23

Romance Completed 132660

Hana membisu di kubikelnya, cuba untuk turut menyibukkan diri. Entah apa anginnya, terasa lain suasana di seluruh aras itu hari ini.

Azleen yang ditegur pagi tadi tidak membalas, malah dia sibuk ke sana ke mari tanpa mempedulikan Hana seperti selalu. Hanya setelah hampir waktu makan tengah hari Azleen sempat duduk di meja kerjanya.

"Leen, jom lunch?" Hana cuba mempelawa Azleen untuk makan bersama.

"Pergi jelah dulu." Azleen menjawab pendek sambil matanya masih melekat di skrin komputer. Langsung tidak ada riak.

"Ok." Hana akur dengan penolakkan Azleen.

Staf yang lain sudah berpusu-pusu keluar dari ruangan pejabat. Hana berjalan sendiri untuk ke kafeteria.

"Aku ada buat salah ke?" bisik Hana pada diri sendiri.

Bimbang kalau-kalau dia ada tersilap bicara dengan Azleen sehingga gadis itu bersikap agak dingin dengannya.

Sampai di kafeteria, suasana agak riuh dengan pekerja-pekerja yang ingin mula makan tengah hari. Tiba sahaja Hana ke situ, terlihat sekumpulan pekerja wanita merenung ke arahnya dengan renungan agak tajam.

Hana menghadiahkan senyum, tetapi tidak berbalas. Malah mereka kembali berbisik sesama mereka. Dahi Hana berkerut aneh. Ada yang tak kena dengan penampilannya hari ini kah?

Hana cuba untuk tidak berfikir panjang, kakinya terus menuju ke arah lauk-pauk yang dihidangkan. Selesai memilih makanan dan membayar, Hana tercari-cari tempat duduk kosong.

Mujur ada sebuah meja panjang yang diduduki sepasang pekerja lelaki dan perempuan yang masih kosong di sebelah mereka. Hana terus duduk tanpa menghiraukan pandangan manusia-manusia lain terhadapnya.

Sambil menundukkan pandangan, Hana mula menjamu selera. Hanya beberapa suap yang lalu di tekak. Dalam pada itu, kelihatan Azleen masuk ke kafeteria bersama Qistina dan seorang lagi staf.

Pandangan Hana dan Azleen berlaga sebentar. Laju sahaja Azleen mengalih mata. Hana tertanya sendiri. Mimpi apa Azleen lunch bersama Qistina? Selalunya mereka tidak serapat itu.

Hana cuba membuang fikiran negatif yang bertandang. Mungkin Azleen sudah ingin berbaik dengan Qistina. Nasi di dalam pinggan masih berbaki, namun Hana sudah putus selera. Lebih baik dia segera pergi dari situ. Mata-mata yang asyik memandang dia membuat dada Hana sesak.

Hana memicit-micit kepala yang berdenyut. Dikirakan setelah makan, dia akan lebih bertenaga, malah tekaknya loya pula.

Mujur Hana ada membawa ubat yang diberikan doktor. Plastik ubat dari dalam beg tangan dicapai, dan Hana ingin bangun untuk ke pantri.

Langkah Hana terhenti di dekat pintu masuk pantri. Ada suara yang sedang bercakap-cakap. Paling membuat Hana kaget apabila namanya disebut.

"Serius lah ini Hana?" ujar satu suara yang amat dikenali Hana. Azleen.

Hana terpaku di situ. Dalam bangunan ini hanya dia seorang yang bernama Hana. Dia yakin itu nama yang didengari.

"Tengoklah ni. Main peluk-peluk siap. Eii, tak malu ke dia?" satu suara lagi menyambut.

"Entah. Kat office aku nampak dia baik je. Tak sangka kaki kebas laki orang."

"Tu lah wei, dengan bos sendiri pulak tu! Tak faham aku jenis pompuan macam ni. Dah tahu lelaki tu dah berbini pun berani lagi nak try."

"Tak sangka aku. Selama ni aku ingat dia baik." tutur Azleen perlahan.

Hana terpempan. Mulutnya ditekup. Dia terasa dengan tuduhan yang dilemparkan. Tepat mengenai batang hidungnya.

"Kalau laki aku lah ni, aku ganyang kat office jugak si Hana ni. Geramnya aku!"

"Ehem!" suara Qistina membelah suasana.

"Sedap mengendap?" soal Qistina agak kuat sehinggakan Azleen juga teperasan.

Hana senyap, kini ketiga-tiga mata sedang tertumpu ke arahnya.

"Oh, si perampas ni rupanya!" suara yang tadi bersama Azleen menegur tidak bertapis.

Sarah, antara pekerja yang lebih kurang laser mulutnya seperti Azleen.

"Haah la. Dari tadi dia tercegat kat sini. Korang tak perasan ke?" Qistina berpeluk tubuh. Puas hati melihat Hana yang menekur memandang lantai.

Perasaan malu, takut mula menguasai diri Hana. Serta merta dia merasa lemah di situ. Plastik ubat di tangan digenggam erat, menahan getar hebat di jiwa.

"Satu office dah tahu la perangai kau! Tak sangka aku, selama ni aku ingat kau ni baik. Rupa-rupanya kau ada skandal dengan bos sendiri." Kali ini Azleen pula buka mulut.

Menyampah pula melihat wajah Hana yang ibarat tidak bersalah.

"A-apa kau cakap ni Leen? Aku tak faham." Hana terketar-ketar mendengar tuduhan yang dilemparkan.

"Tak faham ke buat-buat tak faham? Kita orang dah tengok la video kau dengan bos! Dah viral tahu tak?! memang kau perempuan dalam video tu!" tengking Sarah.

"Video apa ni?? Leen aku tak faham.." Hana buntu ditengah-tengah mereka.

"Ish, tunjuk la kat dia video tu Sarah! buat-buat tak tahu pulak." arah Qistina.

Akhirnya satu pejabat tahu akan perangai sebenar Atilia Hana. Baru dia puas hati.

Sarah membuka video yang tadi ditonton bersama Azleen. Ditala skrin telefon bimbitnya ke arah Hana. Terkedu gadis itu.

Gelagat Hana dan Hazim di sebuah kafe tempoh hari dirakam dari jauh. Seingat Hana, waktu itu Hazim sedang memujuknya selepas mereka bergaduh. Dan aksi Hazim memeluk di di situ ternyata dirakam.

"Dah ingat ke? Pandai kau sembunyikan perangai buruk kau kan? Tak sangka kau macam ni ye, Hana. Selama ni aku bodoh sebab percayakan kau!" Azleen melemparkan pandangan tidak percaya.

Hana menggeleng-geleng kepala. Tubir mata sudah mula banjir, bagaimana dia mahu menjelaskan semuanya?

"Tak, bukan macam tu. Kau dah salah faham! aku bukan perampas!" terkial-kial Hana membela diri.

"Bukti dah depan mata lah! Haa, tu Cik Mona datang." Qistina melambai ke arah yang dimaksudkan. Kebetulan.

Semua mata tertumpu ke arah kehadiran Mona Ellisa yang secara mengejut itu. Masing-masing diam menanti reaksi Mona dan juga Hana yang sedang bertentangan mata.

Hana sudah tidak senang duduk. Apa lagi yang dia harus hadapi? Ke mana hendak dia lari?

Ya Allah, aku mahu lenyap dari sini. Bantu aku Ya Allah.

"Wow. Look who's here." Mona menegur sinis.

"Jawab lah kau dengan Cik Mona sendiri." bisik Qistina.

"Berani kau jejak kaki kat sini lagi eh perempuan?! Memang tak tahu malu."

.
.

"Stop meeting her or i will make you do so. Kalau you tak pecat dia, i sendiri yang akan halau dia dari situ!"

Kata-kata Mona pagi tadi masih cuba dicerna Hazim. Ligat jemarinya memutarkan pen, memikir-mikir akan sejauh mana Mona bakal bertindak.

Selepas kejadian Mona menyerang Hana, Hazim tidak akan lagi memandang enteng setiap ugutan Mona. Terasa Hazim seperti dikongkong isteri sendiri.

Hazim menarik nafas berat sambil cuba memejam mata. Fikirannya terganggu apabila terdengar bunyi bising dari luar bilik pejabatnya. Tidak lama kemudian, Yusra muncul setelah mengetuk pintu.

"Encik Hazim, we got a situation at accounting level. Cik Mona ada kat sana." serius wajah Yusra memberitahu.

"What the —" Hazim bingkas bangun dari kerusinya yang empuk.

Bala apa lagi kali ini.

Sesampainya dia ke aras bawah, suara Mona menyapa telinganya. Hazim bergumam perlahan. Mampus!

Sekumpulan manusia yang sedang berkerumun dekat pantri dihampiri. Hazim mencelah antara perkerja-pekerja di situ.

Mona sedang menengking Hana yang mengesat-ngesat airmata.

"Mona!"

"There you go! datang sini nak bela perempuan ni ke?" Hazim menarik Mona menjauhi Hana.

"Buat apa datang sini?" mata Hazim menikam ke arah Mona meminta penjelasan.

"Datang nak pecat dia! You susah sangat nak halau dia kan? biar i yang buat!"

"No, please la Mona. This is my goddamn office!"

"I know! Tapi dia ni jalang! And you, i told you apa i akan buat! You simpan dia kat sini lagi buat apa?!"

"Hoi pompuan! Kau blah je la dari sini! Tak malu ke, perampas!!" Mona tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Janji kemarahan dia dilepaskan.

Kepala Hana makin menyucuk-nyucuk. Cuba menahan makian dan pandangan seisi pejabat terhadapnya. Mata dihalakan ke arah Hazim untuk meminta pertolongan.

Hazim hanya menggeleng, memberi isyarat supaya dia pergi dari situ. Luluh hati Hana, maruahnya ibarat dipijak-pijak di hadapan orang ramai.

'Sampai hati abang!'

Segala suara-suara sumbang ditelan pahit. Seperti dia yang paling bersalah dalam situasi itu. Insan yang diharapkan dapat melindungi, langsung tidak mencuba untuk membela.

Hana berlari meninggalkan semua yang ada di situ. Nanar dia mencari jalan ke arah tandas. Dengan kesihatan yang semakin merosot, Hana tidak kuat.

Masuk sahaja ke bilik air, Hana melepaskan tangisan sekuat-kuatnya. Lemah seluruh tubuh, menahan sakit si hati. Kenapa berkali-kali dia masih membiarkan diri disakiti sebegini?

Tangan yang masih memegang plastik ubat diramas-ramas, lalu plastik itu dilempar ke dalam sinki. Hana meraup wajah yang sudah basah dengan air mata.

'Bodoh! kau bodoh Hana!'

Dalam keadaan dia terhinjut-hinjut menangis, kepalanya berpusing hebat. Hana cuba menahan tubuh yang ketar di sinki.

Suatu cecair hangat sirasakan meleleh dari hidungnya. Wajah diangkat untuk melihat ke arah cermin. Hana semakin gementar.

Cecair merah yang mengalir dari hidungnya dikesat dengan tangan. Makin kuat dia menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience