BAB 7

Adventure Completed 1114

“Jadi, awak nak kata bahawa kami ini bodoh dan tidak tangkas? Awak nak bandingkan budak yang berumur 16 tahun dengan orang dewasa yang berumur 36 tahun? Begitu?” balas ketua akademi B.

“Adakah awak mempunyai calon yang sesuai?” tanya Ketua Heli yang merupakan ketua kepada akademi A. Pembantu Ketua Heli menyerahkan keputusan ujian Max Alexander kepada orang yang berada dalam bilik itu.

“Kertas ini mengendungi keputusan ujian minda dan ujian ketahanan yang telah dijalankan oleh Max Alexander dari Akademi A. Jika terdapat mana-mana peserta yang dapat menandinginya, sila beritahu sekarang. Atau mungkin salah seorang daripada kita yang mampu menandingi Max Alexander, yang telah cekap melakukan pergerakan dalam keadaan sifar graviti dalam masa sejam?” balas Ketua Heli. Kapten Andrew memandang ke arah semua orang.

“Setakat ini, saya cuma lihat Max Alexander sahaja orang yang paling layak untuk tugas ini,” kata Kapten Andrew tenang.

“Saya telah melihat Max Alexander menjalani latihannya sebelum ini sewaktu dia baru sampai ke sini. Jujur saya katakan, saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang sebegini. Jika kamu tidak percaya akan kebolehannya, kamu harus menonton video ini,” katanya lagi lalu menyuruh pembantunya untuk memainkan video itu.

Video itu mengisahkan tentang Max Alexander di mana Max dapat mengawal badannya dalam keadaan sifar graviti dengan mudah, dapat memenangi peperangan antara senior juga dalam keadaan sifar graviti. Ketika itu, Max telah ditembak lalu badannya kaku namun tindakannya itu mengejutkan para ketua di dalam bilik itu. Sebelum dia ditembak, dia mengangkat tangannya secara 45 darjah secara menegak.

Jadi, dia dapat mengawal pergerakan badannya dan graviti yang akan membawanya terus ke garisan penamat iaitu zon hijau dan dikira menang. Seterusnya bagaimana ideanya yang bijak itu telah membuatkan dia memenangi perlawanan 1 lawan 2, hanya dengan cara dia dan ahli kumpulannya seperti berkumpul bersama membuat kubu bagi melindungi orang yang berada di dalam kubu agar orang di dalam itu dapat membawa mereka ke garisan penamat dengan hanya menetapkan kedudukan badan ke arah pintu masuk dengan menggunakan graviti. Setelah video itu tamat, Kapten Andrew mula berkata,

“Jadi, bagaimana? Adakah kalian seperti saya? Merasakan bahawa Max ini mampu membawa kita ke arah kemenangan?” tanyanya sambil memandang ke arah semua orang yang berada di dalam bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience