Rate

BAB 2

Mystery & Detective Completed 365

Nenek itu menapak perlahan-lahan sambil tersengih-sengih memandang Naleya .

"Ne.. Nenek? Macam mana nenek boleh masuk dalam rumah?" tanya Naleya
dengan suara ketakutan.

"Cucu tak dapat lari.. nenek tua banyak sakti.. hihihi.." sahut nenek
tua itu.

Matanya bersinar memandang tepat ke mata Naleya . Ketika itu Naleya hanya
terpaku. Terpukau. Tegak berdiri tanpa suara dengan pandangan kosong.

"Sekarang nenek dah dapat ganti.. cucu dah kena.. cucu yang jadi.."

Nenek tua itu menyanyi sambil mendekati Naleya yang kebingungan.

Nenek tua menarik tangan Naleya . Tanpa membantah, Naleya mengikut nenek
tua berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik.

Apabila pintu kembali tertutup, nenek tua dan Naleya lenyap ditelan
kegelapan malam.

*Hilang*

Asiah hairan apabila mendapati Naleya tidak keluar dari bilik walaupun
jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Biasanya tidak susah mahu mengejutkan anak tunggalnya itu bangun tidur
kerana Naleya sudah pandai mengunci sendiri jam dan akan keluar dari
bilik bagi bersarapan tepat jam 6:15 pagi.

Merasa curiga sesuatu telah berlaku kepada Naleya , Asiah segera masuk ke
dalam bilik anaknya itu.

Alangkah terkejutnya Asiah apabila mendapati Naleya tiada di dalam bilik.
Kelam kabutlah dia mencari di dalam bilik air, dibawah katil, bahkan di
dalam almari, namun kelibat Naleya tidak kelihatan.

"Abang! Anak kita dah hilang!!" teriak Asiah sekuat hati.

Suami Asiah , Adnan, bergegas mendapatkan isterinya. Adnan mula panik.
Mereka mencari disegenap ruang rumah. Jangankan kelibat, mendengar suara
Naleya pun tidak.

Fikiran mereka mula berkecamuk dengan telahan buruk. Asiah tidak mampu
lagi menahan perasaan. Dia meraung-raung memanggil nama Naleya .

Raungan Asiah di pagi hari menarik perhatian jiran tetangga. Mereka
segera ke rumah Adnan dan Asiah , ingin tahu apa yang sudah berlaku kepada
keluarga itu.

Setelah mendengar cerita tentang kehilangan Naleya , mereka semua
berpakat mencari Naleya disekitar kawasan perumahan.

Hasil bawaan cerita dari mulut ke mulut, semakin ramai jiran turun
memberikan bantuan.

Menolak ke tepi kerja lain semata-mata mahu mencari Naleya , namun
sehingga ke petang mereka masih belum menemui Naleya walaupun sudah
mencari ke serata ceruk.

"Ya Allah.. mana ada anak kita bang?" Asiah bertanya dengan mata bengkak,
muka sembab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience