BAB 12

Action Completed 2234

“Akuuuuu…..Syamel…Engkauuuuu……. Khalil iiiii……..bunuhhhhh…Akuuuuuuuu” Jeritan Furqon mengegarkan bilik sakit itu. Pelajar yang ada berdekatan berlari ke bilik itu untuk melihat apa yang terjadi.

Kali ini Cikgu Khalil terdorong ke belakang. Peristiwa yang berlaku puluhan tahun lalu diasarama itu kembali ke fikirannya. Sesalnya berbondong-bondong setelah mengetahui Razmi membunuh diri selepas dibuli oleh dia dan rakan-rakan.

Cikgu Badrul yang tadinya bersahaja mula meremang bulu roma. Hatinya berharap sangat Ustaz Ismail cepat-cepat datang. Pelajar-pelajar asrama sudah mula mengerumuni ruang legar di hadapan bilik sakit itu.

“Semua balik ke bilik masing-masing!!! Balik sekarang!!” Anas yang keluar dari biliknya menengking ke arah gerombolan pelajar. Mereka yang ada bertempiaran lari ke bilik masing-masing.

“Tutup lampu..jangan ada yang keluar…kalau aku jumpa..siap!!” Laung Anas lagi. Dia kemudian menyertai Cikgu Badrul dan Cikgu Khalil di bilik sakit.

“Dah call ustaz?”. Cikgu Badrul hanya mengangguk. Dia menelan air liur melihat Furqon yang terhencot-hencot berjalan kea rah Cikgu Khalil . Tangannya cuba untuk menarik Cikgu Khalil keluar dari situ, tetapi dia kakinya seolah-olah terpaku di lantai.

“Dah lama aku tunggu untuk keluar. Baru sekarang kita bersua…..Kau ingat aku tak tahu siapa yang rancang nak belasah aku..ambil gambar aku…. Ingat aku bodoh…” Omel Razmi dalam jasad Furqon .

“Aku gantung diri sebab aku malu…Aku malu kat mak bapak aku…Kat kawan-kawan aku…kat cikgu-cikgu…kau janji takkan bagi gambar aku kat sapa-sapa..tapi kau tipu…Gambar-gambar aku tu tersebar merata-rata…Aku maluuu..maluuu…”

Cikgu Khalil terdiam. Dia akur kata-kata Syamel, walaupun bukan dia yang memuatnaik gambar-gambar yang diambilnya ke internet.

“Aku minta maaf Syamel. Aku rasa bersalah sangat……” akui Cikgu Khalil . “Aku tak sangka nak jadi sampai macam ni. Sebab tu aku sanggup mengajar kat sini. Aku taknak budak-budak lain ikut perangai aku”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience