BAB 18

Humor Completed 78146

ADAM sampai ke rumah lewat petang.Sunyi sahaja keadaan dalam rumah.Dekat parking Honda Jazz biru tidak kelihatan.Aisyah keluar agaknya.Adam senyum.Sebuah beg kertas berwarna merah hati di letakkan atas meja kopi.Terus Adam naik ke bilik untuk bersihkan diri.

Rasa rindu pada wajah Aisyah mencengkam di hati.Kali ini Adam nak cuba berbaik dengan Aisyah.Mahu mengenali hati budi Aisyah.Adam rasa dia tak boleh tangguh lagi niat di hati.Nak saja Adam melutut di kaki Aisyah dan luahkan apa yang Adam rasa.Adam nak kongsi perasaan yang sedang mekar berkembang pada Aisyah.Kalau Aisyah tak boleh terima,Adam akan berusaha hari-hari untuk pikat Aisyah.

Lepas mandi tadi Adam bergolek atas katil merenggang kan segala otot-otot badan.Tak sangka sampai terlelap.Sedar saja keadaan dalam bilik dah gelap.Tengok jam dekat telefon bimbit dah 7.30 malam.Masuk maghrib dah pun.Patut gelap.

Kaki terus di hala ke tingkat bawah.Gelap gelita.Tak kan Aisyah tak balik lagi.Selalu hujung minggu Aisyah tak akan keluar.Mungkin Aisyah ada hal agaknya.Terus dia menuju ke dapur.Peti sejuk di tujunya berharap Aisyah meninggalkan nota di situ.Namun hampa.

Perut pula tiba-tiba berkeroncong.Adam lapar.Pintu peti sejuk dibuka.Kosong.Aikk Aisyah tak masak ker.Selalu tu ada saja lauk lebihan yang dimasukkan ke dalam peti sejuk atau microwave.Adam buka pula pintu microwave.Kosong jugak.Keadaan dapur yang bersih dan kemas seperti tidak terusik.Adam rasa pelik.Sekejap lagi Aisyah balik agaknya.Di pujuk hatinya.

Nampaknya Adam terpaksa makan maggi saja lah.Nak keluar pun malas dah.Badan masih letih lagi.Habis semangkuk maggi di makannya.Lepas tu Adam basuh dan lap mangkuk seperti yang Aisyah selalu buat.Tak rugi Adam intai Aisyah mengemas dapur.Sedikit sebanyak Adam belajar dari Aisyah walau bukan secara bersemuka.

Adam labuhkan punggung atas sofa di ruang tamu.Alat kawalan TV dicapai.Menekan-nekan butang mencari siaran.Namun tiada satu siaran pun yang menarik perhatiannya.Adam letak kembali alat kawalan TV atas meja kopi,tanpa sengaja tangan Adam tertolak beg kertas merah hati tadi.Beg kertas jatuh dan menimpa sesuatu.

Ting!
Bunyi sesuatu jatuh di lantai.Adam terpana.Di ambilnya benda yang jatuh itu.Sebentuk cincin emas putih di angkat dan dibeleknya.Cincin Aisyah!Macam mana boleh ada dekat sini.Aisyah terlupa atau tercicir agaknya.

Beg kertas di angkat kembali.Baru Adam perasan sekeping kertas terletak elok di bawah beg kertas.Adam ambil dan baca surat yang bertulisan kan tangan.

Assalamualaikum Tuan Adam,

Maaf andai surat ini mengganggu ketenteraman Tuan Adam...
Saya tahu Tuan Adam tak kisah tentang pemergian saya ini.
Saya harap Tuan Adam halalkan segala makan dan minum saya,selama saya menumpang di sini.

Maafkan saya juga kerana telah masuk ke dalam hidup Tuan Adam tanpa di undang.
Seribu kemaafan saya pohon agar Tuan Adam memaafkan saya...
Saya pulangkan semula cincin.Saya tak layak untuk memakainya.
Anggap saja,saya hanyalah mimpi buruk Tuan Adam..
Saya berjanji tidak akan muncul kembali.
Keputusan Tuan Adam,saya terima tanpa sebarang bantahan.
Saya akan tunggu surat mahkamah dari Tuan Adam.

Maafkan saya sekali lagi,hadir dalam hidup keluarga Tuan Adam.
Ampun dan maaf dari saya.

Selamat Pengantin Baru buat Tuan Adam & Cik Julia....

Ikhlas dari,
Aisyah Humaira

Hati Adam terus rasa di siat-siat.Sakit sangat.Tak pernah dia rasa sesakit ini.Masa Julia tinggalkan dia dulu pun Adam tak rasa sakit macam ni.Terkaku dia sebentar.Aisyah dah pergi.Pergi selamanya dari hidup dia.

Adam raup kasar rambutnya.Mata masih pandang surat Aisyah.Baru Adam perasan ada segugus kunci rumah di atas meja.Kenapa masa sampai tadi Adam tak perasan.

Ya Allah!apa aku dah buat pada Aisyah.Makin rasa berdosa dan bersalah pada Aisyah.Longlai langkah Adam hingga jatuh terduduk di lantai.Kali ini dia rasa seperti tidak berdaya.Seolah nyawanya separuh melayang.Sedikit teresak mengenangkan apa yang dia telah lakukan pada Aisyah.Adam rasa berdosa sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience