Lima Belas

Other Completed 44787

Dinda yang menerima panggilan dari adik iparnya terus menghubungi Abangnya Ghaffar kerana Thariq wedang berada Pahang kursus selama seminggu.

"Ye Din." Tanya Ghaffar selepas menjawab salam dari Dinda.

"Abang ambik Dinda sekarang. Kita mesti bawak Cinta pulang." Kata Dinda dalam esakan.

"Kenapa ni?" Tanya Ghaffar.

"Abang datang sekarang." Kata Dinda lagi.

"Baiklah. Tunggu Abang datang sekarang.

Hilal mendengar esakan dari Kakak iparnya.

"Kenapa ni kak?" Tanya Hilal.

"Ikut akak, Kita bawa Kak Cinta balik." Kata Dinda.

"Kenapa dengan Kak Cinta?" Tanya Hilal.

Dinda tak mampu nak berkata meluahkan melainkan hanya esakan tangisan yang disengar oleh Hilal.

15 minit kemudian. Pajero Sport milik Ghaffar masuk kehalaman rumah sewa Thariq.

Ghaffar tang melihat tangisan Dinda menjadi risau dengan keadaan adik kepada Iparnya.

Hampir setengah jam mereka terperangkap dalam kesesakan, akhirnya mereka sampai kekondo yang diberitahu oleh Cinta.

Mereka meluru masuk kedalam lift. Apabila sampai ketingkat Dimana letak Kondo yang disewa HyQarl. Ghaffar mula menolak pontu itu dengan kasar.

Namun tak dapat mereka menolaknya hingga HyQarl mula datang menghampiri mereka didepan Kondonya dengan wajah tak bersalah.

"Panglima?" Sapanya terkejut apabila melihat Panglima Ghaffar dan adiknya serta adik iparnya Hilal ada didepan pintu Kondo.

"Aku nak jumpa Kakak aku." Kata Hilal kasar.

"Kasarnya." kata HyQarl melemparkan senyum.

Dia membuka pintu Kondonya dan terkejut mereka terkejut melihat sekujur tubuh tergeletak dilantai depan pintu Kondo.

"Akak!!!" Panggil Hilal.

"Cin?? Cin??" Dinda mula menampar lembut wajah adik Iparnya.

"Abang. Kita bawa Cinta ke hospital." Kata Dinda.

"Tak payah. Dma berlakon je tu." Kata HyQarl.

Mendengar perkataan keluar dari mulut HyQarl, Ghaffar melepaskan tumbukkannya di wajah HyQarl.

HyQarl merasa pipinya kebas akibat tumbukan dari Panglimanya.

"Aku akan pastikan kau terima hukuman atas perbuatan kau ni Qarl." Kata Ghaffar.

Dia membupung tubuh longlai Cinta dengan banyak kesan lebam disekujur tubuh itu.

"Bertahan Cinta." Kata Dinda.

"Aku akan pastikan kau terima atas apa kau buat pada Akak aku." Kata Hilal.

Dalam waktu yang sama, Sarah dikejarkan kehospital akibat tekana darahnya mulai menurun dan tak sedarkan diri selepas dia curi-curi memakan buah durian.

"Sarah bertahan Sayang. Ada Papa kat sini." Kata Luthfi.

Sarah dikejarkan ke unit kecemasan. Dan dalam masa itu juga, Ghaffar bersama dengan Dinda dan Hilal mengejar Cinta yang sudah dimasukkan ke Zon bahaya.

"Ya Allah Abang Ghaff." Dinda menangis sesegukan didalam pelukan Ghaffar.

Manakala Hilal terduduk lesu disisi Luthfi.

"Ya Allah selamatkan Akak aku. Kau ambiklah apa je, Jangan ambik Akak aku. Aku terlalu menyayangi dia Ya Allah." Kata Hilal.

Hilal mula teresak mengenangkan nasib kakaknya. Hilal meraup wajahnya menyesal atas keputusan Cinta menerima HyQarl dulu.

HyQarl muncul dihadapan mereka seperti bukan dia yang melakukannya. Melihat wajah yang membuatkan Kakaknya hingga macam tu membuatkan dia menerkam Dan menumbuk HyQarl bertubi-tubi.

Luthfi yang melihat pergaduhan itu membantu Ghaffar meleraikan pergaduhan itu.

"Kau muncul kat depan aku kenapa?!!!" Teriak Hilal.

"Aku nak tahu dia masih hidup atau dah mati." Kata HyQarl.

"Kau!!!!" Hilal meminta dilepaskan dari pegangan Luthfi.

"Kau baliklah Qarl. Kau ingat walaupun Cinta masih bernafas, kami akan serahkan semula pada kau?" Kata Dinda pula.

"Dia isteri aku. Kau orang tak berhak nak masuk campur urusan rumah tangga aku." Kata HyQarl.

"Yes kami tak berhak. Tapi kau ingat Akak aku tu punching bag untuk kau lepaskan kemarahan kau ke?" Tanya Hilal.

"Dia yang salah. Aku tanya dia kenapa dia pergi bangunan guaman tadi. Tapi dia tak menyahut." Kata HyQarl menipu sedangkan Cinta memberitahunya dia menghantar pesanan customernya.

Tapi HyQarl tidak memperdulikan kata-kata yang keluar dari mulut Cinta.

"Aku tak sangka aku ada simpan anak buah yang gila macam kau ni Qarl." Kata Ghaffar.

"Aku tak salah. Panglima tak boleh nak buat apa jika tiada bukti." Kata HyQarl.

Luhtfi diam mendengar perdebadtan diantara lelaki didepannya.

"Walaupun kami takde bukti, tapi aku akan pastikan akak akan lepas dari genggaman kau Saitan!!" Herdik Hilal.

HyQarl tak dapat mengawal amarahnya dan menghayunkan penumbuknya lalu ditepis oleh Luthfi.

"Kau siapa hah?" Herdik HyQarl.

"Aku Luthfi. Adam Luthfi. Peguam bela dari Syarikat Guaman yang kau maksudkan tadi." Kata Luthfi membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri.

"Jadi Kau?" HyQarl mula kecut perut. Lelaki yang bernama Luthfi adalah Peguam Bela yang paling digeruni.

"Aku akan pastikan kakak dia dapat pembelaan dan Perkahwinan kamu takkan bertahan lama." Kata Luthfi.

HyQarl terduduk ke lantai apabila Luthfi berkata begitu.

"Isteri untuk dilindungi. Bukan untuk disakiti. Allah dah hantar bidadari untuk kau namun kau jadi seperti Iblis." Kata Luthfi.

"Aku menyesal sutuju dengan perkahwinan gila ni." Kata Hilal.

HyQarl meraup wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience