JUADAH yg terhidang di atas meja sangat mencuri tumpuannya. Ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur, cencaluk goreng, ayam masak kari, dan peria goreng. Kata ibu, semua itu masakan kegemarannya. Tidak lengkap jamuannya jika tidak ada semua itu. Tanpa membuang masa, Airra mencedok nasi putih ke dalam pinggannya. Lalu dia tambahkan peria goreng bersama ikan siakap di atas nasi. Berselera sungguh dia! Sehinggakan kehadiran Akief yg barusan pulang dr tempat kerja juga tidak disedarinya.
Akief mengambil posisi di samping Airra. Menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di situ. Puan Zahara dan Encik Alias hanya terdiam, memerhatikan gelagat si anak gadis.
" Dek, kau lapar sgt ke? Sampai tulang ikan tu pun kau nak cekik" tegur Akief apabila Airra dilihatnya hampir-hampir hendak menelan ikan yg hanya tinggal tulangnya itu. Dia yg menerima berita kepulangan Airra dari ibu turut sama melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Adik perempuannya yg sgt dikasihi itu sudah cukup lama 'meninggalkan' mereka dgn parut kesedihan. Sekarang, dia hanya mahukan keluarganya bahagia seperti dahulu. Dek kerana itu ,dia tdk akan membenarkan sesiapa pun menghancurkan keluarga mereka buat kali kedua. Sejurus selepas mendapat berita itu, dia memecut laju utk ketemu Airra.
Airra mematikan perlakuannya. Pipinya merona merah apabila menyedari ada enam pasang mata sedang tidak berkelip memerhatikannya. Nampak sgt yg dia kebulur! Sudahnya, dia hanya tersengih sendirian di situ.
" Along.. biarlah adek tu. Dah lama tau dia tak merasa masakan ibu. Dekat nak empat bulan..." Encik Alias memperlahankan suara di hujung bicara. Dia tidak mahu lagi mengingati kejadian sebelum ini yg hampir-hampir meragut nyawa anak gadis kesayangannya. Tindakan mengejut Airra yg mencuba utk membunuh diri beberapa bulan yg lalu cukup memberikan tamparan hebat kpd mereka sekeluarga. Sungguh, dia tidak kuat utk kehilangan Airra. Biarlah apa pun yg berlaku sebelum ini, dia sudah memaafkan Azrul dan seboleh-bolehnya dia tidak ingin lagi mengungkit kembali semua peristiwa itu. Biarlah ianya terkubur, seiring dgn kembalinya Airra ke pangkuan mereka. Dia ingin mereka semua memulakan hidup baru, tanpa ada apa-apa gangguan baik dari sesiapa mahupun dari masa silam.
"Masakan ibu sedap kan dek?" Tidak mahu suasana bahagia itu bertukar sayu dan risau dgn pertanyaan Airra, Akief segera menukar topik perbualan.
Airra tersenyum sambil mengangguk. Yang ini, memang tidak dinafikan lagi. Merantaulah ke serata tempat sekalipun, namun tdk ada satupun yg mampu menandingi masakan seorang ibu. Buktinya ,dia sudah tiga kali tambah nasi. Pun begitu ,dlm kegembiraannya, perubahan mendadak wajah ibu dan along dapat dia rasakan. Dia tahu, ada sesuatu yg disembunyikan oleh mereka. Wajah sugul yg ditunjukkan ayah cukup meyakinkan dia akan semua itu. Tetapi apakah yg disembunyikan mereka dr pengetahuannya?
"ABANG tak rasa ke kita ni bersalah sbb sembunyikan kebenaran dr Airra?" Encik Alias yg sedang sibuk dengan kertas kerjanya segera menoleh ke arah isterinya. Puan Zahara tampak tdk senang duduk. Sekejap-sekejap dia berdiri, sekejap-sekejap dia duduk. Sekejap-sekejap lagi dia berjalan mundar-mandir. Jadi pusing Encik Alias dibuatnya. Lantas, dia menapak ke arah isterinya. Tangan Puan Zahara ditarik lalu dibawa ke sisi katil. Dia harus menenangkan isterinya yg sedang hanyut di dlm keresahan saat ini.
" Abang tahu apa yg Za rasa, fikir. Tapi selagi Airra tak bersuara apa-apa berkenaan hal ini, kita jgn bgtau dia apa-apa. Lagipun adek tak pernah pun tanya apa-apa sejak dia discharged haritu. Jadi Za tak payahlah risau. In Shaa Allah, takde apa yg berlaku" Penuh lembut bicaranya dlm usaha menenangkan si isteri. Dia benar-benar ingin menutup semua kisah silam itu serapat-rapatnya sehingga tidak ada seorang pun yg mampu membukanya. Oleh itu, kerjasama dan sokongan dr keluarganya amatlah diperlukan saat ini.
" Itu sekarang. Tapi nanti-nanti macam mana? Kalau adek bertanya? Apa kita nak jawab dia? Takkan kita nak bagitau yg dia bunuh diri sebab Azrul lari tinggalkan dia tanpa sebarang alasan? Tanpa sebarang pesanan?? Nanti kalau adek dah ingat semula, lepas tu dia ulang lagi benda yg sama, macam mana? Abang, Za tak sanggup hilang adek. Za tak sanggup" Puan Zahara sudah menangis. Kalau bab-bab Airra, automatiknya dia akan jadi lemah.
" Sebab tu, kita kena rahsiakan dr adek. Adek takkan tanya apa-apa Za. Lagipun kita dah buang semua yg berkaitan dgn Azrul dan masa silam adek kan? Adek takkan tanya semua tu. Percayalah cakap abang ya?"
Ditarik Puan Zahara ke dlm pelukannya. Mengharap agar si isteri mampu bertenang dan menerima semua dgn hati terbuka. Dia juga tdk mampu kehilangan Airra. Namun siapalah dia yg mampu menafikan takdir Allah? Dia tdk tahu apa yg bakal berlaku selepas ini, tapi besar harapannya agar semua yg indah-indah saja akan menjadi milik Airra kerana anak itu berhak bahagia utk semua kedukaannya satu masa lalu.
Share this novel