Rate

Prolog

Romance Series 1805

Pagi -pagi lagi aku dah kena menghadap pulak muka tua lagi berkedut cikgu disiplin ni lahai.

“Masalah apa pulak kamu bawa kat cikgu lagi ni Hurin haa? Tak serik ke famous sebab muka kamu selalu kat depan sekali setiap perhimpuan tu?” Suara yang aku dapati sangat annoying sekali abad ini menyapa gegendang telinga.

“Saya tak buat salahlah cikgu,diorang yang kacau saya.Tarik-tarik beg dan tudung saya.Diorang tu pembuli memang patut pun itu makan dia.” Aku tak betah menadah telinga pun menjawab pertahankan diri.

Orang sebelah memang kerja diam je la kan jadi tunggul.

“Tapi,KP kita ni nampak macam awak pula yang membuli diorang.Yang awak dah naik tangan dan kaki kat budak-budak tingkatan 4 tu.Awak dah tahun akhir dah kat sini,Hurin. Cuba jaga sikit disiplin tu.Saya pun penat dahla nak denda muka awak seorang je.Awak ingat sikap macam nib oleh majukan diri awak dan berjaya ke?”

“Awak pandai memang tak boleh dinafikan lagi Hurin,tapi sayang.Rekod disiplin awak ni buruk macam tu je.SPM awak pun ada 6 bulan je lagi.Tolonglah,Hurin.Cikgu merayu sangat-sangat jagalah disiplin dan peribadi awak dalam masa 6 bulan akhir ni.”

Budak lelaki kemas bersuit pakaian pengawas di sebelah tiba-tiba mencelah.

“Cikgu,saya minta diri dulu ya sementara cikgu nak ceramahkan budak bertuah ni.”Perlahan je sopan je suara di ani minta kena pelangkung.

“Awak tak payah nak ke mana-mana ya.Sebagai rakan kelas,awak patut ingatkan juga Hurin ni mana yang baik mana yang tidak.”

“Tapi cikgu,dia kan dah 17.Dah boleh jadi bini orang dah.”

‘Eeh budak ni.Aku offer silat gayung aku kang.’

“Cikgu tak kira, lepasni apa-apa salah Hurin dengan kamu-kamu sekali cikgu cari.”Cikgu Sarah betulkan letak cermin mata petaknya.
“Sebagai guru disiplin,memang cikgu kena catat nama kamu Hurin sebab nanti takut nama cikgu naik dalam group parents.Tapi,sebagai guru kelas cikgu jujur kecewa.Kamu pelajar cemerlang jadi you should know how to act like one at least macam KP kita.And you too, our KP. Tengokkan Hurin as your fellow friend too.That’s it all from me.Balik kelas dan fokus belajr baik-baik.” Sempat dengar keluhan panjang Cikgu Sarah semasa dia membelakangkan kami untuk sambung pekerjaannya yang tergendala diganggu kami.

Sebenarnya mamat sebelah ni je.Kalau bukan sebab dia takdenya aku sesat sama dalam situasi ni.Tak berlengah,aku buka Langkah dulu cepat cepat keluar dari bilik yang buat aku tak cukup nafas tu.

“Dah tak memasal aku kena jadi bodyguard kau ek.” Suara sinis memerli dari belakang tu malas aku nak layan.

“Eh Nurin,jangan buat dek je ea kau.Dah salah minta maaf takde apa pun takde.”

“Siapa Nurin sia? Nama aku pun kau salah lagi ada hati nak tegur aku.” Aku bagi side-eye satu kali.

“Eh suka hati aku lah nak panggil kau Nurin ke Hurin ke,mulut aku ke mulut kau?”

“Kau dendam dengan aku tak pernah nak habiskan? Siapa suruh kau tu lembab. Tengok aku,banyak main pun boleh maintain nombor 1 dalam batch setiap kali periksa.Dahlah pendek.” Sengaja aku panaskan telling si terpaling Ketua Pelajar seorang ni.

Tapi kalau ikutkan,betul je semua statement yang aku main sembur tu,Ujian penggal lepas aku masih nombor 1 dan dia nombor 2.Ketinggian pulak? Haah budak ni terbantut agaknya.Pendek dari aku yang buat malu je.

“Bukan aku yang pendek,kau yang hantu galah!” Geram sungguh dah hati lelakinya itu.Tercabar ya dikutuk pendek.

“Kau tunggulah,dah habis belajar nanti kita tengok siapa yang pendek masa tu.” Laju-laju dia atur langkah kaki pendek dia tu mendahului.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience