Tadom Hill Resort sebenarnya merupakan tapak bekas lombong yang terdapat di Banting. Konsep buluh dan alam semula jadi menjadi pilihan kepada pemilik sebenar Tadom Hill Resort ialah Dato Lai Yeng Fock.Tadom Hill Resort berjaya mencuri tumpuan ribuan pelawat saban minggu.Jadi disebabkan keunikan ini jugalah kami berempat memilih tempat ini sebagai tempat untuk kami berliburpada hari itu.
“Kau nak mandi pakai baju ni ke Illa?” aku menyoalnya disebabkan baju yang dia pakai macam kurang sesuai untuk aktiviti bermandi-manda nanti.
Jeans and blouse?Apa kejadahnya budak ni buang tabiat ke macam mana? Cara ini macam nak pergi shopping mall tengok wayang ja.
“Taklah, dekat sana aku tukarlah. Gila apa nak pakai macam ni. Maunya orang gelakkan aku kejap lagi.” Kami bertiga pun ketawa mendengar kata-kata Illa.
“Aku tahu kenapa dia pakai macam ni. Sebab dia tak nak baju dia kedut! Kan Illa?” sebenarnya kami semua dah faham karenah Illa ni.
Pantang baju tak bergosok. Semuanya nak perfect! Perfectionistlah katakan. Memang sesuai sangat dengan kerja dia dulu jadi PA kepada cik lawyer.
Tapi dululah. Sekarang dah berubah ke bidang pendidikan pulak tapi bukan cikgu ya anak-anak. Haha. Nanti mesti Illa marah aku sebab bagitahu dekat sini. Cheers Illa!
“Eh, kau dah terlepas lorong tadi! U-turn balik kat depan tu.” Ninia telah dilantik sebagai penunjuk arah berkata kepada Illa yang telah menjadi driver tak bertauliah kami pada hari tu.
Aku dengan Eyra tersedar dari lena yang tak berapa nak nyenyak.
“La, lorong pun kecik je ni. Memang patut dia letak signboard besar-besar alam supaya senang orang nampak. Aku u-turn dekat depan warung tulah. luas sikit kawasan.” Ninia hanya mengangguk sambil memandang Illa.
Sebenarnya dia pun masih mengantuk disebabkan semalam semuanya tidur agak lewat. Itu padahnya kalau bersembang sampai tak reti nak berhenti.
Biasalah perempuankan. Banyak benda nak disembangkan.
Kawasan itu agak redup bagi aku. Kiri kanan dihiasi ladang kelapa sawit. Malah jalan untuk masuk ke Tadom Hills masih jalan tanah merah. Lopak air juga kelihatan di satu dua bahagian jalan itu.
Lima minit jugalah Illa struggle untuk drive kereta kesayangannya masuk ke perkarangan Tadom Hill Resort dan akhirnya kami semua selamat tiba di pintu utama.
Hiasan dari pokok buluh menyambut kami berempat. Kelihatan sudah ramai yang tiba walaupun hari masih awal. Illa memilih tempat yang agak redup untuk parking keretanya.
“Oh, patutlah ramai! Geng askar ada Family Day. Meriahnya!” Eyra secara tak langsung telah memberikan jawapan kepada kami bertiga tentang kebanjiran umat manusia yang agak ramai di situ.
“Cepatlah jom!” Ninia memekak ditepi telinga aku.
Sengaja betul minah ni!
Aku sebenarnya tak minat sangat dengan aktiviti air ni.
Takut! Fobia! Pengalaman hampir lemas sewaktu kecil masih menghantui aku sampai sekarang. Sebab tu kalau diorang ni ajak aku pergi pulau jawapannya adalah tidak sama sekali!
Tukar tempat holiday atau aku tak akan join diorang. Itu je pilihan yang diorang ada.
Kadang- kadang terasa kejam tapi apa boleh buat. Kau tak akan enjoy kalau kau pergi dengan perasaan tanpa rela ke sesuatu tempat.
Itu je aku nak cakap.
Disebabkan tadi dah lambat gara-gara menunggu Eyra dengan Illa bersiap, jadinya breakfast kami berempat pada pagi itu adalah roti canai made by mamak yang jual dekat bawah Airbnb yang kitorang duduk tu jelah.
Semoga roti canai tu tak keras kejung. Perut aku dah berkriuk-kriuk meminta diisi jadi disebabkan perut yang tengah berbunyi maka aku pun mempercepatkan langkah menuju ke kaunter pendaftaran.
Iyalah dong setiap tempat mestilah kau kena daftar dulu.
“Aku bayar guna duit aku dulu. Nanti kita kira lain ok.” Macam biasa aku akan dahulukan duit aku dulu sebab malas nak lambatkan proses pembayaran di kaunter itu.
Masa itu emas ok!
Bayaran masuk ke sini hanyalah RM18 seorang dan tempat ini beroperasi pada pukul 10 pagi sehinggalah 6.45 petang. Selesai membuat pembayaran, kami berempat mula mencari tempat untuk kami duduk sepanjang hari ni.
“Ramai sangatlah sampai tak ada tempat langsung. Semua diorang conquer!” aku dah penat melilau mencari tempat duduk.
“Sini jelah.Teduh sikit.” Ninia mengajar kami bertiga untuk duduk di satu kawasan tempat duduk yang diperbuat daripada simen dan berbentuk melengkung sedikit.
“Ok, je sini teduh. Nanti barang-barang kita tutup dengan towel. Selamat sikit.” Eyra memberi cadangan.
Selesai mengisi perut, kami menunggu Illa bersiap pula.
Selepas itu kami terus bergerak menuju ke Tadom Groove. Di sini setiap pengunjung diwajibkan untuk memakai life jacket kalau kau nak mandi disitu.Walaupun kau tu pandai berenang, kau tetap kena pakai life jacket tu.
Aku pun mencari dan mencuba life jacket yang telah disediakan. Walaupun aku ni tak minat sangat tempat macam ni tapi disebabkan nak enjoy dengan kawan-kawan, makanya aku dengan tanpa rela mengikut jugak jejak mereka menuju ke tebing lombong itu.
Disitu terdapat satu petak buluh yang dibuat seakan rakit. First of all, sebelum basah mestilah kena wefie dulu! Upacara wajib kami berempat kemana sahaja kami pergi.
That’s normal gais.
Ketika itu aku hanya memasukkan kaki aku ke dalam air.
“Mea, kau turunlah dalam air. Takkan kau nak lepak situ je!” Illa menjerit memanggil aku.
“Tak pelah aku nak stay sini je. Aku takut!” Ya obviously aku takut tambah pulak aku tak tahu sedalam mana dasar tapak bekas lombong ni.
Kalau swimming pool tu lainlah. Aku nampak juga lantai dia tu. Ini dengan air yang keroh.
Haish! Sis tak kuat!
“Meh sini aku pegang kau. Slow-slow kau turun.” Dari situlah bermula bermacam-macam drama terjerit lah nak menangislah.
Walaupun aku tahu ada mata-mata yang memerhati tapi aku tak peduli sebab aku takut!
“Kejaplah! Aku takut! Eh kau janganlah tolak aku, Eyra! Ninia! Janganlah tarik aku!” dan bermacam-macam lagilah yang keluar dari bibir aku yang tak berapa mungil ni.
“Hahahahahaha! Yelah. Kau ni penakut sangat. Kan kau pakai life jacket tu. Tak kan lemas or tenggelam punyalah. Kau kena cool and relax. Jangan keras sangat badan tu. Buat biasa je.” Dan bermacam-macam jugalah ayat penenang yang keluar dari mulut diorang bertiga tu.
Walaupun aku ni penakut tapi aku tetap gagahkan diri untuk naik keatas rakit yang disediakan oleh pihak Tadom Hill Resort.
Tapi! Bukan akulah yang mendayungnya.Haha. Pendayung aku adalah Illa dan Eyra. Ninia pula ditugaskan untuk menolak rakit itu supaya jadi lebih laju.
Entahlah aku pun tak faham apa yang diorang buat sebab yang menjadi harapan aku saat itu cepatlah aku naik ke atas darat.
Selain rakit dan bermandi-manda disitu, terdapat juga aktiviti lain yang disediakan oleh mereka. Tadom base menawarkan aktiviti-aktiviti lasak tapi disebabkan kitorang tak main jadi tak payahlah aku nak cerita lebih-lebih ya.
Korang nak tahu boleh pergi ke website diorang. Selain itu, terdapat juga permainan lain yang disediakan oleh pihak Tadom Hill Resort; limbo, congkak, badminton, bola tampar, jenga gergasi, pingpong dan bola keranjang.
Kami berempat sempat bermain congkak dan pingpong sahaja dan untuk sesiapa yang nak pergi sana please try diorang punya aiskrim Malaysia.
Recommended by me!
Hampir setengah hari disitu, kami berempat bersetuju untuk meninggalkan Tadom Hill Resort.
“Aku lapar! Kita nak pergi mana dulu ni? Bundle ke makan dulu?” Ikut plan sepatutnya kitorang pergi bundle dulu then pergi karaoke sebab nak ambil yang lunch buffet.
“Mula-mula kita pergi solat dulu ye anak-anak. Lepas tu baru pergi karaoke. Lunch then baru fikir tempat selepas itu.” Illa memberi cadangan dan alhamdullilah diterima baik oleh kami bertiga.
Jadinya aku terpaksa makan apa saja makanan yang ada sajalah. Penat dan akhirnya aku terlelap seketika sementara menunggu Illa dan Eyra siap solat.
Aku dan Ninia hanya menunggu di dalam kereta. Cuti gais! Jangan buat-buat tak faham pulak.
Ingat aku dengan Ninia tak solat ke! Ceh korang ni!
“Sedap buat taik mata nampak budak berdua ni.” Aku terus terjaga bila terdengar suara Eyra.
“Penat dan lapar.” Mudah dan ringkas balasan dari aku.
Ninia masih tidur tanpa berkutik. Penat tolak rakit gamaknya.
“Ok, tuan-tuan dan puan-puan kita akan bergerak ke Neway ya. perut berkeroncong meminta makan oi. Ninia ooo Ninia. Bangunlah!” sengaja Illa mengacau Ninia yang tengah nyenyak tidur di belakangnya.
“Kesian dia penat tolak rakit tadi.” Eyra membalas dan disambut gelak tawa oleh aku dan Illa.
“Diam. Diam. Aku nak tidur dengan tenang.” Terkejut kami bertiga mendengar suara Ninia.
Jadi meletuslah gelak tawa dari kami bertiga dan mati-mati ingat dia memang dah tidur! Tidur tak sedar diri.Tapi rupanya masih sedar.
“Bestnya makanan dekat sini. Sedap-sedap. Dia buat macam Chinese style kan.” Eyra mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata aku.
“Memanglah. Kau tak tengok receptionist dia bangsa apa?” aku hanya tersengih sambil menikmati kek oren yang bagi aku not bad rasanya.
Sedap ke lapar sebenarnya ni? Hampir 3 jam kami berada ni situ. Lepas kenyang makan, menyanyilah sampai habis suara. Lapar balik? Keluar pulak pergi ambik makanan kat luar. Bosan makan? Menyanyi lagi sampai muntah! Entah berapa round setiap sorang dari kami keluar masuk bilik karaoke tu pun tak tahulah.
Selesai disitu, kami berempat berjalan-jalan disekitar 1 Utama shopping centre. Terasa lenguh kaki ni apabila menapak dari satu kedai ke satu kedai yang lain.
“Eh, Mea.Kalau tak salah aku tadi aku macam nampak Jebat lah.” Illa berbisik ke telinga aku disebabkan keadaan agak bising ketika itu.
“Ish, takkan kot. Tapi hari ni aku tak dapat text dia pun. Lagipun hari nikan Sabtu. Dia on air ‘Carta Mentari 40’.” Aku cuba menafikan apa yang Illa nampak.
“Carta Mentari 40 tu pukul 10 pagi sampai 2 petang sayang oi. Sekarang dah pukul 5 lebih. Tapi tadi macam ada perempuanlah dengan budak lelaki. Anak dia kot tapi tak perasan sangat muka budak tu.” Illa memandang aku dan aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Walaupun di dalam hati tetap tertanya-tanya. Perempuan? Siapakah dia? Kalau budak tu aku tahulah yang Jebat Zulkarnain memang ada seorang anak angkat. Nuh Iskandar.
“Jom gerak ke JBR Bundle. Tak sabar dah ni nak selongkar baju dengan seluar!” Ninia memandang aku dan aku hanya mengangguk tanda setuju.
“Kau tanyalah dia sendiri siapa perempuan tu kalau kau nak tahu. Dah tak payah fikir sangat. Jom!” Illa terus menarik tangan aku supaya aku bergerak dari kedudukan aku sebentar tadi.
Mungkin jelas terpancar diwajah yang aku sedang memikirkan hal sebentar tadi. Wajah aku ni tak boleh langsung nak menipu. Susah betul bila apa yang ada di dalam hati akan terpancar di wajah.
Aku hanya tersenyum nipis. Melangkah agak perlahan sambil memandang sekeliling dengan harapan dengan takdir Allah akan pertemukan kami disitu.
Sehingga ke tempat parking, masih tiada bayangan Jebat Zulkarnain akan muncul di depan aku.
“Kau ok tak Mea?” Eyra memandang aku.
Kini dia bertukar tempat dengan Ninia dihadapan dan dia di tempat penumpang bersama-sama dengan aku.
“Ok je. Don’t worry.” aku hanya cuba membuatkan diri aku sendiri yang tenang diketika itu bukan mereka bertiga.
Disepanjang perjalanan aku memilih untuk mendiamkan diri. Mereka bertiga juga tidak banyak bercakap mungkin memberi aku ruang untuk bertenang. Aku mengeluarkan telefon dan melihat tiada satu pun pesanan ringkas di Whatsapp yang datangnya daripada Jebat Zulkarnain. DM Instagram juga masih belum berbalas.
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel