BAB 6

Humor Completed 1124

Dhia melabuhkan duduknya di kerusi. Puas juga aku berbahas dengan Harraz tadi supaya pergi ke tempat kerja dengan kederaan masing-masing. Aku malas la nak pergi kerja bersama-sama dia. Aku lebih suka naik skuter aku yang comel tu. Baru syok. Nasib baik dia mengalah jugak.

“ Hoi….Dhia. Asal moody semacam je ni? Amacam, syok tak kawin dengan bos?” sergah Mimi pada Dhia. Cuma Mimi sahaja yang tahu aku berkahwin dengan Qimie. Aku bukan apa, aku tak nak satu bangunan tahu yang aku kahwin dengan Harraz aka bos tempat aku kerja. Nanti, tak syok la pandangan pekerja lain lebih-lebih lagi aku kerja sebagai setiausaha kepada suami sendiri.

“ Kau jangan cakap kuat-kuat! Nanti pekerja lain dengar tau! Aku yang susah nanti.” Balasku. Mimi tersengih rasa bersalah.

“ Yelah…yelah…kawanku. Takde la..mesti best kan dapat kahwin dengan lelaki yang macam bos tu. Hansem, bekerjaya, peramah lagi tu. Semua pekerja kat sini ramai yang suka bekerja dengan bos kita tu. Untunglah kau, Dhia. Tak sangka kau boleh kahwin dengan musuh zaman belajar kau. Itulah, kalau ada jodoh tak ke kemana.”

“ Ewah-ewah…banyak pandai kau berceramah kat aku. Kau belum kenal lagi dengan dia. Tak payah nak memuji melangit la.” Ujarku.

“ Ehemmm…Cik Dhia, sila masuk ke bilik saya sekejap!” arah Harraz serius. Aku dan Mimi terkejut besar. Tak sedar bila dia sampai. Ahhh…mesti dia terdengar apa yang aku cakap tadi. Tak kisahlah! Aku cuma luahkan perasaan aku je. Harraz melangkah masuk ke dalam pejabatnya sambil menunggu kedatangan isterinya aka setiausahannya.

“ Tengok, laki kau dah panggil kau tu hah. Tolong cakap kat laki kau jangan pecat aku yer. Aku tak sengaja nak cakap tentang hal rumah tangga kau tadi. Aku pi meja aku dulu.” Mimi berlalu pergi.

Hemm…apa dia nak pagi-pagi ni? Takkan nak sentap kut? Ada aku kisah? Dulu time belajar, dia tak pernah pun kisah perasaan aku. Aku bingkas bangun sambil membawa buku nota kecil untuk membuat catatan nanti. Usai di depan pintu bilik Qimie, aku menarik nafas dalam-dalam. “TUKKK …TUKKK” ketukku.

“ Masuk!!!” arah Qimie. Aku menapak masuk ke dalam pejabatnya dengan perasaan yang berdebar-debar. Bukannya tak pernah aku masuk ke dalam pejabat ni. Tapi, rasa lain macam pulak bila dah bertukar majikan ni. Tambahan lagi bila majikan tu suami aku sendiri. Aiii…Dhia, sekarang baru pandai nak mengaku dia suami? Aku berlagak tenang menghampiri mejanya.

“ Duduk.” Aku melabuhkan duduk menghadapnya. Harraz kelihatan tenang walaupun sebenarnya hatinya kini terasa ingin meletup sahaja. Mana tidaknya, isterinya itu kelihatan manis sekali mengenakan baju kurung riau berwarna pink lembut. Nampak je brutal di luar, tapi manisnya tetap ada.

“ Kenapa Encik Harraz panggil saya?” soalku formal. Rasa lain macam pulak bila berhadapan dengannya di dalam pejabat ni. Harraz mengukir senyuman yang manis kepada isterinya. Sengaja untuk menduga reaksi isterinya itu. Aku terpana seketika melihat senyuman Harraz yang menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya itu. Apa hal pula mamat ni? Dah buang tebiat ke nak senyum-senyum macam tu? Dia ingat aku boleh tergoda la tu? Ehmm….boleh la dalam tiga puluh peratus macam tu.

“ Baiklah, Cik Dhia . Hari ni saya nak awak tolong kemaskini fail-fail yang ada kat dalam rak hujung tu. Saya nak awak tolong siapkan hari ni juga. No excuse! By the way, tolong buatkan saya nescafe panas satu. Boleh kan sayang?” ujar manja tiba-tiba di hujung arahannya.

“ Hah??? Fail?” aku segera menoleh ke belakang mencari kedudukan rak yang dimaksudkan Qimie. Aku membuntangkan mataku. Giler punya bos!!! Banyak tu fail!!! Dia ni nampaknya dah nak mula la ni nak membuli aku macam dulu-dulu. Menyampah! Mentang-mentang la dia ni bos aku sekarang! Ahhh!! Nak tak nak aku terpaksa mengikut kehendaknya juga. Aku bingkas bangun dengan perasaan yang lemah.

“ Jangan lupa Nescafe saya sayang.” Ujar Harraz dengan manja. Meremang bulu Dhia mendengar. Eeee…tak malu betul la dia ni. Memang selamba betul. Kalau orang dengar, macamana? Aku berlalu pergi. Harraz tersenyum gembira melihat reaksi comel dari isterinya itu. Ini langkah kedua aku untuk memikat mu sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience