Bab 8

Horror & Thriller Series 8852

BAB 8

Bad merenjis air kosong yang diletakkan dalam gelas di muka Qai. Mak Qai terpaksa meninggalkan Qai keseorangan kerana nenek Qai yang berada di australia tenat kerana sakit tua.

"Qai! Bangunla.. sampai bila kau nak pengsan ni Qai oiii. Kang aku bawak air sebaldi simbah kat muka kau! Qai oii Bangung!!" Bad menampar pipi Qai sederhana Kuat.

"Arghhh! Pergi! Pergi sial!" Jerit Qai dengan tiba-tiba.

"Weh pundek! Kau ni kenapa menjerit tak sedar diri!" Tanya Bad berang kerana terkejut melihat Qai sebegitu.

Bad melihat Qai yang tiba-tiba terdiam merenung ke arahnya.

"Kau kenapa sebenarnya ni Qai? Asal pandang aku macam tu?" Soal Bad takut-takut.

Qai tiba-tiba tersenyum. Difikirannya hanya ada melati.

"Tak ada apa-apa... hehehe.. mekatiku sayang~~ dimanakah dikau~~ abang merinduimu." Qai tiba-tiba bernyanyi dengan gembira sambil bangun menuju ke arah biliknya.

"Weh! Kau nak gi mana tu?" Tanya Bad. Qai menoleh ke arahnya memandang tajam sambil tersenyum.

"Aku mau pergi.......MATI! heheheh." Gelak Qai kuat
Bamm! Pintu bilik ditutup.

"Ya Allah.. apa dah jadi dengan kau ni Qai!!" Bad meraup mukanya..stress.

Tiba-tiba telefonya berbunyi menandakan mesej masuk.
Bad bangun mengambil phonenya yang berada di tepi tv.

Mak Qai!

'Bad.. makcik mintak maaf sbb pergi tergesa2 tadi.. makcik tinggakkan Qai dalam jagaan Bad.. mungkin bulan depan makcik akan pulang ke sana. Tolong tengokkan Qai! Dan ada satu benda lagi mak cik nak bagitau! Qai selalu sebut nama melati! Melati tu bibik yang makcik ceritakan dekat Bad sebelum ni...tolong jagakan Qai!'

"Ahh sudah! Bulan depan pulak mak cik ni nak balik sini!" Bad meletakkan kembali telefonnya di atas meja. Dia bangun nak pergi ke tandas. Tiba-tiba Bad berhenti mulutnya melopong.

"Melati!! Tadi Qai ada sebut melati!mati aku!macam mana ni!" Bad melihat pintu bilik Qai.

Dia mendekati pintu bilik Qai lalu didekatkan telinganya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience