“Beri yang awak sendiri buat.”Permintaan itu kedengaran ringkas.Pesanan diambil lalu gadis itu menuju kearah kaunter dan masuk kebahagian dapur.Lima minit menanti akhirnya kopi dipesan muncul tapi kali ini yang menghidangkan pelayan lain bukan sang gadis yang mulanya mengambil pesanannya.
“Tunggu!”Lelaki itu tiba-tiba bersuara.Nadanya juga ditekan hingga pelayan yang menghantar kopi itu cuba mententeramkan hatinya.Dia menghampiri meja itu.
“Siapa bancuh kopi ni?”Nadanya tiba-tiba jadi tegas.Pelayan didepannya mula kecut perut.
“Saya.”Sahut suara itu tiba-tiba.Syarif Ilham memandang pada empunya suara yang menjawabnya.Anak matanya merenung tajam pada Zulfa.
Zulfa menghampiri Syarif Ilham bila anak matanya juga dengan berani bertentang mata dengan lelaki itu.
“Good.Kopi ni tidak mengecewakan saya.”Nada angkuh tergambar pada kata-katanya.
“Kalau kopi itu tidak mengecewakan encik kenapa tiba-tiba bersuara dengan nada kasar?”Balas Zulfa berani bila rasa berani itu sebenarnya dipaksa.Syarif Ilham tersengih melihat keberanian Zulfa.‘Not bad.’Bisik hatinya.
“I mark you.”Hanya kata-kata balas itu yang terpacul dari bibir Syarif Ilham hingga menghadirkan kerutan tanda tanya diwajah Zulfa.
Mengingat kembali pertemuannya dengan Zulfa membuatkan senyuman terukir dibibirnya.Adakah Zulfa memang sudah ditakdirkan untuk menjadi pendamping hidupnya.Hanya kerana kopi buatan Zulfa berjaya mencairkan hatinya yang sebeku ais dalam soal cinta.Sungguh baginya itu satu perjumpaan yang unik dalam hidup Syarif Ilham.
Rasa kopi buatan Zulfa juga mengingatkannya pada arwah isteri yang telah tiada.Rasa kopi itu persis seperti buatan Zulaikha.Adakah cintanya memang ditakdirkan hadir pada secebis rasa dalam kopi.Dan kerana kopi itu dia pilih Zulfa.
Nada keluhan terbit dibibir Zulfa.Amerah disisi menyiku lengannya.Zulfa alihkan pandangan pada Amerah.Keluhan terlepas lagi.
Share this novel