Bab 63

Romance Series 80702

"ALHAMDULILLAH." Benjamin dan Asyikin panjatkan kesyukuran bila mendengarkan khabar baik itu. Megat Haider ? hanya mampu memandang Tuan Syed Iqwal di hadapannya itu dan tersenyum sedikit. Apa yang dia rasakan saat ini ? gembira untuk Nurjihan ? ya...tetapi dia juga bimbang jika gadis itu di lukai lagi. Entah kenapa dia tidak percayakan Tuan Syed Iqwal.

Kakinya sedari tadi bergerak laju menghentak lantai. Dia masih menunggu Nurjihan untuk keluar dari bilik rawatan di klinik tersebut. Hatinya terlalu gembira.

Terima kasih kerana KAU sudah hadirkan sebab untuk aku dapatkan isteriku semula Ya Allah.

Kedengaran pintu di buka, dan terpampang wajah Nurjihan di situ. Bingkas Tuan Syed Iqwal bangun dan mendapatkan Nurjihan.

"Sayang, pening lagi ?". Tangan Nurjihan di gapai oleh Tuan Syed Iqwal memimpin Nurjihan untuk berjalan. Keadaan gadis itu masih kurang bertenaga.

Nurjihan diam. Hanya membiarkan perlakuan Tuan Syed Iqwal padanya. Dirinya masih tiada mood lagi untuk bercakap dengan lelaki ini.

"Sayang...ikut hubby balik ye ? Hubby akan jaga sayang dan anak kita."

Jeda seketika. Nurjihan menatap mata Tuan Syed Iqwal.

"Saya akan balik ke rumah tu kalau semua keadaan dah tenang." Kata Nurjihan serius.

Benjamin dan Asyikin hanya memerhati di dari arah belakang. Masih ternanti-nanti keputusan Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal menarik nafas panjang.

"Baiklah kalau itu yang sayang nak..hubby akan betulkan semua ni dan kita kembali kepada kehidupan kita yang sebenarnya okey ? I'll fix everything."

Nurjihan menarik lengannya yang di pegang oleh Tuan Syed Iqwal.

"Macam yang saya cakap tadi. Saya akan balik bila keadaan dah tenang. Tolong selesaikan apa yang patut dulu."

Terus dia menoleh ke arah Benjamin dan Asyikin di belakang itu. "Kak Ikin, jom balik."

Asyikin yang seketika terkesima terus mengangguk laju dan bergerak mendapatkan Nurjihan dan papah gadis itu terus berjalan melintasi Tuan Syed Iqwal yang berada di dalam kekecewaan. Benjamin yang sama mengikuti langkah mereka hanya mampu menghantar pandangan kosong ke arah bekas majikannya itu.

Galau hati menghantar si isteri bersama pandangan yang tidak mampu untuk di halang. Mungkin dia perlukan sedikit lagi masa. Dia harus kuat. Ini semua terjadi atas kesilapan dan keterlanjuran sikapnya juga.

"Wait for me sayang." Kata Tuan Syed Iqwal perlahan. Berusaha menahan pedih di hati.

DIRINYA begitu tidak tenang kerana melihat keadaan ayahnya yang sedang lena itu. Teringat akan Tuan Syed Iqwal, lelaki itu bisa merubah menjadi serigala jadian dan mengancam keselamatan ayahnya. Dia harus berjumpa dengan lelaki itu dan menyelesaikan semuanya. Dia harus membongkarkan kesemuanya pada Nurjihan.

Setelah di beritahu oleh Hawa yang Nurjihan berada di Hospital Selayang, Megat Haider kini berada betul-betul di hadapan hospital itu. Saat kakinya mahu melangkah turun dari kereta...

"Tunggu Cik Nurjihan !."

Dia mendengarkan nama Nurjihan di sekitar itu. Mencari tuan nama tersebut dia melihatkan Nurjihan yang tergesa-gesa berlari ke arah jalan dan menahan taxi. Rasanya seperti dia kenal lelaki itu. Bukankah itu setiausaha Karlisa ?

Tidak memperdulikan gerangan lelaki yang mengejarnya itu dan saat ada taxi yang berhenti di bahu jalan itu pintu kereta di tempat duduk belakang taxi tersebut terus di buka oleh Nurjihan dan di tutup semula oleh lelaki itu.

"Cik Nurjihan nak pergi mana ni ?".

"Awak jangan halang saya. Biarlah saya nak pergi mana pun. Yang pasti jauh dari sini."

Nurjihan membuka semula pintu taxi tersebut dan berusaha keras menolak tangan Benjamin yang menghalangnya itu.

Setelah dia berjaya masuk, tidak Nurjihan menyangka yang Benjamin turut masuk sekali. Nurjihan melihat Benjamin dengan hairan.

"Nak pergi jauh mana ? Pahang boleh ? kita balik kampung saya. Jalan Pak cik pergi stesyen bas." Kata Benjamin.

"Stesyen bas ?." Nurjihan bertambah hairan.

"Susah untuk saya bawa balik kereta. Tuan Syed pasti dapat cari Cik Nurjihan nanti."

Megat Haider hanya tergamam melihat taxi tersebut berlalu pergi. Tidak ! otak seminitnya menggerakkan perlakuannya untuk Kembali memegang stereng dan mengikuti taxi tersebut.
Pasti ada yang tidak kena ini.

Megat Haider memicit-micit kepalanya. Angin malam di pantai Teluk Cempedak ini begitu mengasyikkan terkadang terlalu kuat sehingga menghentak lamunannya teringatkan saat di mana dia boleh berada di sini.

"Hmmm, dah nak jadi seorang ibu dah Jihan tu. Kalau lah Mak Eton ada lagi....haih..."

Tersenyum dia membayangkan saat di mana riaksi teruja Mak Eton sewaktu dahulu wanita tua itu masih hidup. Semangat dalam jiwanya mengalahkan orang muda.

"CIK NURJIHAN dah tidur ke Ikin ?". Soal Benjamin seraya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kayu di bawah pondok itu.

"Dah abang. Ikin pujuk dia tidur awal sikit. Minumlah abang. Tak ada apa sangat. Biskut kosong je ni." Balas Asyikin saat dia meletakkan cawan kaca berisi air teh panas dan di sertakan dengan biskut kosong di dalam sepinggan kaca.

"Eh tak apa. Ni pun dah cukup dah. Terima kasih."

"Abang, Ikin nak tanya. Macam mana Tuan Syed boleh tahu Jihan ada dekat sini ?".

Mendengarkan soalan itu, cawan air teh yang di hirup itu perlahan-lahan di letakkan semula ke atas piring alas cawan.

"Abang terjumpa Tuan Syed dekat Pekan petang tadi."

"Ha ? Macam mana dia boleh terfikir nak datang sini ? Memang Tuan Syed tu dah tahu ke abang bawa lari Jihan?".

"Ish tak ada la, dia memang datang nak cari abang."

*Imbasan kembali....

Terperanjat Benjamin bila tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. "Ben !".

Benjamin kaku. Tidak mahu menoleh ke arah belakang. Mendengarkan suara sahaja sudah dia tahu siapa gerangan tersebut.
Dengan segera dia memasukkan barang-barang ke dalam beg plastik itu dan segera menghulurkan duit tersebut.

"Baki simpan je. Tak apa." Kata Benjamin sepantas kilat dia keluar dari kedai barangan cenderahati itu.

"Ben ! Aku yakin kau tahu mana Jihan pergi. Bantu aku cari dia Ben." Kata Tuan Syed Iqwal dan menarik badan Benjamin agar pusing menghadapnya.

"Saya tak tahu la." Balas Benjamin dan melepaskan cengkaman tangan Tuan Syed Iqwal pada leher bajunya.

"Bohong ! aku tahu kau marahkan aku. Tapi tolong jangan sembunyikan isteri aku."

"Isteri ? Tuan Syed anggap Jihan tu isteri ke masa tengking dia dekat Hospital haritu ? Tak macam Isteri pun."

"Ye aku tahu silap aku. Aku tak boleh kawal perasaan aku time tu. Ye memang aku tak guna ! tak pandai jaga isteri sendiri. Ye aku mengaku."

Dua mata galak bertentangan. Ibarat ada petir yang menyambar kedua-dua mata yang di penuhi amarah.

"Saya dah tak bekerja dengan Tuan Syed lagi. Jadi jangan nak arah atau paksa saya." Benjamin berjalan pergi dan sengaja melanggar sedikit bahu lelaki itu.

Dia sebenarnya kasihan dengan Tuan Syed. Tetapi lagi kasihan dengan nasib Nurjihan. Teringatkan Puteri Qisya, lagi dia bertambah bimbang bila lelaki itu tidak menyedari kesalahannya yang satu lagi untuk putus dengan Puteri Qisya.

PUTERI QISYA bagai tidak percaya dengan matanya bila melihat siapa yang datang ke rumahnya ini. Pintu keretanya ditutup semula.

"Iqwal..kenapa you datang tak bagitahu i ? nak ajak i keluar ke ?" Tanya Puteri Qisya saat Tuan Syed Iqwal mendekati.

"Tak, i nak jumpa papa you." Kata Tuan Syed Iqwal tidak memperdulikan Puteri Qisya yang tersenyum manis ke arahnya.

Ha ? Tercengang dia melihat lelaki itu terus masuk ke dalam rumah.

Pintu bilik di hadapannya itu di buka dengan kasar. Matanya tepat memandang ke arah Megat Rusydi yang sedang duduk di atas kerusi roda itu.

"Aku datang untuk kedua kalinya..aku nak akhiri semua ini. Tolong bagi semula hak aku."

Mata yang terjegil luas itu berkedip tanpa percaya. Inikah pengakhiran untuk hidupnya ?

"Biadap betul kau ye datang ke sini tanpa di undang ?". Celah Megat Haider di muka pintu.

"Undangan korang tak ada nilai apa-apa pun bagi aku. Tak laku. Aku pun bukan suka sangat nak jejak kaki dekat rumah yang di bina dengan hasil tangan kotor." Tuan Syed Iqwal tersenyum sinis.

Buk ! tepat satu tumbukan padu di sebelah pipi kirinya Tuan Syed Iqwal.

"Kau jangan hina ayah aku. Orang macam kau ni angkuh !".

"Aku angkuh bertempat. Dengan keluarga kau memang patut pun aku berperangai macam ni. Sepadan."

Pap !

Sampul surat coklat bersaiz A3 di lemparkan pada muka Tuan Syed Iqwal.

"Kau nak sangatkan harta kau balik ? ambil dan berambus ! jangan kau tuntut apa-apa lagi !." Kata Megat Haider.

Tergamam Megat Rusydi melihat sampul surat yang jatuh ke lantai itu. Itukah dokumen tukar milik syarikat yang di tanda tangani oleh Syed Ibrahim dahulu ? bagaimana Megat Haider boleh terjumpa dokumen ini. Dia sangat kenal rupa dokumen tersebut.

"Papa ! sebab papa tamak la hidup kita jadi macam ni. Di kelilingi musuh. Kebahagiaan anak-anak papa musnah . Puas hati papa ?". Jerit Megat Haider. Sungguh dia terlalu emosi saat ini.

Situasi luar biasa bila ada air mata yang akhirnya sudi di lepaskan jatuh daripada sepasang mata milik Megat Rusydi.

"Maafkan papa Haider." Hanya kata-kata yang tidak mampu di luahkan terpendam di dalam diri memandangkan keadaan kesihatannya sebegitu.

"Apa yang you mengarut ni ?." Celah Puteri Qisya saat diri tidak mampu untuk berdiam lagi. Dia perlu menghentikan tingkah Megat Haider sebelum adiknya itu keterlaluan. Jika dokumen itu di serahkan semula kepada Tuan Syed Iqwal maka peluang untuk dia berkahwin dengan lelaki itu melepas.

"I tak mengarut...and you jangan masuk campur." Balas Megat Haider dingin.

Terdiam Puteri Qisya..Kali ini dia akur pada aura kemarahan luar biasa Megat Haider itu.

"Bukan ini yang aku nak." Kata Tuan Syed Iqwal lalu dokumen itu di letakkan di atas meja berdekatan dengannya dalam keadaan tenang.

Kejutan melanda seisi rumah itu bila tawaran dokumen itu di tolak mentah-mentah oleh Tuan Syed Iqwal.

"Aaa..apa ?" soal Megat Haider Bagai tidak percaya.

"Hak yang aku maksudkan bukan dokumen ni. Walaupun ini memang hak keluarga aku. Ada hak yang lebih penting dan jauh lebih bernilai dari dokumen ini."

Dengan itu serentak mata kedua-dua mereka terhala ke arah Megat Rusydi.

"Apa lagi yang papa dah ambil ? Bagitahu Haider papa. Please !."

Megat Rusydi menggeleng perlahan.

"Tolonglah papa...Kusut sangat hidup kita sekarang ni. Tolong la lepaskan apa yang bukan milik kita. Kembalikan pada Tuan dia semula."

Terduduk Megat Haider di situ. Melutut di hadapan kaki Megat Rusydi yang enggan memberi kerjasama.

Tuan Syed Iqwal masih menanti dengan mendakap tubuhnya memandang Megat Rusydi.

5 minit di tunggu... akhirnya pergerakkan mata Megat Rusydi terarah kepada kotak yang berada di atas meja sana. Dengan tidak berlengah lagi, Megat Haider bangun dan bergerak ke situ. Di buka kotak itu dan di dalamnya ada lagi sebuah kotak kecil berbaldu biru. Di buka kotak itu dan... terdapat seutas jam tangan di dalamnya. Megat Haider tergamam. Lalu di angkat jam tangan itu dan di pegang serta di tayangkan kepada Tuan Syed Iqwal.

"Ini ke yang kau cari selama ini ?."

Melihat jam tangan kepunyaan arwah papanya itu...mata Tuan Syed Iqwal bergenang. Tapi di tahan sehingga kering semula.

Imbasan kembali 10 tahun yang lalu*

Tuan Syed Ibrahim tersenyum dan membiarkan perlakuan anaknya yang memakaikannya jam tangan tersebut pada tangannya.

"Papa kena pakai jam ni selalu.. Tak kisah la papa ada banyak jam sekalipun takkan sama dengan yang Iq bagi ni tau."

"Okay bagitahu papa apa kelebihan jam tangan ni berbanding dengan yang lain."

"Kalau papa nak tahu. Iq tempah dekat salah seorang tukang jam di Greece. Kedai dia takla besar mana tapi hasil tangan dia sangat bagus pada pandangan Iq. Iq dah minta tukang jam tu untuk setkan setiap tarikh 17 Mei, jarum penunjuk arah jam ni akan berpusing anti-clockwise supaya papa tahu yang hari tersebut adalah hari jadi kita." Girang dia bercerita pada papanya yang kagum juga dengan kebijaksaan idea anaknya itu.

"Kenapa Iq set tarikh tu ? Of course papa tahu. Hari jadi Iq dan papa. We born on the same date."

"ah..ah...nope ! papa tu the busiest men in the world. Iq nak papa orang pertama yang ingat Iq dan diri papa."

Tergelak besar Tuan Syed Ibrahim mendengarkan. Dia bertuah kerana memiliki seorang anak yang penyayang.

"Come." Tangannya di depakan untuk meraih pelukkan dari si anak.

"Thank you my son."

"Most Welcome papa."

Di dalam erat dakapan itu dia tersenyum. Menghayati kasih sayang itu semahu-mahunya.

*Tamat Imbasan kembali....

Tersentak dia dari gamitan kenangan silam. Dia bergerak ke arah Megat Haider dan menadah tapak tangannya agar di pulangkan kepadanya jam tersebut.

"Ye. Itu hak yang aku nakkan selama ini."

Setelah jam tangan itu berjaya mendarat kembali ke pangkuan pemilik asal..Tuan Syed Iqwal beredar pergi.

"huffmmm...hufmm."

Suara itu menghentikan langkah Tuan Syed Iqwal di muka pintu. dia berpaling semula.

"Akkaaaku...mmmmmintak.....mmmmmmaaaaf."
Kata Megat Rusydi yang berusaha menyebut kata-kata itu agar kedengaran jelas di telinga Tuan Syed Iqwal bersama linangan air mata penyesalan.

"Tak apa, hutang antara kau dan aku dah selesai. Aku dah dapat hak aku semula." Balas Tuan Syed Iqwal dan berlalu pergi tanpa berpaling lagi.

"RAJINNYA awak menukang." Teguran dari seseorang itu membuatkan kepalanya terus berpaling ke arah belakang.

"Eh, Puan Diana." Benjamin tidak menjangka akan kehadirannya emak bekas majikannya dahulu. Tukul yang di pegangnya itu terus di letakkan di tepi. Dia kekalutan mencari sesuatu.

"Err, kejap ye saya cari kerusi untuk Puan duduk. Maaflah rumah saya ni rumah kampung je. kerusi ni pun dah nak patah. Itu yang saya baiki. Eh sekejap je, saya masuk dulu Puan."

"Eh, tak apa. Tak payah susah-susah. Saya datang sekejap je ni." Tahan Puan Diana kepada Benjamin dari melangkah naik ke dalam rumah.

"Ha ?". Benjamin tercengang. Ini mesti Tuan Syed punya pasal.

"Saya datang ni nak jumpa dengan Jihan. Awak tahu kan dia dekat mana ?". Puan Diana tersenyum memandang Benjamin.

Benjamin berat hati untuk memberitahu.

"Tolong saya Benjamin, saya rindu nak jumpa dengan Jihan. Lama dah kami tak jumpa." Puan Diana merayu lagi.

"Yelah Puan, ikut saya." Benjamin akhirnya mengalah.

****

"Sakit ?." Tanya Asyikin yang sedang mengurut kaki Nurjihan yang kelihatan bengkak.

"Boleh la, hihi...ahh adoii." Rengek Nurjihan. Terasa nyeri pada kakinya.

Melihat seribu kerutan di wajah Nurjihan itu, Asyikin tertawa kecil. Comel betul.

"Jihan tak nak balik ke ? tak rindu KL ?".

Nurjihan berasa aneh dengan pertanyaan Asyikin itu. Bertambah kerutan di wajahnya.

"Kenapa Kak Ikin tanya Jihan macam tu?. Kak Ikin dah bosan tengok muka Jihan hari-hari ek ?" Nurjihan cuba berseloroh.

"Ish, tak ada la. Cuma Akak rasa macam lama sangat dah Jihan tinggalkan Tuan Syed dekat KL tu. Tu ha perut tu dah makin membesar dah. Baby dalam tu pun nak dengar dan kenal suara ayah dia jugak. Kesian la dia."
Asyikin cuba memujuk Nurjihan .

"Betul tu nak, Tempat isteri adalah di sisi suami." Suara yang menyapa mereka itu menggamit pandangan serentak oleh mereka.

Nurjihan tergamam.

"Amm...ami." Kata Nurjihan perlahan.

Puan Diana menghampiri mereka sambil tersenyum. Asyikin terus berdiri dan memberi ruang kepada Puan Diana untuk duduk di situ dan mereka bersalaman

"Puan duduk dulu ye, saya naik ke atas kejap. Nak buat air." Kata Asyikin.

"Duduk la ami, sorry ada bau minyak angin sikit." Kata Nurjihan lembut.

Puan Diana diam. Matanya hanya ralit memerhati keayuan wajah Nurjihan yang kini bertudung. Sungguh benar, gadis ini membuatkan anak lelakinya itu tergila bayang sejak kepergiannya beberapa bulan lepas.

Tidak mahu di buai lamunan, Puan Diana meraih tangan Nurjihan.

"Jom balik nak, dah lama Jihan duduk dekat sini. Balik ke rumah kita pulak ye ? Ami tak sabar nak tunggu cucu ami keluar. Nak main-main dengan dia bila dah besar sikit nanti. Mesti meriah kan?"

Mendengarkan luahan itu, Nurjihan terpujuk. Hatinya yang keras itu kembali menjadi lembut. Aura seorang ibu, tetap yang terbaik.

"Iqwal sihat ke ami ?" Tanya Nurjihan.

Puan Diana tersenyum sumbing. Dia menggeleng.

"Tak berapa sangat. Iq tu rindukan Jihan. Pembawakan baby dalam perut Jihan ni membuatkan dia selalu muntah-muntah. Tak terurus sangat dah. Balik ye sayang ? kesiankan Iq tu. Dia tunggu isteri dia balik."

Mata Nurjihan berkaca. Mengenangkan keadaan suaminya. Berdosakah aku ?".

"Balik la Cik Nurjihan. Puan Diana datang dari jauh tu nak jemput Cik Nurjihan." Celah Benjamin.

Nurjihan yang bertambah yakin dengan anggukan dari Benjamin itu, kembali memandang ibu mertuanya.

Cukup-cukuplah mendera hati dan naluri lelaki itu. Kembalilah menunaikan kewajipan yang di tinggalkannya lama.

KAKINYA perlahan-lahan menapak ke arah bilik Tuan Syed Iqwal. Di buka pintu bilik itu perlahan. Dia terlihat keadaan bilik yang bersepah. Dengan berhati-hati dia menapak dan mengutip segala barang yang bertaburan di lantai.

Di hujung katil sana, di terlihat keadaan lelaki itu yang sedang merenung ke arah dinding kaca yang di tutupi oleh langsir putih dan tidak menyedari kehadiran Nurjihan di situ.

"Ami, Iq dah cakap kan tak payah kemas. Biar je." Kata Tuan Syed Iqwal yang menyangka gerangan yang masuk ke biliknya itu adalah ibunya.

"Ada orang nak kena denda ni sebab buat sepah. Biasa....dia." Balas Nurjihan.

Mata yang kuyu tidak bermaya itu terbuka luas. Lalu dia berpusing ke arah pintu. Adakah dia bermimpi ?

Berlari dia mendakap Nurjihan erat.

"Sayang, i miss you so much !. Please... please jangan buat hubby macam ni lagi. Kalau sayang marahkan hubby, pukul je ! tak apa..tapi tolong jangan sesekali tinggalkan hubby."

Bersungguh-sungguh dia tidak mahu melepaskan Nurjihan. Ini adalah hal yang tergembira yang berlaku pada saat ini.
Nurjihan menjarakkan kepalanya mendongak memandang Tuan Syed Iqwal.

"Jangan marah sayang lagi. Janji ?". pesan Nurjihan.

Laju anggukan kepala dari Tuan Syed Iqwal.

"Janji sayang...hubby janji.. Hubby tak akan lagi sakitkan hati sayang. Sayang nyawa hubby. Sejak sayang pergi, hubby rasa macam susah sangat nak bernafas tanpa cinta sayang. Lagipun hubby dah selesaikan semua perkara yang mengganggu. Lepas ni kita jaga betul-betul mahligai rumah tangga kita ni sampai ke syurga ye sayang ?"
Wajah si isteri di belai lembut. Sungguh dia sangat rindu untuk menyentuh wajah yang manis itu.

Nurjihan mengganguk dan tersenyum. Dia percaya akan kesungguhan janji lelaki yang bernama suami itu.

Tangan yang lembut mulus itu di raih dan di cium bertalu-talu.

"Hubby...dah la" Tergelak Nurjihan bila terasa geli tangannya di cucuk kumis tajam Tuan Syed Iqwal yang tidak bercukur itu.

"Syuhhh." Terdiam Nurjihan bila bibirnya di palang oleh Jari Tuan Syed Iqwal.

"Jangan tinggalkan hubby lama-lama lagi macam ni ye ? hubby boleh mati kalau sayang tak kembali." Kata Tuan Syed Iqwal seraya melepaskan bibir Nurjihan dari sebuah kucupan rindu penuh membara.

"Im sorry hubby." Balas Nurjihan kendur matanya di panah oleh pandangan asmara itu.

"1 bulan tu terasa macam setahun. Jangan siksa hubby lagi. I can't live without you."

Argh ! terjerit kecil Nurjihan bila terasa badannya sudah terawang di angkat oleh tangan sasa Tuan Syed Iqwal.

"Sayang cakap tadi nak denda hubby kan?."

Ha ? Nurjihan termalu sendiri bila Tuan Syed Iqwal memusingkan kata-katanya yang pada awal tadi. Mukanya merah membahang.

"Jom ? hubby rela di denda sekarang." Bisik Tuan Syed Iqwal penuh romantis.

"Hubby...jangan kasar sangat tau. Ingat ada anak hubby dalam ni." Pesan Nurjihan terasa bimbang.

"No worries sayang " Dia tersenyum penuh menggoda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience