Episode 30

Adventure Series 25852

Episode 30- eyka_aqua

Hari perayaan,

Walaupun sudah pagi tetapi suasana gelap seperti malam. Penuh cahaya yang warna-warni. Pagi ini tiada salji yang turun dari langit tetapi tanah sudah dipenuhi dengan salji.

Jam menujukkan pukul 5 pagi, mereka semua sudah berkumpul di hadapan pagar sekolah. Arsh, Zulian, Las, Sabrina, Cashen, serta Cikgu Bess sudah memakai baju yang bergaya dan sesuai dengan cuaca salji.

"Cantik sungguh pakaian kalian!" Puji Avira sambil mengusap rambut kuningnya yang sedikit serabai ke belakang.

########################

Untuk pengetahuan mereka yang tidak membaca novel khas untuk perayaan ini, Arsh dan kawan-kawan mendapat kawan baru yang datang dari planet lain yang bernama Glen, Ailan, Shierly, Hiran, Niklas, Ciaran Nikita, Avira, Dietrich dan Kolina yang datang dari planet yang digelar Ghais Lavanark berjuta-juta kilometer cahaya jauh dari planet Aqua.

Disini tidak akan diterangkan sepenuhnya tentang mereka.

#########################

"Pakaian kau sungguh comel!" Kata Shierly sambil memusing-musing mengelilingi Zulian serta Sabrina.

"Arsh! Baju kau memang sungguh cantik! Benar-benar menyerlah ketampananmu." Ujar Shierly lagi sambil memandang Arsh yang bersandar si sebelah dinding sambil menyilang tangan sambil memejam mata.

"Hurm? Kau cakap sesuatu ke?" Arsh terpinga-pinga.

"Dia kata kau buruk." Ujar Las mengusik.

Rambut Las berbeza dari rambutnya yang sebelum ini yang terpacak tetapi kali ini rambutnya cukup cantik dan kemas walaupun masih ada bahagian belakang terpacak sedikit.

"Hei? Kenapa kau memakai penutup mulut?" Tanya Nikita yang tiba-tiba muncul di tepi Las.

Las memandang Nikita yang berambut hitam dan sungguh cantik warnanya.

"Rahsia." Ujar Las sambil mengusap lembut kepala Nikita.

"Hei!" Kolina menarik tubuh Nikita jauh dari Las.

Las hanya memandang sebelum perasan semua mata memandangnya.

"Oh! Maaf." Pinta Las sambil menurunkan tangannya.

"Sebab muka dia penuh jerawat! Bibirnya besar!" Laung Kolina yang tidak jauh dari situ.

"Adinda!" Nada Dietrich mula kedengaran kasar.

Las ketawa dengan usikan Kolina. Serupa dengan dia. Rindu Las padanya mula keluaran. Matanya kuyu seketika sebelum berubah seperti biasa.

"Betulah tu~ Mesti buruk habis mukanya~ Mulut berkudis! Gigi Hitam! Gigi ronggak! Mulut berbau! Muka kau mesti hodoh habis!" Ujar Kolina.

"Di....."

"Diam! Atau aku panggil naga bersegi telan kau!" Cashen memintas percakapan Dietrich yang mula mengeraskan kukunya.

Dietrich memandang Cashen berkerut dahinya. Cashen yang memakai baju yang lebih tebal dari yang lain sambil membenamkan separuh mukanya dengan mafela.

"Benci aku! Sejuk betul!" Ujar Cahsen perlahan.

Bagi pengguna element api, salji merupakan sesuatu perkara yang melemahkan mereka. Pertama adalah kesukaran mengaktifkan sihir dan kedua adalah sejuk!

"Aku juga mahu melihat naga bersegi yang sudah diperkatakan oleh Kolina dan Nikita." Ujar Dietrich sedikit teruja.

"Eh? Dietrich kau juga teruja?" Tanya Glen.

"Mungkin...." Dietrich membalas soalan Glen sambil mengerakkan pergerakkan mata ke kiri, ke atas, ke kanan, serta ke bawah.

Arsh dan lain-lain ketawa dengan reaksi Dietrich.

"Lihatlah kekanda, reaksi Dietrich benar-benar mencuit hati." Ujar Avira memeluk tangan Niklas.

"Benar. Sungguh tidak jangka sejak sampai sini reaksi Dietrich sedikit sebanyak ada comelnya."

"Siapa yang kau cakap comel?!" Dietrich meninggikan suara barangkali sedikit malu dengan kenyataan Niklas.

Seluruh penduduk yang datang dari Ghais Lavanark ketawa dengan agenda mereka.

Arsh dan lain-lain hanya memandang kerana tidak memahami dengan lawak mereka perkatakan.

Mereka mengusik satu sama lain sehingga Cikgu Bess memutuskan untuk pergi kedai pakaian untuk membeli penduduk Ghais Lavanark

Pada malam perayaan,
Mereka memakai pakaian tari menari serta topeng wajah pelbagai corak dan bentuk. Acara tari-menari adalah acara tidak rasmi yang dijalankan semasa perayaan manisan. Yang tidak sampai lagi hanyalah cikgu Bess, Glen dan Dietrich.

"Wah! Sungguh hebat. Bau manisan dimana-mana sahaja. Pakaian mereka juga seperti kita!" Ceria sahaja suara Shierly kedengaran.

Bajunya berwarna ungu berendar, ulaman manik yang memukau dengan rambutnya didandan menjadi tocang berombak.

"Kan dah cakap sebelum ni. Perayaan yang sentiasa buat kita lapar." Sabrina setuju dengan kenyataan Shierly.

Sabrina memakai baju gaun labuh dan skirt separuh kembang serta topi dikepala. Gambungan element ros dan warna putih menyebabkan raut wajah Sabrina lebih menyerlah. Rambutnya diikat sanggul tinggi di pin dengan pin bentuk ros warna merah.

"Aktiviti yang paling menarik tengah malam ni! Mencari pasangan dengan mata tertutup. Penduduk sini gelarnya Tarian Raja dan Ratu untuk pasangan terpilih. Sebelum majlis tarian tengah malam tu setiap orang bebas memilih orang untuk menarik tidak kira kenal atau tidak, kecil atau tua." Sampuk Zulian tiba-tiba.

Zulian juga tidak kurangnya memakai gaun kebang berbelah serta berlapik yang berwarna ungu gelap dan sedikit renda hitam sedondon dengan Avira punya gaun cuma bezanya Avira memakai gaun jenis satin berkilau manakala gaun Zulian satin biasa yang ditaburkan serbuk kilauan. Avira rambutnya dilepas tetapi kemas disikat oleh Zulian sebelum mereka sampai manakala Zulian rambutnya sebagaian kecil diikat tocang menyenget ke kanan dan di pin bentuk bunga lily.

"Romantisnya!" Avira juga teruja dengan kenyataan Zulian.

"Perempuan memang teruja dengan hal-hal begini." Serentak kaum lelaki yang mengikut ke majlis tari ini berbicara. Mereka memandang satu sama lain sebelum tergelak kecil.

Arsh memakai baju tari berwarna silver dan digabungkan sulaman halus di hujung bajunya serta memakai mantera putih dibelakang yang bersulam sayap. Rambut Arsh dibuat sedikit bergaya dengan terpacak dibelakang dan berbelah kanan dihadapan tidak menutup matanya.

Las pula memakai baju tari warna hitam dan putih berpoket di dadanya. Poket didadanya diletaknya bunga ros merah. Rambutnya kemas berbelah kanan menutup matanya lembut disapa angin sejuk. Penutup mulut tidak penuh ditinggalnya atau baju yang direka untuk menutup mulut yang sentiasa dipakai olehnya. Dia juga memakai mantera warna putih.

Manakala Niklas memakai baju sedondon dengan Avira. Sememangnya pasangan yang sendondon. Niklas juga memakai mantera berwarna gelap menampakkannya datang dari dunia malam.

Hiran juga tidak kurangnya, dia memakai baju sama dengan Las cuma bezanya reka bentuk mereka dan Hiran memakai mantera warna hitam serta memakai topi kecil dikepalanya.

Cashen yang didampingi oleh Kolina dan Nikita sejak tadi memakai baju tari warna coklat dan putih serta sedikit renda dibahagian tangan seperti putera raja dizaman dulu kala. Dia memakai mantera warna emas tetapi tidak berkilau. Rambutnya diubah sedikit gaya rambutnya disikat ke bawah manakala rambut depannya dipacakkan ke belakang menampakkan matanya yang mempunyai dua warna.

Kolina dan Nikita memakai gaun pendek yang comel serta anggun pada masa yang sama. Mereka memakai baju gaun yang sama dan rambut mereka diikat dandan. Perbezaannya Kolina mengikat dandan belah kanan manakala Nikita sebelah kiri. Mereka seperti pasangan kembar mujurlah warna rambut Nikita berwarna hitam manakala kolina berwarna kuning.

Ciara yang berada disebelah Niklas juga memakai baju untuk bersaiz kanak-kanak tetapi cukup-cukup bergaya. Gabungan warna ungu dan silver benar-benar sesuai dengan ketampanannya serta mantera dua warna.

Kehadiran mereka benar-benar menarik perhatian sekeliling. Orang sekeliling tidak putus-putus memuji mereka kerana aura yang dikeluarkan oleh mereka seperti mereka selebriti.

Aura selebriti tidak menyerlah jika dibanding dengan pihak diraja.

"Errr.. Awak..." Suara kedengaran disebelah Arsh.

Arsh, Sabrina, Las dan Cashen memandang kearah suara tersebut.

Seorang gadis yang ketinggiannya paras dada Arsh sedang menunduk kepalanya sambil bermain jari. Dia memakai cermin mata dan anak rambut depan menutup kedua matanya.

"Er... Emmm.. Awak..."

"?" Mereka memandang perempuan tersebut dengan tanda tanya.

Ada kalanya dia menjeling kearah belakangnya, kemudian memandang Arsh dan mukanya merah lalu menunduk kepala. Suasana begitu berterusan beberapa kali.

Arsh menjeling dibelakang perempuan tersebut. Ada sekumpulan wanita yang cantik berpakaian tari sedang bisik sesama sendiri.

"Tak suka betul aku dengan spesis macam ni." Bisik hati Arsh.

"Ok. Kejap lagi saya cari awak." Itu yang diujar oleh Arsh tiba-tiba.

Gadis tersebut memandang Arsh bagaikan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Arsh. Gadis tersebut mengucapkan terima kasih sambil berlari jauh dari mereka.

Semua yang memandang perempuan tersebut terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Arsh.

"Apakah?" Sabrina dan Cashen ujar serentak.

"Tak sangka kau terima." Ujar Las terkejut.

"Apa?" Arsh tidak dapat tangkap apa yang Las perkatakan.

"...."

"...."

"...."

"...."

Suasana menjadi hening sebaik sahaja Arsh tidak dapat tangkap apa yang Las katakan.

Las mengeluh lalu menarik Arsh bergerak jauh dari situ.

"Apa yang berlaku??" Kolina bersuara.

"Ya? Apa yang telah terjadi?" Nikita juga menanya soalan yang hampir serupa.

"Jangan sibuk." Jawab Cashen selamba.

"Nasib baiklah engkau reti menjinakkan naga bersegi kalau tak memang aku sudah campak engkau ke dalam gaum!" Kolina muncungkan mulutnya.

"Naga bersegi..pfftt...." Cashen ketawa dalam hati dengan kenyataan Kolina.

"Apa yang mereka bicarakan tadi?"

"Huh??" Cashen mengerut dahinya.

"Apa?" Cashen menanya semula kerana tidak mendengari pertanyaan
Nikita.

"Apa yang bicarakan tadi?"

"Yang diaorang sembang pasal perayaan tu ke? Kalau yang tu majlis tari.. Pasangan terpilih yang berjaya mencari pasangan yang menari sebelum acara tu akan menari atad pavilion. Mereka akan diasingkan lelaki dan perempuan. Mereka perlu menutup mata dan memakai wangian yang sama. Maksud wangian yang sama tu lelaki akan memakai wangian yang sama setiap orang manakala wanita akan memakai wangian yang sama sesama sendiri.

Lampu akan dipadamkan dan mata perlu tutup dengan kain. Kabus akan keluar masa tu. Masa kabus tu keluar kita kena cari pasangan sehingga lagu yang dipasang habis berkumandang. Setiap pasangan yang sama kita dapat semasa sebelum majlis mencari pasangan tu dikatakan sebagai terpilih. Faham?" Panjang lebar Cashen menerang sambil mengambil makanan dalam pingan.

"Tak faham!" Serentak mereka berkata.

Cashen memandang mereka berdua.

"Budak-budak mana nak paham~ memang tak perlu faham" Cashen mengusik.

"AKU LAGI TUA DARI KAU!!" Serentak mereka menjerit. Orang sekeliling mereka memandang pelik.

"Orang tua~ warga emas sila senyap!" Cashen masih mengusik.

"Lelaki berkudis! Lemak bergompol-gompol." Kolina membalas.

"Ya-ya! Lelaki bernanah!" Nikita juga mengikut serta.

"Hahahahaha." Terlepas juga ketawa Cashen yang dari tadi ditahannya.

Kolina dan Nikita sebelum turut serta ketawa.

"Cashen...."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience