14

Drama Completed 10559

Aku sudah dibenarkan pulang ke rumah.ibu mengambil ku hospital. jemu rasanya berada disitu. hampir seminggu aku berkampung di hospital,otot ku sudah kejang. lega rasanya apa bila melihat bumbung rumah. ibu memimpin aku naik ke atas.rindu aku pada bilik ku, rindu pada katil ku lebilih lebih lagi pemilik bantal disebelah tempat tidurku.
"anisa rehat dulu ya..ibu nak masak sekejap.aku mengangguk.aku pusing ke kiri tidak kena pusing ke kanan tidak kena. aku mengadap kipas yang tergantung disyiling.gerakan kipas itu membuatkan aku khayal lalu terlena.dalam lena ku aku bertemu dengan arash. kami ke satu tempat yang begitu indah. tidak aku tahu ia dimana. bersama kami ada seorang anak kecil yang didukung arash.kami tampak bahagia. tapi kebahagiaan itu tidak lama, iyan hilang meninggalkan aku bersama anak kecil itu.puas aku memanggil tapi kedengaran suara arash sayup sayup. aku menangis.
"sayang, sayang"aku terjaga. airmataku di seka lelaki itu.
"sayang, kenapa nangis ni"soalnya.apakah aku bermimpi.aku merenung tubuh itu.
"suami sendiri dah tak kenal ke"soalnya.aku menampar pipiku.sakit
"kenapa ni.. mamai ke"dia tertawa
"ibu.. ibu.. "panggil ku. ibu datang kebilikku kalut
"ada apa anisa.. kenapa sakit ke.. kat mana"soal ibu.ibu memeriksa badanku. kelibat itu masih disitu.
"ibu.. tu"aku menunjuk ibu akan susuk tubuh yang menyerupai arash.di tepuk bahu kelibat itu
"sakit la ibu"rengeknya
"yang iyan usik anisa tu kenapa"marah ibu
"bila iyan usik anisa, dia yang pelik sendiri"jelasnya
"iyan..iyan dah balik"soalku teruja
"ya sayang..iyan dah balik"didepangkan tangannya. aku melompat ke dalam pelukannya.terasa hangat pelukan itu. airmata ku berderai.
"anisa rindu iyan"luah ku
"iyan pun rindu sayang"di kucup dahiku.
"ermmm.. malas ibu layan koran berdua ni"ibu keluar.pintu bilik kami di tutup. aku memegang pipinya. sedikit cengkung.Sungguh aku rindu dia Ya Allah.
"sayang...sayang sihat?" kerusi belajar ditariknya. aku duduk disitu. ada melutut didepan ku mengusap perutku yang sedikit membuncit.
"sihat...anisa rindu iyan"tangisku berderai lagi.
"iyang pun rindu sayang dengan baby.."kepalanya diletakkan diribaanku. rambutnya yang ikal aku usap lembut.
"bila balik.. "arash mendongak memandang ku.
"dah tiga hari"kaki ku yang membengkak diurutnya
"kenapa tak pergi hospital tengok anisa"rajukku.dah balik tiga hari, boleh dia tak tengok aku dekat hospital. dia tak rindu aku ke. dia dah meluat dengan aku ke. ke dia dah ada orang lain.. arghhhhh..
"iyan kena urus hal sekolah, kan iyan dah boleh pergi sekolah, lagipun siasatan polis belum habis lagi"jelasnya.aku diam.
"ibu kata sayang tak nak makan, kenapa macam tu kesian baby.. kan baby kan.. ummi teruk tau"usiknya.aku hanya diam.aku biarkan dia berbicara.
"kenapa ni.. tak nak jumpa iyan dah ke apa ni"rungutnya.mata yang redup itu aku tenung.
"anisa rindu iyan.. rindu sangat.. anisa nak tengok iyan puas puas..iyan mesti sedih kan, semua ni iyan tanggung soran sorang, anisa... tak berguna"luah rasa bersalah ku.
"tak.. tak.. sayang la penguat semangat iyan. klau sayang takde tak tahu apa nak jadi pada iyan.."telapak tangan ku diletakkan ke pipinya.
"iyan sayang anisa.. sayang sangat sangat.."ujarnya

"amboi senyum panjang kau hari ni"usik syirah.
"ye lah cinta aku dah ada"aku merangkul lengannya.arash mengucup ubun ubun ku.
"arash kau suruh qayyum masuk pinang aku cepat cepat tau"ujar syirah.arash mengangguk
"amboi"balasku.
"arash...arash sihat.. kenapa kurus sangat ni.. "rengek farah.di pegang kedua belah pipi arash dengan manja. arash menepis tangan gadis itu dengan kasar.dia bersandar pada tingkap. dibelai jari jemari ku lembut. aku hanya tersenyum.mulut syirah terkumat kamit melepaskan makian.
"babe.. farah risau tau bila tahu arash kena lokap"dia memeluk arash.kami tersentak dengan tindakan farah. arash cuba melepaskan pelukan farah tapi rangkulannya makin kemas.aku... dah tentu mendidih.
"kau kalau tak de rasa malu sekali pun kau hormat la isteri dia dekat sebelah"marah syirah.
"mana wife dia.. ni.. isteri singgahan saja.. tak perlu nak dimuliakan sangat lah"di letakkan kepalanya dibahu arash.
"apa ni farah.. "marah arash
"farah rindu arash"aku rasa seperti mahu melepas buah keras yang aku genggam dari tadi
"ok ok kita sembang dekat luar"pujuk arash. farah akur dia bangun dan membaiki skirtnya. arash keluar dengan amarah. mereka bersembang dikoridor. aku dan syirah hanya memerhati.dari raut wajah arash dia nampak tegang
"kau rasa laki kau cakap apa"soal syirah
"entah aku tak tahu"aku memerhati mereka
"aku rasa kan... aku tak nak tengok muka kau lagi perempuan murah.. lepas tu si diva... arash please jangan tinggalkan farah.. farah sayang arash.. laki kau.. ah aku sudah bahagia dengan hajar..kau jangan aku lagi.. perempuan murah.. si diva.. arash.. arash jangan tinggalkan diva.. oh tidakkk"aku memerhati lakonan syirah tertawa terbahak bahak.
"arashhh"tempik farah. aku dan syirah menoleh. arash kembali dengan sebuah senyuman.gadis itu berlalu pergi.

Spm.. alahan ku semakin teruk. aku menjawab soalan peperiksaan di bilik rawatan ditemani sir rahimi dan pengawas peperiksaan. rasa mual kerap datang. setiap soalan aku cuba memjawab sebaik mungkin.
"sayang..macam mana..boleh jawab"arash mendapatkan ku setelah tamat menjawab soalan. kepala ku diurut lembut. sir rahimi meninggalkan kami.
"alhamdulillah boleh buat semua, anisa cuma risau sejarah sekejap lagi"aku mengeluh.
"InsyaAllah sayang boleh buat.. kan buat kan baby."dicium perutku. mataku tertangkap pada bekas pensil kami. aku rapatkan bekas pensil kami.terpampang gambar tangan yang bertaut. aku menoleh ke arah arash yang sedang membaca nota. pahanya aku kuis lembut.
"ada apa sayang"ujarnya lembut. aku muncungkan mulutku kearah bekas pensil kami.dia tunduk kembali membaca nota.
"apa tu"soalku
"gambar tangan sayang"senyumnya.tangannya mengusap kepala ku.
"tahu... tapi apa maksu dia"tangan ku dipegang seperti didalam gambar.
"jadi"soal ku.
"bekas pensil ni custome made.. iyan tempah khas"ujarnya
"tu.. A.S dengan H.A tu apa"soal ku
"Arash Sufiyan dan Hajar Anisa"ujarnya
"ooo.. iyan tipu zara la sebelum ni la.. amerika syarikat la apa la"seloroh ku.Arash tertawa.

Disebabkan kami menduduki peperiksaan spm,arash cuti dari kerjanya.kami membuat ulang kaji bersama.
"iyan pakai apa ni"tegurku..hidung ku kukepit. terasa ingin muntah
"minyak atar.. tadi disurau ada orang bagi test minyak atar yang di jual.. iyan try la.. bestkan bau dia"aku bingkas bangun dari kerusi dan berlari ke bilik air. arash kalut
"jangan datang"pinta ku
"anisa kenapa"soal ibu.
"entah.. dia tanya iyan pakai apa lepas tu dia muntah muntah"risaunya.ibu tertawa
"dia alah minyak atar la tu"ujar ibu
"tapi wangi kan"dia mencium bajunya
"ia bagi kita wangi tapi bagi anisa.. "
"busuk"tempikku.ibu tertawa
"dah salin baju letak terus dalam mesin."suruh ibu. arash mengikut saja.aku keluar dari bilik air dengan keletihan kerana semua isi perut ku sudah keluar. ibu menyapu minyak angin di kepalaku. terasa sedikit lega. aku berbaring disofa.iyan mengangkat kepalaku lalu diletakkan diribaannya.bau badannya amat menenangkan. aku menghidu ketiaknya. ermmmm.... tenangnya. arash terkejut. dia mengalihkan tangannya tapi aku tarik kembali dan aku hidu aroma dari ketiaknya.
"ayong...agak agak la kalau nak bermanja pun.. kami ni single lagi tau"tegur qayyum
"angah apa tahu"marahku
"orang mengandung memang macam ni.. pelik pelik..ibu dulu mengandungkan iyan suka cium bau pemadam..ibu gosok pemadam bagi hangat lepas tu cium.. nikmatnya"tawa ibu lagi
"pelik pelik la orang mengandung ni"ujar qayyum.
"kalau macam tu tak payah kawin.. membujang sampai tua"seloroh ku. qayyum menjeling.
"korang daj kawin korang tahu la.. jangan tahu nak buat anak je...penat isteri waktu mengandung pun kena amik perhatian"tegur ibu
"hah dengar tu"bisik ku pada arash.
"ye sayang"dia menarik hidungku
"angah,nak cium ketiak adik"redza bangun dan meletakkan ketiak nya ke hidung qayyum. qayyum mengelupur. kami tertawa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience