CHAP 38

Romance Series 74213

"So, lelaki Zayhar ni adalah lelaki yang paling awal berkenalan dengan Anya zaman universiti dulu? " soal Bahr disebalik panggilan. "A ah. kau janganlah cemburu buta pula. Anya dan Zayhar tu kawan baik sebelum dia kenal kita berdua tau. Mereka rapat dulu sebelum kita. " kata Becky.

"Tapi, kau tak pelik ke? Kenapa tiba-tiba jantan ni muncul? " soal Bahr. "Dengar cerita.. Zahin dan Zayhar ni adik-beradik angkat. Waktu bercuti di Bali, Zahin up status tu yang dia terkejut nampak Anya. " kata Becky. "Aku tak kira.. dia supisicous sangat. " kata Bahr.

"Ada lagi benda yang aku nak kau tahu. " kata Becky. "Apa dia? " soal Bahr. "Idlan dah keluar penjara. Dia ada bertemu dengan aku dan Zahin. " kata Becky.

"Whatt?!! " teriak Bahr. "Aku dah bagi amaran dekat dia. Selagi dia tak buat apa-apa yang bodoh, aku biarkan. Dan, kalau boleh.. kita rahsiakan dulu perkara ini daripada Anya. Kau tu, bila nak balik? " soal Becky.

Bahr hanya senyum di sebalik telefon. "Kau jagakan Anya untuk aku ye." kata Bahr. "Sentiasa.." kata Becky.
***
"Ma.. malam ni nak Anya temankan lagi ke? "soal Anya sedang menemai ibu Bahr sarapan. "Kalau boleh nak hari-hari, tapi.. yalah.. takpe, malam ni Anya balik je dekat rumah Bahr ya. Lagipun, malam ni Mama nak pergi rumah Becky. " kata Mama Bahr.

Ketika Anya sedang memandu ke butik, masuk panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya. "Hello, Anya speaking. " ramah Anya, mungkin pelanggannya.

"Anya.. hai." kata suara garau itu. "Zay.. " kata Anya. "Kita belum bertemu dengan betul kan? I miss you, Anya.. " kata Zay. Terdiam Anya disebalik panggilan. Siapa sahaja tidak merindukan persahabatan mereka.

"Sama lah. Anya rindu Zay, rasanya banyak yang kita nak borakkan. Kenapa tinggalkan Anya macam tu je dulu.. Tanpa khabar. " kata Anya. "You miss me as what, Anya? " soal Zayhar. "Of course as my brother, my good friend. " kata Anya, senyum gembira.

"Not as lovers, because I miss you like that Anya." kata Zayhar. Terdiam Anya, dia tidak pernah terlintas untuk memikirkan begitu. "Bila Anya free? " soal Zayhar. "Nanti ada masa, kita jumpa ye. " kata Anya.
***
Sherry diam mendengar perbualan antara Anya dan dia pasti itu Zayhar. Sherry hanya tersenyum sinis, nampaknya Zayhar sudah memulakan permainannya. Tiba-tiba panggilan masuk menandakan Zayhar menghubunginya.

"Now.. Plan B. " kata Zayhar. Sherry tersenyum, "bagi kau kunci butik dan kau nak buat Anya jatuh cinta dengan kau? Kau rasa-rasa Anya nak ke? " soal Sherry. Zayhar hanya ketawa. "Itu aku tak perlu risau. Aku tinggal spike je minuman dia. Dan, tu dah jadi kerja kau. Tapi, tu.. lama lagi.. tunggu dia betul-betul percaya dekat aku. Ni, bila Bahr tak guna tu nak balik sini? " soal Zayhar.

"Dia kata lusa dia balik lah. " kata Sherry..
***
Anya sedang berendam di bath tub. Memikirkan tentang ajakan Zayhar. Anya sedikit mengeluh sambil merenung jarinya, cincin yang bertakhta berlian, entah berapa karat.

"Aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki sebelum ni, kalau pun dulu dengan Zahin, mesti ada Becky teman. Tapi tu dulu.. sekarang, kau dah ada status.. Isteri. Isteri orang. " kata Anya.

"Bila lah agaknya Bahr nak ceraikan aku erk?" soal Anya. Dia yakin apabila Bahr dan Sherry berkahwin, automatik mereka akan bercerai. Tapi bila, dia pun kurang pasti.

Anya sedang melihat baju kemeja Bahr di wardrobe walk-in. Ya, mereka berkongsi wardrobe yang sama. Anya terpandangkan baju kemeja hitam milik Bahr.

"Ahh.. lama lagi dia nak balik tu. " kata Anya, dia selesa memakai baju Bahr dulu. Anya terus memakai baju kemeja milik Bahr. Dia sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Anya mendengar bunyi seakan ada pintu yang dibuka. Firasatnya mungkin Becky kerana Becky juga mempunyai kunci di rumah ini. Anya berlari keluar.. dia senang ada kawannya malam ini.

"Becky... " terkedu Anya.. Bukan Becky, tetapi..

"Hello my wife.. and " perkataan itu tidak dapat diteruskan oleh Bahr. Terkejut dia melihat penampilan Anya malam ini. Bahr mendekatinya, dan Anya pula seakan terlekat di lantai tersebut. Dia malu penampilannha sekarang.

"Don't you think.. This is the prefect time for us to do our responsible as wife and husband? " bisik Bahr.

stay tuned

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience