Bab 28 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Pray until your situation changes. Miracle happens everyday, so never stop believing. Allah can change things very quickly in your life.~

NJ menghubungi Andy selepas terima segala maklumat berkenaan Tuan Maisarah binti Tuan Mahmud. Dia perlukan Andy untuk aturkan satu pertemuan dengan Tengku Eshan Maisur untuk membongkarkan segala yang berkaitan Sarah dan 'siapa' Sarah yang sebenarnya.

Kini segala persoalan tentang kenapa Sarah diburu oleh Datuk Waazin juga sudah menemui jawapan tepat. Tak NJ menyangkakan dunia ini rupanya kecil sahaja. Jauh dia membawa diri tapi tetap juga jumpa dengan orang yang ada kaitan dengannya. Betul-betul mengamit kenangan hitam itu.

NJ menatap sekeping gambar lama pemberian orang upahannya. Gambar sekitar tahun 1999. Gambar itu kenangan terakhir bersama seluruh warga The James Lagecy. Tahun itu juga diingati sebagai tahun yang paling bahagia kerana selepas tahun itu, ibu kandung pergi buat selamanya.

"Hello NJ," sahut Andy dihujung sana, menjawab panggilannya.

"Hello Andy. Andy, aku mahu kau tolong aku. Boleh?"

"Boleh saja NJ. Cakap saja, aku akan buat apa saja."

"Okay good. Ini berkenaan dengan Sarah dan Eshan." Mata NJ masih melekat pada gambar itu.

"Okay..."

"Kau nanti tolong arrange kan tempat dan masa untuk aku jumpa dengan diorang. Kalau boleh biar di Terengganu. Boleh jumpa sekali dengan Dr. Jue."

"Okay. Noted NJ. But why Dr. Jue?"

"Dr. Jue yang jaga Sarah selama ni. Nanti bila jumpa diorang, aku akan explains."

Andy senyap di hujung sana. Sedang cerna maklumat yang baru terima. Walaupun tak faham dia cuba untuk faham.

"Andy, kau dengar kan?"

"Dengar-dengar."

"Okay, good. Nanti kau inform aku bila diorang setuju nak jumpa aku."

"Okay-okay NJ."

Talian dimatikan. NJ kembali tenung gambar itu. Disentuh perlahan imej Albert James, Angeline James dan Victoria James.

"Grandpa, NJ akan tuntut kematian grandpa, mummy and aunty Vic. NJ akan ambil hak kita balik. Sampai masanya NJ akan lawan JR. NJ percaya masa itu akan tiba jua nanti," janji NJ.

"Nuh!"

NJ menoleh. Nia Jasmine ada disitu. Tengah berdiri tengok dia dengan muka tidak puashati. NJ kerut kening, dah kenapa?

"Apa?" tanya NJ bersahaja, tangannya segera tutup gambar itu biar tidak dapat dilihat oleh Nia Jasmine. Laci meja kerja yang paling atas dibuka lalu menyimpan gambar itu di dalamnya.

"Mama panggil makan. Dari tadi lagi saya panggil awak, apasal tak menyahut?" rungut Nia tidak puas hati. Tak pasal-pasal dia pulak kena naik tingkat atas untuk jemput anak raja ni makan tengahari. Huh geram betul!

"Ye ke kau ada panggil aku tadi?" tanya Nuh kemudian. Sakat Nia. Topeng sebagai NJ ditanggalkan bila bersama keluarga angkatnya.

"Dah tu kalau bukan saya? Awak rasa siapa yang panggil awak?" cabar Nia. Geram dengan Nuh ni. Banyak betul soal jawab dia.

"Ingat anak tarzan mana terjerit-jerit tadi. Nak cair tahi telinga aku ni." Nuh selamba membalas. Kaki sudah atur keluar dari biliknya.

"Eh elok la cair. Tak payah nak korek dah. Meleleh je keluar macam tu..." sambung Nia tak mahu mengalah.

Nuh berhenti melangkah, dia pandang Nia yang da di belakangnya.

"Eh kau ni.. pengotor la cakap macam tu..."

"Awak juga yang mula kan? Saya tolong sambung je."

Nuh menggeleng.

'Nia... Nia... Nasib baik sayang.'

* * *

"Cik... Han minta tolong bawakan Eshal ke sini.. boleh?" pinta Eshan. Dia perlu berbincang dengan Eshal memandangkan tarikh mereka akan disatukan kian hampir. Tak kurang lagi 3 hari.

"Kenapa Han?"

"Han perlu bincang dengan dia..."

"Bincang? Bincang apa Han?" soal Nafla takut-takut. Haruslah dia rasa takut, takut andai kata Eshan mahu batalkan majlisnya. Takut, andai kata tiba-tiba Eshan tidak setuju nak disatukan dengan Eshal. Kalau semua itu terjadi, habislah punah segala rancangannya.

Eshan cuma pandang Nafla. Penuh berharap supaya Nafla tidak bersoal banyak dengannya. Nafla yang mengerti pandangan mata Eshan itu, terus mengangguk setuju. Telefonnya dicapai lalu menghubungi Baariq.

"Assalamualaikum Riq..."

"Waalaikummusalam. Ye Cik?"

"You datang sini dengan Eshal, kan?"

"Ha'a.. kenapa? Han macam mana?"

"Han... dia..." Nafla tak terus menyambung, sebaliknya mata dia pandang Eshan yang tengah termenung. Eshan sepertinya ada dalam dunianya sendiri.

"Han kenapa, Cik?" tanya Baariq sedikit resah di hujung sana. Risau juga dia. Eshan itu sahabat dia.

"Emm... Han dah sedar. Dia nak jumpa Eshal. Okay lah kalau Riq dah bawa Eshal. Nanti kita jumpa sini lah."

"Oh.. Okay Cik. Nanti jumpa."

Talian dimatikan. Nafla sambung pandang Eshan.

"Eshal datang sekejap lagi. Eshal datang dengan Baariq." Beritahu Nafla walaupun Eshan tidak berikan respon tapi dia tahu Eshan mendengarnya.

* * *

Pintu bilik rawatan yang menempatkan Eshan Maisur ditolak perlahan oleh Eshal. Sesekali dia berpaling kepada Baariq, mahu minta kekuatan. Baariq jatuhkan kepalanya beberapa kali, memberitahu Eshal perlu masuk ke sana dan dia tunggu diluar sahaja. Eshal membalas anggukan itu dengan satu senyuman nipis menghiasi bibirnya. Dengan lafaz Bismillah, Eshal tolak pintu rawatan itu lalu mengangkat kaki kanannya untuk masuk ke dalam ruangan itu. Nafla orang pertama yang dia jumpa. Nafla mendekatinya.

"Eshal... Nasib baik Eshal sampai cepat."

"Dia okay?" tanya Eshal berkenaan Eshan.

Nafla tidak menjawab sebaliknya matanya lurus kepada Eshan yang masih kaku pandang ke hadapannya. Entah apa yang dilihat itu pun Nafla tidak tahu. Sejak sedar dari tidurnya, Eshan jadi begitu. Termenung panjang. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Ada kalanya menggeleng, ada ketikanya mengangguk. Entah, risau pula Nafla dengan Eshan.

"Tak apalah. Eshal jumpa dia dulu. Bincanglah apa yang patut, akak pun tak tahu nak cakap." Nafla tepuk bahu Eshal.

Eshal cuma angguk. Bibirnya tetap tersenyum. Cuba berlagak kuat meskipun dadanya berdebar kencang.

"Akak keluar dulu ya. Ada apa-apa, akak dengan abang tunggu dekat luar. Okay?"

Eshal mengangguk lagi. Tak rela berdua tapi rasanya mungkin itu yang terbaik. Dengar dulu apa yang Eshan ingin katakan. Nafla menapak keluar, meninggalkan Eshal bersama Eshan. Eshal tarik nafas dalam, perlahan dia mendekati katil Eshan. Kerusi yang ada disitu ditarik sedikit biar menghasilkan bunyi. Sejujurnya dia mahu Eshan berpaling dan sedar dengan kehadirannya.

Bunyi kerusi ditarik mengejutkan sedikit Eshan yang tengah termangu sendiri. Eshan sebenarnya sedang mengingati setiap 'perjalanan' tidur panjangnya. Eshan segera berkalih. Matanya menyapa wajah Eshal. Terus saja perasaan lain singgah dalam hatinya.

"Assalamualaikum..." Eshal memulakan sambil melabuhkan duduknya. Beg sandangnya diletakkan elok-elok di atas ribanya.

Eshan hanya melemparkan pandangan kepada Eshal. Sempat anak matanya mencari anak mata Eshal. Perhatikan gerak geri Eshal. Jiwanya yang kosong tadi kembali terisi dengan sesuatu walaupun jiwanya masih terikat dengan mimpi-mimpinya.

"Ehem..." berdeham Eshal tidak selesa dengan cara Eshan memandangnya. Eshal betulkan jilbabnya. Manalah tahu kalau-kalau ada terselak dimana-mana.

Eshan pandang Eshal lagi. Dia sedang menyusun ayat yang terbaik dalam kepalanya supaya tidak akan menyebabkan gadis berniqab di depannya terasa dengan kata-katanya.

"Em... tadi Cik Nafla ada bagitahu saya, awak nak jumpa saya... emm... kenapa?" Eshal terus bertanya, tidak tahan dengan tenungan Eshan.

"Aku... aku nak..." Eshan diam, tak jadi mahu teruskan kata-katanya. Tak sanggup nak teruskan walaupun dia tidak kenal Eshal rapat tapi hatinya tidak tegar menyakiti gadis itu.

"Kenapa Han? Han nak apa?"

Lembut saja suara Eshal bertanya masuk ke telinga Eshan. Eshan pejam mata sejenak. Tanpa Eshan sedar, matanya terasa panas. Cepat-cepat Eshan buka mata dan dikerdipkan beberapa kali. Dia mengalihkan matanya dari terus menatap Eshal.

"Kau... kau dah sedia ke dengan perkahwinan kita?"

Merona muka Eshal saat ditanyakan soalan itu.

"Aku... aku cuma mahu terus terang dengan kau, Eshal."

Eshal menunggu bicara Eshan seterusnya. Eshan tetap pasung wajahnya ke hadapan.

"Aku tak boleh teruskan perkahwinan kita."

Sebaris ayat itu buat Eshal tersentak. Terkejut!

"Mak... mak... maksud a.. awak?" tergagap Eshal. Dia perlukan penjelasan. Dia sesekali tidak akan berundur walaupun Eshan menolak dia.

"Aku cintakan orang lain."

Eshal menanti lagi. Dadanya mula berkompang.

"Dan aku rasa kau tak kan mampu menggantikan tempat dia dalam hati aku. Kalau kau kahwin dengan aku, aku tak rasa aku akan boleh terima kau sebagaimana aku terima dia." sambung Eshan lagi.

Eshal pasang telinga lagi. Dadanya makin rancak berkompang. Tersiat hatinya. Begitu agungkah cinta Eshan kepada perempuan itu?

"Aku setuju kahwin dengan kau pun... sebab aku nak dapatkan dia. Baariq yang janji dengan aku. Kalau aku kahwin dengan kau, aku akan dapat dia. Jadi sebab tu aku setuju. Tapi... aku berani bersumpah dengan kau, Eshal. Sekiranya aku jumpa dia lagi, aku akan lepaskan kau dan aku akan berkahwin dengan dia." Eshan menyambung lagi.

Semerta itu dada Eshal menjadi sebu. Bibirnya yang bergetar, dia cuba menahan dengan menggigit keduanya.

"Kisah aku dengan dia, semua orang tahu dan kau juga mungkin dah tahu apa yang dah jadi kepada aku dan dia. Tak mungkin Baariq atau pun Nafla tak bagitahu kau, kan?"

Eshal segera menunduk. Air matanya sudah bertakung.

"Aku terlalu sayangkan dia. Terlalu cintakan dia. 10 tahun aku tunggu dia... tak mungkin aku akan lepaskan dia macam tu je saja sekiranya aku jumpa dengan dia lagi dan aku tahu... dia juga sedang tunggu aku..." luah Eshan lagi.

Eshal diam lagi. Titisan mula memecah tubir mata. Dari setitis menjadi bertitis-titis. Terketar-ketar bibir Eshal menahan tangisnya dari berbunyi. Hatinya sakit, terluka. Beginikah rasa sakitnya hati bila dilukai?

Eshan kalih matanya, kini dia terus-terusan menatap Eshal. Mahu lihat sendiri macam mana keadaan Eshal selepas dia berterus terang tentang rahsia hatinya. Lihat air mata membasahi wajah dan cadar gadis itu, hatinya pedih. Jiwanya makin rapuh.

"Kenapa kau diam, Eshal? Lepas kau dengar semua luahan aku, kau masih rasa kita perlu teruskan perkahwinan ni ke?" tanya Eshan. Dia perlukan pendapat Eshal sebelum tibanya hari mereka disatukan.

"Bagi aku jawapan Eshal.... supaya aku tak rasa aku akan seksa jiwa kau bila kita kahwin nanti... Kau sanggup ke terima aku walaupun kau dah tahu dalam hati aku ada orang lain?"

Eshal tidak menjawab sebaliknya dia makin galak menangis. Dari biasa, dari gigilan kecil sehingga terhinjut bahunya menangis. Menangis yang bukan biasa-biasa. Buat pertama kali dia dapat dengar sendiri luahan hati Eshan. Selama ini dia cuma dengar dari orang lain tapi tidak kali ini.

Eshan yang mendengarkan tangisan kuat Eshal itu juga bergenangan air matanya. Sejujurnya dia rasa lega. Lega dapat luahkan segala yang dia rasa. Tidak perlu pura-pura lagi dihdapan Eshal.

"Eshal... kenapa... kenapa kau perlu buat semua ni?" lirih Eshan bertanya dengan pandangan tunaknya. Setitis air mata lelakinya menitis mengingatkan semua pengorbanan dan dugaan yang perlu dilalui oleh perempuan berniqab di depannya. Kenapa kau begitu teguh, Eshal?

"Kenapa kau perlu buat aku jadi bodoh macam ni, Eshal?" Eshan bertanya lagi. Rapuh.

Eshal menggeleng perlahan. Sejujurnya dia tak punya jawapan kepada setiap soalan Eshan.

"Eshal...." panggil Eshan perlahan, tapi Eshal tetap menunduk. Menangis yang makin lebat. Dia takut untuk mendengar apa yang akan Eshan katakana.

"Aku..." Eshan tarik nafas panjang. Makin lembut tatapannya buat gadis itu. Kali ini dia tekad dengan apa yang dia rasa. Dia tahu Allah sudah menjawab setiap persoalannya.

"Aku. cintakan. kau. Sarah."

Eshal terpampam. Terkejut dengan luahan Eshan. Langsung matanya ditalakan tepat ke anak mata Eshan. Air matanya juga turut berhenti mengalir. Jantungnya berdegup makin kencang, tak percaya dengan apa yang telinganya dengar.

"Kau... Sarah aku. Kau, Tuan Maisarah. Dan aku, Tengku Eshan Maisur. Aku Han kau, Sarah." Seraya itu juga air mata Eshan menitis. Makin galak, makin laju. Sungguh dia tidak kisah, tidak malu menangis di hadapan seorang perempuan. Kerana Eshan tahu di hadapannya itu adalah Sarah, gadis yang selama ini dia cari. Sarah yang dia cinta. Sarah yang dia angaukan sejak dari dulu. Sarah itu 'Sarah dia'. 'Sarah dia' sudah kembali!

"Han.... Han dah tahu?"

Eshan mengangguk.

Watak Nuh Jazmin dan Nia Jasmine sekadar selingan saja. Kot2 ada yg rindu dgn double NJ. hihi Han dah tahu siapa Eshal yg sebenar! Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience