SIRI III - PESAKIT BERNAMA ALYS

Horror & Thriller Series 7331

Dr Kimi tiba di keretanya, membuka pintu pemandu kenderaan tersebut dan terus mengambil begnya yang tertinggal tadi. Dia jarang-jarang membawa beg ke mana-mana, dan sebab itulah dia terus terlupa akan perkara itu.

Namun, malam ini dia membawa sebentuk cincin dan kad. Memang tidak muat untuk diletakkan di dalam poketnya dan itulah sebabnya mengapa dia akhirnya membuat keputusan untuk memnawa beg sahaja.

Dia kembaliberjalan menuju ke pintu masuk ke dalam restoran tersebut. Kelihatan Dr Abel sedang bercakap di telefonnya. Mukanya begitu serius sekali. Dr Kimi menarik kerusi dan duduk dihadapannya. Dr Abel menunjukkan isyarat ‘sebentar’ dengan menunjukkan tapak tangan kirinya dan melambai-lambaikannya. Dr Kimi mengangguk tanda faham.

Dr Kimi dapat menangkap beberapa patah perkataan yang disebutkan, dan semuanya terminologi perubatan.

“Ahh…not again”, getus hatinya.

Setiap kali mereka keluar, pasti ada pihak hospital yang mengganggu mereka. Kalau tak Dr Abel yang diganggu, dia pula akan diganggu. Namun, nak meletakkan perkataan ‘diganggu’ itu tidak sesuai. Itu pekerjaan mereka, tanggungjawab mereka. Mana ada pesakit yang ‘menganggu’ doktor. Cumanya kadangkala tu dia berang kerana’diganggu’ pada waktu yang tidak kena.

Hampir lebih 10 minit perbualan Dr Abel dengan orang yang berada di hujung satu lagi talian. Dr Kimi menunggu sambil menghabiskan makanannya. Suasana jadi sedikit awkward diantara mereka berdua. Makanan yang tadinya sedap kini dia merasakan tidak begitu sedap kerana otaknya ligat memikirkan, apa pula yang harus dibuat kalau tiba-tiba Dr Abel perlu ke hospital semula.

Adakah dia perlu teruskan sahaja dengan confessionnya ataupun, adakah tidak? Hati kecilnya berkata, inilah masany, jika tidak sekarang bila lagi? Namun, dia perlu memahami, untuk melafazkan sesuatu sebesar itu memerlukan masa. Masa untuk dia bersedia, dan masa untuk Dr Abel memberi reaksi.

Beberapa detik kemudian, Dr Abel meletakkan telefonnya di atas meja. Terpapar di skrin tulisan Oceanview ED, atau emergency department dengan panggilan sepanjang 12 minit itu. Dr Abel mengeluh panjang dan cukup kuat untuk Dr Kimi mendengarnya.

“You, kenapa? Hospital call ke?”, tanya Dr Kimi setelah dia dapat membaca body language yang ditunjukkan oleh Dr Abel yang menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

“Sayang, I’m sorry. I got to rush in hospital again. Ada patient just admitted to ED, 8 years old, burn victim”, katanya kepada Dr Kimi.

Saat mendengar kata-kata tersebut, hati Dr Kimi berkecai. Terkilan dan terguris. Dia sedaya upaya untuk menahan daripada terkeluar apa-apa tanda yang menunjukkan betapa geloranya hati dia malam itu. Dia sedaya upaya untuk senyum. Satu senyuman kelat yang dipaksa keluar di mulutnya.

Wajahnya yang sebegitu mudah dibaca oleh Dr Abel. Dia tahu, perkara yang paling tidak elok malam itu berlaku lagi. Sekali lagi, misi dan pelannya untuk melafazkan “will you marry me” itu ibarat ada satu kuasa besar yang cuba menangguhkan sedikit demi sedikit.

“Sayang? Look, I’m sorry okay. Really sorry. Tapi I kena balik hospital tu sekarang”, kata Dr Abel meminta maaf. Wajahnya juga berduka.

“It’s okay sayang, you masuk dalam kereta dulu, I settle the bill. Mana-mana makanan yang tak sampai lagi, I just bayar je lah dulu okay kalau diorang tak siap lagi lah”, kata Dr Kimi, kecewa.

Dr Abel berdiri, dan berpaling. Hatinya juga remuk kerana sememangnya, apa yang baru terjadi menyebabkan buah hatinya juga kecewa dan terkilan. Namun, perkara tersebut tidak dapat dihalang, dan di luar kawalannya. Nyawa pesakit adalah keutamaan dalam kerjaya sebegini.

Malam itu, bukan pesakit biasa-biasa. Pesakit kanak-kanak, dan pastinya kemasukkan kanak-kanak ke kecemasan akibat luka kelecuran adalah sesuatu yang mustahak dan perlu dilihat dengan kadar segera.

Biarlah di jabatan kecemasan sendiri pun, wujud doktor dan petugas kecemasan yang lain. Namun, sifat Dr Abel memang strict daripada dahulu lagi. Dia tidak mahu mengambil judgement orang lain. Dia tidak mahu mengambil diagnosis orang lain. Pesakit dia adalah tanggungjawab dirinya sepenuhnya.

Pintu kereta telah pun di unlock menggunakan alat kawalan jauh daripada dalam restoran lagi. Dr Abel membuka pintu tempat duduk penumpang, dan terus masuk menunggu Dr Kimi membuat bayaran dan perkara lain yang perlu.

Seketika kemudian, Dr Kimi datang ke arahnya membawa sesuatu di dalam bungkusan plastik. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan Dr Kimi terus memandu ke arah Oceanview Medical Center semula. Dia menghulurkan bungkusan plastik tersebut kepada Dr Abel.

“Ni, kek black forest awak tadi sayang”, katanya kepada Dr Abel dengan nada mendatar.

“Okay sayang. Sayang, I’m really sorry tau…”, kata Dr Abel. Dia berasa sedikit lega kerana Dr Kimi masih lagi menggunakan perkatan ‘sayang’ kepadanya.

“It’s okay sayang, it’s not your fault”, kata Dr Kimi.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua mendiamkan dirri. Bukan apa, suasana tegang dan awkward sebegini memang tidak boleh ditegur atau diluahkan apa-apa kerana sedikit perselisihan sahaja akan menjadikan pergaduhan. Mana boleh mereka berdua bergaduh dalam keadaan sedemikian.

Dr Abel perlu menyiapkan mentalnya untuk menghadapi pesakit. Mana boleh merawat pesakit dengan keadaan yang stres dan tertekan. Hati Dr Kimi pula malam itu bersedih. Pelan yang dirancangnya itu tidak menjadi. Tetapi, hati kecilnya mengingatkannya berkali-kali bahawa bukan ini kali terakhir mereka berjumpa pun.

Pergerakkan kaki Dr Abel yang daripada tadi tak henti-henti bergerak menunjukkan bahasa tubuhnya supaya mengarahkan Dr Kimi memandu dengan lebih pantas. Dr Kimi mengabaikan tanda-tanda badan sebegitu. Bukan apa, dalam hatinya seringkali berfikir, apalah guna nak mengejar satu dua minit jika mereka berdua terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat nak cepat nanti. Rugi, dan merugikan semua pihak.

Pemanduan cermat Dr Kimi membuahkan hasil apabila mereka tiba tanpa sebarang insiden. Setibanya di pintu masuk hospital, terus Dr Abel memeluknya sekali lagi.

“Sayang, I’m sorry. I love you tau. Nanti dah siap I give you a call okay”, kata Dr Abel

“Okay sayang, take care”, kata Dr Kimi sebelum Dr Abel menutup kembali pintu keretanya dan melambainya serta memberikan satu flying kiss kepadanya.

“Dude, there is always next time, there is always next time!”, kata Dr Kimi dengan suara lantang kepada dirinya sendiri sambil meneruskan pemanduan. Biarlah hatinya ditusuk sembilu sekalipun, namun itu tidak bermaknaperhubungan mereka itu mempunyai apa-apa kompromi.

Dr Abel berlari ke wad kecemasan. Beg plastik yang mengandungi kek tadi sedikit sebanyak mengganggu pergerakkannya untuk berlari. Dia menjengah masuk ke zon kuning hospital tersebut

“Dr Abel! Sini, sini!”, kata staff nurse Nurul. Dia merupakan jururawat berpengalaman hospital tersebut.

Terus Dr Abel meletakkan bungkusan plastik yang dipengangnya di atas kaunter jururawat zon kuning tersebut. Dia mengambil fail yang dihulurkan oleh SN Nurul sebelum bergegas ke katil bernombor 4 wad berkenaan. Dia menyelak langsir yang menempatkan seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 8 tahun.

“Adi, adik nama Alys Aidan ya?”, kata Dr Abel dengan nada sedikit termengah-mengah.

Alys mendiamkan dirinya. Ibunya yang duduk disebelahnya tadi menjawab “Ya doktor”.

“Puan, saya Dr Abel daripada bahagian pembedahan. Boleh saya tahu puan ni siapa?”, tanya Dr Abel, lembut.

“Saya Miriam, ibu kepada Alys”, jawabnya.

“Baik puan, sekarang ni adik macamana? bagaimana boleh terjadi macam ni?” tanya Dr Abel, mula mengambil sejarah riwayat pesakit.

Dia mengambil sekeping kertas bertulis contiunation sheet daripada fail pesakit dan mula mengeluarkan sebatang pen hitam untuk menulis. Segala jawapan kepada pertanyaannya akan direkodkan ke dalam fail pesakit berkenaan dalam bentuk penulisan supaya setiap perincian kes dapat direkodkan dengan sempurna.

“Dia okay dah ni doktor. Petang tadi, masa saya masak air, dia tarik periuk tu sebab nak tengok apa yang saya masak. Hujungnya, air panas mendidih ni terkena kedua-dua tangannya. Menangis lah dia sebab sakit. Lepas tengok teruk macam ni, saya terus bawa ke sini”, kata ibunya kepada Dr Abel.

Sambil menulis di dalam fail, otak Dr Abel ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang sedikit berlainan tentang Puan Miriam. Bukan dia tidak berfikir mengenai pesakit dan apa yang diperkatakan olehnya, tetapi perwatakan wanita yang merupakan ibu kepada Alys ini sedikit pelik.

Perempuan tersebut berusia dalam lingkungan 50 tahun. Matanya bengkak seperti tidak cukup tidur dan wajahnya pula pucat. Keadaan rambutnya sedikit tidak terurus dan bau mulutnya amat menjijikkan apabila dia bercakap dengan Dr Abel.

Dr Abel meminta kebenaran untuk Puan Miriam meninggalkan katil pesakit tersebut buat sementara waktu kerana dia mahu menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap Alys.

SN Nurul dipanggil untuk menjadi chaperone kepada kes tersebut. Sebelum Puan Miriam beredar daripada katil tersebut, dia sempat menjeling dan memberikan satu pandangan yang tajam, seolah-olah memberikan amaran kepada Alys terhadap sesuatu. Pandangan tersebut hanya diperasan oleh Alys seorang sahaja.

Dr Abel melihat wajah Alys. Budak perempuan tersebut berumur 8 tahun, mempunyai wajah yang comel tetapi sedikit pucat. Rambut hitamnnya disisirkan ke belakang dan diikat seperti ponytail. Matanya bewarna kebiruan dan kedua-dua pipinya terdapat sedikit freckles.

Dr Abel melihat kedua-dua belah tangannya yang kemerahan. Ini luka melecur peringkat kedua kerana terdapat sedikit blister yang berada pada lengannya. Apabila dia memerhatikan dengan betul-betul, dia perasan akan kehadiran seikit lebam di kedua-dua pergelangan tangan Alys, ibarat kesan seperti diikat dengan sesuatu.

Dia menyingkap seluar panjang yang menutupi kedua-dua bahagian pergelangan kaki Alys. Juga terdapat sedikit kesan yang sama. Dr Abel mengambil stetoskopnya yang berada di kaunter jururawat. Dia perasan akan Puan Miriam yang berdiri berhampiran kaunter tersebut merenung tajam setiap gerak-gerinya. Ibarat ada sesuatu yang pelik dan ingin disembunyikan daripada Dr Abel.

Dr Abel meletakkan diafragma stetoskop tersebut ke dada Alys. Bunyi jantungnya yang berdegup amat kuat dan laju, menandakan dia sedang berada dalam keadaan yang sakit. Bunyi nafasnya normal, tetapi pernafasannya laju. Dr Abel mengarahkan SN Nurul memberikan ubat tahan sakit kepadanya melalui jarum yang tertusuk di tangan kiri Alys.

Sambil itu, SN Nurul juga memasang satu strap untuk disambungkan kepada mesin yang membaca tekanan darah pesakit.

“Mereka berdua nak bunuh saya…”, tiba-tiba sahaja Alys berkata dengan perlahan, seakan-akan berbisik kepada Dr Abel seorang sahaja.,,,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience