3

Mystery & Detective Completed 32802

Adie dan Musa melihat Hanan muncul masuk biliknya bersama seorang lelaki yang sangat mereka kenali. Haider merupakan anak Dato Ahmad berada di dalam bilik utama. Waktu itu mereka melihat Hanan di pukul, diseksa tanpa belas kasihan.

Hanan cuba merayu pertahankan dirinya namun tidak di endahkan Haider. Dia menyiksa Hanan hingga wanita itu lemah tidak berdaya. Hanan di dera setiap malam seperti orang yang tiada perasaan dan nyawa. Ada kalanya selepas mendera dia menikmati tubuh Hanan.

Haider menyepak terajang serta menumbuk perut perempuan itu, luka penuh di anggota badan perempuan itu gara-gara kesan di toreh dengan menggunakan pisau tajam.

Bila Hanan tidak mengikut kemahuan Haider, sama ada melayan nafsunya atau buat sesuatu yang di arahkan, dia akan di seksa.
Lelaki itu akan menoreh kaki dan tangannya tanpa belas kasihan. Darah mengalir dan pada masa sama wanita itu menangis menahan kesakitannya. Sedikit pun raut muka Haider ketika itu tiada perasaan belas kasihan padanya.

Haider bijak, muka Hanan langsung tidak di usik. Dia menggunakan wajah cantik wanita itu sebagai urusan perniagaan mereka kepada musuh-musuhnya. Hanan di paksa menggunakan kecantikannya untuk mengoda semua lelaki yang berurusan dengan Haider. Jika Hanan gagal menjalankan tugasan itu, dia akan medapat habuan bila pulang ke rumah.

Musa hilang sabar melihat semua itu, dia terus menepuk belakang Adie dengan kuat menyebabkan Adie tersungkur.
Lalu terus beredar keluar dari situ.

Adie lihat Musa keluar dari rumah ketika dia menoleh keadaan rumah itu sudah berubah ke suasana asal.

"Hei, Musa tunggu aku", jeritnya sambil kalang kabut bangun cuba mengejar rakannya itu.

Hujan lebat di luar menyebabkan mereka berlari menuju ke kereta.

"Haider, macamana kita nak handle dia?".

Adie terus hidupkan enjin kereta dan memandang Musa yang sedang menyalakan api rokoknya itu.

"Hanan masih ada di sini ke?", soal Adie cuba memandang ke tempat duduk belakang.

"Ada, kau masih boleh bau kan", balasnya ringkas.

Perasaan benar-benar mendidih melihat Hanan dilakukan seperti binatang tadi. Dia menumbuk dashboard kereta itu berkali-kali ketika Adie menarik nafas panjang cuba untuk menghidu.

"Ohh, ye la. Tapi kan Musa dalam ramai-ramai tadi semua orang-orang Hung. Haider berkerjasama dengan mereka semua tu ke?".

"Entah, aku tak tahu. Itu tugas kau untuk siasat", dengan nada marah.

"Yelah, aku tau tu. Terima kasih tadi bagi aku tengok semua tu", balas Adie melihat jam sudah hampir 4pagi.

"Kenapa awak biarkan mereka seksa awak?, Kenapa tak buat report?", cuba berbual dengan Hanan.

"Hahh??", Adie yang baru memulakan perjalanan menekan break secara tiba-tiba menyebabkan Musa nyaris terhantuk ke cermin.

"Kau ni, dah kenapa Die?".

"Tu tu.. nampak tak?", Adie menunding jari ke arah depannya.

Musa dan Adie terkejut bila lihat beberapa buah kereta menutup jalan di depannya itu. Beberapa orang sedang berdiri di depan mereka dengan memegang kayu dan parang sudah bersedia untuk membantai Musa dan Adie.

"Serious la, takkan diaorang ni nak belasah kita?. Apa kita nak buat ni?", soal Adie.

"Memang orang diorang la, maknanya rumah ni masih digunakan jadi markas mereka", balas Musa

"Guane ni skang?".

"Guane mende.. Keluar la, macam tak biasa pulak", Musa membuka pintu terus keluar menuju ke depan kereta berdiri di depan mereka semua.

"Jangan mati kat sini sudah..", keluh Adie membuka pintu.

"Hanan,ohh Cik Hanan... aku tak tau kau dengar ke tak apa aku kata, kalau jadi pada kami harap kau tolong", bebel sebelum mendapatkan Musa.

Adie lihat Musa sudah mulakan serangannya kepada mereka tanpa berkata-kata. Mereka menyerang Adie dan Musa tanpa teragak-agak. Walaupun pergaduhan itu ramai lawan dua, namun Adie dan Musa masih boleh tumbangkan mereka satu persatu tanpa masalah walaupun mereka sendiri cedera dipukul dan dilibas dengan parang panjang ketika berlawan.

Hinggalah muncul satu-satunya lelaki yang berbaju kot merah keluar dari kereta diiringi dua orang bodyguard. Dia keluar bila lihat anak buahnya tumpas di tangan mereka. Musa tidak dapat lihat wajah lelaki itu dengan jelas.

"Kau siapa nak halang jalan aku?", soal Musa.

"Tuan Khairul Musaini, apa kau buat di kawasan aku?".

"Hung, lama tak nampak kau. Hidup lagi setan ni rupanya... ingat dah mati", Adie menegurnya.

"Aku cari orang yang sebabkan Hanan Batrisya mati", balas Musa megesat dahinya yang berdarah.

"Wowww, woww u serang salah orang bro, kau memang nak gali kubur sendiri ke. Kebal sangat ke kau?", sambil ketawa besar.

"Aku tahu... kau dan Haider bunuh Hanan kan?", Musa membuat soalan rawak.

Ketika lelaki itu cuba mendekati Musa, Adie menghalangnya dengan berdiri di depan Musa terlebih dahulu.

"Wowowo yang tu aku tak tahu, aku datang cuma nak bagi amaran jangan siasat kes tu kalau korang nak selamat. Itu je. Jangan kata aku tak bagi amaran".

Lelaki itu terus masuk keretanya dan pergi dari situ sambil ketawa besar.

"Die, aku nak ko siasat mangkuk tu sekali. Dia macam terlibat sekali je?".

"Tapi Musa, mana kau tahu Haider bunuh Hanan?", mukanya penuh tanda soal.

"Aku tembak je tadi. Jom balik dah pagi ni".

..................

"Abang, ohh abang?. Belum bangun lagi ke tu?", mak Sue mengetuk pintu bilik Musa bila lihat kereta bujang itu masih ada di luar.

"Abang bangun dah tengahari ni", sekali lagi di ketuk bila pintu itu masih belum dibuka dan suara menyahut.

"Abang jangan sampai mak Sue masuk bilik ?", cuba mengumpan agar Musa menjawab panggilannya.

"Hhhmm... ehh jangan mak Sue. Saya dah bangun ni. Nanti saya turun", balas Musa terus bersuara sambil menarik selimut risau jika orang tua itu masuk ketika dia dalam keadaan yang menyeramkan mata orsng tua itu nanti.

"Bangun, jangan sambung balik yea", jerit mak Sue.

"Yea dah dah", sambil mengosok-gosok matanya agar sedar.

"Nie semua salah Adie, dia tengok sekali.. lastnya aku yang lembik tersadai kat sini".

Musa terus mencapai telefon, banyak pesanan dan panggilan tidak berjawab.

"Hmm, nanti je la aku tengok", dia terus turun katil untuk capai tuala di belakang pintu.

Hidungnya terhidu sesuatu menyebabkan Musa berlari mencapai tuala laju dan menutup apa yang patut ditutupnya.

"Huh", Musa mengeluh.

"Awak dari bila dalam bilik ni?", mukanya tiba-tiba seperti pakai pemerah pipi bila bau Hanan muncul.

"Dari awak tidur", sambil mengukir senyuman.

"Alahai, asal la aku lupa dia ada?. Tak pasal-pasal free show. Aissyhhhh".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience