggi melainkan kerjanya di sini kelak dipermudahkan dan tidak lagi diberhentikan dengan sewenangnya.

"Assalamualaikum! Saya Mawar. Saya ada datang hari itu, yang datang minta kerja. Hari ini saya mula kerja kat sini.." sapa Mawar pada seorang budak lelaki yang sama di kaunter pembayaran tempoh hari.

Mawar melihat sekeliling, segenap pelusuk kedai. Memang hanya ada dia seorang sahaja di SE Mart ini. Tidak kelihatan pula kelibat Tuan Aysar itu di mata.

"Hah, Kak Mawar! Dah datang? Saya Qaid. Akak letak barang akak dalam loker sana itu eh." arah Qaid seraya memperkenalkan diri. Dia tahu umur Mawar kerana terdengar perbualan Mawar dan Aysar hari itu.

"Oh, okay!" Mawar melangkah untuk meletakkan beg galasnya di tempat yang ditunjuk.

"Dah? Nah, akak pakai baju ini." Qaid menyerahkan sehelai vest berwarna hitam merangkap uniform mereka untuk disarung.

Tanpa ragu, Mawar mencapai vest itu di tangan Qaid. Namun, matanya terus melolor terkejut kerana menahan daya dari vest itu.

"Qaid, ini vest kedai ke baju besi nak pergi perang?!" Mawar ternganga kerana baju yang terlihat biasa-biasa itu terasa berat sungguh. Tangannya masih ligat menyarungkan ia pada tubuh.

Qaid tertawa kecil.

"Entahlah kak. Dah Tuan Aysar suruh pakai tiap masa dalam kedai ini, pakai jelah.." nada Qaid juga terasa pasrah. Uniform kerja di sini sememangnya agak lain dari kedai serbaneka yang sedia ada meski dia tidak mengetahui apakah ia.

"Herm, mana Tuan Aysar? Tidak nampak pun." tanya Mawar.

"Oh, awal lagi ini. Dia biasa masuk tengah hari atau malam nanti kak. So, sementara saya ajar akak guna kaunter nanti akak tolong restock barang dan bersihkan kedai ya?" terang Qaid yang berumur 18 tahun itu.

"Okay, Qaid. No problem!" jawab Mawar.

Sudah separuh hari bekerja di kedai serbaneka begini tidaklah sesusah mana memandangkan Mawar pernah menyandang jawatan begini. Tangannya laju mengisi semula barang-barang yang hampir kosong di dalam rak.

Buk!

Satu tendangan di kaki rak di sisi dinding itu mengejutkan Mawar yang sedang bersila menyusun barang. Dia mendongakkan kepala dan melihat satu figura yang sedang berdiri sambil menyilangkan tangan dengan penuh angkuh.

"Tuan Aysar." sapa Mawar seraya berdiri tegak.

"Asal kau tidak buang sampah lagi?" tanya Aysar dengan kerut.

"Err, saya dah buang pagi tadi." jawab Mawar takut-takut.

"Kau tengok tidak tong itu sekarang dah penuh? Maksudnya, dia suruh kau buang sampah itu lagi, lagi dan lagiii!" bidas Aysar dengan dingin.

Mawar menoleh lihat tong sampah di sisi meja. Plastik hitam itu penuh namun tidak terlalu penuh sehingga bakal memuntahkan isinya.

"Maaf, Tuan Aysar. Saya buang nanti." jawab Mawar.

"Aku nak sekarang!!" pekik Aysar.

"Err, baik. Maaf tuan!" Mawar menundukkan kepala meminta maaf dan melangkah laju mengikat plastik sampah yang penuh itu.

Sekembalinya Mawar dari tempat pembuangan sampah, dia melihat tiada lagi bayang Aysar di dalam kedai. Kakinya laju mendekati kaunter pembayaran.

"Qaid, mana Tuan Aysar?" bisik Mawar.

"Dah balik kak." jawab Qaid.

"Dah balikkk?!" jerkah Mawar kerana terkejut.

"Herm, dahh.."

Mawar melangkah longlai dengan hati yang dikepal-kepal sakit. Geramnya itu tuhan saja yang tahu.

'Eii, kerja dia kat sini boleh pula nak mengelat ya? Kalau datang semata-mata nak tegur kerja aku, baik tidak payah datanglah. Tong sampah penuh? Heish. Kalau tak nak ada secebis sampah dalam itu lain kali jangan gatal pi letak tong sampahhhh! Erghhh!' jerit Mawar dalam hati.

Jam di skrin telefon bimbit Mawar sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam. Lagi setengah jam sahaja mereka bakal menghabiskan waktu kerja. Melewati baki masa dan ketiadaan pelanggan, Qaid dan Mawar hanya duduk di kaunter dan berbual kosong.

"Akak balik kejap lagi seorang-seorang ke?" tanya Qaid.

"Erm, seorang je. Kenapa?" soal Mawar kehairanan.

Qaid memandang sekeliling. Berkira-kira mahu buka cerita ataupun tidak.

"Eii, akak berani eh? Akak, tidak takut ke kalau-kalau terserempak dengan.. Black Rose?" Qaid tidak percaya Mawar yang seorang perempuan itu pun berani untuk pulang lewat malam sebegini.

"Black.. Rose..? Siapa itu?" Mawar berkerut. Pertama kali dalam seumur hidup inilah dia mendengar nama panggilan sebegitu.

"Seriuslah akak tidak tahu? Okay, saya ceritalah eh. Black Rose itu terkenallah kak dekat kawasan kita ini. Dia itu pembunuh, perogol bersiri, penculik, penipu dan segala jenis pe lah dia sebat habis. Dia seorang penjahat yang kejam sangat Kak Mawar! Ish, kalau dia jumpa musuh depan matalah dia tak kan pernah biarkan musuh dia itu balik dengan nyawa. Dia suka seksa mangsa-mangsa dia dulu. Kalau akak nak cam dia senang je dia seorang yang tegap, besar, bengis. Memang menakutkanlah muka dia kak sebab ada banyak parut dan tatu. Black Rose itu boleh tembak orang dengan mata yang tertutup tahu. Dia juga pernah lawan 100 orang musuh tanpa apa-apa senjata pun! Last, okay ini last. Lepas dia bunuh orang atau lepas dia lakukan jenayah kan dia mesti tinggalkan jejak dengan kejam. Dan, jejak dia itu adalah sekuntum bunga ros hitam yang penuh dengan lumuran darah mangsanya. Sebab itulah, orang gelar dia Black Roseeee!" ujar Qaid panjang lebar dengan mimik muka yang penuh aksi.

Mawar ternganga luas seraya menahan tawa. Dia menyiku satu kali tubuh Qaid di sisi.

"Eii, Qaiddd! Kau ini banyak tengok cerita orang putihlah! Mengarut! Mana wujud orang macam itu. Kenapa kau tidak tambah dia ada kuasa terbang lepas itu bolehlah menang bila lawan Thanos? Jap, kau dengar cerita karut lagi ajaib ini dari mana? Kau pernah jumpa ke Black Rose itu? Eleh.." bebel Mawar.

"Err, hehehe.. Tidak pernah lagilah jumpa depan mata cuma dengar dari mulut kawan-kawan lepak itu jelah.." jawab Qaid sambil mengusap tengkuknya.

"Haa, itulah dia! Duduk membawang itu cubalah berborak benda yang tuntas lagi berfaedah sikit. Ini, cerita mengarut macam ini jugalah yang kau percaya kan. Dahlah, akak nak closing!" Mawar berdiri dan meninggalkan Qaid yang tersengih-sengih malu di kaunter.

Tap!

Tap!

Tap!

Derapan kaki Mawar kedengaran jitu kerana persekitaran malam yang sunyi. Terasa jauh langkahnya menapak walhal dirinya baru sahaja keluar dari SE Mart seusai penutupan kedai itu sebentar tadi.

Ditemani bayu malam dan lampu jalan yang separuh malap dan berkelip-kelip, Mawar melajukan langkahnya. Semakin laju kakinya menapak semakin terasa dirinya diekori. Sepanjang laluan pejalan kaki itu dititi, tiada seorang pun manusia yang dia serempak.

Terk!

Suatu bunyi dari belakang Mawar membuatkan Mawar tersentak kaget sejenak. Perasaan takut dalam diri mulai menyelubungi membuatkan seluruh tubuhnya kaku keras. Jantung Mawar terasa mahu gugur. Dia enggan menoleh untuk melihat apakah ia.

'Tolonglah jangan Black Rose! Please! Please! Please! Hish, Qaid! Kenapalah kau cerita fasal ini hari ini?! Dia tahu ke kita cerita fasal dia tadi?!' teriak Mawar dalam hati. Punyalah beriya dia menafikan penjahat itu depan Qaid sebentar tadi. Kini, dengan mudahnya dia mengakui pula kewujudan Black Rose itu?

Baru sahaja Mawar mahu membuka langkah seribu, lengannya ditarik.

"Arghhhh!! Tolong! Tolonnggg! Perog.." jerit Mawar sekilas.

"Ermp!! Ermmppp!!"

"Hei! Hei! Stop! Ini, sayalah!" teriak lelaki itu dengan cemas sambil memeluk tubuh Mawar dari belakang dan menekup mulut Mawar.

"Ermp!! Ermp!! Ergmmm!" gumam Mawar seraya menarik-narik tangan yang sedang melekap di mulutnya dan bergelut untuk melepaskan dakapan. Meski masih panik, bola matanya laju mengimbas wajah lelaki di sisinya itu.

"Argh! Hergh! Hergh! Awakk!!" teriak Mawar sejurus mulutnya bebas bersuara. Dadanya masih berombak mengatur nafas. Mahu tercabut jantungnya keluar dari tubuh jika dia betul-betul bersua muka dengan Black Rose!

"Hai, saya Eric! Sorry, saya tidak sengaja nak takutkan awak." ujar Eric yang turut tidak keruan melihat Mawar menjerit seperti tadi.

Mawar mengurut lembut dadanya yang masih menahan kejut. Dia lega lelaki di depannya ini adalah seorang lelaki yang dia cam.

"Awak.. buat apa kat sini?" tanya Mawar.

"Saya.. lalu depan kedai serbaneka sana itu then nampak awak. Awak kerja situ rupanya?" tanya Eric dengan sengih.

Mawar memandang tajam wajah Eric walau dalam samar. Dia tidak pasti apakah niat dan motif lelaki di depannya ini.

Srrrrrrrrr...

Mawar mendongak melihat LRT yang bakal tiba di stesen di depannya ini. Tanpa membuang masa, dia mahu mengejar tren itu. Kakinya hanya perlu berlari sekuat hati demi menaiki anak tangga dan berdesup meluru masuk ke dalam pintu koc yang bakal tertutup bila-bila masa sahaja untuk menyempatkan diri.

"Ma.. Maaf! Saya nak cepatttt!!" laung Mawar sambil membuka langkah seribu.

"Eh, awak! Awak! Awakk!!" jerit Eric yang terpinga ditinggalkan. Dia tidak percaya wanita itu sekali lagi telah berlari-lari pergi di depan mata kepalanya begini.

"Huh.. tapi saya.. kan boleh hantarkan awak..?" bisik Eric sambil melihat tren di atas kepalanya itu meluncur pergi. Hatinya semakin kuat meronta untuk mengenali Mawar. Satu-satunya wanita yang tidak langsung cuba untuk mendekati dirinya semula walhal di mana jua dia berpijak dia sentiasa menjadi buruan mata para wanita!

Vrommmmmmmmm!!

Di tengah kegelapan malam, motor Kawasaki Ninja Aysar masih utuh mengekori sisi kereta Alphard putih itu. Matanya ralit memerhati keadaan bak mata helang yang mahu menerkam mangsanya.

"Candy, update!" ujar Aysar pada radio earpiecenya.

"So far so good, Black Rose." jawab Mona dari bilik gerakan mereka. Sejak awal dia dan Nufail sudah fokus memerhatikan skrin CCTV mereka yang sudah digodam.

"Alright!" jawab Aysar.

Sepanjang perjalanan mereka ke Pelabuhan Klang segalanya teratur bagaikan yang dirancang. Tinggal kurang 15 minit sahaja lagi untuk mereka menjejakkan kaki ke destinasi akhir.

"Candy, kau tengok ini! Weh, aku rasa ada orang follow dia oranglah!" ujar Nufail yang mula cemas. Skrin monitornya jelas menunjukkan sesuatu yang laju sedang mengekori mereka dari arah belakang.

"Shit! Update, updateee!! Kau oranggg! Ada musuh 100 meter dari belakang!!" teriak Mona pada radio earpiecenya.

"What?!" Zack yang ralit memandu terus laju melihat cermin pandangan belakangnya. Silau yang tiba-tiba menerpa kerana lampu tinggi bercahaya putih dari belakang itu membuatkan bola mata Zack berpinar seketika. Dia memegang stereng keretanya dengan lebih erat.

"Argh! Cincau, standby!!" arah Zack pada Epul di sisinya sambil menahan silau.

"Candy, target?" tanya Aysar yang masih tenang mengekalkan kelajuannya.

"Cuma satu 4x4!" jawab Mona. Dia gigih menghadamkan segala paparan yang sedang terpapar di monitor.

Bangg!!

"Shit!! Kereta akuuu!!" teriak Zack yang menahan geram kerana ditembak oleh musuh dari belakang. Peluru musuh itu pula hanya mengenai sisi kereta.

Sreetttttt..!!!

Tanpa sebarang isyarat, Aysar terus membuat pusingan U selepas mendapat maklum balas dari Mona.

"Cincau, tembakk!" arah Aysar yang sudah melawan arus. Dia cuma perlu berada dekat dengan kereta musuh itu sahaja.

"No, prob!" jawab Epul pada Aysar sambil menarik picu senjata apinya untuk bersedia melakukan tembakan.

"Bulan, ready! Aku nak kau back off slow!" arah Epul pada Zack agar mereka dapat mendekati musuh dengan jarak sedekat yang boleh.

"Alright!" jawab Zack yang mengerti.

Beberapa saat mereka berada betul-betul di sisi kereta itu. Dengan pantas Epul membuka tingkap, untuk fokus pada subjeknya. Akhirnya, dua butir peluru telah meluru laju membenamkan diri ke dalam tayar kanan kereta 4x4 itu.

Bangg!!

Bangg!!

Sreetttttttt..

Bangg!!

Bangg!!

Bangg!!

Bangg!!

Tembakan Epul yang tepat telah merencatkan pemanduan musuh. Menyebabkan mereka membalas tembakan dengan lebih agressif. Namun, segala tembakan mereka itu jauh tersasar kerana kereta Zack telah meluncur laju meninggalkan mereka.

Vroommmmmmm!!

Aysar yang melihat kereta musuh itu sudah sedikit hilang kawalan segera dia mendekati ia. Belum sempat dua orang lelaki bertopeng di dalam kereta itu mengacukan pistolnya, Aysar telah mengacukan senjatanya terlebih dahulu menyasarkan tembakan pada tingkap pemandu yang terbuka luas itu.

Bangg!!

Bangg!!

Tiap butir peluru itu tepat terkena pada bahu dan dada dua orang lelaki itu sekali gus terus melumpuhkan gerak-geri mereka.

Sreeetttttttt!!!

Kereta 4x4 berwarna hitam itu akhirnya terbabas dan berhenti di bahu jalan. Aysar menongkat kaki motorsikalnya sejenak untuk mengamati keadaan pihak musuh. Dia melemparkan sesuatu di atas kereta itu lalu bergerak pergi selepas yakin mereka tidak mungkin lagi boleh mengekori.

"Done!" ujar Aysar dengan sengih sinis. Meninggalkan musuh di belakang dengan kemenangan dan meninggalkan sekuntum bunga ros hitam sebagai jejak kerjaya gelapnya.

Masing-masing tertawa berpuas hati di atas penutup yang Aysar lakukan. Hanya mata dan mulut Nufail sahaja yang melopong luas bagaikan ianya tidak boleh dikatup lagi. Melihat mereka beraksi di dalam skrin monitor di depannya ini seperti tadi sangatlah mendebarkan jiwa dan mengeringkan aliran darah dalam tubuh. Perasaan Nufail bercelaru dibadai gemuruh. Terasa mati beberapa kali dek bunyi tembakan yang kedengaran jelas dalam earpiecenya. Dia terasa syukur kerana dirinya tidak berada di lapangan itu sebaliknya hanya duduk menanti khabar di dalam bilik rahsia ini!

Huuuu..

Asap vape perisa anggur itu keluar berkepul-kepul dari mulut Zack. Sudah menjadi rutin pula menyedut benda yang tidak berguna lagi tidak berfaedah ini dikala misi kerja mereka telah selesai dengan jayanya.

"Stoplah hisap benda ini, Zack!" jeling Aysar dari atas motornya pada Zack yang bersandar di sisi kereta. Terasa meluat pula apabila lubang hidungnya ini terpaksa ditadah untuk turut menghidu bau asap yang tidak semenggah itu.

"Ya, nanti kahwin aku stoplah! Aku janji!" jawab Zack dengan sengih.

"Siaplah kau, kalau mungkir!" ugut Aysar.

"Hehehe.. Eh, Aysar! Kau dah dengar cerita? Yang Eric dah balik?" soal Zack yang tiba-tiba teruja.

"Entah." jawab Aysar sepatah.

Tidak berminat. Namun, wajahnya terasa bahang.

"Ish, betul weh! Dia dah balik sini! Maknanya.. Kau tahu tidak apa maknanya? Maknanya.. dia akan ke kolej kitalah! Pergh, aku tidak boleh bayangkan macam mana dia sailang kau nanti! Hahahaha.." tawa Zack meledak tanpa isyarat.

Aysar menjeling tajam dengan riak dingin.

"Okay, fine! Kau tetap nombor syatuuuh! Kau jangan risau eh aku ini tetap penyokong tegar kau tahu!" kata Zack sambil menepuk bahu Aysar meski bibirnya masih mahu lagi menghamburkan tawa.

Aysar mencebik perlahan.

"Eric.." desis Aysar perlahan sambil menelan air liur yang terasa kelat. Sisa kenangan silam mereka itu laju berdesup mencelah di kotak fikiran. Masih mekar bersemadi di dalam jaga mahupun lena meski tahun sudah bersilih ganti..

Qaid tu punya tambah cerita. Pekat betul! Haha Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience