Ilyas bangun dari kerusinya. Dia meluru untuk mendapatkan Amir. “ Amir… ! Aku minta maaf sangat- sangat sebab buat kau dan Maira macam ni… Aku menyesal… Maafkan aku ! ” Amir tersenyum. walaupun Ilyas tidak meminta maaf, dia akan tetap memaafkan Ilyas kerana dia tahu Ilyas sangat mencintai Humaira.
“ Tak apa ! Aku dah maafkan kau… ” Amir menepuk- nepuk bahu Ilyas. Humaira masih lagi berdiam diri. Kemarahannya sudah sedikit lega.
“ Maira… Saya minta maaf… ” Humaira tersenyum. Dia memeluk Amir. Kemudian dia memandang Ilyas. “ Saya akan maafkan awak kalau awak janji tak akan buat macam ni lagi… ” Segaris senyuman jelas kelihatan di bibir Humaira.
“ Ya, saya janji ! ” Amir memeluk erat Humaira. Humaira menghadiahkan Amir senyuman.
“ Err…, Awak, sebenarnya ada benda yang saya nak tanya awak ni, awak kena jawab dengan jujur tau.’’
“ Hurm, lain macam je bunyinya ni? Apa ? ”
“Macam ni, hari tu saya ada dengar rumor kononnya awak dengan
Hari tu…., saya ada dengar gossip yang awak dan Hanis bercinta. Betul ke ni ? ” Pertanyaan Humairah itu membuatkan Ilyas tersentak dan respon dari Ilyas membuatkan Humairah tak tenteram.
‘’Hurm, macam mana awak tahu ni? Saya dah cuba sehabis baik cover line akhirnya awak dapat tahu juga. Laju betul khabar angin tersebar kan. Sekarang ni saya tiba-tiba rindu pada Hanis, lesung pipit dia tu comel?’’ ujar Ilyas selamba. Anak mata Humairah bagai tersembul keluar bagai tak percaya. Rasa nak hempuk saja lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ni.
‘’Hey, awak! Awak ni bergurau ke serius! Banyak cantik rupa, bukan main miang buaya darat cakap tak serupa bikin lagi awak ni eh. Nah rasakan!’’ Humaira memijak kaki Ilyas lalu segera beredar meninggalkan Ilyas. Ilyas yang mengerang kesakitan pantas mengejar Humairah.
‘’Eh awak, janganlah macam ni, I gurau je lah! Baru nak sakat sikit dah cuak, kuat juga cemburu awak ni kan. Jangan risaulah awak, awak seorang jelah yang saya sayang dan kasih, awak tetap cantik dan terbaik di mata saya walau awak tiada lesung pipit,’’ pujuk Ilyas dengan nada gurau.
‘’Betul ni?’’ tanya Humairah dan diiyakan oleh Ilyas.
‘’Awak ni asyik sebut lesung pipit, jangan sampai saya buat operation kat Thailand!’’ marah Humairah membuatkan Ilyas ketawa berdekah.
‘’Lucu juga awak ni eh!’’ ujarnya sambil menatap wajah gadis di hadapannya dengan penuh rasa cinta.
Share this novel